About Me

Wednesday, May 22, 2013

Hati Parek

God know why the name was picked for a cake, kan? I tanya orang Sarawak kenapa uols panggil kek tu hati parek, yang Serawak nan sorang tu..trust her will give me answer yang mengarut-ngarut. Serupalah macam dia buat cerita how Ajibah Abol met her death...from sesak nafas because her glasses are too heavy sitting on her nose.

You know that the hati parek is very dark in colour. Tatau lah if si pari tu sememangnya berhati hitam. Sensitips tau bila cakap pasal hati hitam ni...sebab hati hitam ni, funnily enough, bukan empunya hati yang tahu hatinya kaler apa.

Semalam ke..or 2 days ago..ada lah sorang pompuan kat Puchong yang mati didera dek laki nya. They found older bruise as well and the new ones. She was hit by blunt object. Sokabar kata, she was hit because she was refusing to return to the anakharam of her husband. Her mother said, the abuse has started since they got married...anak pun dah empat, dah sepuluh tahun. The eldest anak ada LD.

We read and heard...and even know of many abuse around us, kan? What do we do about it? Part of my job before, I got to investigate even when there is a suspicion of abuse. Anybody can just call us if they suspect ada physical, emotional, financial and anything fits the criteria of abuse is taken place. If bebudak kena abuse, maka jabatan kami lah yang kena pi menyiasat and if need be, pindahkanlah bebudak tu. Ada yang genuine, ada yang hanya drama semata-mata. But still...kena gak respon. Dengar bunyi jerit-jerit, terus call polis, tau orang kat sini..walaupun bila pi tengok sebenarnya si musang yang membuat maksiat tepi tong sampah tu.

Pompuan ni sudah kena abuse dah lama. Sampai family dia sendiri pun tahu. Tapi, tah hapa pasal takde sorang pun nak bertindak..tataulah kita. Alasan yang kita dok dengar, is kita tak nak campur rumah tangga orang. The pak polisi will say the same kalau ada dengar kisah laki bini gaduh, kan?

It is unthinkable when people use excuse 'tak nak campur hal rumahtangga orang'  bila dah sesahih nya pompuan atau jantan tu kena terajang tapi bila part-part gossip atau hal tak perlu, like nampak bini orang tu dgn mamat yang ini...tak pun nampak laki jiran dia dgn tah sapa2 fomfuens kat Subang Parade (erkk laki sapa la tu?) boleh pulak depa prihatin, kannn?

I think the arwah tu dah memang ajalnya..sebab dia pun katanya dah nak bercerai..and you know pi lah pejabat kadi and agaknya selagi tak kudung tangan tak nak kot Mahkamah Syariah tu melayan. Kenapa dia hikut jugak laki anakharambabisial tu balik dan mak dia tak lah terpkir nak call polis ka hapa...Allah sahajah yang maha mengetahui.

Adakah pemangsa (si jantan jahanam tu) berhati hitam macam hati parek, uols? Sanggup dia terajang bini nya, the same women who bore his children and the woman he sleeps with? The wife pun bacanya, ada kerjaya juga..si tidaklah dia bergantung kat lakinya. The LD son may have added the stress (though shouldn't be an excuse, kan?)

Adakah orang berhati parek (hitam) ni setakat mendera secara physical aje? What about yang mendera partner nya dgn cara emosi? Kita buat benda bini/laki kita tak suka, macam dera lah jugak..kan? Kadang2 hal kecik yang kita rasa partner kita tak perlu ambik hati..tapi hati terambik jua, pun jatuh kes dera perasaan tu. Like..you nak keluar dengan kawan you pi tengok bola ke, tengok reban ayam ke dengan BFF you...dah tau kau nak hambik masa laki/bini orang tu, tak ke patut kau cuba main politik sikit like..buat lah ajak2 ayam...to show that kau acknowledge partner orang tu kan?

Aruah my father dulu ramai kengkawan kaki bola, kaki tengok syarahan, kaki joget (oops) yang siap ambik dia nak bawak keluar and I remember those men masuk jugak rumah tegur my mother cakap mana depa nak pi. Kalau yang children friendly tu pulak boleh rasuah kami ni dgn gula-gula, konon pesanlah dgn my brother..jaga adik2 ya, pakcik nak kluaq dgn abah hang kejap.

Even amoi jual Electrolux pun masuk tegur my mother bila nak ambik my father keluar. Takdelah bini orang tu macam memendam rasa je kan?

I do believe sipemangsa tu kadang2 tahu dia nyakitkan hati partner nya...but sajalah buat tak kisah selagi orang tu tak meletop. Bila orang tu meletop karang, dia salahkan orang tu meletop lah kan...

