About Me

Friday, October 30, 2009

Update

The Film Director & The Actress
Reading majalah and suratkhabar Malaysia, is like listening to this big huge verbal gossip. I do wonder where the reporter is being trained.

Bila orang tu tak suka orang ini....orang itu akan mengadu kat reporter. And some reporter thinking that kerja mereka tu adalah sama macam kerja facilitator dan Dewan Speaker Undangan Dewan Negeri, maka mereka pun menggunakan info yang orang bagi tahu kat diorang tu, untuk pergi menanya pulak kat sepuak lagi tu. Kesudahnya...orang makin bergaduh besar lagi ada....

The industry is so small that orang-orang yang didalamnya kadang-kadang tak tahu what info should go out and what not publicly. Orang ni tak nak berlakon drama dia, walaupun baru janji-janji mulut gittew, puak yang kena reject mulalah menghoyan pi cerita kat orang. Bagitahu kat reporter, a'ah..situ itu tu dah tarik diri dari pilim saya. Takpelah...memang takde rezeki. Saya kenalah menghormati keputusan dia dan bersikap professional (well, if this finished at this takpe you all...) Apa?? Dia ingat dia famous sangat ke nak demand besar-besar? Kalau dia tak nak, satu pergi seribu mari....(ish..ish..ish. Part manalah yang menghormati keputusan orang dan berlaku professional tu?)

Yang si reporter ni..dah le kau tu pi mencucuk sarang tebuan...pastu yang dia-dia nya pun pi jadi tebuan kat si artis yang kononnya demanding ni. So yang si artis yang dah kena kata ni mulalah bagi statement, biarlah saya menegakkan kebenaran soksek soksek...dah! Keluar lagi benda yang sepatutnya jadi rahsia antara dua orang. And satu Malaya dah baca news yang awak berdua ni dah gaduh.

So, why haven't they learned? You open your mouth so much...kesudahnya dua-dua nampak macam meghoyan!!!! Orang baca pun nak gelak.

See....kalau orang tak nak berlakon dengan you after sign contract....sue ajelah. Details takyah pi cerita kat reporter kepochi tu...pi tunjuk kat lawyer and judge. And kalau orang tolak offer you without any agreement sign, cari orang lain ajelah..takyah lah nak pi cerita kat orang, sampai kawan tu dapat nama buruk. Keep your opinion to yourself lah...lagipun....nak kata pelakon Malaya tu semua pemes...ada ke? Baru kutip juta-juta dah nak gaduh kan?

The Actress & Her Dream
Errr...selepas saya menolak tawaran kakak pengarah yang suka meghoyan ittew, saya terus termimpi pompuan belanda tu. Agaknya, sipompuan belanda itu sedih saya telah menolak untuk berlakon sebagainya. Sungguh kuat spirits pompuan ittew....

Lehhh..kau bangang ke apa? Kalau dah kau stress bagai bergaduh pasal benda tu, tak ke benda tu linger dalam pala hotak kau? Pasal tu lah kau mimpi bongok oi..bukannya sebab spirit pompuan tu sedih kau tak nak berlakon.

And..trust that she tell this to some reporter and the reporter wrote...agaknya you tido tak cuci kaki..hikhikhik...

Tuesday, October 27, 2009

For Kiah To Read

First....when you met someone, special enough to be called a boipren, you would expect lah perhubungan tu akan sampai ke jinjang pelamin...disamping bolehlah menayang kat mana-mana suara sumbang yang menentang jerat perchintaan you tu.

But...tak semua yang kita nak tu, kita akan dapat kan, Kiah??????

I think dalam 20 kawan sekolah I..(punyalah tak fofulerr, duaploh je kawan aku Kiah oiii) maybe 2,3 married their first love gittew. Ada pulak yang cinta monyet dengan orang lain, cinta gorilla dengan orang lain and lastly kawin dengan orang hutan (specis mamalia berbulu ini semua berasal dari sekolah sebelah jalan keretapi kat Beseri tu ye...)

Let's don't beat around the bushes...so I am writing this for Kiah. Semasa kami berpoya-poya an kat KL tu hari, Kiah sempat jugak le menunjukkan guilty pleasure nya yang baru...berupa her new found 'friend' kat pesbuk.

Walaupun I tak berapa berkenan jugaklah dengan keputusan Kiah yang telah memberi ruang kepada beruang tu kembali menghuni friendlist facebooknya, sebagai seorang kawan yang amat memahami gejolak-gejolak hati seorang kekasih lama....I pun menumpang tengok ajelah gambar orang tu kat FB page nya.

So when Kiah updated her blog today, I seperti biasa dan memakan gaji buta kat opis, try to understand what she was saying about being friend with your exes etc,etc by trodding through her walls reading the comments made by this 'new' old friend of hers.

I think...unless you're so openminded that none of any bad taste in your mouth matters to you, maybe you can be friends with your exes. But please, before announcing that you are 'friends' with your ex, please define how friendly you expect him or you o be with each others.

I don't know anyone who is 'that' friendly with their exes...or even making a point to be part of their exes life, by voluntarily involve themselves in their exes banters with friends and what is worst, turning all the attention to him/herself. Memang macam cilaka!

Honest truth ni, I am friends with my ex in FB. Okay, okay...aku yang mencari dia and I think maybe after give it some thought, orang to accepted my friend request. I pun tak tahu kenapa I nak add dia, I suppose it is good to keep in touch lah kan, Aking kan? Walaupun hati bagai digaru-garu nak tahu apa perkembangan terbaru dia sekarang.

Kesimpulannya Kiah...we normal people (ni nak kompang kat kau tu yang siamang kau tu tak normal) will find it hard to be friends with someone who was once is no stranger to our bedlinen...eh...personal space.

Masa bercinta kan ke dah jadi kawan? So things didn't work out and one of us had to backed out, for whatever reasons...enough to say, that they no longer want you be their friends.So why bother menjejak kasih????

