About Me

Wednesday, July 31, 2013

Entry Makan Cili

Like any other good mental health advice...I like to tell you this, jarum yang patah janganlah disimpan didalam hati.Macam mana jarum boleh masuk dan patah pulak dalam badan, ikdoklah Makji tau ye. But you, jarum patah is bad diluar dan juga dalam badan, sebab memang nya boleh mati.

Hari ni hari makan cili sangat. Orang buat status update dlm pesbuk pun I terasa dan orang update blog pun I terasa uolsss. Ishh, I dah la tak sihat dua tiga menjak ni so kepala hotak pun ikut lah tak sihat kann? Tapi I takde alasang macam orang yang menandomm tu yang muntah belalah...ciannn dia.

Cili pertama yang I makan hari ni ialah bila kawan I ni buat status update pesbuk nya. Dimulakan cerita yang takde hubungkait dgn permakanan cili I, dia ni..banyak jugaklah merasa bahan pertolongan I. Dia ni suka mengadu, anak cenggini..laki cenggini. Kenkadang dia teringin nak benbarang dari tanah hengland, I belikan. Sebab dia tu suka nau bagitahu I betapa dia tu dalam kesusahan matawang, I have never asked for her to pay me back. You would have thought, pertolongan you yang berkoyan-koyan tu dia balaslah kann walaupun sedikit. Oh tidak. Tak apalah..between me and her, sebab I ni macam eligible sikit, I halalkan lah. Tak kisah lah kann.  So, this lady got big contact jugak lah..sebab dia pun anak dan anak buah orang berpengaruh jugak. I ada mintak tolong sikit which she is quite happy to help. Katanya. Tapi sampai sudah tak ada. Start aje puasa dia msg la I. Dia buat2 la tanya pasal the favour yg I mintak tolong dia tu and she said she will rush that 'VIP' to respond to my email. I said, okay lah..but I also told her that I dah naik muak perangai orang Malaya yang tak reti nak acknowledge email walaupun sebaris..lambat cemana pun. Then dia bagitau I lah pasal projek akhirat nya and tanya if I nak contribute. I cakap okay. Pastu after a week, dia msg I lagi tanya if I can give her the cash yang I nak contribute. I cakaplah..I takde kemudahan nak TT duit like now now and if she can pay lah for me and nanti I balik I ganti balik (macam yang aku dah buat kat hang 2,3 tahun ni) Dia kata, she is so pokai she can't advance me money. Then I tanya balik, so macam mana lah? Teruih dia tak jawab. Then lama-lama tu I pun lupa lantas masa I suruh my brother bayarkan zakat that day, I asked him to go and but few packet of beras and little cash to give to satu family yang aruah appa I selalu tolong ni. Family ni, anak nya 2 orang cacat. Wife dapat pencen laki yang taklah banyak mana and masa I called up my mom tu hari bagitahu I yang one of the anak sakit masuk spital so, this makcik had to give up her kuih selling job. Disebabkan I dgn MB1 tahun ni macam banyak pulak terburai puasa secara harmoni, I said to MB1, meh lah kita sedekah beras. In my head, habislah mission akhirat I untuk bulan puasa kali ni.

Tup tup kan uols..kawan I tu telah menggunakan laman sosial twit-twit tu untuk memesej I menanya pasal contribution I. And msg tu barulah I nampak hari ni. Semalam dia dah hapdate dlm pesbuk dia mission dia pergi umah anak yatim tu. I takdelah memikir sangat cuma cakap dlm hati, syukurlah, hajat dia nak beli baju anak yatim tu sampai lah jugak. So I ni pikir, okaylah..since your mission is completed maka, terlepaslah I nak bersedkah kat anak2 yatim tu kann? (though honestly, anak2 yatim is not really my main object of charity I have to say)

Hari ni tadi kan uols...dia update status FB dia kata...yang dia tu adalah the type of very straightforward person. Kalau nak bagi, bagi katanya..tak payah janji kata nak bagi tapi tak bagi. And she tulis, she tak kecik ati. ----Kiah, tak kecik ati sangatlah kannn tulis dalam pesbuk macam ni. Wah uolssss..menyirap limau darah I. Menyindir I kah? Yang barang2 mainan alaf baru keluaran syarikat Hinglen yang takde kat KL, benbarang budak Autistik yang kat Malaya tak ada..baju-baju bola ko dok mintak beli untuk anak kau yang aku tak pernah mintak bayar tu...apakah? Tudiahh...menyebut ni sehabis-habis nya!

So tanpa berlengah lagi...sekarang dia sudah ghaib dari pandangan media sosial I. I was upset once by her. Pasal ni jugak...pasal berkira nak mampus dgn I. But kawan2 kata toksah lah..hal kecik. You know hal kecik can accumulated and will might as well be the last straw that broke the camel's back. Teruk sangat ke I sampai you mau sindir begitu sekali? But having rethink back, it may not be for me...but, do I really nak berkawan dgn orang yang tangan kanan bagi sedekah tangan kiri lambai kat photographer? Podahhh!

Then this things about sharing your opinions and how people interprets what you say and think into what they think is right. My thinking aloud said...ohh betapa sensitip lah sangat orang Malaya sekarang. Takut akidah terpesong lah..pegang anjing hina Islam lah etc etc. bagi I kan sonang aje...kita sebagai umat islam yang berpegang kepada ajaran Sunnah Al Jamaah ni, tak banyak sikit kita tahulah hukum dan hakam. Tinggal nak buat ataupun tidak. The nation sangatlah sensitips dgn ajaran syiah yang menular tapi you can see that despite betapa kita ni nak khabor kat alam sejagat betapa kuat dan harusnya kita mempertahankan agama lalu sesiapa yang menyesatkan dan tidak menghormati harus mati gituh, there are still kaffir who slipped through the crack and go worship the Teko lah, Tuhan Haron lah etc etc. Waddahelll?

We are so angered by that budak bodoh tu -yes, if you ask me, I think that dog trainer is bodoh. But, who knows dia pun kena naya. Ni serupa macam you sokong Kelantan tapi pi masuk kat tempat duduk penyokong Sarawak. Mau mati kah? If the trainer ada intention untuk mengajar orang takut anjing macam I ni supaya jgn takut anjing kerana anjing adalah tak seganas rimau, then I think she should do what she did. But knowing very well, orang Malaya punya attitude macam mana --remember that Pakcik yang bela rescue anjing liar? Tu pun kena tuduh takde nilai Islam. But no. Kata mereka benda yang memesongkan aqidah ni misti diambil tindakan. Maka salah lah kiranya tindakan saya menggelar umat Malaya sensitive, though I wonder what apt word would be. 

I see this is more, upsetting the Malay. Betul lah..bak kata Loyar Sabung Ayam..Islam Adat is different than Islam teachings. Adat melayu..anjing tu sensitip. Benda yang kita rasa tak kena kat mana terus lah haram. Yes, she upsets the malays. Orang melayu kann...macam I lah, sensitip. Suka makan cili. Islam kata tak haram kan? banyak lah benda yang Islamic teachings kata tak boleh..tapi Malay Teaching kata tak apa. Jantan2 bersidai kat DOME masa mesjid KLCC penuh org semayang jumaat..err, tu kira macam mana? Tak hormat jugak kann?

Gasaklah. Tapi terasa jugak hati ni. Because to belittle Islam teachings is certainly not my agenda. As a Muslim, we should all know sejarah mana datangnya Abdullah Sabak tu. But no, we don't want to read this things. Bila Al-Quran kata kita mesti perangi orang kaffir, terrorist ambik bulat2 pergi bunuh orang kaffir. Haiyah...

If we feel that kempen sayangi anjing (stupidly done but good intention) menggugat aqidah, or tetiba pulak fahaman syiah terus naik saham nya...maka teruslah kta nak marah2, adakah itu perlakuan sensitive tak bertempat? Kalau aqidah kita kuat, hati dan kepala kita dah di equipped dengan hal-ahal agama, adakah semudah itu kita boleh melatah?

Ugut bunuh, sumpah menyumpah, aib kan orang tu..Islamic Teachings lah sangat kan?

To you who shared the link asking the the girl to be killed, sebarkan IC nya..malulah pada diri kamu sendiri. Tak pepasal je buat dosa dgn orang tu.

Tuesday, July 30, 2013

Comment Ngok Dari Anon Yang Ngok

I dapat comment yang mintak jgn dipublish uols...dah la nama pun anon (cisss..you takdak tulang belakang eh?) pastu comment macam haram lak tu. Err, pada I lah..I honestly don't think this anon lapang kepala hotak nya.

Tanya nya si Anon ni..Makji, how lah to spot orang-orang mental ni and avoid them ah?

I only have one question back before I can give you the tip you wanted..why on earth you want to avoid orang mental? Why? Why?

I want to tell you a story about my encounter with one 'Hajah'. Well, she told me she didn't read my blog anymore but...I am sure, dalam dia kata dia tak baca tu..she will come to find this.

This Hajah, got in touch with me through a link she believe (well, rightly so) will take her directly to me. I ni, bila orang approach I pasal projek akhirat I tu, mulalah I akan excited tak tentu arah. I have to say this...to get people to see why this course of action needed help as much as orang tua or anak-anak yatim, asnaf, ibu tunggal and all that lot is...difficult. So bila ada orang approach I, makji..I want to help you with your project..tak ke hati I berbunga-bunga bak taman Kaukenhoff gittew? Serupalah janji manis jutawan (elehh..dia lah kata dia jutawan yang berpendapatan 30k seminggu --ko hado Kiah?) yang setiap kedai dia pi beli hanebeg akan ada live telecast and setiap tempat dia travel dia akan bagitau seantero pesbuk nya, yang dok lah kata kat I, I want to give the community something back. Podahhhh lahh...registration NGO lagikan tak lepas nak keluar duit! Ops..takpe. Sometimes, janji-janji jutawan tanpa promosi like Piah lagi boleh dipercayai, kannn Ayangg kannn?

When I started doing research about 2, 3 years ago..most people that I talked to what nothing to do with the mentally ill. To them...they would rather tengok penagih dadah and perampok berleluasa dari tengok orang sakit mental ni.Of course by the time you heard about their existence is when somebody fell 'victim' to them. Kena parang lah..kena penggal kepala lah...terjun tingkap lah etc.

I was in HKL a lot on my last visit. To get through the neuro ward, I had to go through the building where you can see green gowns, pillow case and stuff on the five foot way. When I look up to the building, I can see few men by the grilled window, from afar smiling, phewwittt phewwit and mumbling. I was with my sister. I prompted my reluctant sister to waive back at those men. I shouted back 'Hello Hensem' and walk past the building. 

My sister reaction was 'oii berani nya kau'. I asked her...nak takut apa? Can you not see all those men being locked in? What harm can it do by waving back? I doubt they are the type of patient in the hospital that have visitors. After that, I gave my sister a long lectures about how I think she is 'sempit' padahal my sister tu dalam reramai dialah yg paling pandai sekali (well, dalam adik beradik I lah...I know lah Kiah yang paling pandai)

This Hajah, at first started emailing me. Then she asked whether if there's another way to contact me. So, dgn tak segan silu or tanpa perlu rasa nak buat background check, I pun bagilah nombor mobile I. Then start lah dia msg I...so I told her, if you ada wassapdog lagi senang lah (and free lah kannn...cheapskate me) tapi katanya, dia tu takdelah tecchie savvy.

