Hello semua.Nama saya Tat, tapi anda semua bolehlah panggil saya Cik Tat...or Miss Tart.Saya tidak ada nama timang-timangan sebabkan nama betul saya dah pendek macam tu.Tapi kalau Tuan/Puan nak tambah sikit-sebanyak, apalah salahnya.Ketat,Buntat,Putat...Pantat...
Saya adalah anak kacukan tepung dan jam nenas.Saya dilahirkan daripada process artificial insemination dimana saya telah disenyawakan didalam oven selama beberapa minit.
Kulit saya kuning langsat dan saya ini manis orangnya.Saya sangat ramai adik beradik.Sekali process,beratus adik beradik saya.Mungkin juga kerana kedua orang tua saya suka bermain-main dengan penguli mereka dan mensenyawakan kami adik beradik didalam talam.Saya sungguh gembira dilahirkan didalam keluarga yang amat besar.
Kedua orang tua saya, selain dari kerja membuat saya dan adik beradik saya yang lain, mereka juga suka menjual saya.Ye lah, setelah dilahirkan,kami adik beradik yang selori ini tidak ada gunanya lagi kepada mereka dan masa-masa beginilah mereka akan berlaku kejam kepada kami.Kami akan dijual dan diedarkan merata-rata tempat.Ramai adik beradik saya menjadi mangsa ketidak bertanggungjawaban orang tua kami itu.Tapi apakan daya, kami terlalu kecil untuk melawan.Kalau kami melawan, kami akan dimakan tanpa belas kasihan.
Dalam pada ramai actress antarabangsa seperti Angelina Jolie Katak dan Madonnut yang giat mengambil anak angkat dari serata dunia,ibu bapa saya telah menggunakan orang perantaraan yang bernama Anteng untuk mencari keluarga angkat di UK.Jauh juga perjalanan kami adik beradik ke Derby, England.Sebekas adik beradik saya yang lain telah diangkat oleh keluarga Novotny di Cambridge dan saya serta saudara-saudara kembar saya yang lain baru tiba hari ini di Twickenham,London.
Saya disambut mesra dengan mulut terbuka oleh kawan serumah ibu angkat saya.Saya dan adik beradik saya yang lain dipuji kerana kejelitaan kami.Saya juga diperkenalkan kepada seorang lagi rakan serumah ibu angkat saya.Kawan-kawan ibu angkat saya ini dalam pada baik-baik itu tanpa segan silu dan tidak meminta kebenaran ibu angkat saya telah memakan adik beradik saya yang lain.
Saya berada dalam ketakutan yang amat sangat.Saya teringin nak berjumpa dengan ibu angkat saya,tetapi dah pukul 7.30 malam, dia masih tidak muncul-muncul.Mulut kawan-kawan ibu angkat saya semakin besar dan mereka seringkali bercakap tentang ke sexy an badan saya sambil menjilat-jilat bibir,macam perogol bersiri kaedahnya.
Pada pukul 8 malam, pintu utama rumah ibu angkat saya pun terbuka.Ibu angkat saya pulang dari kerja.Kawan-kawan serumah ibu angkat saya menyambut ibu angkat saya dengan muka yang berseri-seri kerana malu.Saya terdengar ibu angkat saya berkata 'Kenapa kau makan kuih Tat aku?' berkali-kali dengar nada marah.Takut jugak saya.
Ketiga-tiga mereka bergaduh didepan mata saya.Mereka bertarik-tarik rambut dan berbaling-baling pinggan mangkuk sambil mencarut-carut.
Ibu angkat saya sangat perkasa (kerana dia rajin pergi gym) dan akhirnya berjaya membunuh kedua perempuan yang tak berhati perut itu.I'm in a safe hand now.Ibu angkat saya membawa saya kemana saja.Didalam bilik,dimeja computer dan sekarang ni saya duduk diatas ribanya sambil dia tengok Coronation Street.
Saya bersyukur kepada tuhan kerana dikurniakan ibu angkat yang baik.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa-bapa ayam saya, Sam & Heaven kerana kalau tak kerana mereka,tak sampailah saya kesini.Saya juga berdoa agar adik beradik saya batch seterusnya akan dihantar lagi kesini.
Ibu angkat saya kirim salam.Dia juga ada bertanya,kuih cornflakes & rempeyek takde ke?
Sekian,
Yang benar,
Tat binti Nenas
P/s Ibu angkat saya ada snappy happy gambar kami adik beradik,tapi katanya,blogspot macam hanjjj sebab takboleh upload gambar.So, kepada bapa tak kandung saya, Sam & Heaven, saya cuma nak bagitau, saya dah selamat sampai.
9 comments:
LOL..... sapa yg kena "bunuh" tuh??? Mana u ols "tanam" diorang??? :P
Tat binti nenas katanya..wakakak..we ols dah separuh bekas tuh dah habis dah..sodap sengoti!
raya ni dbi hanya makan La PAnTAT nenas aje..hehehe
brilliant ! Perjalanan kuih tart rupanya. Ingatkan U nak cerita pasal pompuan yang macam tart, rupanya kuih tart. Tipah tertipu lagi !!
Lekiu, sex in your mind kah??? **matilaaa mak! :P
wakakakakaka tart di senyawakan didalam oven....aduh....kreatif giler. naper tak jadi penulis kreatif jerkk mesti laku..
apalah yang dimakan dek doktor ittew?
Han, dulu time baru sampai KL, aku selalu konpius dengan penggunaan perkataan 'pantat'Hehehehe. Tapi aku suka entry ko yang ni, creative gila.
hahahaha persoalan dah terjawab...
bila baca kisah tat nih teringat waktu sekolah rendah selalu buat karangan..."Aku sevatang pen", "aku sepasang kasut", bla..bla..bla...hahaa...
elok lagi tak kuih tat tuh uols? sure dah hancur2 .. hmm...
Post a Comment