About Me

Monday, July 01, 2013

Hidden Reward

Nak cakap pasal kerja boleh??? Okay, sebelum tu perlulah nak bagitahu dunia yang kerja I ni tidak lah se interesting kerjaya orang lain yang ada

- Technical term lah
- Scientific term lah
- Or term-term yang menunjukkan ke 'posh' an sipengatur nya

In my line of work...kerja saya macam line of work Capt Lukmang & Mak Piah...walaupun saya ni kiranya dah lah naik pangkat sikit dari uols ye cuma glamer je dah kurang, term-term terbalik lidah tu asalkan tahu maknanya but yang paling penting..ye..paling PENTING ya..ialah ability to exercise political correctness dgn meluas dan lapang dada.

Ada hari,

Kita hanya mampu memandang ke muka orang yang macam sial itu dan seterusnya memandang kelangit lantas memintak pada tuhan agar penyakit rimau jadian kita tak akan keluar masa tu. Segagah gagahnya...kita senyum dgn kepayahan menyorokkan taring.

Ada hari,

When everything is wrong..so wrong and sampaikan kita sendiri rasa, apakah makna nya aku dibumi ini. Kerja penat, gaji sikit..korban segala benda..kekasih jauh dimata (sometimes ada hari, dia jauh dari hati jugak) rasa macam berjalan kat jalan mati, nak buat tu tak boleh..nak buat ni tak boleh. Nak start again? I dah tua uols. Despondent nak rak gittew...

Ada hari,

Tapi hari ni jarang2 tiba ye uols...the glory appears and kita rasa macam...Joan of Arc. Oops...marah pulak Islamist extremist saya bagi contoh patron saint kapir laknatullah tu. But, katalah apa you nak kata...ye tak? Macam...ada pesakit mental ni kena discriminate dgn jiran2 nya. Lalu panas hati I, I pergi rumah2 jiran yang tukang komplen tu bagitahu diorang betapa sempitnya pemikiran diorang. Cewwahhh...lepas tu satu kampung tepuk tangan. Glory is..when orang tu bila kau dapat case nya, mandi tak nak, keluar bilik tak nak..semua pun tak nak..but sekarang, dah masuk Uni buat MA lagi. Siap dedicate journal nya kat you lagi betapa dedication you telah mengubah hidupnya...(uiohh kau tak tau berapa bakul gua sudah sumpah lu)

Beberapa tahun yang lalu..ketika I masih jelita dan memakai kebaya secara full time, ber size 10 dan menyorong bag tajaan elvavi (korang ada MP, Capt Lukman? Ado? Ado? Cipsket nya kompeni korang tu) pernah lah I buat trip SIN-JED.  Zaman itu bukan macam sekarang dimana.. punyalah senang orang nak pi tempat tu..sampaikan boleh buat statement dalam majalah lagi, kami nak bernikah di Tanah Sucheeee. It was slightly better than the olden days, but kadang2..aircraft tu rasanya macam ward geriatric aje.

Yes, saya masih ingat Makcik ni. Makcik ni masa tu baru menyingle lepas abang sayang nya meninggal. Padahal sama2 ngumpul duit nak gi Mekah ni. Rezeki tak sampai..but dia tunjukkan kat I dalam beg hand luggage nya baju melayu teluk belanga, kain pelikat dan selipar aruah lakinya. Katanya, dgn membawak benda tu dia rasa abang nya ada dgn dia buat haji.

She is old..but not frail kind of old tapi masa tu dia macam ada selsema sikit so nampak lemah lah dia. But tak pernah naik kapal terbang. So memang rezekinya juga, dia dapat layanan 1:1 dari I lah gitu. Mintak air, dapat air..mintak tu ini..dapat tu ini. Pergi ke lavatory pun siap berhantar berjemput. Walaupun LS I nampak dan kata...makcik tu is not the only passenger, okay?

The makcik talked about how excitednya nak sampai ke JED dan mengerjakan haji. Makcik tu agaknya ada kuasa power rangers and macam tau-tau aje hati I baru terluka (untuk ke dua kalinya dgn siamang) dan kata, rezeki kamu bukan dengan orang itu walaupun itulah yang kamu nak. Mintak dgn Allah rezeki yang lain, yang lebih baik.