Tup, tup dia bagitau I yang demi I, she bought herself a Samsung S4 so that she could contact me. Okay lah. I don't know what was the meaning of that...tapi, okaylah..kalau orang dah beli phone canggih, of course lah you tumpang gumbira (dan jeles kann..sebab phone you idoklah secanggih itu)

Then..conversations starts. Once she got hold of me, what she tend to talk about was about herself and her 'mentally ill' ex husband. Sebagai orang yang dilatih untuk mendengar, I dengar aje lah kann. All that and diselang selikan dgn betapa dia suka baca blog I.

Tak cukup dgn wassapdog, dia call I kat baiber lagi. I have to tell you, kenkadang tu time dia call sungguhlah tak convenient. But you would have expect orang tahulah to tanya you dulu whether you free ke nak cakap dgn dia...well, I do this. I make the point to ask, are you okay to talk...kalau tak okay, you call them some other times.

But this Hajah..woohooo....kalau tak dapat wassapdog, dia akan call.

People always assume that I can 'tell' when someone is wrong. Hmm...kalau someone tu ada menayang kan tanda-tanda chemical atau symptom2 depan mata I, then I can say lah..maybe ada 'sikit' celaru. Then it is up to the psychiatrist to diagnose. You ingat senang ke nak diagnose orang? I wrote about this before. The professional need at least 6 months observations. Bukannya setakat pegang tangan..puhh kirikanan then yupp, sidia ni ada mania lah, schizo lah.Cantekkk muka kitak nahhh?

However, nature rules. Unless you memang penipu patologi, kalau kepala you memang bercelaru, during conversations you tend to give away  red flags signs. Ni tak payah tengok muka pun takpe. Err, tapi takdelah cakap sekali je terus ingat orang tu tak betul ye?

Bless the NHS for the good trainings, yes...makji uols ni adalah dilatih bertahun2 untuk mendengar dan membuat andaian yang bakal disupport oleh buku-buku ilmiah dan pengetahuan perubatan am.

Celaru akal semua adalah evidence based ye...dan sample size bolehlah didapati dari FB (ni lah yang paling senang sekali nak tengok kalau orang tu okay ke tidak emosi nya)

Sebagai manusia biasa yang mempunyai mood, this Hajah kadang2 menyakitkan hati I juga. As much as you want to dengar masalah nya yang juga diselang selikan dgn ayat penyedap hatinya sendiri..ohh I'm okay setakat ni, insya Allah. It didn't take long for me to get annoyed and of course, I don't hold back in giving opinions bila hati dah panas, kan Kiah kannn?

Bila I dah angin tu, sebagai pendenial yang tegar, sayalah yang bersalah kerana 'tak memahami' dirinya tu. Okay..you health professional out there, I am sure the sentence 'you misunderstood me' ,'Awak tak faham masalah saya' have been heard one too many, kan?

Same with this Hajah. Apparently I misunderstood her. She went on and on 'provoking' my thoughts but behaved sickeningly vulnerable and pastu, aku dituduhnya sensitip dan cepat marah Kiah ehh.

Do you really think I will take offense for this? Menyampah lagi adalah. So yes, in life..you bound to misunderstood, you get angry when you're provoked and of course, being sensitive, happens to the best of us.

So from this I know, that this is going to be another 'work' for me. Although not inadvertently, I don't buat kerja 'pro bono' kat orang yang....well, tricked me into believing yang dia tu adalah philanthropist.

Kepada Anon yang nak tau cemana nak 'avoid' orang mental, I thought you should know that orang yang you kata mental ni, if they really 'mental', they will not find you purposely to disturb you hence, there will be no need to 'avoid' them.

Orang yang you patut avoid is that orang yang rasa dia okay..tapi perbuatan dan kata-kata tak langsung menunjukkan yang dia tu okay sebabnya, orang macam nilah yang akan menyebabkan you menjadi sedikit luarbiasa dari your usual.

Naturally, kita akan benganglah jugak kalau orang kata kita ada attitude problems. But sebagai manusia biasa, kebarangkalian mempunyai masalah kelakuan itu adalah pasti so, buat apanya kita nak terasa hati?

So back to Hajah ni, I told her that I think she is a lovely lady...but 'jodoh' I nak berkawan dgn dia adalah tak ada. Of course she plays victim lah..katanya walaupun I kata dia macam2, she still tak ambik hati. In which I said, what said needed to be said, so you should go away and think about it and get help lah. I just don't want to be part of it.Kejam diriku.

Yes, I have 'attitude'. My friends are few. But this few are the ones that we can have everything out on the table and still balik rumah okay.

You heard about those type of people who 'changed' suddenly after dia berkawan dgn orang tu..and orang ni. If the change is positive, then alhamdulillah. This Hajah once remarked that why I 'changed'. Ye lah..masa memula okay, katanya. Of course lah masa memula okay kan..bila perangai yang tersorok terkeluar dgn sendirinya.

Say for example... you have friend yang sokmo bermasalah. You tolerate saja...sampai ketahap, masalah kawan you tu sebenarnya adalah masalah yang dia buat sendiri and worst, dah le pencetus problem, tak mengaku pulak tu!

Orang macam ni...kalau you avoid, nanti you risk being misunderstood pulak. Best is you cakap lah...I think you seriously have issue and I have grown fed up listening to it without any sign of you wanting to make it better. So, sebelum kita berperang besar dan I parang kepala you, please lah leave me alone until you sort out your problem ye? ---this is after you offered your ears, your empathy etc etc, tapi dia tetap gak macam tu.

Yes, there will be times when you really need to avoid people. But you just don't avoid people willy nilly. Unless you have good reason i.e. dia tu perampok ka, pencopet ka..peminjam duit yang tak reti nak bayar ke...maka tidak ada sebabnya untuk you rasa diri you tu bagus untuk menjauhi/dijauhi orang ye.

Sekian.

Sunday, July 28, 2013

Mestikah Kita Berpada Bila Berbuat Baik?

Kiah wrote about...well, not specifically but it correlates with karma. Err, shall we call it karma? I ada baca kat tah mana-mana forum ada sorang ni kata karma-karma ni macam takde unsur unsur keislaman. So let's re word it to retribution. You do every good things you can think off tapi kita heran apasal orang tak jugak nak buat baik dengan kita.

Tapi...we focus so much on things that we do, we neglect things that we didn't do. Often yang kita tak buat ni is those benda kecik2 lah..tapi...fuiyooo.

Well...this is about me. I ate the chilli and I will be the one burning. Okay...warning sesiap.

Like Kiah, I have encountered many, many soul yang dah pencen nak buat baik kat orang sebab dirinya selalulah dalam kesusahan. Yang buat sakit ati tu, bila turn you nak mintak tolong kat dia pulak lah yang dia dah buat azam syaitonn cenggitu. Ishh...is it bad timing ke? Why didn't I ask favours sebelum dia kena kapur dengan orang lain?

Sebagai manusia biasa, kadang2 kita ni terikutkan jua hati kita yang kecewa dan dibatu apikan oleh sehtan. Ada orang yang naturally baik hati...apa saja you mintak dia akan usahakan.

For once...I like to think I am in that category. Ohh I can assure you I ada banyak testimoni pasal berbudi kat orang ni. Not that I hope orang balas balik but cukuplah dgn mendoakan yang baik2 untuk diri ni yang sokmo mengurangkan pahala membuat benda-benda mungkar.

But as much as I or kita nak kata, kita tak harap balasan...sebenarnya, kita berharap jua..kalaulah suatu hari kita terpaksa mintak tolong kat orang yang kita pernah tolong tu, tak banyak sikit kita nak kan orang yang sama jugaklah menyampaikan hajat kita...kan Kiah kannn?

 Well, the beauty of the table that when it is turn towards the opposite of your side is that....orang yang you pernah tolong you, haram lah nak menolong you balik.

Some months ago, I was so cut up by this...okaylah..bila nak ingat-ingat balik, ini hal kecik yang mengikut akal orang-orang bijaksana, should passes you by easily. I done favours for this whole lot. Mintak tolong itu, I tunai kan...mintak tolong ini..I tunaikan. Sampai satu ketika...out of many favours I asked, kali tu pulak yang agak penting nya.

I was badly let down. Let down tu okay lagi...in my mind I thought that lot was being disrespectful. I should see it coming. But no...sampai I disindir2 oleh MC dek sukanya buat kebajikan kat orang yang sikit pun takde respek kat I. Suruh beli itu, I belikan...dah beli...kena buat delivery service lagi. Bila dah buat delivery tu patutnya hantarlah I balik rumah ke tak pun bawak lah I minum kopi ke kann? Haram...nak carik kan I teksi pun. Did I get reimbursed on all the money spent buying the stuff? Tak payah tanya lah kann....

Looking at it...mesti I ada buat jahat dgn orang. Well, my work kenkadang made me executing cruel decisions. Family wise...I pun terkenal jugaklah dgn ke laseran tahan pedang saber Hans Solo. Orang yang I rasa buat jahat dgn I tu...err, I ni takdelah nak doa benda buruk2 kat dia..but sebab dia pun dok advertsie nasib malang nya kat FB, maka hati kecik I yang kenkadang ada gak setan bertenggek ada jugak la kata...padan muka kau! Gituh.

In my life..I don't always have it easy. Nak di list kan karang, takut terasa tak bersyukur pulak. But I always wonder why nasib I kenkadang macam berat lah sikit.

I know of this guy yang selalu dikutuk orang keliling sebab tak baik dgn emaknya. People will always point the obvious. Bila orang tu bernasib malang then suara-suara sumbang pun mulalah cakap...dia tu kurang hajar dgn emak nya.

But knowing this guy....being raised by his grandparents made him the way he is. I wrote about some mothers who are not maternal. Fathers too. Pastu, tak bolehlah kita nak salahkan anak tu sebab tak ngam dgn makpak nya kan?

People say...a child should always made the effort. I have been in many counseling session where people talk about their difficulties to fulfill this 'effort'. And when their overall nasib macam tak selalu menyebelahi dia, maka sidia pun berasa depressed lah. Ye lah..people keep on drumming about how you must be this anak-anak yang patuh and hormat ke mak bapak and not knowing the difficulties to love and respect for that person who have been abused as a child through and through.

I was 'denied' a promotion before. Cisss....the amount of effort I put into that work till I lose sight of myself. It took months and months of wallowing self pity and blaming game before I realised why I couldn't have been a better candidate.

I was so unlucky in love. Sob sob sob. The amount of love I invested. Malas tau nak cakap. That's what happened when you deal with people and you have expectations. Not all of us are blessed with the power of control.

Do I want to give up doing good? Just because I don't have it easy should I put people through the same fate?

Was the act of kindness is my way of getting the attention? Yes. I want the people that I help/has helped to know that I am this nice person. Being nice is a good advertisement, kan?

Kiah...who has been supporting me through and through said that I should ask Allah directly for help. For blessings and for everything for I have been let down by people badly.

The amount of emails I sent out..the favours I asked. The numbers of promises I hear. I have now resigned to the fact that I have no art in asking.

Yes, I now ask from god directly. In between...I ask my mother to pray for me...because I know her prayers works for me (walaupun aku ni tak lah rajin telepon dia..)

The message I am sending out..kepada yang menulis kat saya kata betapa despondent nya rasa...insya allah. Continue to do good. One way or another..the good thing will be finding its way to you.

Friday, July 26, 2013

Update Puasa

Cerita Puasa.

Hari ini adalah hari yang ke 16 puasa. Saya berjaya puasa penuh selama 9 hari. 5 hari Allah bagi cuti yang mesti ganti (pernah ke ganti abis, masalahnya???) Dan 2 hari lagi..burn terburai sebab daya dan upaya sudah habis untuk bertahan sampai waktu berbuka.