Pasal tu I selalu pesan kat kengkawan I yang set-set suka menjeruk hati tu supaya bercakap aje terang2 apa yang dirasa takyah tunggu buat plan A,B,C baru nak pi cakap. Bila cakap tu, takyah emosi-emosi ala Padaiyappa tak pun Kasturi Neelam. Emosi ni distraction sebenarnya...pastu kalau you dok srott srettt..nanti script lari. Kalau tak suka, cakap je tak suka. Biar orang tu tau kau tak suka. Leave the ball back to court orang tu. Kalau dia takde explanation yang masuk akal dan terus-terusan gak membuat benda you tak suka, maka...uols tahulah apa nak buat kan?

Samalah jugak dgn bab pukul memukul ni. Selalunya mangsa dah teruk sangat penderaan emosi sampai tak nampak jalan keluar. Kita yang lapang dada, lapan kepala ni patut tolong. Tak tolong report pak polisi, kita juga boleh tolong terajangkan lakinya tu, bawak kawan kan? Bangsa kita ni sekarang, kalau orang ajak buat benda-benda ganas camtu, akan lajuuuuu aje nak ngikut. Well, jokes aside.

Orang yang berhati parek juga...(kesian kuih ya...rasa nyaman) juga memerlukan pertolongan. Tapi pemangsa punya problem selalunya sangat lah terpencil...sebab pemangsa kan selalu nya berupa pijak spongebob pun tak penyek. Nampak macam laki n bapak mithali, tapi....

Kepada semua...ambik lah tindakan kalau dengar adegan-adegan belasah tu. Now the children will grow up knowing their father yang bunuh mak nya and tah apalah nasib anaknya yang istimewa tu. :(

If you are the mangsa...think about you. Think about you...think about you and the children. Laki boleh dicari...

Tuesday, May 21, 2013

Displaced Anger

Ohh yeahh....I am so feeling Kiah episode bercakap dengan Frankieweenie tu. Percayalah, ianya adalah satu wabak yang sangat fofuler, malah lebih fofuler dari natang gwiyomi tu.

Bebaru ni kan...negaraku Malaya tu heboh dgn kes budak kena demam campak yang tak dibagi boarding lantas blogger celeb tu dgn tanpa lelengahnya nak jadi knight (night is more apt) in his shining armour (muat ke ko nak pakai baju besi tu..oops) kepada family malang itu. Of course lah, untuk informasi mutakhir, pergilah baca blog nya. I'm sure had he not catching the airlines for us cheapskate himself, I bet you my bottom dollar, you will get a shot of that baby's cacar air. Dia kan suka buat menda-menda camtu...

Maka secara am nya...kakak itu adalah mangsa dan AirAsiamang tu adalah pemangsa. Maka warga-warga prihatin pun naik lah marah...maki-maki abang Tony dan abang yang lenlain yang berjawatan big shot dalam organisasi abang Tony.

Soklan I, akak (ke adik) dah tahu anak sakit..apasal lah dibawak berjalan? Armed with litres of calamine lotions ka, ubat ke, tahu dah kan measles, chicken pox tu semua nya airborne disease? Ke akak tak tau? Takpelah...lesson learnt the hardest way. Maka apa yang kita boleh lakukan hanyalah bersimpati dgn nasib malang nya...but tak usahlah menyalahkan peraturan yang dibuat untuk keselamatan semua orang dalam cabin tu. Tak usahlah memaki-maki Boss airlines tu. Apa ni? Dah tau kita tak berduit (banyak sangat) nak jugak pergi berjalan (dengan tak hambik insurance nya) bawak anak kecik kat tempat cenggitu. We are not talking makcik dgn anak kecik, dengan suka-sukinya tak dibagi boarding sebab makcik tu dan anaknya pakai baju Chelsea (ye lah sebab abang Tony kan orang QPR) hahh..itu kejam nama nya.

Sukalah saya nak bercerita tentang laidbacknya orang negara kita (nak nak yang berbangsa territorial ni kan --- nak panggil bangsa subsidi karang, marah pulok) bila tentang menjaga hal ehwal diri.