There's obviously...in cases like this i.e. bekas kekasih tetiba or sesuka nak menjadi kawan kepada kita ada agenda nya. Consciously maybe ada unfinished business lah...especially kes-kes guilty conscience (macam my ex), tak pun hati maseh chenta tapi dek terlarang, suffice dengan hanya dapat orang tu sebagai kawan aje...or, bekas pakwe/makwe kita tu memang hati busuk ber attitude problem yang dari dulu sampai sekarang perangai buruknya bukan setakat menyusahkan hidup you, malah hidup orang lain jua.

So Kiah.....kalau macam gitu lah perangainya si siamang mu, count your blessing lah kau bukan janda anak satu sekarang ni. I wonder what Ustazah Munah has to say before...idok ke dia menentang perhubungan kau dengan siamang ni, or ada wujudnya propaganda mem bad mouth siamang...dan kau pulak masa tu sungguh mabuk dan karam dilautan chenta, tak kau hiraukan nasihat kengkawan?

What he was to you was a bully and he will continue to intimidate you as long as you allow him to be.

So.......I can't help myself to have a nose around and making some comment, but Kiah...remove him from your list.

Monday, October 26, 2009

Monday Story

Sepagi buta....I dapat phone call mengatakan yang one of my patient tak ada dalam biliknya bila time makan ubat. Sakit betul hati I dengar...dalam banyak-banyak menda yang dia boleh buat, boleh dia pilih nak lari dari rumah pukul 5 pagi?

I cakap dengan my colleague, alah..tak payah cari lah..nanti kalau dia lapar, dia balik lah (ish...macam style budak2 aje kan?) Tapi buatnya dia ada relapse dan terjun Sungai Thames, cemana hah? I pun cakap dengan my colleague, bagi dia sampai pukul 12 tengahari, and alau takde berita, terus call police aje. Si Makcik ni...kalau stress suka lari dari rumah. Tapi selalunya tak lama, dalam 2,3 jam tu dia balik lah. Because she is Autistic, once she ran out of plan of places to go, she will balik rumah. Boleh kau lari rumah macam tu?

Tetiba dalam pukul 8 camtu, Makcik ni telepon opis, nak cakap dengan I katanya. I pun tanyalah, you kat mana ni? Kenapa you keluar rumah? Makcik kata, dia sedih...pasal tu dia lari. I tanya dia kat mana...so dia describe nama jalan, nama building..enough info for me to set out to look for her.

To cut the story short, dia dah sampai rumah, dah mandi dah makan semua, I tanyalah...apasal lah yang you sedih sangat sampai you lari dari rumah ni?

Katanya, dia sedih sebab Danyl Johnson, X-Factor tu jatuh ke bottom two. I reminded her that he has survived the public vote, tapi katanya she can't bear to see him losing that night and that he was sad.

Well, to you yang tak tahu X-Factor tu hapa, kiraya macam Akademi Fantasia lah gitu...where the selected auditionees was kept together in a boot camp style to be trained to perform live, and will advance on later stages of the competition provided they got the highest vote.

Nak kata I minat sangat tu, tidak lah...tapi kalau ada masa, I tengok lah jugak. Danyl Johnson is one of the contestant...tapi tak hapa silapnya, malam semalam, tak banyak pulak orang vote dia and he was almost on his way out.

Well, walaupun orang ini gigih mempromo supaya kita semua vote si Danyl Johnson ni, I pulak menyampah gila kat jantan ni and I think his attitude earned him the bottom two result. Padan muka mung, Danyl Johnson oiii!!!!

Lest we forget...X-Factor, alike Akademi Fantasia and all those talent search competition, the winner needs public votes to win. Like it or lump it.So, in another way of telling, you need people to like you in order for you to last longer where you at.

So, talent search program berprinsip mata duitan-telephone votes ni, idok le macam Bintang RTM gittew yang juara-juara nya dipilih berdasarkan talent semata-mata (see, Kak Melah masa tu tak berapa lawa kan? Tapi menang jua...eh, ye ke Kak Melah juara Bintan RTM ke Muzik-Muzik?)

When you want people to like you...you must first have a likeable factor. Si Danyl Johnson ni...rupa bolehlah tahan hensem nya and his audition was vavavoom gittewww.

Tapi yang tak larat nya........

Suffice say....kau tu menang pun belum tentu, nak tunggu vote orang jugak nak lepas every week...tapi boleh everytime bila nyanyi berfeeling-feeling Robbie Williams & Tom Jones yang sudah tentulah fofuler nya tu.

Some say, he has confidence....that for some reason come across arrogant.He should learn that wanting to be like requires an investment of modesty.Ye lah..kita semua tahu awak tu pandai nyanyi...so tak payah lah perasan macam X-Factor tu kau punya private concert pulak ye.

Remember Leona Lewis. Laaagi pandai nyanyi dan tengoklah betapa down to earth nya dia, so orang pun naik kesian jugak terus vote bertubi-tubi kan?

Or do we think Makcik-Pakcik, adik akak semua akan AF undi Mawi kalau Mawi buat show macam Melissa Indot? Pirrrrahhh!!!!

****Of course lah I tak cakap macam ni dengan my patient tu, of course lah dianya akan lagi stress and lari dari rumah lagi. I pun berlakon lah jugak, macam bersimpati lah kononnya..padahal I punyalah macam nak nangis Miss Frank kena keluar****

So dengan ini..saya menyokong DBI, iaitu menyokong Stacy Solomong.

Sunday, October 25, 2009

Update

Bila blogspot dah okay..internet pulak macam lahanat kan?????

2 malam internet rumah kieww macam biskut chipsmore and selepas therapy session dengan Abg BT cawangan slumdog (geez...why lah all the call centre kat UK ni semua pergi kat seberang Asia sinun???) maka wireless setting ku dapat direstore dengan jaya nya. Menurut abang slumdog ittew...broadband hub I banyak sangat gangguan. Mana tak nya, yang aku pi letak menda tu sebelah TV dengan Hifi buat apa? (mana lah I tahu yang kan?????)

See...the trip back to KL ended with a bang. Thanks to pesbuk, ramai betul kengkawan yang dh keep in touch. I am surprised why some people bothered really...since masa sekolah pun bercakap dengan I pun taknak. Ni musti semuanya gila carta...add kawan, janji kenal..janji ramai kawan dalam pesbuk kan, Kiah?