Nak cakap pasal puasa ni...part ibadat yang inilah mak dan pak saya tak berapa strict sangat. Saya belajar puasa seawal 5 tahun. Aruah appa yang asal2 ajak teman. Saya sangat suka melakukan activity dgn aruah appa kerana banyaknya benda yang saya boleh dapat. Macam..kalau saya teman dia puasa, maka saya bolehlah ngikut dia beli putu mayam kat pekan PD sana. Disamping membeli putu mayam..dia akan tanyalah..saya mahu apa2 kah? Sebagai anak mithali...saya selalu cakap tak nak...tapi appa akan beli kan 2 bijik karipap untuk saya. Karipap kedai mamak masa tu..bapaklah godang nya.

Bila saya dah besar sikit dan besar banyak, pabila appa dan amma nampak muka saya pucat2 dan lembik semacam...maka saya dititahkan supaya bukak posa. Kalau tak larat, saya bukak lah. Pasal tu aruah abang saya selalu jeles dgn ke lenient an appa pada saya. Kata dia, appa sayang saya lebih dari dia. Elehhhh hai.

Ditahun2 sebelum sekarang ni, saya kira..puasa saya adalah penuh berbanding sembahyang. Padahal bila dingat balik, saya tak pernah dirotan sebab tak puasa tapi saya akan dimarah dan disebat kaw-kaw kalau tak sembahyang.

Fakta yang saya perlu bagitahu kat uols...saya amatlah rajin sembahyang bila duduk diluar negara. Walaupun orang2 suka kata kebarangkalian untuk umat Islam terpesong kerana mereka duduk jauh dari tanahair dan hidup dikelilingi bangsa kapiaq ni.

Ini juga fakta yang saya rasa orang yang mulutnya sesedap putu mayam suka cakap pasal kami permastautin tetap di oversea.

Bila saya jumpa orang melayu yang kahwin homputih dan sudah beranak pinak...benda pertama yang mereka risaukan ialah...siapakah dan dekat manakah mereka nak menghantar anak mereka tu mengaji. Masa tulah mereka akan menyesal kerana dijaman muda mereka tu, mereka tak belajar mengaji betul2 dan sekarang nak ngajar anak sendiri pun tak lepas.

Semalam, ada anak orang Malaysia yang baru datang belajar di UK. Saya kenal makbapaknya. Saya jemput mereka datang berbuka dirumah saya. Maka saya tanyalah..amacam puasa? None of them puasa. Penat katanya. Tapi, bershopping sakan kat Bond Street, kat tempat2 kasut dan beg tangan nya yang reganya lebih dari gaji saya sebulan, boleh pulak dia tawaf tetiap minggu. Dan katanya lagi...dia hari2 pergi gym.

Anak2 orang melayu yang saya tahu...walaupun cakap melayu mereka hit n miss sangat..dah tu dah dok sini dari kecik...jangan kata puasa penuh, siap berterawih lagi. Malu acik yang tak pernah langsung gi terawih kat UK ni.

Kesimpulannya..janganlah kita membuat andaian yang kalau kita dikelilingi kapiaq maka kita pun kena jadi macam depa jua..gituh maksud saya. 

Puasa hanya tinggal tak sampai dua minggu lagi. Ada hari yang perit dan ada hari yang kurang sikit cabaran. Dugaan physical takdelah banyak sangat...tapi dugaan emosi adalah phewwww...

Apa ceritanya dgn cina dan melayu ni? Yang sorang ni cakap ni..yang sorang ni cakap tu. Looking at it now, dua-dua pun racist. Yang melayu kata cina dah naik tocang etc etc.

Melayu sama melayu pun ...bertelagah juga. Melayu set perkasa kata melayu sekular dan moden ni dah lupa asal usul. macam tu pulak.

Dulu, kalau orang tak melayu makan depan kita prang berpuasa, takdelah kita nak sensitip sangat. Takkan lah takat orang tunjuk KEPSI depan kita kita dah nak tuduh dia hina Ramadhan pulak kannn...

Pastu bab bebudak tu kena makan dalam bilik persalinan. Alaaaaa hai hal kecik sangat. Tak. Drama2 queen king sekarang sikit2 upload FB, sikit2 masuk yutiup. Idoklah rasa nak check dulu kannn?

Err, nak tanya...kepala siapakah yang sebenarnya kena pijak?

Wednesday, July 24, 2013

When We Should Just Dok Dendiam....

Sepanjang 2 minggu ni, atas arahan Boss yang paling atas sekali, I telah diminta menghapdate segala mala training yang sudah dan bakal expired.

Maka terselamatlah saya dari cuaca panas diluar sana yang rata-ratanya hanya dikomplen oleh orang Malaya yg ber mestautin di negara ini. No comment lah ye. Tapi apapun, saya fahami predicament uols tu. Sini tak kena, sana tak kena. Kerana saya pun begitu jua. Tapi...saya tak berapa suka komplen pasal benda yang saya tak boleh nak buat apa, unless kalau saya betul-betul tak tahan. Gituh.

So what is news? Cerita pasal bilik persalinan sekolah kat Sg Buloh tu ke yang tetiba mengundang ramainya aktivis kanak-kanak sejagat? Cepat betul orang nak menghukum kannn? Kesian HM sekolah tu. Takpelah. Dia pun dapat pengajaran dan yang tukang kompang tak check fact dulu pun dapat pengajaran (tak lupa juga kemaluan) Banyak iktibar. Iktibar yang paling penting sekali ialah untuk gomen meletakkan priority mereka. Ubahsuai pejabat menteri kah yg paling penting atau kantin sekolah? Budak2 tu makpaknya adalah taxpayer tau? Pejabat menteri tak renovate pun takpe, sebab selalukah menteri masuk opis pun? Kan katanya rakyat didahulukan?

Samalah jugak dgn kes air mineral yang kononnya datang dari kubur orang cina tu kan? Siap ber takbir takbir sipembawa cerita (if the story wasn't his, dia sebagai pembawa mulut kepada berita yg tak sahih) suruh kita semua sedar yang ini adalah muslihat cinyanun etc etc.

Gasak ko lah. Hmm...projek kumbahan, air nya pergi kemana ya?

Then this Ratu Cantik Furore. Kesian adik-adik yang cantik jelita tu. Sorang tu kata, betapa sedihnya dia di disqualify sebab dia beragama Islam. Satu penindasan katanya. Orang kecewa, macam2 lah yang keluar dari mulut dan hati, kan? Otak belakang kira.

Nak suruh Ustaz tunjukkan kat mereka dimanakah dalam Quran yg ditakbolehkan masuk Ratu Cantik ni. Hambik kau, Kiah...

So...must we argue with power that be? Adakah kalau kita malas sembahyang....kita akan memprotes besar-besaran?

Kalau nak kerja kebajikan....kena tunggu menang Miss World, kah? Makcik Pakcik yang dok kutip anjing kucing liar tu idoklah Miss/Mr World material kan? Boleh je nak buat kerja amal...

Then this thing about memintak equality dalam case yang you tahu dalam Quran dah kata tak boleh? Bila orang2 pandai agama kata takleh, nak mengamuk pulak.

It is hard to be perfect. It is hard to please even your only child let alone the whole universe. Everybody demanded a special treatment if not, equal.

It suits them when it suits them. If you are homosexual, you wanted MORE than to be treated equally. If you're heterosexual too...like, if you nak kahwin dua, sukati you lah nak berbini lagi satu. Its yours and not others businesses.

Adalah sorang Maknyah yang bebaru ni menyokong penuh budak cina tu kena terajang sebab kononnya budak tu menghina agama Islam. Katanya orang camtu kena diajar supaya tak biadap sangat.

Si Lily yang kena terajang dgn budak2 jantan kat Kuantan sana sampai nak naik pecah kepalanya, pasal apa pulak? Adakah Lily itu biadap sebab dia jantan yang berimej kan Maknyah, saya tanya? Kalau macam tu, pergilah kita reramai sokong gaybashing ye? Tak pulak dia jawab saya.

To be what we want to be and to do what we want to do, is a personal choice. Sebagai negara Islam, memang ada bagusnya umatnya diberi guidelines. Wajib kita mengembangkan syiar Islam...ni kata appa saya. Orang tak nak ikut perlu diajak dgn lembut (this shd explain why my brother kena rotan bila tak alih alih muqaddam..hihihi)

I wish someone would speak up about the Islamic Authority yang dok la skodeng orang tak puasa dan menangkap mereka, tapi tak tangkap pulak orang yg tak bayar zakat, nafkah anak, minum arak dan tak sembahyang. Kenapa discriminate orang tak puasa?

Saya amat menyokong ada nya polis polis moral. Tapi...mereka perlulah adil. Jangan pi cekup orang yg minum arak ditempat2 tertutup tapi biarkan saja manusia2 bagus yg terang-terang minum benda yg sama dalam Majalah Tatlers, ye tak? Macam mana org nak respek kat you, kan?

Err...what actually am I getting at? Takde. This is when I too, should dok dendiam. Observing the unjust world goes by, witnessing stupidity and waiting helplessly for common sense to prevail.

Saya mahu jadi aktivis orang kurang upaya. Sila jangan tangkap saya.

Sent from my iPad

Monday, July 22, 2013

Some Truth....Hurts

Hello uolssss.....

Ada banyak benda hendak ditulis, tapi apakan daya..tangan ada dua..mata pun ada dua dan semenjak dua menjak dah ber SMART TV ni dok nak tengok cerita melayu dalam youtube aje gamak nya. Sambil men translate apa yang patut kat orang putih dlm rumah ni yang dok lah heran apasal pompuan-pompuan dalam cerekarama tu dok nangis,nangis dan menjerit-jerit aje kerja nya.

Seperkara lagi yang Piah misti tahu ialah, AsapMuslim tu kata dia tidak kahwin lari. Dan dia juga kata, udah2 lah kita semua nak bercakap hal nya espeseli di bulan Remdan ni dan mengurangkan pahala. Wehh...agaknya dia tahu pahalanya yang sikit sebab menipu bini tu dah terganti dgn pahala yang dia dapat free dari kita yang dok lah mengata dia ni.Makpak nya tahu, Makpak pompuan tu tahu...difference is, dia hanya kahwin kat obesi.

Dia juga kata, ramai benar yang nak menyibuk. Sampaikan sajak pun orang lain tulis kannn? Dah lah tu Piah...toksah lah kau stress. Sekarang ko dah tau dia tu jenis jantan yg cemana. Memang dari awal dia dah plan nak berbini dua. Ada dia kesah perasaan kau? Takde. Biarlah. Bunga TahikAyam cam dia tu bukannya sekuntum.

Hmm....ada uols baca article dalam sokabar bintang tu, pasal orang gemuk memang takde harapan lah, takde masa depan lah...takde social standing lah...well, to put it aptly, the flabbas are a waste of space, katanya pompuan tu.

Memanglah tulisan tu mengundang kemarahan kann...espeseli dari orang yang rasa dia dalam catergory gemuk jua.

Bolehkah saya tanya..selain dari penulis tu yang takde hormat dgn perasaan orang gemuk, adakah salah apa yang ditulisnya tu?

If you ask me...I would say....well, that's her opinion. What the disgruntled readers, maybe..failed to see is that the article is talking about those with obesity problem.

If being fat is not a social problem, why the hell are them sellers marketing all that slimming products...ranging from pills to some inch loss cream. Macam berdosa sangatlah jadi gemuk tu kan...