Sebagai seorang pekerja Sosial yang berbangsa Melayu dan pandai bercakap melayu, kadang2 saya dihantar jua pergi ke pusat tahanan mangsa-mangsa keadaan dan mangsa-mangsa kebodohan diri sendiri ni. Ada sorang budak jantan ni..berjiwa kembara kononnya nak melawat Europe. Kerana hobinya adalah juga mengambil ubat-ubat rekreasi ni, dia juga berpenyakit 'rekreasi' yang menyebabkan dia rasa pusat tahan tu adalah tempat rekreasi. Maka setelah tak cukup supply bahan rekreasi dalam badan, dia pun mengalami adegan-adegan penglipurlara dalam pala hotaknya. Bila I ambik case nya, I tanya...berapa lama plan nak mengembara. Dia kata 'plan lamaaa dahhh'. Duit dibawaknya RM200 aje. I cakaplah...mana cukup ni. Dia jawab...'ni kan bumi Allah, rezeki ada dimana-mana'. I adalah jugak rasa nak lempang dia tapi kita kan harus bersimpati dgn orang macam ni.

Ada tu pulak yang nak datang berjalan melawat kawan...tapi bawak alamat 'kawan' sebaris dua. Sesampainya kat Heathrow...bila kena interview tak lepas, duit tak berapa nak ada dan lepas tu kena hantar balik. Terus tu mintak perlindungan kerajaan kita. Nak je I tanya, adakah adik ini berjuang untuk negara yang patut dibagi perlindungan? Dah tau nak berjalan, kurang2 bawak lah duit makan dan duit tempat tinggal kan?

Dulu, I selalu baca sokabar tentang seorang nelayan yang beranak 13 yang diserang stroke lalu tak boleh bekerja. Dah setahun gamaknya tak leh kerja..dan masa tu pulak bininya baru beranak. Maka dia pun merayu lah akan bantuan. Hmm...a sole breadwinner, tapi anak 12 plus satu yang dia berjaya produced dalam pada dia 'mati separuh badan' tu. Rumah pulak...lawa je lah sikit dari rumah kambing. Not wanting to speak out of turn, dengan income yang tak berapa menentu dgn rumah sebesau itu, kenapa pakcik nelayan tu takde terpikior nak ber family planning? Of course like any other bangsa territorial yang amat pasrah pada ketentuan Allah akan kata, setiap nak ada rezeki nya. Hmm...dan pakcik makcik ni atas bantuan Utusan Meloya teruslah menyalah kerajaan pembangkang kerana kedaifan dirinya itu, kan?

Masa I kerja hotel dulu adalah mamat ni yang selalu membawak gilpren nya check in. Bila dia check in, dia akan pstt psstt kan assistant jantan I tu supaya mem 'P&C' biliknya.  Ye lah...memang tanggungjawab hotel pun kan..as the innkeeper. Jaga orang dalam bilik tu. Tetiba pulak pada suatu hari bini  nya telah berjaya mengekori dirinya lantas terjadilah pergaduhan besar-besaran (yang dilapurkan secara langsung menerusi walkie talkie security guard) The next day or so, this guy telepon I dgn marah2 nya kata dia nak sue hotel tempat I kerja tu. Dia kata dia loyar. Elehhh. I pun jawab lah...mintak maaflah atas ketidakselesaan anda, but kalau nak saman, saman lah. Podah...he really got no legs to stand on. Gila-gila dia buruk kan hotel tempat I kerja.

Okaylah..kalau nak cerita kang..panjangggg. Banyak contoh sebenarnya, tapi karang orang kata I melayu tak sedar diri pulak.

But kalau kita ni sendiri yang tak berapa nak prepare, yang tak hikut peraturan dan tetiba dilanda masalah, musibah, perlukah hanya nak menyalahkan orang?

Dan bila orang tak menolong (well...kalau dah orang tu bangsa tak baik hati or simply just tak peduli) perlukah nak marah-marah sampai nak jatuhkan orang tu pulak? Mesti abang Tony yang kata..heloo..you yang booking flight I. Pastu dah tulis segala dalam tu apa tanggungjawab mereka ambik etc. Dah kau tak nak bayar, lagi mau marah ke?

Concern for mistreatment is one separate case, I would say. It is not like the kakak was discriminated bcos anaknya down syndrome kan? (kalau tu case nya kak, I will come down HARD on Tony, don't you worry about it)

But please lah ye, for once...bertanggungjawablah kepada diri sendiri. Jangan lah nak harap sokmo ditanggung halal je. Semua benda yang kita buat, berisiko. Kahwin pun ada risiko. Kalau adalah insurance kahwin sure ramai orang dah hambik kann?

Ehh ..tapi apakah kena mengena masalah Kiah dgn posting I ni? Yelah...pihak yang tak bertanggungjawab selalunya akan BERJAYA menyalah kan orang. Kalau tak menang moral pun, dia menang sorak, ye tak Kiah? Sedih kan? Bilalah agaknya manusia ni nak sedar yang moral itu adalah penting dari sorak?