I have always openly admitted that I am such a bad judge at character. So one must not assume that just because I deal with human behaviour day in and day out, I know what is coming my way. We never really like to admit this ourselves but we someone have the tendency to put on different facade, depending on the level of anxiety. Well, it is not a bad thing pun...cuma yang jadi teruknya bila digunakan terlebih-lebih pulak.

Majority makcik-makcik...yang I dah lama tak jumpa pun...openly volunteered masalah-masalah dengan laki masing-masing.

Yang hak single-single tu pulak....dalam pada cakap kat kita yang kununnya dah fed up ditanya soklan-soklan cepumas (rimasss gittewww) tapi masih ber Zaiton Sameon mengharap Brad Pitt jatuh diriba.

Mana yang (kununnn nya) happily married....blissfully cerita hal anak-anak masing-masing...the joy of memuaskan hati anak dan laki dengan pengorbanan they all...(ish...isn't this really telling yang they all tu sesungguhnya fed up ya amat had to do everything ALONE!!!)

Bila I dengar masalah laki bini, rasa kesian pun ada. Ye lah, masa bercinta and baru-baru kahwin....semuanya wangi belaka.When are we going to learn? When they want us to be theirs, they will spin any yarn necessary to seal the deal.I feel like telling...daripada you all ni datang open house rumah orang cerita hal laki you yang baik sikit aje dari kerbau balau tu....let's just start to appreciate something positive about them. First...dek kerna kewujudan dia, you berlaki. Dapatlah anak sorang dua (tak pun 3,4,5) so, you are practically saved from menjadi bahan gossip Kampung Jiboi & Kampung Bongek. You have got to admire your husband for his determination when acquiring you....bulan bintang...tiada yang lain but you aje. He got what he wants, didn't he? And you? Seperti biasa kita orang pompuan ni...macam biasa, kalau kereta rosak, kalau mekanik kata kena tukar semua, kita akan percaya bulat-bulat!

Let just agree on....we can't change him..or, expect him to change when we didn't tell him what we like him to be. Men don't do telepathy...and they like to assume that you are okay and highly understanding of their special needs.Understand this...if they don't need to, they will not watch you. 1 in 100 (or more) will worry and notice that their wives has change in her ways. They will ask, and we women is oblige to tell, because we know what we want and what we don't want.

So, if you don't intend to change the situation....stop moaning.Kita pergi open house nak makan roti jala dengan meehon goreng ye, bukan nak dengar kau meghoyan pasal laki kau. Kalau tak tahan sangat...cakap dengan laki kita baik-baik...kalau dia rasa he is the last King of Scotland i.e. Idi Amin, maka...blah lah sebelum King Of Scotland menjadi King Of Zimbabwe.

Kepada anak-anak dara yang tak berapa tua....what can I say. Memang dah lumrah orang akan bertanya....speaking of which, ni dah tahun 2009, takkan lah kita tak belajar lagi cara-cara nak ber komunikasi. Let's just have the last laugh....biarlah orang nak cakap apa. Senyum-senyum aje lah. Tak payahlah nak jadi defensive. One minute you said..you don't give a damn...marah-marah pulak bila ada orang nak match make. Seconds after...you announced that you tu ramai lak boipren tak tau nak pilih yang mana satu. After that...you cakap pulak that you're in a hurry to berlaki sebab parents dah bising. Pastu, boleh bongkak lagi pulak cakap...I want this, this,this in a man....

Laaa....dah le reramai boipren you tu (kata you lah kan?) takde pun memasing nya in a hurry nak datang pinang you pun, ada hati nak demand besar-besar lagi? Memanglah kita mesti menjadi penapis santan, tapi tengoklah diri kita jugak....(kalau Angelina Jolie tak pe lah jugak kan?)

Cheerio....

p/s : DR, kesian kan...bini apek yang kena 'hantam' tu lepas dia syiok dgn body mu yang gebbiewww ittewww???

Thursday, October 22, 2009

Makji Mintak Mahap You All.......

Ish...cemana nak start ye?

Entah-entah agaknya, adalah hardcore-hardcore reader blog I yang cam tak sememeh ni yang dah buat sembahyang hajat....(ceh....perasan tahap 1)

Tak pun...kawan-kawan puaka, menyumpah tahap gahab kebangangan I pi meng experiment setting blogspot ni...maka, sumpahan you all tu menjadi rahmat menyembuhkan amnesia kiewww ini....(ni, boleh kira unsur perasan ke ni?)

Or semestinya, kawan-kawannya yang baik hati...terutamanya yang rajin semayang dalam opis dah membaca doa mintak penerang hati and kepala hotak I....(ceh lagi...)

Ceritanya macam ni...(kalaulah you all nak tahu)

Sebelum balik ke LHR that day, I sepanjang malam tak tidur sebab kononnya nak adjust pala hotak so that I can go back to sleep in the UK time. So demi nak menahan mata, I pun godak-godaklah blogspot I. Masuk blog orang tengok layout lawa-lawa, so I pun nak gak merasa ada blog lawa-lawa (tapi nak membuatnya tak reti) so dalam pada I nak mengemaskinikan my blog tu, I thought that temporarily restricting other people's access is the clever thing to do...yelah..mana ada construction site yang chantekkk kan? So kiranya taknak lah orang lain tengok masa I nak redecorate blog I ni. Tah macam mana, tangan pulak gatal rasa macam nak tukar password baru, so I thought, I nak lah standardise kan semua password..maklumlah, I ni dah tua, lemak pun dah banyak naik keliling otak, so nanti terlampau banyak password lain-lain, susah pulak nak ingat kan?

So, godak punya godak..dah nak dekat pukul 4 pagi tu, still blog tetap tak lawa..I decided to stop godak'ing my blog to get ready for KLIA. So, logout lah.

Sesampainya ku ditanah tumpah titik peluh ku...bila ku nak masuk...keluar message...this blog is for invited reader ke hapa. So I masuk blogspot...type in apa-apa yang patut, tup-tup..password tak betul. Segala macam clue ku dah taruk....habis segala nama ex boipren, ex gilpren ku coba...nombor itu, nombor ini....punnnnnn tak jalan.