If they have conscience, daripada they dok promote product pelangsing ada baiknya dia suruh you masuk gym, kan? Ambik personal trainer..kecikkan segala yang menggeleber dgn cara yang berhemah lagi betul dan juga menyihatkan badan.

But no...knowing how we dig at looking like Fauziah Latip, they feel the need to make you believe that the slimming product is the answer. Ada iklan tu sampai tak logik sangat lah...dengan kata-kata, saya makan berkoyan-koyan hari ni, pastu..saya turun 3 stone, bley? Oii akak, kalau kau tak membela antu raya, sudah semestinyalah kau ada sekandang cacing dalam perut kau ye?

Tell me..apart from having to keep buying new clothes on end, is there a benefit of being overweight? Could you possibly get a job serving food out of the moving trolley in the sky?

Unfortunately, no. Even large people sometimes, they too detest being large. Kan? Ada tak kita nampak article dalam sokabar tak pun program TV yang meng interview orang-orang besar ni and depa tu cakap..ohh..I am what I am...I am so comfortable with my size? Ada tak?,

Ada kawan I dlm pesbuk, dok stress stress badan nya naik...BP nya naik..macam-macam sakit nya...isk. Tapikan uols, sebanyak mana dia mengomplen, sebanyak tu jugaklah dia check in kat segala kedai makan dan menunjuk gambar barang makan yang masuk dlm tembolok nya. Kenkadang kol 2,3 pagi..ooh..terasa nak makan nasik lemak pulak dia boleh kata. Pe kejadah ko balun nasik lemak kol 2 pagi? Pastu sure ko balik tido, kan?

Now tell me if being fat really bothers her? She moans about it yes..but u think she cares?

The article is harsh yes. True but harsh. Some people allow themselves to get bigger. Sampai menyusahkan manusia lain. I am talking orang yang beratnya ber tan-tan sampai nak kena operate segala. Yes, they are too heavy to even get out of bed hence the lack of social standing. Nak bangun tak larat...jalan sikit semput..tu semput, nak bersosial apa nya?

But manusia ni...marah sungguh bila kita point the obvious. Semacam mana orang marah pasal kita kata orang gemuk macam tu macam ni, sama jugak lah keadaannya bila mereka naik hangin bila kita mereka tu sakit mental bila dok membuat benda yang jarang dibuat dek orang, kan?

I don't know about you..but majority of large people I know...semua berharap agar mereka tu slim melim. Berharap untuk selim ye...berusaha untuk slim tu tak tau lah. We have that program where all the large people put together and tortured to exercise to waste of their fats. Why?

I read comments of them readers who were offended. I am not sure if the truth upsets them or if they are just upset by the mean article writer.

Manusia memang ada banyak alasan dan kadang2 defensive. Semuanya kerana apa? If wrong is not one of them, I don't know what is.

Tapi...pilihan ditangan anda lah. Anda boleh masuk gym dan berasa segar serta boleh kurus dgn cara berhemah, tak pun...sapulah inch loss ke, pill slim cap katak puru ke...masuk dalam beg asap ke, balut dgn cling film sampai sempit nyawa pun boleh gak...

Nak gi gym..macam2 alasan padahal discipline diri yang tak de.

Dengan itu...saya berjanji akan minum air banyak2 supaya toxin dan lelemaks dalam badan saya boleh keluar dan saya akan slim macam Angelina Jolie selepas tiap2 pagi petang saya berlari ngejar bus dan train.

Sekian.


Saturday, July 20, 2013

Team Mak Enon

Eh...siapalah yang akan menolong kita kalau tak kengkawan kita sendiri, kan????

Okay, disebabkan ada antara kita yang takut dikejar lembu maka Pasukan Kiah Kasut Merah adalah tak sesuwai untuk mereka. Lagipun, bukan Kiah sorang aje seleburity yang telah I paksa berjalan kaki dan menghambat rakan-rakan seopis nya.

Another seleburity popilar yang juga telah dipaksa secara halus ialah Capt Lukman kita tu. Maka dengan ini adalah tanggungjawan dia memaksa, memeras ugut, menyantau, mengguna-guna serta menggunakan taktik paling kotor untuk memaksa kengkawannya berjalan lenggang kingkong pada acara berjalan kaki sambil mendema.

So, anda juga boleh memohon untuk masuk group Capt Lukman. Cuma...group dia idoklah se glamer group Kiah.



So, Aking...dah, ni group mung.

p/s Ahli Pasukan Kiah Kasut Merah adalah diharamkan berpaling tadah ye...dan alasan stress kerana Asrap Muslim tak ambik kita jadik binik No. 2 juga tidak boleh digunapakai untuk tidak menyertai acara jalan kaki ini.

Friday, July 19, 2013

Update

Wahai kekanak sekelian....

Setelah kita dimenyampahkan dengan berita Serap Muslim tu bernikah lagi satu walaupun tu hari dia kata, ehh mana ada, Dayana tu la bini I sorang...hiks, penipu! Kita juga dientertain lagi dgn cerita Ebiadidas berkahwin baru dgn mamat yang sungguh ensem. Dengan itu, wanita-wanita yang susah nak laku walaupun dah ditawarkan pada harga potongan macam I dgn Mak Piah ni terasa lah jugak dan berkata dalam hati...ohh, apa kurang nya diriku yang shantekk ni.

Ohh...itu sudah jodoh, bak kata Serap Muslim tu kat bini nya. Iya..sungguh lah jodoh yang pre meditated kan? Dengan itu, diharap Mak Piah dapat bersabar.Adalah sebab2 yang tak dapat dielakkan oleh si jantan tu, maka dia terpaksa menipu bini dan berkahwin lari. Tu lah dia jantan...kata mereka mereka tu gagah...tapi nak bagitau bini dia nak menikah lagi satu pun takut.

Tapi..dengan news ni juga, kita dapat me witness betapa pompuan ni, kalau nak mengutuk jantan bab-bab ni memanglah akan bergabung tenaga. Tak cukup dgn si Serap tu dikutuk, si bini baru juga dipersoalkan tahap kesampaian hati nya. Like, ehh ko pompuan, takde ke perasaan...dia tu berbini. Tak kesian ke kat bini dia. 

It takes two. Always. Dulu Awie kahwin dua jugak....dan kahwin sorok jugak, kan? Tapi untuk mengurangkan kata-kata umpat keji terhadap dirinya, maka dialihkan juga perhatian orang kat ex bini nya, yang kononnya mengabaikan anak. Hek elehhhh hai.

Sometimes, things...happens. Jgn kata laki orang..bini orang pun boleh terlepas. Both man and woman can create their own drama. Tengoklah apa tujuan nya. Kalau laki kita terjatuh chenta dgn orang lain...maka the bini akan mulalah menangisi nasibnya. Sama jugaklah dgn jantan kalau bini nya terjatuh chenta dgn orang lain. Kalau boleh, satu dunia misti tahu betapa tak setia nya bininya tu kat dia...

Tapi...tak ke terpikir yang ada masalah-masalah dalaman yang disapu bawah karpet?

Eh jangan marah tau uols. I ni takdelah nak menyokong sesiapa yang tetiba rasa selera nya bertukar. Tapi dalam pada kita nak mempertahankan hak kita (err...laki or bini kita) pernah tak kita pikir yang, sebagai manusia, perasaan kita boleh berubah? Kita pandang lah laki kita...daripada hari kita kahwin dgn dia, cinta yang seratus persen tu, masih ke berjumlah seratus persen ataupun dah lain jumlah nya?

Tadi I baca interview Dato' Mustapha Maarof. Dah berbelas ke lebih doploh tahun jugak dia menduda. Tak nak lah dia mencari pengganti aruah bini nya. He was singing praise...how beautiful she was..how loving..how this...how that. The wife would fulfilled 8 out of his 10 requests. Nak makan karipap, dibuatkan karipap...(ni I tambah sendiri)

After many, many years together..do you still worship the ground your partner walks on? Nak pulak kalau yang set..memendam mendam rasa...bercakap dgn laki guna telepathy, bercakap dgn bini guna message dalam botol yang tah bila-bila lah nak sampai. Ada pulak tu, masalah dia dgn bini or lakinya, bff nya pulak yang tahu. Instead of cakap dgn laki/bini nya sendiri, dia pi bagitau bff pulok, kan? So, bila orang tu dah berubah hati sikit (yang kita mmg lah dah tahu) maka adakah adil nak tuduh orang tu mengkhianati chenta?

True, ada yang bini mithali/laki mithali...takde angin ribut petir, tau tau laki/bini dia disambar orang, tu memanglah hancur luluh hati.

Tapi kalau dah bertahun hidup dalam rasa nak bunuh laki, so bila orang tu tetiba pulak dengarnya ada affair, perlukah nak buat drama..ohhh..aku dikhianati?

I think, I have written about how we sometimes...don't know what we want in life. We dream about perfect marriage, a guy to rescue us..give us life itu dan ini, but that poor man can try his ass of to please you dan you tetap gak tak happy. Ada pulak jantan yang dah dapat bini cantik macam Wan Zaleha, pandai masak..pandai jaga anak..tak menyesak kan kepala dia dengan merengek-rengek mintak macam-macam but jantan tetappp gak akan komplen kata bini tak memahami nya.

I am sure there is signs we can pick up and we can be responsible enough to deal with it if we want to make it work. But you still need the cooperation from the other half to make it work. Hidup ni janganlah ada expectation yang besar-besar. Kalau laki kita peel nya sejak dari azali mmg macam hermit/kermit, terimalah dia seadanya. Kalau masa bercinta dia nak jawab telepon pun malas, usah lah lepas kahwin 11 tahun kita mengharap dia membawakkan kita breakfast in bed ye?

But if he did that...please, please call his GP. He probably only have weeks to live.

Wednesday, July 17, 2013

Just A Thought...

Reading Harian Metro today and wonder...

If Ashraf Muslim is Kiah's other half...and after what we heard had happened, will they still walk hand in hand after leaving the court?

Will Kiah maintain a dignified silence and muka redho-terpakso next to him...hounded by journalists?

What will you think happen when they both get home? Adakah hari esoknya akan keluar berita....

Ashraf Muslim dijumpai mati terbakar didalam rumahnya sendiri manakala isterinya dipercayai telah meninggalkan negara bersama anak-anak dan kucing-kucing mereka. Ini berdasarkan maklumat yang diberi oleh bibik mereka. 

'Ibu saperti dirasuk puaka niyang rapik dan mulutnya keluar api. Saya hanya diarahkan menyiapkan adik-adik,Ugi dan Monty. Selepas bapak dijilat api...mereka pun lari sambil membawa kartu tanda antarabangsa (passport) mereka.'

Gituh....


Sent from Samsung Mobile

Monday, July 15, 2013

Pressure Yang Macam Haram

Hola uolssss......
I sekarang ni suka baca blog gossip. Ye lah nak kipap dgn Kiah dan konco-konco nya kan. I ni pikir, memandangkan I ni akan balik menetap di Malaya, maka, I kenalah ambik tahu siapa orang tu..siapa orang ni... ---memanglah uols takleh mengambik iktibar langsung dari I ye. Patutnya dibulan Remdan ni, berkhatam lah kannnn?

Taknak lah jadik macam masa I gi meeting dgn Mebeng tu hari..bila depa dok cerita pasal Aizat. I pun tanyalah...Aizat tu siapa? Maka loyar sabung ayam terpaksa cover kemaluan I dgn mengatakan yg sebab I ni dok oversea, I hanya kenal Justin Biebah aje.

