About Me

Wednesday, July 31, 2013

Entry Makan Cili

Like any other good mental health advice...I like to tell you this, jarum yang patah janganlah disimpan didalam hati.Macam mana jarum boleh masuk dan patah pulak dalam badan, ikdoklah Makji tau ye. But you, jarum patah is bad diluar dan juga dalam badan, sebab memang nya boleh mati.

Hari ni hari makan cili sangat. Orang buat status update dlm pesbuk pun I terasa dan orang update blog pun I terasa uolsss. Ishh, I dah la tak sihat dua tiga menjak ni so kepala hotak pun ikut lah tak sihat kann? Tapi I takde alasang macam orang yang menandomm tu yang muntah belalah...ciannn dia.

Cili pertama yang I makan hari ni ialah bila kawan I ni buat status update pesbuk nya. Dimulakan cerita yang takde hubungkait dgn permakanan cili I, dia ni..banyak jugaklah merasa bahan pertolongan I. Dia ni suka mengadu, anak cenggini..laki cenggini. Kenkadang dia teringin nak benbarang dari tanah hengland, I belikan. Sebab dia tu suka nau bagitahu I betapa dia tu dalam kesusahan matawang, I have never asked for her to pay me back. You would have thought, pertolongan you yang berkoyan-koyan tu dia balaslah kann walaupun sedikit. Oh tidak. Tak apalah..between me and her, sebab I ni macam eligible sikit, I halalkan lah. Tak kisah lah kann.  So, this lady got big contact jugak lah..sebab dia pun anak dan anak buah orang berpengaruh jugak. I ada mintak tolong sikit which she is quite happy to help. Katanya. Tapi sampai sudah tak ada. Start aje puasa dia msg la I. Dia buat2 la tanya pasal the favour yg I mintak tolong dia tu and she said she will rush that 'VIP' to respond to my email. I said, okay lah..but I also told her that I dah naik muak perangai orang Malaya yang tak reti nak acknowledge email walaupun sebaris..lambat cemana pun. Then dia bagitau I lah pasal projek akhirat nya and tanya if I nak contribute. I cakap okay. Pastu after a week, dia msg I lagi tanya if I can give her the cash yang I nak contribute. I cakaplah..I takde kemudahan nak TT duit like now now and if she can pay lah for me and nanti I balik I ganti balik (macam yang aku dah buat kat hang 2,3 tahun ni) Dia kata, she is so pokai she can't advance me money. Then I tanya balik, so macam mana lah? Teruih dia tak jawab. Then lama-lama tu I pun lupa lantas masa I suruh my brother bayarkan zakat that day, I asked him to go and but few packet of beras and little cash to give to satu family yang aruah appa I selalu tolong ni. Family ni, anak nya 2 orang cacat. Wife dapat pencen laki yang taklah banyak mana and masa I called up my mom tu hari bagitahu I yang one of the anak sakit masuk spital so, this makcik had to give up her kuih selling job. Disebabkan I dgn MB1 tahun ni macam banyak pulak terburai puasa secara harmoni, I said to MB1, meh lah kita sedekah beras. In my head, habislah mission akhirat I untuk bulan puasa kali ni.

Tup tup kan uols..kawan I tu telah menggunakan laman sosial twit-twit tu untuk memesej I menanya pasal contribution I. And msg tu barulah I nampak hari ni. Semalam dia dah hapdate dlm pesbuk dia mission dia pergi umah anak yatim tu. I takdelah memikir sangat cuma cakap dlm hati, syukurlah, hajat dia nak beli baju anak yatim tu sampai lah jugak. So I ni pikir, okaylah..since your mission is completed maka, terlepaslah I nak bersedkah kat anak2 yatim tu kann? (though honestly, anak2 yatim is not really my main object of charity I have to say)

Hari ni tadi kan uols...dia update status FB dia kata...yang dia tu adalah the type of very straightforward person. Kalau nak bagi, bagi katanya..tak payah janji kata nak bagi tapi tak bagi. And she tulis, she tak kecik ati. ----Kiah, tak kecik ati sangatlah kannn tulis dalam pesbuk macam ni. Wah uolssss..menyirap limau darah I. Menyindir I kah? Yang barang2 mainan alaf baru keluaran syarikat Hinglen yang takde kat KL, benbarang budak Autistik yang kat Malaya tak ada..baju-baju bola ko dok mintak beli untuk anak kau yang aku tak pernah mintak bayar tu...apakah? Tudiahh...menyebut ni sehabis-habis nya!