Seperti biasa...dapatlah serangan-serangan bom berani mati kat pesbuk.I pun dah hilang akal nak buat apa..so, if that ther end of this blog, so be it lah kan? I dok pujuk diri...okaylah, since I bukak blog ni, dalam ramai orang-orang baik yang I jumpa and then jadi kawan baik jugak...ada jugak I come across org yang tak berapa baik, orang yang perangai lain macam, orang yang tak habis-habis ceritamu, ceritaku...kan Sally? Ni kira macam...tutupnya blog ni, maka tertutuplah sejarah orang-orang tak perlu ni...

Hari ni tadi.....well, I macam ada berbuat baik kat satu nurse yang kerja kat Depo Injection clinic tu..(in case you all tak tahu, Depo Injection ni kira ubat Anti Psychotic yang sekali cucuk terus tak gila) Si Nurse orang Pilipin ni, dah nak habis contract...nak kena balik Pilipin lah kira nya. Dia pun sedey la...ye lah, nak balik ke Pilipin, sure-sure lah kembali ke Slumdog nya kan? So bila I ber meeting dengan Psychiatrist tadi, tetiba terkeluar cerita yang Psychiatrist ni tengah nak buat research and nak cari assistant, so I suggestlah Nurse Pilipin ni. Terus dia agree. So I cakap dengan Nurse Pilipin tu, nah..sekarang Dr XXX tu nak you masuk team researcher dia..so, you have 6 to 8 month and cukup tempoh tu, kiranya Nurse Pilipin ni (sebab dia dah kerja dekat 4 tahun dengan NHS) dah qualify untuk mintak resident permit. So, I cakap dengan dia..use this opportunity..and lepas tu pandai-pandai lah.Wahhhh..terus dia god bless,god bless I you...

So kejap ni tadi...in my email inbox, I dapat email from blogspot. Something to do with my blogspot account ada relation dengan google mail and tertera jugak blog address goddess selene and Cik Wawa. Email tu terus bagi link kat my blog and an option to reset password. Wah...tak nak tertanggal gigi ku dek sukaaa???

Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nya....

Maka, dengan ini, saya adalah kembalianssss menjadi syaitan yang direjam..ehhh, saya adalah kembalian menulis benda-benda yang takde pekdah ini.

Terima kasih kerana kesabaran anda.....

Thursday, October 15, 2009

Sharing is....Killing

I got invited to a friend's house...katanya nak ber open house segala, tapi kali ni ialah round yang ke 3 but lokasi lenlain.

Jahatkan I? I didn't go to the reunion (pasal reunion ni was organised by schoolmate jaman dahulu kala yang tengok muka aje baru ingat) but I am more incline to go and meet kawan-kawan yang menharungi alam remaja bersama...dari form four sampailah ke tahap degree tak pass. There's few of us...tak ramai pun, since I'm quite choosy jugak dengan siapa I nak keep in touch, maklumlah..nilah padahnya berchenta jaman sekolah when everybody knows each other. Although I ni idokle berchenta dengan kawan satu sekolah, but when we were in the UK, we crossed each others path jugak lah, cuma aku aje yang ber reputation yang gemarkan orang-orang senior ni.

Since my ex dah mati...I don't see the point of being in exhile anymore (cehh...ada unsur berlagak ni, macam lah aku ni menjadi rebutan jejaka-jejaka kat Malaya ni) people have nothing to ask anymore...nak ditanya pun, orang yang membuat angkara tu dah mati...although, I jugak mendapat pujian sebab masih chenta pada yang satu...(aduhaii..kalau lah you all tahu my perkembangan the last 10 years) and sidahmati pun, masih lagi dijadikan object dan contoh jantan yang tidak menghargai kekasih yang setia and tak banyak songel. Well, what do you expect...sedangkan kita baca magazine pompuan-pompuan yang cantik pun laki dia pi cari madu, inikan piula I ni...yang....yang...yang..masih menjadi pungguk yang rindukan bulan kat Kuale Kangsor nun..padahal, bulan kat Kuale Kangsor tu dah kawin dan beranak pinak dengan pompuan yang sama lawa dengan pompuan Malaya palig lawa..iaitu Wan Jaleha tu. Hats of to Zara Salim Davidson, I will not match...state swimmer, chemical engineer. Aku ni siapalah kan Kiah? (BTW Cik Sarip Dol, if you're reading this...kenapalah I dah takleh tengok gambar family ex-boipren I tu dalam IG?)

My bunch of friends seems to be in perfect marriage...transformed from gadis-gadis genit berscandal sana-sini to bini orang yang sepanjang masa dapat text message from laki tanya nak balik kol berapa. So Kiah...count your blessing.

They envied my free agent status and muka I yang masih nampak muda walaupun dah nak masuk 40. Hehehe...this is the beauty of natural rescources yang belum dicerobohi pembalak-pembalak haram. I get to maintain whatever I need to maintain. Although sebagai pompuan-pompuan biasa, I am conscious about the extra weight I pun on, maka setibanya ku ti Mansion ku, I will spend at least a day mengejar anak-anak rusa Nani kat park tu.

However, seeing my friends with children, cemana mithalinya one of them dok mengulit-ngulit anak...how peaceful it looks membuatkan ku rasa...eh, kanke bagus ada partner or even kawan tapi mesra or laki tapi tak mesra but still have someone to share your life with.

I'm not saying that I'm broody, tapikan nampak macam best aje. That was shortlive until one of my friend ni yang bukak cerita yang dalam diam, lakinya dah pun kawin dengan Ratu Karaoke and she came to know after KB si lakinya jugak yang terpecah lobang kat bininya (pastu biasalah kita pompuan...info-info yang boleh membantu kawum wanita camni mustilah dishare kan?)

My friend yang lakinya dah main kayu3 ni, from young I know, memang easy go lucky. Tak ambil kish hal orang..tau nya belajar dn ber keluarang dgn group-group we all aje. I think, she is the type yang after kahwin, jaga laki, jaga diri and jaga anak. I think as a wife we must know the type of jantan yang kita kahwin so, even kalaulah sijantan tu kita master dalam bidang menipu bini pun, I don't think she is the type of tak tidur malam memikir..eh, laki aku ni ada tak affair sana-sini. Dia cakap, org jantan ni..nampak alim ke or baik cemana pun depan kita, kalaulah kat dalam opis they all pun, if they want to memanjangkan belalainya tu, dalam store stationery pun lepas...so, what is there to be surprise?