Bulan posa kali ni..mmg besar dugaan nya. I pulak pegi lagi baca sokabar UM tu yang amatlah menyakitkan ati. orang ber debate dalam channel burung biru tu. Wah ego semasing....macam dia sajalah yang boleh menyelamatkan donia gituh.

Unless retis kita memang bernama yang pelik2 ataupun I ni dah ketinggalan zaman betul dimana zaman ni dah kurangnya nama-nama yang I biasa dengar like Noraini lah, Nuraina lah...Azlina lah...but now, nama semasing Neelofa, Leuniey (iskk cam gampang tau spelling menyusahkan hidup orang), Anjoulie...arghhh plenty!

Maka keluarlah cerita pasal Mamat ni yg pernah lah ada sesuatu dgn Yuna last-last dengaq nya dah takde apa2. Takde jodoh lah tu ye tak?

Maka sekarang, si Mamat ni dah digossipkan pulaklah dgn sibudak nama pelik ni. Gossip menda nya, kalau dah bergambar gi holiday sakan siap upload dlm Instagram dgn harapan..gossiplah kami cepat, kan? Gituh. Talking abt Instagram & Retis ni, I menyampah betul lah bila ada pasangan pakwemakwe yg sokmo lah berkawan biasa tapi sebanyak mana diorang ngaku diorang tu kawan biasa, sebanyak itulah gambo mereka berdua muncul kat laman gambor tu dgn caption yang tak bleh blah nya..like 'US'.

Akhirnya, Mamat ni mengaku. Ye..tu mmg makwe saya and kami dah cakap pasal kahwin, yelah...saya pun dah sebaya Mohamad Al=Fayed so, apa kenanya nak tunggu lelama lagi?

Dan pompuan nama pelik tu lantas syiok dgn malu-malu kucing nya kata...ohh that's so sweet. Kononnya memahami lah jiwa jantan tu dan tahu jantan tu dah berfikir kearah wad bersalin pulak sebab dia dah in his mid thirties katanya.

Okay...seperti biasa, apa yang I baca ditengah garisan selalunya akan jadik bahan posting. Lantak pulah depa dua nak berkapelan. Sama cantik...dan girl tu masih muda. Agaknya Mamat ni bertaste kan pompuan muda2 lah gitu sebab si ex nya yang pemes tu pun muda jugak dari dia.

Kita orang pompuan ni kadang2 terbawa dek arus syiok juga bila ada jantan yang boleh tahan lah macho, banyak duit dan ensem, declare yang dia syiok kat kita. Wahhh. Ni their case, unless pompuan ni ada cita-cita nak jadik doktor gigi dan kena belajar bertahun2, pompuan ni boleh je nak nikah cepat dgn jantan ni.

But don't you think it is selfish from that man part to 'pressure' that pompuan to settle down dgn dia sebab dia tu 'bukannya muda lagi'? Adakah salah pompuan tu ko jantan separa terlajak yang tetiba nak berfeeling chenta pulak?

Budak umur 19 tahun, nak nak pulak macam nak jadi retis fofuler, mestilah nak mengembangkan sayap kan? Nak gi travel ke, nak jadi pelakon sampai dapat award ke..tup-tup jumpa jejaka idaman, dan dia pulak kata..okay..takleh nak chenta lama2 ye, sebab I ni kubur dah kata mari.

Maka secara wajib, mestilah bukak ceritamu cerita ku kan, Kiah? Suatu masa dahulu, adalah jantan ni...dah berumur lah jugak. I baru sgt balik dari oversea dan telah di single kan.  Masa tu kan femes group mIRC semua, so kengkawan satu group I tu adalah dok nak kenenkan kat I kawan dia yg eligible bachelor ni. Kuang hajaq sangat kawan I tu, sebab dia nak gi dating dgn mamat ni, dia nak hangkut I, so untuk membuatkan I rasa tak awkward, dia suruh lah date dia tu bwk kawan. Maka jadi lah double date kan?

Wahh. Si mamat yg dikenenkan kat I tu mcm express rakyat aje gaya nya. Jumpa mlm ni, besoknya terus nak ambik I balik kerja. Masa ni I kerja kat KUBB Jalan Utara sana. Masa tu, bas METRO adalah harapan bangsa nak pi kerja so bila ada orang nak jemput kita dgn Pajero nya, tak kan kita nak kata tak pulak kann? So the whole week I macam occupied saja sebab ada instant drebar yang akan jemput I balik, bawak I gi makan..hantar I balik.

Hari yg I nak kluar dgn kawan I pulak, dia nak ngekot. Dia ni bukannya bangsa tepon-tepon. Kalau dia nak cakap dgn I tu, dia menjelma saja depan rumah. He was so gentleman, tak pernah lah dia menginvite dirinya masuk dan akan tunggu I kunci pintu dulu baru dia nak berambus (dan selepas line clear, I akan keluar balik dgn kengkawan lain pulak pergi cybercafe..hiks)

He is at least 10 or 12 yrs older. Every time I kluar dgn dia...melainkan malam Jumaat sebab dia gi mesjid, dia akan bercerita tentang betapa dia kena kawin cepat, umur dia dah banyak dan kawan2 dia semua nya dah beranak pinak. Ofkoslah, I akan buat muka sesadin-sadin nya bila dia cakap tu.

I think, agaknya sebab I dok kluar dgn dia hari-hari...maka I ni secara otomatiknya adalah gf dia kot. So bila dia cakap benda2 kahwin, anak and tua, I pun cakap lah balik..you ajak lah gf you kahwin. You bagitau I buat apa?

So men..next time, jgn assume ye. Declare lah intention you kat pompuan sebelum you ingat dia juga akan syiok kat you.

Mamat ni sgt lah marah...dia kata, eh awak tak nampak ke saya suka kat awak? I hanya mampu tersengih aje lah masa tu. ---see, pompuan memerlukan harapan walaupun sedikit.

Maka setelah declaration paksarela tu, maka secara exclusive nya keluarlah kami berdua. Tapi..I masa tu baru lagi balik, baru lagi kerja...baru lah rasa nak menegok dunia.

Pada suatu malam, kawan2 meronggeng telah membuat plan hendak ke pusat joget-joget yg dekat A&W PJ tu..I pun lupa dah apa nama nya tapi tempat tu mmg lah heppeningssss tau. Disebabkan I tahu tu malam dia pergi mesjid, maka I cakap lah dgn dia..saya kluar dgn kawan saya tau malam ni. Memula dia kata okay...mesti dia ingat I nak gi makan nasi lemak aje. Awak jangan keluar lama2 ye. I jawab lah..entah, mesti sampai rumah pagi agaknya. Dia pun terperanjat lalu menguatkan suara, awak nak pergi mana? Dgn tak malunya I cakap...disco lah...

Within 20 menet, dari Sentul dia dah terpacak depan rumah I di USJ dgn kain pelikat, baju melayu dan kopiahnya. He called me out from his mobile and ask me to masuk kereta. Saya nak cakap dgn awak ni, katanya. Malam itu kena tarbiyah I dalam kereta nya disamping ugutan..kalau awak pergi jugak, saya akan masuk dan tarik awak keluar. Walaupun dia cakap secara gelak ketawa, I pun terpikir..ko apehallll?

Starting from that, I pun gigihlah membuat perangai samdol. Every time dia ajak I kahwin, I akan mengelak. Everytime dia hantar I pi outstation, dia akan hint yang nanti dah kahwin, I dah tak boleh travel2 selalu sangat for work camni.

I think to him, he really thinks that he showing 'care'.

So pada satu malam...bomb pun meletup. With him wanting to rush and me wanting to see more of life. Hasil dari pergaduhan maka Pajero pun telah melanggar divider. He was shocked, not sure because of the langgar divider or bcos aku maki dia. He cried and I demanded to be sent home. I never want to see him again after that. BTW Kiah, he is the Dato  I was telling you about.

I pun ada gak dengar cerita all the hubungan tak kesampaian pasal jantan pressure yg mcm ni jugak. Ironically they were a good catch. But time wasn't right. Seriously.

And course, jodoh tak ada. But jantan kann..kalaulah tahu nak kahwin sesangat, awatnya ko tak cari akak-akak yang dah ready ke? Ko nak gak pi serbu budak baru keluar sekolah buat apa?

Sekian.

Saturday, July 13, 2013

Kahwin Sorok

Duluuuuu kannn....saya pernah tinggal serumah dgn sorang ahkak ni yang juga adalah bini nombor dua seorang abang macho pembawak taksi. Ahkak tu takdelah advertise kat kami-kami penyewa bilik ni yang dia tu bini ke dua, but setelah menengok keadaan dia dan lakinya yang hanya berjumpa on hari-hari tertentu, dan juga keadaan lakinya yang hanya check in diwaktu burung antu, maka terkeluar lah kisah benar...abang tu dah bebini sebenarnya.

Ghopenya...mereka dah menjadi laki bini selama 2, 3 tahun uols...tanpa pengetahuan bini pertama abang tu. Masa tu saya masih muda rumaja, boipren pun kejap macam ada...dan takda, saya taklah paham sangat betapa seriusnya 'kesalahan' ini. Kalau sekarang...maybe saya akan judge lah...takpun mengomen sinis, kalau dia boleh buat kat you (menipu bini pertama nya) maka dia juga boleh buat kat orang lain. Lagipun..abang tu baik orang nya dan..saya masa tu student yang semanjang stress nak kena pass peksa so, dia bini kelapan pun...tiada celanya dan tiadalah akan menyusahkan perut saya.

Bebaru ni...saya telah dikejutkan dgn cerita yang sorang sedara jantan saya yang ala-ala pijak semut pun tak mati ni telah kantoi berkahwin dua. Masa dia terkantoi tu, dia kira dah lama gak kahwin. Terkantoi pun sebab bini baru nya beranak. Dah la duduk pekan kecik kat satu negeri di Malaya tu, maka...bangkai kucing pun lelama orang akan terbau juga. I will have to spare how the bini finds out lah ye..(tu pun orang yang cerita) sebab...I takleh tukar fakta nya so takut nanti ada pulak ter familar kat telinga uols. Hiks. Apparently the wife and children's are taking it real hard apaknya kahwin lagi satu, so who knows who might be reading this.

For the life of me...I taktau kenapalah jejantan yang berani kahwin dua, tiga ni tak pulak berani nak bagitau bini diorang tu yang diorang tu nak menambah cawangan.

Kenapa eh? I was told that a decision to ask a girl to marry you adalah one of many of the hardest thing a man have to do. Ye lah..ko berani ajak Zara Salim Davidson, pre Raja Pompuan Muda kawin dgn you? Kalau dia kata NO NO NO? Tak ke memang nak lari masuk laut rasa nya? ----ni berdasarkan pengalaman kawan I yang ditolak proposalnya, lalu bertahun dia tak pergi tempat yang di frequent kan oleh gadis yang menolak lamaran nya.

Not only that you have to ask a girl to marry you...tu belum lagi part you must tell your parents, her parents..and in some cases..awek2 lain yang telah ko beri 'hint' yang kau adalah pakwe steady nya.

So, you gone through all that... and now when the 2nd time time round, I suppose to ask the 2nd girl to marry you adalah kacang putih because..hey, what have you got to lose? Kalau dia ni tak nak, yang dirumah tu ada...tapi, apasalnya susah benar nak bagitahu yg kat rumah tu..yang you nak menambah cawangan?

Kita tahukan..jejantan ni tak suka memikir benda yang remeh..pada pendapat mereka. So, alangkah sampainya hati uols merasakan hati pompuan ni perkara remeh ya? Kalau masalah opis, masalah kereta...or anything apart from the wife is PENTING sangat.