Sunday, May 19, 2013

Kawan Kita Yang Kurang Decorum

Gigihh ni muntah update, kan? Well, I had a good day so bila dah good day to idea adalah mencanak-canak...nak nak idea nak bambu orang.

Sedang I menelek-nelek pesbuk hari ni, ternampakkan lah oleh I nak kawan I ni telah menghaplod gambo nya dizaman Uji Rashid yang muda rumaja tu. Woww..people in the olden days..like my mother, cemana pinggang boleh menten cam kerengga ada eating disorder pun I tatau. Mungkinkah masa tu, takde nya kedai mamak, mahupun SUshi King ataupun Madam Kwan yang nak disinggah untuk menambahkan lemak?

Kawan I tu la ni sebagai muslimah sejati yang lain dan telah nampak cahaya kebenaran (I ni je yang dah nampak tapi buat-buat nampak, bley?) dah pun berhijab. With and without, she is looking as graceful and beautiful gitu. Muda rumaja dan tua remaja... Manis aja....

Tetiba kan uols..adalah sorang umat ni menulis komen kat gambo tu...kata, sebaiknya toksahlah nak tunjuk rambut kalau dah berhijab. Tetiba uols...isk. Bukanlah nak kata teguran dia tu salah..but knowing that gambor kawan nya tu baru di admire oleh kengkawan yang lain, tidak ke dia terpikir nak ber private message aje?

Nama pun ikhlas nak menegur kan? Ni lah..bak kata orang-orang yang busuk hati tapi cover line yang suka kata..I don't mean to upset you but.........bantainya cakap benda yang dah sah-sah mengupsetkan orang. Tak ke sialan namanya tu?

What is it with people yang suka benar jadi sore thumb ni? What point are you trying to score with yr fren? Yes..tegurlah secara tertutup kann...tak leh kawan you tu rasa gelabah or malu malu alah.

Serupalah macam ada kawan I yang celeb ni (kawan I je celeb ye..I idok) dia published lah gambor nya dgn penyanyi soprano masa kawan tu mengandung. Dah nama pun mengandung dan dicampur dgn status nya yang seleburity lagi berlakikan homputih yang..pakailah bikini dikhalayak ramai tetap kau dipuji nya, the pregnant singer was donning baju maternity yang fitting la..menampakkan body nya yang dua tu. Tupppp....ada pulak pembaca prihatin (prihatin la sangat) yang menegur cara dia berpakaian..yang openly boleh dibaca oleh orang yang menengok nya. Considering account FB tu kan private, boleh je nak private message...but tak...as if she loves it orang dapat tengok dia 'menegur' kearah pembangunan ummah tu.

Apa jadi dgn menjaga aib orang? To me lah..takde lah buruk or teruk sangat pun. Just bcos ko tak suka tgk pompuan tu buncit, tak le lawa di mata kau ye tak? Mana yang cool as cucumber will just tak layan ajelah comment-comment sebegitu. Ye lah..lagi layan lagi menjadi pulak dia nak tegakkan benang dia ye tak? Mana yang tak berapa sejuk macam timun tu, naik lah jugak tocang dan kata...ehh, hak berpakaian tu hak sendiri lah..etc etc...maka bermulah adegan jawab-menjawab teruslah jadik gaduh.

Kadang2 rimas juga bila dapat kawan yang tak berapa diplomatik ni. Ye lah..benda2 yang kita sendiri tahu bila didiskus terang-terangan akan mengundang rasa seakan nak berak pun tak lepas. Macam ada kengkawan I yang dok hint-hint dia bakal menjadi solo (or may have been tapi tak cakap terang2) I idoklah nak tanya or comment gambau kurus kering nya..eh, laki you dah tinggalkan you ke?

Or kita nampak kawan kita tu tembam ke sikit sebab dah ke Sushi King happy hour 60% discount aje kerja nya, gamak ke kata..eyy kau dah gemok. Lainlah kalau kawan kita tu mmg dari dulu sampai sekarang macam kena seksa aje ropa nya, tetiba dia berisi, okaylah kalau nak komen..ohh you dah berisi sikit..better. Sedap lah orang tu dengar kan?

Then of course, bab ni I lah selalu kena...tanya bila nak kahwin..bila nak pakai tudung...kalau ada lah sikit gambau salah laku, maka kenalah sound, wowo..hidup ala kebaratan...just because I pi dinner opis I yang dah sah sah nya penuh dgn orang barat tu. I ni mengambil langkah selamat dan tak layan aje lah..kan?

Defensive sangat kang...orang kata kita takleh kena tegur. Yes...orang Islam, dah dalam Quran pun kata aurat kena tutup (walaupun dok lah ramai orang nak argue sampai buat research segala), alhamdulillah orang nak tegur I. Tapi, you tegur I depan2 orang tu...you rasa, lagi laju ke I ni nak pi website tudung Ariani ke hapa nama tudung2 sekarang ni nak order satu dozen tudung?