So tanpa berlengah lagi...sekarang dia sudah ghaib dari pandangan media sosial I. I was upset once by her. Pasal ni jugak...pasal berkira nak mampus dgn I. But kawan2 kata toksah lah..hal kecik. You know hal kecik can accumulated and will might as well be the last straw that broke the camel's back. Teruk sangat ke I sampai you mau sindir begitu sekali? But having rethink back, it may not be for me...but, do I really nak berkawan dgn orang yang tangan kanan bagi sedekah tangan kiri lambai kat photographer? Podahhh!

Then this things about sharing your opinions and how people interprets what you say and think into what they think is right. My thinking aloud said...ohh betapa sensitip lah sangat orang Malaya sekarang. Takut akidah terpesong lah..pegang anjing hina Islam lah etc etc. bagi I kan sonang aje...kita sebagai umat islam yang berpegang kepada ajaran Sunnah Al Jamaah ni, tak banyak sikit kita tahulah hukum dan hakam. Tinggal nak buat ataupun tidak. The nation sangatlah sensitips dgn ajaran syiah yang menular tapi you can see that despite betapa kita ni nak khabor kat alam sejagat betapa kuat dan harusnya kita mempertahankan agama lalu sesiapa yang menyesatkan dan tidak menghormati harus mati gituh, there are still kaffir who slipped through the crack and go worship the Teko lah, Tuhan Haron lah etc etc. Waddahelll?

We are so angered by that budak bodoh tu -yes, if you ask me, I think that dog trainer is bodoh. But, who knows dia pun kena naya. Ni serupa macam you sokong Kelantan tapi pi masuk kat tempat duduk penyokong Sarawak. Mau mati kah? If the trainer ada intention untuk mengajar orang takut anjing macam I ni supaya jgn takut anjing kerana anjing adalah tak seganas rimau, then I think she should do what she did. But knowing very well, orang Malaya punya attitude macam mana --remember that Pakcik yang bela rescue anjing liar? Tu pun kena tuduh takde nilai Islam. But no. Kata mereka benda yang memesongkan aqidah ni misti diambil tindakan. Maka salah lah kiranya tindakan saya menggelar umat Malaya sensitive, though I wonder what apt word would be. 

I see this is more, upsetting the Malay. Betul lah..bak kata Loyar Sabung Ayam..Islam Adat is different than Islam teachings. Adat melayu..anjing tu sensitip. Benda yang kita rasa tak kena kat mana terus lah haram. Yes, she upsets the malays. Orang melayu kann...macam I lah, sensitip. Suka makan cili. Islam kata tak haram kan? banyak lah benda yang Islamic teachings kata tak boleh..tapi Malay Teaching kata tak apa. Jantan2 bersidai kat DOME masa mesjid KLCC penuh org semayang jumaat..err, tu kira macam mana? Tak hormat jugak kann?

Gasaklah. Tapi terasa jugak hati ni. Because to belittle Islam teachings is certainly not my agenda. As a Muslim, we should all know sejarah mana datangnya Abdullah Sabak tu. But no, we don't want to read this things. Bila Al-Quran kata kita mesti perangi orang kaffir, terrorist ambik bulat2 pergi bunuh orang kaffir. Haiyah...

If we feel that kempen sayangi anjing (stupidly done but good intention) menggugat aqidah, or tetiba pulak fahaman syiah terus naik saham nya...maka teruslah kta nak marah2, adakah itu perlakuan sensitive tak bertempat? Kalau aqidah kita kuat, hati dan kepala kita dah di equipped dengan hal-ahal agama, adakah semudah itu kita boleh melatah?

Ugut bunuh, sumpah menyumpah, aib kan orang tu..Islamic Teachings lah sangat kan?

To you who shared the link asking the the girl to be killed, sebarkan IC nya..malulah pada diri kamu sendiri. Tak pepasal je buat dosa dgn orang tu.

2 comments:

sweet tooth said...

Orang selalu lupa yang kita ni duta agama kita. Apa kita buat, camana akhlak kita, orang bleh kaitkan dengan Islam. Kalau perangai x elok, secara x langsung,dah jadi fitnah pada agama kita. Nauzubillah...boleh nak berikan teguran, tapi kenalah cara yang berhemah. Islam x ajar kita jadi kurang ajar. Just my opinion :-)

Anonymous said...

Melayu Malaya jadi semakin pelik sebab bila Quran cuma dibaca atau laaaaangsung tak baca and tak difahami dan dihayati. Islam itu mudah tapi kita kasi tambah sana sini.......jadi susah