Tapi, cuba kalau wife you lupa buat air you..or tergossip sikit hal kain sarung you kat orang...copekkkkkkkkkkk yo you teghaso ati kan?

Alasan will be..tak nak kecik kan hati bini...ye tak? The process nak pujuk is ages. Not many women will want to share. Knowing so well how men is not good at sharing. Sayang bini-bini bukan sama dgn sayang anak-anak. You can sayang your twin boys but it will not match you sayang your two binis.

Bila jantan berbini banyak mati...trust me..all wives will have a different sides about him. I can't help to think that to 'cari makan' the husband had to be a different chameleon at every houses.

Antara script yang I pernah dengar, the husband tell the 1st wife, you are my 1st love..and the love is different compared to the others. Elehh...kenalah keep nombor satu tu sweet kan?

2nd wife, 3rd wife...lain pulak aishah nya.

A guy 'left' me to be with another woman. Of course my situation is millions time different lah...belum jadi bini pun masa tu...tapi sudahlah kiranya jantan tu berjanji to menyapu I dari kaki I ni. But to deal with the aftermath tu..haiyooo.

I can only guess..in some cases, kalaulah Allah nak bagi petunjuk yang laki kau tu adalah Ular Tedung Selar, cemana sorok pun...truth will always find its way to come out. Dalam kes sedara I ni, I rasa..banyak betul benda yang dia kena hadap.

Satu...disebabkan news lakinya kahwin lain tu datang dari mulut orang lain...mestilah si akak bini sedara I ni malu, semalu-malunya. I don't know lah if dia ni bangsa bini yang suka up up laki..ohh my laki is the best hasben in the world etc etc. Lagilah malu berganda kann..kalau you dah cakap kat semua orang betapa mithalinya laki you.

Dua...bengang lah weihhh sebab kena tipu. Kena bodoh. Like, satu kampung aje dah tau, kau je belum. Or maybe the signs are everywhere and kita je tak nampak

Tiga...how do you deal with your own family? Anak2 sure memberontak kan? Tu belum lagi ada kalau makpak kita set-set panglima garang, pantang anak aku kena madu etc etc..ko pergi mintak cereyyy dgn laki kau. Aiyakkks sangat. Well, can you blame them angry family members? Nak nak kalau bini tu adalah bini mithali, put everyone's needs before her..and tup tup...pompuan karaoke tah mana2 dapat naik takhta?

Four...ni yang payah sekali I rasa. How can you cope with his betrayal? Boleh je raya tahun depan mintak maaf..or you be able to forgive lepas dapat barangan Copat, kereta Cayenne sebijik dan other extras. But every time you look at him...you know you are sharing him with another woman and you will forever remember his lies that once broke your heart.

So that's that. I overheard my mother cakap dgn my female relative ni, kalau laki kita nak kahwin..bagi sajalah. Nak tahan2 pun tak guna. Orang jantan kalau nak cari penyakit, biarlah dia.

I know of many yg jadi bini nombor dua. But apart from that kakak landlord I kat paragraph atas sekali tu...their existence is known to the 1st. It wasn't easy for them too. Yes, the husband mampu. In their cases, I really think is the jodoh that connects them sebab orang yg I kenal tu idoklah set-set perampok uols. (But, if you know you're courting with married man, idok ke sama je motivation nya nak kahwin dgn dia..lantas, pulling him away from the 1st?)

Okay lah..cannot win. Ada sebab lah kalau benda2 terjadi pun. Nak jugak orang tu amik kita jadi bini nombor dua daripada dok diusung kulu kilir takde apa2 ye tak? And, laki kita tu idoklah buat dosa sokmo bertiduran dgn sesapa...kan?

But, be honest lah...saves everyone from the heartbreak like this, in my sedara case, si bini dan  bini dah bagi kata dua, her or me gituh. Boleh tahan kannn? Sure lakinya pening, dah la baru beranak kecik.

Semacam mana gedik dan berani nya you nak berbini lagi, maka match lah kegedikan dan keberanian itu dgn memberitahu dunia ye?

Friday, July 12, 2013

Pet Peeve

Dulu kan...saya paling terrer spelling. mana tak nya, aruah Appa itulah kerja nya bila dia free-free. Dia suruh eja ni lah..tu lah. Appa saya punya English fuiyooo. Orang Snadhurst lah katakan. Walaupun dia takde accent berabuk, dia pernah kata standard English Language nya adalah standard aruah loyar Eusoffe Abdoolcadeer.

Uols kenal siapa pakcik ni? Silalah google.

Nak kata BI saya ni terrer, idoklah se terrer budak Cheltenham Girls School tu ye. Kami dulu dihantar buat English Course kat Sg Siput aje. Disebabkan saya ni sekolah konben yang hari Jemahatnya kena gak cakap homputis serta dekat rumah mmg Appa cakap homputis dgn kitorang kecuali kalau dia mengamuk, maka belum pernahlah masa kat sekolah saya tak paham apa orang cakap...walaupun ada Cikgu Mamak mengajar BI ni kadangkala cuak kerana saya boleh paham words yang susah...like...charred. Darjah 3 masa tu...satu kelas dah bangun sebab taktau, tapi saya relax je duduk. Budak2 yg perasan pandai pun memandang sinis kat sana..ingat saya ni purak2 nak berlagak pandai agaknya.

Selalu jugak dalam pesbuk saya nampak kesilapan-kesilapan bahasa yang ..agak mengeramkan. Bukan apa uols, ada words yang bunyi sama dan maknanya lain. Sekurang-kurang nya..check lah dulu kalau tak pasti. Ada yag saya tegur secara halus tapi tetap gak dia tak perasan. Nak tegur terang2 kang..orang ngata pulak..amboi kau, hinglen pun kelaut ada hati nak fefeeling cikgu kannn?

Kadang2 kesalah penggunaan perkataan dan spelling membuat saya jadik geram jua. Tak lah semua but ada few yang memang selalu disalah guna-eja kan. Tanpa rasa apa-apa oleh sipengguna nya. Hishh...pet peeve jadik nya ke saya.

Antara yang membuat kan seluar spentot saya terbelit adalah....

1. Have a save flight katanya....
Aiyo...knowing the intention situkang wish nya..kenkadang I macam tak sampai ati pulak nak betul kan spelling nya dikhalayak ramai tu.Unless kalau dia adalah Kiah...sebab budak TKC yang dapat masuk boarding school kat UK for A-Level kalau spelling pun masuk hutan gak..memang lah mengundang tarian pom-pom girls sambil menyanyikan lagu 'kau bodoh...yeh yeh kau bodoh..yeh yeh kau bodohhhhh'. Giteewww. Okay, safe and save..bunyi lenlain okay..makna pun lenlain..dan dalam konteks ini...safe. SAFE.

2. Wahh...anda bakal menjadi makpak?? Wow..congrates.
Hah...CONGRATES kau kata?? Tang mana pulak congrates tu adalah singkatan kepada word 'congratulation'? Nak berfeeling Los Angeles sangat kannn walaupun tah hapa-hapa ejaan nya. mana datangnya huruf E tu, mak dia aje yang tahu. Cakap jelah...congratulation. Sonang. Betul you..terasa I nak 'grate' je mulut mereka tu.

3. Post gambar kat FB makan candle light dinner dgn abang swomi dgn caption...Rib Eye steak, Mr Hasben's threats. Thank you sayangggggg.
Ya Allah Kiah...kena 'threat' dgn laki boleh lagi kata thank you sayangggggg? Its 'treat' darling...treat. Having said this..you mummy out there..teats and tits...sama fungsi tapi different meaning ya..ehemm. Mana yang suka ber communicate dgn laki dekat open wall tu jgn lah dok suruh laki pi Boots or Superdrugs ke..Yang..can you get me two pairs of tits please...aiyakkk sangat.

4. My dateline is tomorrow...matilahhh.
Date line lah sangat kannnn? Ada line dibawah date ke? It's dead. Deadddddline yo!


Apa lagi eh Kiah?  You know bila orang tu nak bagitau you yang dia tu masih ada upaya lagi dan bukannya tak berfungsi akal badan fikiran nya. Tapi nak spikang bagitahu orang sambil jerit to his highest pitch ni...I am not an invalid you know?? Tapi sebut invalid as 'in valid' . Padahal sebutan betul nya adalah 'invellid' gitu.

I still can't get over Tony Fernandez and his 'goodself'. You will be having dinner with my 'goodself'. Kan ke senang kalau ko cakap..you be having dinner with so and so and me.

Okaylah. My goodself blah dulu ye...

Thursday, July 11, 2013

Puasa Dan Expectation nya...

Selamat Berpuasa uolsss....

Puasa kat sini bapaklah lama nya. Nak nak sekarang...ada yang nak dekat 20 jam. Kalau ikutkan time sepatutnya tak sampai lah...tapi cemanalah nak buka posa kol 9.30pm pastu melepek cam biskut kena rendam sampaikan nak tunggu masuk waktu Isyak tu rasa terseksa and then waddayaknow...kol 2pagi nak kena bangun balik untuk bersahur.

Wehh..memang tak sahur lah gamaknya. I akan tidor lah sebelah Ribena, set alarm kol 2.30pg, minum dan tidur. That's my sahur. Pastu matahari terbit barulah terkedek nak ber subuh. Memang kompom kena sumpah laknat but nak wat caner uolsss?

2,3 hari lepas semasa I kat dalam tube..I terdengar lah bebudak student Malaya ni berbors-bors sesama mereka ---ahkak pakai Ipod lah konon, tapi habis apa depa gebang tu I dengar. Mesti bebudak ni baru datang dan nilah agaknya pengalaman berposa kat rantauan gituh.

Maka mereka membayangkan betapa azab nya nak posa sampai 19 jam dalam keadaan yang agak panas (eleh..Hinglen ni, panas mana lah sangat..cer kau ki Kuching ke, Kota Bharu ke..hah..cair tau MAC)

Wah adik2 macho...sampai sebut word 'azab', 'sengsara' and 'boleh mati' alangkah over nya kannnn?

Senang dik..kalau tak tahan..buka. Tak ada nya yang azab, sengsara dan seksanya dalam membuat ibadat (opps..self-reminder) Sini bukannya ada orang nak tegur you puasa ke tak puasa, ada orang Jabatan Agama nak skodeng you makan openly ke...tak ada.

Ahkak kau ni...sebagai pompuan, ada hari-hari nya yang I takleh puasa. Ada hari pulak...akak bukak sebab macam tak convenient aje nak puasa. Ni pun menjadi cemuhan orang I must tell you. Last year or so, I posa and pergi meeting. Lepas aje meeting Boss nak bawak makan, so I cakap lah uols pergilah..sebab I posa. Maka sipolan2 tu terus tak nak makan sebab segan and kesian kat I. I dok cakap tak pa, tak pa uols pergi aje, maka homputis2 sensitive tu tetap gak tak nak. Boss yang organise meeting tu pulak aialah Boss yang kami hanya dapat jumpa setahun 2,3 kali aje. Maka I pun cakap..okaylah..I ikut. Maka, terbukak la posa I hari tu.

Terus apa aku dapat pastu? Trust that orang melayu, yang Islam ni..cubalah kalau uols tengok bab-bab nak mencemuh orang dalam FB tu kan? Akidah saya dipersoalkan pulak sebab membukak puasa. Elehhh. Kan ke dah tertulis, kalo tak puasa, kena ganti, ye tak?