So bila dah dapat tahu...(wah, ni kira kami kawum wanita setia bersama menentang pencerobohan haram) kawan ni, luluh lah hati nya...yelah, although tahu yang dengan org laki ni, takleh nak ditahan..tapi sedih ngenangkan..apalah salahkiewww githoo.

So, she decided to leave him and balik rumah makpaknya. Jantan ni bila dah tertangkap mula lah nak guna anak as a collateral, cam cibai aje. Family belah laki pun terperanjat, tak ribut tak taufan tetiba nak bercerai, sempat boleh talipon besannya report yang anak pompuan awak tu (my friend) ni dah nusyuz.

The laki now ni, macam gabrah lah bini nak mintak cerai..kononnnya masih chenta..can't live without her (yang ko pi kawin sorang lagi tu apasal?)

So, our role was to convince her to go ahead with the divorce and course lah masa ni, khidmat aku sebagai penceramah motivasi sangat diperlukan..chewah..chewwah...kemain suka lagi makbapak dia bila I cakap, if perasaan marah sebab ditipu mengatasi rasa cinta yang dah nyawa-nyawa ikan tu, ada ke takde anak...biarlah berpatah arah. I told her, never let the children be a reason, kalaulah org jantan tu nak kata, demi anak-anak...anak-anak will still have both parents so, what is the difference?

So if takut the man tak nak bagi nafkah anak..so what? If he rather live with reputation tak peduli anak...or jgn pulak nanti anak dah glamer baru nak ngaku kan?

Tadi I baca Metro, ada this guy..appeal cakap tak mampu bayar nafkah anak 300 sebulan..tapi dalam pada muflis, he is now married for the 4th time. $300 pun takleh bayar ke?

Kami kengkawannya, idokle rasa berdosa langsung mengadu domba dia ni suruh bercerai, lantaklah org kata berdosa meruntuh mesjid etc,etc. Yes it is true, marriage is for life...but it is blarrdy unfair if the one can get away ruining the purpose of the union or even bertrayed the perjanjian chenta sebelum kawin..(hanya you lah sorang untuk I)

I think. had he came to her and explain that dia telah terjauh chenta untuk 2nd time round, idoklah kawan I ni rasa macam penyapu sangat kan? But still...some people can share, some people can't...so make sure sebelum kahwin you ask your wife to be...if she is the type yang suka share-share barang mainan.

Wednesday, October 14, 2009

Update

Mahap ye, Cik Kiah...yang menyuruh saya membuat ulasang perpecahang Fahrin and Scha. Nak ulasang menda nya kalau dah dua-dua pun aku tak kenal? Lagipung..set-set tu sungguhlah tak glam untuk diberi ruang cameo pun dalam blog ku yang elit ini..hikss.

Waktu untuk pulang ke tempat kerja pun dah semakin dekat dan dek kerna kegatalan membukak office email membuatkan ku sungguh tak syok.

2,3 menjak balik ke tanah tumpah darah ni (isk...) dan menjadik tenggang adalah membuatkan hati tu rasa berat aje nak berpoya-poya. Tapi semalam, atas kesedaran siviks yang amat tinggi, saya pergilah menghadap bonda, walaupun cakap tak banyak...(iya, we never talk moe than 10 minutes..see, I'm not th sort of child yang phone friendly, sikit-sikit tanya, owh..mak masak apa..buat apa tu..or ngadu-ngadu) saya ini anak didikan askar German dizaman Auswitchz yang takde perasaang. Tapi agaknya bonda pun memahami dan selepas menunaikan tanggungjawab walaupun tak sampai 12 jam, maka senanglah hati saya untuk berpoya-poya dengan kawan-kawan ketat malam tadi.The only limitation was, tetiba saya teringatkan yang kengkawan tu adalah bini orang yang although not in so many words..adalah amat menyayangi laki semasing tu. So, walaupun bini-bini orang tu tak nak balik kaedahnya and waktu berpoya bolehlah diextend sampai kedai minum tu tutup, aya sebagai kawan yang mithali lagi bertanggungjawab, suruh jugakdua-dua orang tu balik. Jangan jadik macam I ni...

Since I balik ni jugak, I terkena sakit belakang yang semi kronik that mother reckoned was due to my food intake. Berangin katanya. Semenjak my tukang urut dah mati dibunuh perampok dengan sadisnya, there's no one else yang boleh kupercaya nak memicit body ku ni. Nak harap MB1, 10 minit aje..(if I'm lucky) terus cakap, dia penat. So, mother took out her old corset and asked me to put on so that I could strengthen my back....and voila! Terus baik you. The only thing that I hate about wearing corset is that it pushed the chest up and sebagai gadis yang pemaliewww, I am so conscious about my bood standing out fro the rest (ntahnya nak memalu, padahal sorang diri aje dalam bilik kan?)

Having socialising more than I used to this time, made me seriously think what information I should and can share with people.Mana yang semi irresponsible, obviously not thinking hard and long enough about the repercussion that affect those who dispense the information. Benda yang asalnya jadi perborakan casual antara kengkawan, tiba-tiba jadi bullet dia sindir orang pulak.Kesian kat orang-orang yang unsuspecting ni, ye lah, kita bagitau you pun, sebab you kawan-kawan kita kan?

However, life is too short to stress about nor should we be conscious of what comes out of the gob everytime. If you smart enough to think what may and will upset others, so share your info wisely lahkan?

Since I have greater commitment to my life now, maybe trip balik rumah kena dikurangkan ke dua tahun sekali..lainlah tetiba lepas ni, my Boss decided nak naikkan pangkat I that I would earn more than £30k, maka, bolehlah ku naik first class everytime balik rumah.

I would like to sincerely apologise to those I have not had chance to meet. I wasn't to well and most time was spent tidur-tiduran.

To the two bini orangs...startlah mencopet duit laki miewww dengan gigihnya...maka mansion ku yang mengadap Richmond Park ittew akan menunggu miewww.