I senyum aje lah kan...tak terkata apa. But masa tu mmg siamang punya kes masih raw sangat. Makcik tu tambah lagi..bersedihlah puas-puas, tak apa. Bila rezeki kita tak sampai, kita mesti kena sedih. Tapi berdoalah ye...mintak rezeki lain.

Tah hapa lah dalam pala hotak I masa tu, I pun cakaplah..Makcik pun..mintaklah rezeki lain ye..manalah tahu, nanti ada rezeki, makcik boleh pergi Mekah lagi dgn orang baru. Makcik tu sengih2 saja. Masa nak landing...masa I dok check safetybelt masing2..and adjust balik seat Makcik tu, dia sempat bisik dgn I. Katanya..makcik ni pergi ada hajat. Makcik nak mintak rezeki depan Kaabah tu. Misti Makcik dapat nanti...

I jawab..Insya Allah, dapat lah tu. Makcik tu cakap terima kasih banyak2 kat I...dan dia doakan I selamat 'pergi kerja'.

Weeks..weeks later...flight back to SIN. I have forgotten abt the makcik completely. But another Makcik tegur I. Then I teringat yg Makcik yang ni dok sebelah Makcik yang hari tu..and I think, they did this pligrimage together. I tanya, makcik tu hari mana?

The makcik jawab..ohh sampai dah hajat nya. Dia nak sangat berdoa depan Mekah nak mintak 'balik' supaya dia boleh temankan suaminya. A day after tawaf selamat tinggal tu, dia sesak nafas and passed away.

Aiyak. Tekojut den.

Months after that, I left the sky to be on the ground and eventually, leave the airlines altogether. But in Oct 2000, my batchmate David Lim and few others perished in that crash in Taipei. In SQ, the trend was, we always fly in batch. I remember Farzana too...but she survived. When I heard the news, I teringat kat Makcik yang mendoakan I selamat 'pergi kerja'.

I was a step away from that Picadilly Line, exploded between King Cross & Russell Sq.

I was held up to the wall, screwdriver point by a frezied schizoid patient.

Kena cekik, kena lipat tangan and kena tolak sampai jatuh...berapa kali..toksah kata lah kannn.

But, with my parents doa...and that Makcik doa...and all the doa's I got and keep getting, sehabis teruk pun, tangan terkehel, lebam2 dan baju koyak je uols.

Yes, after 10 years...I now feel that my greatest reward at work is...to still be alive and well.

***boleh beli rumah, bayar bills dan belanja kawan2 makan...tu pun reward juga ye***

8 comments:

Anonymous said...

You suka buat I menangis tau

Bertuah dapat reward mcm u, makji.Alhamdulillah

-Micha-

captainlukman said...

Setuju...dalam sabar ada jugak yg terlepas..saya manusia biasa. Anyhow stakat elvavi tu mesti habis vogue dah kan? Byeeeee

Amin A. R said...

Makcik itu mengingatkan saya pada sorang saudara jauh, dia pun dengar katanya berdoa di depan kaabah mintak diambik nyawanya kerana mahu mengikut suaminya yang jalan dulu..dan tuhan makbulkan doanya.

**Agaknya, kalau makcik tu yang pergi dulu, suaminya tu nak tak doa depan kaabah untuk menyusul isterinya?

Makji Esah said...

Eh Micha..kenapa mau nangis pulak?

Capt Lukman...yess...mustik. Vogue sehabis nya. Yg fenting..korang hado beg tajaan elvavi? Hado? hado?

Amin...kalau bini mati, misti laki akan doa...cepatkanlah jodohku dgn Sofea Jane gittuhh...gampang kan?

JDK92 said...

Yes i am sad too

Makji Esah said...

why? izzit bekos i can no longer fit into my size 10 kebaya?

Love and Memories said...

i love this post the most :)

Anonymous said...

Cita ni mengingatkan pada Kawan saya dah 7 tahun you masih sedih sbb isteri meninggal...kenalkan dgn pompuan lain semua tak nak katanya isterinya sedang nunggu di jannah gittew. Perrrg kalau I tak kahwin mau I gi ngapp dia....dah lah encem, kayo, beriman lak tu! Ehhh kan u single lagi ke? Mai I kenalkan...I dah cek dia tak siamang just chimpanzee je...

Peah