Kenkadang orang lupa apa iktibar nya kita disuruh berpuasa ni...selain dari menjadi rukun Islam yang wajib kalau you tak sakit and etc etc, ia juga untuk supaya kita insaf, berperasaan empathy for those who are less fortunate, menguatkan disiplin diri dari pada macam2 nikmat duniawi kan?

Tapi...disiplin orang kat Malaya tu sungguhlah kuatnya kannn..sampai orang agama lain pun takleh makan depan diorang. 

Cuba kau kena...why do you have to fast? Silly thing innit depriving yourself for no reason? Ye uols...kadang2 ni lah yang kami-kami kat UK ni dapat. Tu belum lagi kau tengok saudara sesama Islam kau (nak nak si puak Arabs tu kan) yang dah le tak puasa, respek kat bulan Remdan ni takdak langsung.

Kita ni..bila tubuh badan ni dah banyak ditorture dgn benda2 tak patut, mulalah zat tu kurang, zat yang ni kurang and sometimes, abstinence even for a shorter period is not easy. Kalau tak boleh buat..tak apalah. Tapi tak yah lah kata 'mesti mati' kalau puasa 20 jam tu, ye? Lagipun..adik tu jantan macho...kalau takleh puasa, senyap je lah...takyah lah kompang.

Bulan puasa ni memanglah banyak nya dugaan. I ni, selalunya payah gi toilet. tapi dalam bulan puasa, aktiviti melabur ni kenkadang takyah dipaksa-paksa gamaknya. Menderu-deru aje barang pengisian tu keluar. Tu baru pukul 7 pagi maka separuh rizab dah habis...caner pulak nak bertahan sampai kol semilan malam nanti?

Tahap kesabaran...ni pun sama gak penting nya. Semalam adalah siapa makhluk FB yang dok menyebar budak Alvin Vivian tu punya perangai yang konon nya..menghina Islam. Ish..apa pulak kononnya...memang dah tahap hina gila-gila lah tu kan..berbuka puasa dgn Bak Kut Teh. Tapi, kan ke itu dugaan kesabaran juga? Apa yang budak dua orang tu mahu? Nak tengok orang Islam mengamuk lah kannn? Bila dah mengamuk..nampaklah yang buruk pasal Islam ni. Kan ke tercapai hasrat mereka tu? Ambik lah pengajaran dari budak dua orang yang takde sentimen sosial tu...yang..what's you give..you get back. Semacam mana ada diantara kita yang suka menghina agama orang, macam tu jugaklah orang boleh buat kat kita ye?

Moral nya..next time..jangan pi kata agama orang tu !!! Kita jaga ibadah kita dan puak2 kita dulu ye...

Sekian

Monday, July 08, 2013

Happy....Happy Lah

Ada tak orang tak hidupnya sokmo tak happy?

Ada you. Sangatlah ada. Kadang2 situation orang tu sangatlah deceiving. Ye lah, kat pesbuk dia advertise kesempurnaan hidupnya.We should now call FB a free life advertisement, kan? Tapi..sila salahkan FB lah uols..sebab nya depa tanya...what's in your mind gitu. Kalau dalam pala you ada...boss ku adalah jelmaan puaka syaitonn nirrojim, how else can you put it in expression?

Ada yang advertise, betapa perfectnya dia dan agamanya. Mempunyai sifat Qana'ah pada tahap tertinggi gituh. Kita yang hidup serupa maksetan ni rasa kecik lah sangat. Sometimes, seriously I akan terasa. Terasa betapa...kurangnya I meng advertise ibadah-ibadah I (yang ekceli...ala-ala hidup segan..tak gak mati mati)

Ada yang advertise..betapa bahagianya mereka dgn swomi dan anak-anak. Wahh...pergi holiday jenjalan pegang tangan dgn Encik Asben. Wishing Encik Hasben ayat-ayat chinta. Nak communicate hal dalam rumah pun tulis kat Encik Asben punya wall ---hello sayang, kenapa tak jawab phone you??? Gitu uolsss. Cam lah takleh private message kan? Atapun, mungkin message disebaliknya nak bagi tunjuk kan sesapa kat dlm frenlist lakinya yang..hey, I am the WIFE so back off or, nak bagi mark kat swomi nya yang..you think I can't make a scene? Gituhh. Everything is for public information supaya orang tengok lah...there is something there...like kasih sayang..walaupun interpretation tah hapa2... orang macam Cik Kiah kan yang sokmo kurang kasih sayang tu haruslah sentap sebab takde swomi nak cari2 dia publicly. But hey...thnaks to me, at least frenlist mu taw yang kau tu hot hot stuff gak kannn?

Ada yang..tak yah susah2 nak tulis apa dia buat hari-hari yang membahagiakan..dia published scrapbook dan berita bergambar saja. Beli henbeg kat mana..mana dia pergi, mana dia makan..ohh segala-gala nya lah!

Happy sangat kehidupan mereka, nampak gaya nya. The underlying truth...hanya dia aja lah yang tahu kan?

Nak Iah I berdiskus sikit pasal hal 'happiness' ni. Ye lah..happiness has different interpretations to each its own.

Some of us want just simple things in life. Some of us...wants just everything. But we sure want something.

Ada orang tu..hanya menunggu 'pinggan' nya dipenuhkan. To the world..she has everything. Well, maybe not all...but sebagai manusia biasa, standard kita pun mesti ada limit. Ye tak? Kadang-kadang kita selalu harap kebahagiaan tu datang kat kita dan dipersembahkan kat kita.

Ada yang tak happy dgn bini. Tah hapa yang tak happy lagi dgn bini yang cantek macam Natasha Hudson, anak-anak yang tak berapa buas dari rimau kat Zoo Tepen tu, laki bini kerja okay..idoklah si bini tu hanya berfungis sebagai pemegang debit card aje keroje nya. Tapi..tetap gak dia pi ngadu kat gadis-gadis kat opisnya bertapa hidup nya tak bahagia. How the wife didn't 'get' him. Bila kita tanya kat dia..have you talked to your wife? Udah katanya..but nothing changed.

Then about a bini yang jugak tak tak berapa happy. Selalunya pompuan yang tak berapa happy ni (not all ye..not ALL) opted to be SAHM tak pun SAHW. Takpelah..laki ko kaya macam laki Baby Ezurin, ko habis kan jelah duit nya. Kalau tak you, siapa lagi, ye tak? Dah dibagi rumah besar, kereta, duit pun masih tak happy.

Dua tiga menjak ni, I mmg dah tak berapa happy kat opis. Pressure mmg banyak selepas ekonomi UK jatuh, dgn Encik PM nya sesuka jiwa raga memotong bajet sana sini. Orang yang kerja public servis cam I merasa betul tempias nya. Bila bajet dah kurang..tapi kerja tetap gak kena dijalankan macam biasa..beserta expectation, jgn ngabiskan duit negara banyak2. 

Ada servis yang mmg langsung tak boleh di compromise..tapi manakan Encik PM tu tahu, kan? Walaupun dia dulu ada anak yg cacat dan tahu cemana susahnya nak jaga kebajikan budak tu. So anak dia pun dah mati..maka dia lupa lah kat anak2 cacat orang lain.

So yes, I tak happy. I sudah cakap dgn Boss semalam betapa I rasa...the big-big boss macam nak perah tenaga sangat. The conversation lead to pengakuan hati ke hati lah sangat.

Depending on your current situation, your definition of happiness may differ. I always thought that the reason of me tak berapa happy is that sebab I jauh dari orang2 yang I sayang. Thinking deep, the relationship is actually made better because of the distance. Duduk dekat pun akan bercakar walaupun I ni taklah bangsa mencakar.

I selalu cakap dgn patient2 I yang sokmo tak happy tu yang bahawasanya, yang boleh membuat kita happy ni adalah kita sendiri dan yang boleh membuat kita tak happy juga adalah diri kita sendiri.

You can have all the things you wanted and need and can still be unhappy. And of course you tak tau apasal lah you masih tak happy walaupun macam2 dah dipersembahkan. Easy way is to salahkan orang lain padahal you tahu you tu adalah punca nya.

If there any counselor or psychologist reading this, you will agree that in that private room of yours...you meet and listen to this selfish lot who never seems to be thankful even  with the smallest joy in life. Nak aje kan..you cakap dgn diaorang, eh kalau ni pun tak happy tu pun tak happy...gi lah mati. Oops.

I really cannot fathom how people cope with their own grandeur delusion because, unless mmg mereka tu cacat otak, they must know that this delusion is not solvable/treatable unless they start appreciating their own weakness and deal with it.

They will often tell you that nobody understand them. Kalaulah kucing depa tu boleh bercakap dgn depa, kucing tu pun tak memahami emosi depa tu. Truth is, kau sendiri pun tak paham apa masalah kau, bila orang try to knock some sense into you and it doesn't sound right, maka secara automatic nya orang tu tak  kan paham masalah you.

Apa boleh kita buat? Tak de apa. Orang yang sokmo tak happy ni akan mencari happiness nya sorang diri. There's risk of losing precious things, voluntary and involuntary ---your loved ones got fed up and had enough of trying to please you.

Keep finding happiness. It will come sooner or later, with a price.  Either that or just try to snap out of your unhappy delusions and get on with it and make peace.

Posting ni tidaklah untuk menyindir siapa2 ye. Is it just a friendly reminder that sebagai manusia yang tak berapa kuat, kita perlu insaf dgn nasib kita. If your nasib is good, bersyukur. If not that good...make it good.

***(Then there be, oii..u ingat I ni tatau bersyukur ke??? Syukur ni besar pengertian nya. I am looking at my mother for example.Bad,bad things...but her thankfulness to life, even in the face of adversity, she is as graceful as ever. I can only wish to inherit that spirits)***

Wednesday, July 03, 2013

Di Dalam Emosi Ini

You know..a counselor is not suppose to spill the beans tau, walaupun kenkadang benda yang di confide kat you tu adalah modal gelak ketawa pecah perut. 

But, kalau ada niat..benda yang baik haruslah dikongsi untuk kesejahteraan ummah..tak apalah kann? As long as kita protect identity nya, kan Kiah? Apasal Kiah selalu di enterframe kan dalam posting I ni?

Well, digress sikit..Kiah suka kata I ni kurang menunjukkan kasih sayang kat dia. Kalau dia bagi I barang..katanya I macam emotionless. Susah tau pompuan yang sorang tu..semanjang mintak attention aje. Tu hari masa kitorang membuat dating plan ke Rumah Tasputra Perkim tu, dia dah pesan yang dia ada barang nak bagi kat I so sila tunjukkan minat mendalam supaya dia tu rasa dihargai. I can't remember if I did tunjukkan aksi-aksi pelik sebagai tanda terima kasih but..I did a sprint sambil lompat-lompat dgn excited nya nampak kereta merah yang tersangkut dalam jam depan bangunan BSN depan KLCC tu. Yes..I ran from KLCC building into the arms of kereta Kiah. Cukup lah kann...tak kan kau nak french kiss pulak?

Common thing orang selalu bawak masuk dalam counselling room ialah masalah relationship. So, perhubungan sesama manusia ni adalah masalah besar dalam hidup sebab sokmo, itu ajelah yang dijadikan alasan for anything that is bad in your life.

Wuishh..mulut ku ni kenkadang cam lahanat kenkadang.

Bila kita ada attitude problem mega, siasat-punya-siasat, hati ke hati punya talk...sipolan mulalah cakap..err sebenarnya saya jadik cenggini sebab saya tak happy so and so...dgn mak saya lah..dgn pak saya lah..dgn kucing kuning sebelah rumah saya lah.