Monday, October 12, 2009

Politikuscing.....

I must not write about politics...sebab nya tak tahu apa-apa. So, buat apa nak tulis kalau info dalam kepala pun lebih banyak info gossip dari info politik.

Someone asked recently, had I not chose to be a Social Worker (and blarrrdyyy auditor) what is my career's choice? Dengan muka tak malunya I cakap...politician lah kot.

However, dengan bongkaknya, may I say...I have a degree in political studies. Iye..idok le glamer macam orang yang masuk lab semedang tu but masa tu, China's Red Book was more appealing than the rest (plus, aku ni idok le berapa pandai Kiah oiii) So, nak tulis lah jugak pasal politik (kan ke aku blogger elitist, Kiah?) sikit-sikit.

Isa The Clown (ni adalah dicopy dari bapak saya suatu masa dahulu) won the election in Bagan Pinang. I grew up in PD and I know many people from Bagan Pinang, the Kampung itself. Isa Samad's originally is from Kg Bagan Pinang and I was there, along with other schoolmates paying respects when his dad died. Sebab dia orang Bagan Pinang,kalau dia tak menang, alangkah malunya.

My FB friends yang anti Isa Samad wrote in the status updates that people in PD are in favour of a convicted briber.Not only that, Azmin Ali blatantly lambasted people in PD for wanting a corrupted person as a leader.

Well, who is not corrupted here? Azmin Ali was made millionaire by his boss and the Boss himself earning his millions while governing the finance ministry.

What annoys me is that who gives this people liberty to throw such remark when they themselves obviously dipping into easy money as well?

Isa Samad was caught, named and shamed. For sure, there's many like him. I was offered to join a party that every meeting you attend, you'll get $50.00. I don't think that is politik wang. The thing is bila wang sudah ada, and to attract people and to encourage them to get off their arse to attend meeting, hulurlah sikit...lepas duit toll (cilaka kau pondok toll!!!) and duit minyak, parking etc.

People who wants to claim power nowadays are those with money.So, they will say and blame who they want.

I think, appropriately...Azmin Ali must first encourage and educate his own brother to write sensibly in his blog. Penuh dengan caruts 100 karat, let alone morale.

Nak kata blog I ni bermoral takdelah..tapi janganlah pi kutuk orang with sentences like that. Bukan ke kata pernah jadi law student dulu. Kalau dah jadi kakak fulltime pun, siap promote lagi hang dah pi tanah suci, udah-udah le nak kutuk orang kan?

So, Datuk Isa...boleh tak waive toll dari Subang Jaya ke Seremban and Seremban ke PD or least, kasi lah 70% discount ke?

Saturday, October 10, 2009

Update

I have been following Nasha Aziz's court case. Before you ask, Kiah..ni bukan kes dia bercatwalk dalam rumah with hidden CCTV ye...but something about her natural father yang tak puas hati and malu besar because of something she quoted in a newspaper articles.

From what I read, Nasha was brought up by her paternal aunt and her husband. Whatever happened to her birth parents, idok le aku tahu. So, in so many ways she sees them as her parents. She might think or feel that they are her natural parents too, considering that they are the only parents she knew.

Her foster father died. Obviously, legally he was not the father but as a child brought up by a man she came to called a father, the foster father was her father...to her.

There was this interview (ni lah jadahnya reporter kat sini, suka benar menanya soklan-soklan bangang like what they did to Joyah...apa perasaan Kak Norlia etc,etc. Eh..ko bangang ke hapa, kalau dah anak mati mengejut camtu, takkan nak buat party lak kan? Ingat Kak Norlia tu cucu Tuanku Jaafar ke...orang N9 disuruhnya berkabung 100 hari, tapi anak cucu boleh berparty pulak kat Shangrila...kan?kan?kan?)

Masa Nasha kena interview tu, maybe masa tu bapaknya (the foster father) baru mati gittew..so reporter tanya something about her feelings during hari raya ke hari bapak ke ntah, so si makcik Nasha ni pi lah cakap...yang hari raya ke hari bapa is less meaningful sebab bapaknya dah mati.

Tup-tup....teruslah seorang pahlawan silat gayung tah mana-mana datang nya, terus mengaku yang dia tu Bapak kandung Nasha and that he has suffered huge embarrassment because of what she said. Kalau buat statement dalam sokabar je takpe..nak gi disaman nya pulak Nasha Aziz tu.

I am not familar with legal proceedings nih...ye lah...ambik law kan ke tak pass?? He (the biological father) must have hired a good lawyer that he succeeded in claiming $10,000 from daughter he abandoned from infant yet feeling greatly humiliated because he was not acknowledge as her father.

Obviously the judgement of the case is not made public, so I pun tak tahu lah ujung pangkal (tapi masih gigih nak bergossip nih) but I can't help to think what was it that motivates him to do that? Psychologically, this will not win you any acknowledgement from your own flesh and blood, and I doubt lah Nasha akan pergi menyusun sepuluh jari kat bapak dia tu dang-dang tu jugak. On his part....dah le kau tak bela sendiri anak kau tu, tak ke just for that kau rasa malu? Tak ke nanti orang cakap...dah le anak bagi kat orang, pastu gi ambik duit anak pulak.

Wel, he is now $10,000 richer with interest lagi but there's your child gone forever. I nak jugak tanya....apa yang buat sampai dia malu sangat tu? Sebab Nasha kata dia dah mati ke? I think Nasha should have just said, he is just a sperm donor and for that, I'll pay him the $10,000 for his teadpoles.

On another matter unrelated to Nasha or his silat biological father, I didn't go to that reunion. I told my friends that I was not well. Errmmm...hanya 20% benar. peratusan lebihan nya ialah;

30% sebab malas nak pergi KL sorang-sorang. The roads are way too confusing although I do remember certain main roads. The traffic and the crazy motorcyclist is a murder.

50% sebab,the people attending the reunion is the people I haven't seen or spoken to in years. I wonder why people are keen to attend or organise reunions, when majority of people in school dislike each other. This is all thanks to Facebook that people know that I am alive and breathing (and single too) Here I am thinking...kita kat sekolah pun tak bersembang, you tak geng I and I pun tak geng you. Everyday we come to school, we look at each other faces and we exchange smiles or sometimes evil glance. So really, what is the point of going? Tak cukupkah dengan ber poke-poke saja dalam FB tu?

I am always excited about meeting new friends. I know loads of people who has plenty people to visit and see and their lives seems excitable dengan ramainya kawan-kawan. I have friends who posted their parties pix in FB and sebagai kera sumbang yang berkaliber, hati kecil ku ini Kiah...ada jugak bertanya, apasal lah aku takde ramai kawan nak dibuat beronggeng or diajak pergi ke party-party liar macam tu? Macam best aje gamaknya orang-orang yang berparty sakan tu...

But I always believe that large quantity of friends require extra large quantity of commitment. Ada orang ada blog community nya (ingat ye..don't assume that I belongs to this elitis-elitis gang) ada orang, ada geng-geng Makhayyam nya. I ni, takde geng. Elitis pun tak masuk, Makhayyam pun tak kena. And like I said (but Kiah tak caya) is that I am so pemalu...nak jumpa sorang-sorang pun takut..kan NBNS???? So kalau dah sociophobic and pemalu, apa jadah pulak teringin or jeles pulak tengok orang ramai kawan.

Kesimpulannya, I memang sewel.

Friday, October 09, 2009

Sila dan sila....

Malaysia I-Like
- Sekarang ini kedai-kedai tempat kita membeli barang sudah membuat terma-terma yang baru iaitu, anda adalah dibenarkan memulangkan barang dan menukar barang jika tidak berpueh hati. Ini adalah sangat bagus...untuk orang-orang yang fickleminded cam saya ni or orang-orang yang suka salah baca buying list juga seperti saya ini.

Hari ini tadi saya pergi KWSP. Adik-adik saya kata, saya dinasihatkan membuat penama kepada duit EPF saya yang sebanyak taik hidung itu, yelah...saya kan kerja kat Malaysia cuma sempat 2 tahun lebih saja. Sebelum kami pergi tadi, MB telah saya nasihatkan supaya tidak memakai baju yang menjolok mata dan menjolok sarang ular orang laki-laki...so begrudgingly, dia memakai T-shirt size 16, 3 size lebih besar dari biasa...supaya tidaklah menampak bentuk badan yang luar biasa (dimata jantan atau dimata kakak-kakak Ustazah orang gomen ittew) Akan tetapi.....sesampainya kami kat kaunter penyambut tetamu dan pemberi nombor giliran kat KWSP ittew, kami dilayan dengan penuh mesra oleh adik hensem berbaju melayu dan bersamping tetapi takde songkok...yang bermata hazel, berambut orangutan dan ber foundation..mak datukkkkkk...kalau tampar musti retak nya!!! Jgn silap paham..kami tidak mendiscriminasi...(iskk..adik pakai foundation Body Shop ke dik???) malah kami amat sokaaaa sekai yang adik comel itu telah diberi ruang and peluang meng express diri (dan membuktikan kawun lelaki juga adalah setanding kawun wanita dalam memelihara kejelitaan diri, speaking of which, kami dua orang ni tak mekap pun dik oiii...) tapi MB1 tak pueh hati..sebab katanya, kalaulah dia tahu orang jantan pun dibenarkan mekap kat Jabatan Kerajaang...apasal dia nak pakai t-shirt bersize zero nya itu telah dilarang???? I pun pujuk dia..alah tak apalah....hari ni kan hari Jumaat, janganlah pakai baju sendat-sendat..dah le kita pakai 3/4 shorts ni...tak pasal-pasal tak dapat service pulak...dan setelah disogok dengan sampoerna ijau, maka MB1 pun diam saja lah. Adik-adik yang melayan kami juga baik-baik, helpful dan ramah sekali, tak macam kakak EPF dua tahun lepas yang melayan kami macamlah kami ni nak rampok laki nya (if lah dia beraki...) dan adik yang sorang ittew..bila nampak address saya kat Londres nung..terus cakap omputih dengan rakus nya...(adik tak perasan ke kulit kakak ni kulit ular sawa yang amat matang sekali...tak pun hangus dik?)

Kesimpulannya, saya adalah happy....

Malaysia I-Don't-Like
Hmmm.....list ini adalah amat panjang.Saya sudahpun dikomen kerana tidak menghormati Malaysia dan juga amat berlagak...(org tu cakap, lain kali tak suka, blah lah..jgn balik Mesia katanya....) akan tetapi..saya cuma meminta tol-tol dikurangkan, motor-motor diberi laluan jalan sendiri, sila beri laluan bila saya pasangkan indicator, sila cakap tompang lalu atau maaf bila sengaja atau tidak sengaja kacau personal space saya, sila buat bas yang melalui jalan-jalan dan area area tempat adik-adik saya tinggal yang jauh berdentum ittew dan terpaksa saya membayat tambang teksi dekat 30hinggit...sila cepatkan speed internet, sila jangan bawa anak-anak kecik dlm supermarket yang busy tapi taknak dikawal budak tu,sila jangan bercakap dan menghantar text message dalam telipon bimbit ketika mengemudi kereta, sila bersihkan taman, sila ratakan jalan, sila jangan berkelakuan tak senonoh didepan orang yang tengah nak makan...(ini adalah untuk adik bertudung hitam yang bercium mulut dgn boifren kat Food Court Midvalley semalam ye....) dan banyak lagi.....

Pssttt..saya terbaca amaran mesra Datuk Bandar PJ yang katanya tak boleh membawa anjing kat taman, kenapa ye? Cemanalah orang-orang yg ada anjing nak bawak anjing diorang jenjalan kan? Surely, anjing-anjing peliharaan adalah set-set bangsa anjing yang ternama dan berpendidikan, not the kurap one.Ataupun owner anjing masih lagi tidak berpendidikan suka membiarkan anjingnya fouling the street?