But please don't read this wrong...not all of us are blessed with hubungan harmoni anak-mak-anak-bapak etc etc.

It is always easy to fall back on childhood to start looking for the roots of our 'unexplained' issue. Dah tu..apa lagi nak di investigate, kan?

Ada yang berproblem dgn makpak nya sedari kecik. Bila dia dah besar berbulu, maka issue nya tu macam dah dikitar semula gitu. Bapaknya dedolu not so 'fatherly' maka dia pun tak reti lah nak jadi 'fatherly' kat anak nya.

It is so easy to judge, I tell you. I ni dok pikir lah..sepatutnya kita belajarlah dari pengalaman kita. Yes, emosi sure nya akan tercalar sikit dek absent nya kasih sayang but perlukah itu dijadikan alasan untuk segala-galanya?

I know someone yang ada issue dgn omak nya dari dia kecik. Sebagai anak orang melayu ofkos lah dia tu akan disogokkan dgn kata-kata perangsang bangang yg berbunyi..manalah ada mak yg tak sayangkan anak. But truth is...(if this is) mak nya memang lah ada issue. Anak tu dari kecik lah dah terasa hati..tapi...agaknya rezeki mak nya lah, nasib baik anaknya tu tak membesar jadi rebel.

You know, there are mothers who are not maternal. Their kids grow up with frustrated kind of love to their mother. Yes, in some cases their mother inspired them. Nak nak kalau kau dapat mak yang bangsa narcissist nak mampos. U turned out okay and successful and yes, kalau mak kau lemah lembut penyayang cam Latifah Omar, takdenya kau nak jadik tough cookie cam tu.

There are plenty of you good girls and boys out there who can't bear to talk about these bad feelings. Because good children aren't suppose to hate their parents. Parenthood are so sacred that no parents, in the eyes of their children can do wrong.

Kalau nak cakap lebih2 kang..takut pulak jadik batu...kan Kiah. (Kiah lagi...)

Ada pulak anak yang cerita kat I yang dia rasa dirinya hanya disayangi dek makpak nya sebab duit yang dia persembahkan kat mereka. Kecik hati lah jugak..ye lah, penting nya dirimu kerana financial assistance je tapi tak tersebut lah..sebab rasa bersyukur dia dapat hidup sampai sekarang supersede rasa menyampahnya. Untuk memujuk hati yang terluka tu dia katalah..takpalah...I will be rewarded differently.

Oh ya..I too, have issues with my parents. But I doubt they even know there's ever an issue with us. Practical mind will ask...is there any point to get upset and dwell over what's past? No. Unless if you really feel that you have to. But trust me, certain things in life is best left unearthed. You must always remember that not everything is about result. This is not   a journey of projected anger, resentment or rage. This is all about understanding.

Some of us are brave enough to have mustered the nerve to broach the difficult subject to her. I did once, I menyesal lepas tu. Not menyesal because I said what I said but menyesal because I know that what had happened is not entirely her fault. But of course lah kalau mak I tu tough sikit maka tak jadik lah benda yang menyakitkan hati tu.

But...there's things that need to be said too. This is all about taking risk. The risk of upsetting your parents and risk of upsetting any other people in connection to them . Worst of all, you  might ended up upsetting yourself the most. Somehow, after taking the risk (tell them your peace) you might find it easier to move forward.

Ada pulak set-set..yang semua pun tak kena. Problem dgn makpak dia kata bottom line nya. Alasan standard selalunya kurang kasih sayang lah. And you start wondering what sort of kasih sayang these lot is actually lacking. Bila ber problem dgn laki pun cakap cenggitu juga...kurang kasih sayang.

What define 'kasih sayang' lah?

Kadang2 when we focus too much on orang lain lack of 'kasih sayang' to us we forgot that we might be lack of supplying our 'kasih sayang' to others that need it too.

Let's look back. If we kurang 'kasih sayang', what good it do to dwell constantly about it?

I must tell you...people who came in as 'victim' always turned not to be one malah, dia lah yang ber character devious nya. You can only make peace with your troubled past dgn memahami kenapa benda tu berlaku.

There are times..when there are no answers ----ni kes anak yang kena seksa dgn makpak lah. You don't know why...when fathers were supposed to protect but didn't.

What can we do?  A lot actually.

You can..use this issue at your advantage. Positive and negative. Positive is when think that you have 'been there' and know how hurtful it was and never want that to happened again.

Negative is when...you use it to gain more and more attention. You went on hurting people (and along the way claimed that you are hurting too) act mercilessly and shift the blame as you see fit. Blame shifting to your lack of kasih sayang from your usual suspect lah.

I said to someone recently, as human with emotions, we don't always know what we want. We think we want our partners. We think we want all the love we can get. We keep saying that we want to be happy. Chances to be happy is somewhere out there if we want and know where to find it. But we don't always get it and..it is very unfair to blame others and ourselves.

Akhir kata....marilah bersama2 join Geng Mak Ngah Kasut Merah.

Stay Tune.

Monday, July 01, 2013

Hidden Reward

Nak cakap pasal kerja boleh??? Okay, sebelum tu perlulah nak bagitahu dunia yang kerja I ni tidak lah se interesting kerjaya orang lain yang ada

- Technical term lah
- Scientific term lah
- Or term-term yang menunjukkan ke 'posh' an sipengatur nya

In my line of work...kerja saya macam line of work Capt Lukmang & Mak Piah...walaupun saya ni kiranya dah lah naik pangkat sikit dari uols ye cuma glamer je dah kurang, term-term terbalik lidah tu asalkan tahu maknanya but yang paling penting..ye..paling PENTING ya..ialah ability to exercise political correctness dgn meluas dan lapang dada.

Ada hari,

Kita hanya mampu memandang ke muka orang yang macam sial itu dan seterusnya memandang kelangit lantas memintak pada tuhan agar penyakit rimau jadian kita tak akan keluar masa tu. Segagah gagahnya...kita senyum dgn kepayahan menyorokkan taring.

Ada hari,

When everything is wrong..so wrong and sampaikan kita sendiri rasa, apakah makna nya aku dibumi ini. Kerja penat, gaji sikit..korban segala benda..kekasih jauh dimata (sometimes ada hari, dia jauh dari hati jugak) rasa macam berjalan kat jalan mati, nak buat tu tak boleh..nak buat ni tak boleh. Nak start again? I dah tua uols. Despondent nak rak gittew...

Ada hari,

Tapi hari ni jarang2 tiba ye uols...the glory appears and kita rasa macam...Joan of Arc. Oops...marah pulak Islamist extremist saya bagi contoh patron saint kapir laknatullah tu. But, katalah apa you nak kata...ye tak? Macam...ada pesakit mental ni kena discriminate dgn jiran2 nya. Lalu panas hati I, I pergi rumah2 jiran yang tukang komplen tu bagitahu diorang betapa sempitnya pemikiran diorang. Cewwahhh...lepas tu satu kampung tepuk tangan. Glory is..when orang tu bila kau dapat case nya, mandi tak nak, keluar bilik tak nak..semua pun tak nak..but sekarang, dah masuk Uni buat MA lagi. Siap dedicate journal nya kat you lagi betapa dedication you telah mengubah hidupnya...(uiohh kau tak tau berapa bakul gua sudah sumpah lu)

Beberapa tahun yang lalu..ketika I masih jelita dan memakai kebaya secara full time, ber size 10 dan menyorong bag tajaan elvavi (korang ada MP, Capt Lukman? Ado? Ado? Cipsket nya kompeni korang tu) pernah lah I buat trip SIN-JED.  Zaman itu bukan macam sekarang dimana.. punyalah senang orang nak pi tempat tu..sampaikan boleh buat statement dalam majalah lagi, kami nak bernikah di Tanah Sucheeee. It was slightly better than the olden days, but kadang2..aircraft tu rasanya macam ward geriatric aje.

Yes, saya masih ingat Makcik ni. Makcik ni masa tu baru menyingle lepas abang sayang nya meninggal. Padahal sama2 ngumpul duit nak gi Mekah ni. Rezeki tak sampai..but dia tunjukkan kat I dalam beg hand luggage nya baju melayu teluk belanga, kain pelikat dan selipar aruah lakinya. Katanya, dgn membawak benda tu dia rasa abang nya ada dgn dia buat haji.

She is old..but not frail kind of old tapi masa tu dia macam ada selsema sikit so nampak lemah lah dia. But tak pernah naik kapal terbang. So memang rezekinya juga, dia dapat layanan 1:1 dari I lah gitu. Mintak air, dapat air..mintak tu ini..dapat tu ini. Pergi ke lavatory pun siap berhantar berjemput. Walaupun LS I nampak dan kata...makcik tu is not the only passenger, okay?

The makcik talked about how excitednya nak sampai ke JED dan mengerjakan haji. Makcik tu agaknya ada kuasa power rangers and macam tau-tau aje hati I baru terluka (untuk ke dua kalinya dgn siamang) dan kata, rezeki kamu bukan dengan orang itu walaupun itulah yang kamu nak. Mintak dgn Allah rezeki yang lain, yang lebih baik.

I senyum aje lah kan...tak terkata apa. But masa tu mmg siamang punya kes masih raw sangat. Makcik tu tambah lagi..bersedihlah puas-puas, tak apa. Bila rezeki kita tak sampai, kita mesti kena sedih. Tapi berdoalah ye...mintak rezeki lain.

Tah hapa lah dalam pala hotak I masa tu, I pun cakaplah..Makcik pun..mintaklah rezeki lain ye..manalah tahu, nanti ada rezeki, makcik boleh pergi Mekah lagi dgn orang baru. Makcik tu sengih2 saja. Masa nak landing...masa I dok check safetybelt masing2..and adjust balik seat Makcik tu, dia sempat bisik dgn I. Katanya..makcik ni pergi ada hajat. Makcik nak mintak rezeki depan Kaabah tu. Misti Makcik dapat nanti...

I jawab..Insya Allah, dapat lah tu. Makcik tu cakap terima kasih banyak2 kat I...dan dia doakan I selamat 'pergi kerja'.

Weeks..weeks later...flight back to SIN. I have forgotten abt the makcik completely. But another Makcik tegur I. Then I teringat yg Makcik yang ni dok sebelah Makcik yang hari tu..and I think, they did this pligrimage together. I tanya, makcik tu hari mana?

The makcik jawab..ohh sampai dah hajat nya. Dia nak sangat berdoa depan Mekah nak mintak 'balik' supaya dia boleh temankan suaminya. A day after tawaf selamat tinggal tu, dia sesak nafas and passed away.

Aiyak. Tekojut den.

Months after that, I left the sky to be on the ground and eventually, leave the airlines altogether. But in Oct 2000, my batchmate David Lim and few others perished in that crash in Taipei. In SQ, the trend was, we always fly in batch. I remember Farzana too...but she survived. When I heard the news, I teringat kat Makcik yang mendoakan I selamat 'pergi kerja'.

I was a step away from that Picadilly Line, exploded between King Cross & Russell Sq.

I was held up to the wall, screwdriver point by a frezied schizoid patient.

Kena cekik, kena lipat tangan and kena tolak sampai jatuh...berapa kali..toksah kata lah kannn.

But, with my parents doa...and that Makcik doa...and all the doa's I got and keep getting, sehabis teruk pun, tangan terkehel, lebam2 dan baju koyak je uols.

Yes, after 10 years...I now feel that my greatest reward at work is...to still be alive and well.

***boleh beli rumah, bayar bills dan belanja kawan2 makan...tu pun reward juga ye***