Saya juga ingin memberi pesanan mesra kat orang Malaysia yang tak duduk Malaysia supaya berhentilah mengadu domba dan mengadu bomba.Sebagai seorang yang sudah dewasa dan berumur sedikit, kita mustilah menunjukkan contoh yang baik kat adik-adik kita. Awak tu sudah mencari gaduh dan memanaskan hati ramai orang..and by the sound of it, jadi bahan umpatan orang jua. Silalah bertanggungjawab dan tidak memberi sebab kami-kami ni untuk mengumpat, dah le kami ni suka mengumpat sepenuh dan separuh masa. Kalau you dok diam-diam, takde orang nak cakap pasal you kan? kan? kan?

Sekian.

Thursday, October 08, 2009

Hek elehhhh....siapalah yang perasaang nih????

Tolong jangan hantar lagi email kepada saya

Monday, October 05, 2009 12:26 AM
From:
To:
"hajah_esah"
Saya bagi amaran terakhir kalau awak terus forward email yang tak munasabah dan tak berkaitan ke alamat syaraikat saya.... saya akan maklumkan kepada kedua ibu bapa saya, saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang msg yang disampaikan.

tidak ada kena mengena dengan saya.!!


kalau awak nak berkenalan dengan saya , gunalah saluran yang betul, saya masih ada ibu bapa, mereka boleh pergi meminang awak. dimana saja awak berada..

Wednesday, October 07, 2009

Note To Self

There's plenty of TV ads that tells you to cherish your parents...while they're still alive. Some so graphically moving membuatkan anak derhaka macam I ni rasa nak mintak hampun sambil nangis time-time tu jugak...

Often the ads director portrayed parents as god who we shall not fault, disobey etc etc...

More than often they forget that parents and their children are human with feelings where at times, relationship can be as difficult as masalah dunia-dunia ke 1,2 and 3.

Fortunately, I don't (think I) have difficult relationship with my parents.I think we are just like normal middle class family who live and work, love and hate and let live.

I see and hear and I know quite handsful of people with very complicated relationship their parents. While we think telling people what they should do is a right thing to do, I somehow feel that letting people think what is best for them to do what feels right to them is more appropriate.

I think people practically don't like to be told things they already know.

What we have to realise is that as we grow older...we see, think and feel things differently. You even grow to be a different person your parents hardly know or just the same old you your parents never notice all the time you were with them.

As much as sedapnya mulut kita nak mengata orang yang kononnya tak respect makbapaknya masa they all tu masih hidup, let's allow how the person must feel themselves.

As a person, we are allowed to feel angry, to feel mistreated and to feel whatever feelings we are feelings. and this has nothing to do with being disrespectful.

Sekian....yours passive aggresive.

Tuesday, October 06, 2009

Terkini...

Kepada kawan-kawan, ingin saya bertanya.....

a) Apakah yang terjadi kepada budak hitam yang sarat mengandung yang mempunyai mak mertua yang puaka ittew? Last I saw was, 3 of them (hitam girl, Monster MIL and another pompuan puaka) was picnic'ing and it look like MMIL is plotting something awful....

b) Adakah Sehati Berdansa itu telah dicopycat dari 'Strictly Come Dancing'?

c) Macam mana saya nak pergi Shah Alam? I have a friend who live not far from NCUK campus in Section 6. I tried today and dengan tiba-tiba....ternampak signboard...Kuala Selangor when I can swear on my life that I followed the road I know, after Batu 3 tol (tol lagiiiii) and...mana poeinya jalan lalu depan kilang Carlsberg tu that take us to the kayangan round-about? Sudah ghaib kah?

Bantulah saya dengan segera....hik,hik,hik.

Update

I telah kembalian dari menjadi tourist kat Borneo. Hiks....so I did the 2 1/2 hours jungle trekking (patutnya dua jam je, tapi maklum lah pendaki-pendaki bukit semuanya dah veterans, so speed adalah sangat sangat minima)

I had wanted to do the mount climbing (ceh..Kiah, taknak kalah kan?) but mengenangkan my visit to the gym was eons ago and my only exercise was panjat turun bus and train and office stairs aje, nak naik gunung hapa nya???? Plus, with MB1 punya resrictions, kata ni takleh buat, tu tak leh buat...sampai I nak kentut while I was in the jungle pun naik takottt!

The last night in Borneo was spent appreciating old film 'Suara Kekasih'. Watching the film made me realised that the older ones are way,way much better than the new one. See, I am not easily impressed, orang kata YA punya film world class, I sampai sekarang tak paham-paham apa jalan cerita Mukhsin tu. Again, I am not an artistic person and people can go on selling the artistic side of the film and still I takkan paham. No offence to YA's fans lah ye....

Seeing Suara Kekasih telah mengingatkan kiewww kat orang yang dah 6 feet under tu.Nak kata film tu reflect my our stories habis-habisan takdelah...while Ogy cannot marry Azmil pasal Azmil tu kayaraya and she's only penyanyi murahan...the 6 foot under man did not marry me because he choose not to.Huge difference. I identified the feelings, that is. Haiyooohhhh....

I will never know how the 6 foot under man deal with his feelings.But he was single for a very long time after the divorce and all the time between divorce and deathbed, was finding me.

But (untuk memujuk hatiku sendiri, Kiah...) he had his chance,and he blew it.We women can live thinking and wondering what is it that men really wants? Ada set-set tu, bini cantik lagi bergaya and not to mention betapa mithalinya memasak untuk laki dan menjaga laki dan anak tak berbelah bagi...dianya masih lagi nak berpoya-poya.

I am full of suspicion ni Kiah, with the cake man story, kununnya dah beli bunga kek bagai for his wife yang akhirnya ditangkap khalwat. The story bukanke, dia ikut kereta bini dia and 'tetiba' terserempak with the Jabatan Agama and 'tersama-sama' pulak caught his wife in action. Conveniently with cakes and flowers, he volunteered his info with the media. Hmmmm...he is dancing with joy lah kot dapat malu kan bini dia...

p/s...I want to ask, what is about Melayu in kayu ss23? Adalah orang dah marah I generalised the Indians with being the extra berlagak one. Hiks...see, this is what I think. People who feel the need of berlagak tak tentu pasal are those who are feeling pressed in. Like the blacks who often feelings victimised and discriminated against, hence psychologically need to cope with the emotion by displaying such behaviour.This applies to people of any race.Kalau you calm and confidence, takde perlunya berlagak, kan?