I rasa lah kann...for the benefit of the doubt, orang yang kurang decorum ni ada yang tak sedar mereka tu skill social nya kurang. Ye lah..manusia, kekurangan dirilah yang paling last dia nak nampak, kan? Dia rasa dia buat benda betul. Ye lah..betul...tapi nak lagi betul camni..camni cara nya.

Ada tu bila kita tegur, lalu tersentap..dan terus nak lari. Pastu buat2 lah cakap...you salah faham tujuan I. Soalan seterusnya, mana you tahu orang tu salah faham?Ni lagi sorang..degil tak bertempat. Sombong emosi namanya...ikut penilaian I lah..as in, dia rasa pendapat dia aje betul dan rasa perlu pulak betulkan kefahaman orang tanpa nak periksa, siapakah antara mereka yang tak paham sebenarnya.

Tegur menegur tu amalan mulia but conscious lah yang tak de orang yang suka salahnya meletup atas mukanya sendiri. Dengan itu...gunakanlah private message ye? Dan bila kiranya terasa diri tu makin dibolayan dek orang, muhasabah lah...adalah benda yang kita cakap tu tak enak didengar dek orang tak pun adalah perangai kita yang orang tak berapa berkenan.

Orang tak suka kita, marah kita..mesti ada sebab. kalau nak berubah, alhamdulillah..kalau rasa kita aje betul, maka..dok lah rumah sensorang ye.

Callo...

Saturday, May 18, 2013

Demi Kerana Ani BNS

Sepagi yang hening...Ani BNS yang set-set tak pernah nak ngaco orang apakah lagi nak menambah stress orang telah me wassap I. Katanya, why you prebet your blog?

I lupa pulak nak include si Ani dalam notice pemberitahuan tu hari. Yupp, I dah cakap dgn Kiah dan Piah (tapi Piah tengah melacur, dia tak dapat pengumuman on time) yang for now, I think it is best for me to lie low kejap.

Nak menyejuk kan hati gittew.

Ani BNS is orang kampung I. Ani ni kiranya, set-set ibu yang tak berapa tunggal. Hanya menunggal few months in a year. Apa I nak semua Ani buat kan..dari menjadi despatch ke shopgirl, tanpa keriau-keriau cam Kiah. So bila dia kata, dia nak naik gilo tanpa reading materials, I terasa sedih jugak. So I tak sampai hati... nak nak, hari ni tadi dapat lah I tengok muka MC dalam facetime setelah sebulan tak nampak hidung nya. (MC have got the cutest hidung dalam Kota Bharu) So, good mood lah I kann? Bertambah good mood lagi bila Piah membawa perkhabaran gumbira. So I happy sikit. Setelah puas jugak lah kami mengumpat Jemal Dilah & Ajis Emosmang, so idea nak menulis dihari Ahad yang selalunya diperabihkan dgn menyekodeng anak rusa kat Richmond Park sinun, datang mencurah-curah.

I ni idoklah macam sesetengah orang yang cepat nau sensitip bila di suggest mempunyai sakit akal. Ala..macam bebaru ni, tah siapalah yg suggest, if you posted a food pic dalam social media itu petanda ada mental health. Marah jugak I membaca nya dan marah juga I menengok reaction orang yang sensitip bila 'terasa'. Hek elehh...bila org kata kau 'ada' marah pulak. Tapi idoklah dia tu sedar yang kenkadang dia tu rajin gak meroyan on air. So, how to do you evaluate that?

I nak cakap camni lah ye...thanks to perjalanan hidup I yang memilih nak bekerja dgn kengkawan kita yang kurang bernasib baik, selagi namanya manusia...yang berotak..kita tak akan lari dari mempunyai sakit mental. Beza nya, samada dia chronic atau tidak. So bila orang kata..eleh kau ni mental or psycho...jawab aje lah..iya lah kot. Takpelah..I tak bunuh orang. Kan? Jawab aje camtu. Life is not about right or wrong. Janganlah nak rasa diri tu betul aje..believe you me, ada masanya kita memang salah and we didn't know it.

Tak payah dok ulang ulang...I need to clear the air, I need to make it clear to you..ohh you misunderstood me..brok brek brok brek. So what if people misunderstood you? You ingat pesakit mental, mak pak kita yang dah nyanyuk tu tak regularly being misunderstood ke? Penting ke kalau kau aje nak orang paham kau? Bila masanya kau nak paham orang? Naik syeh betul I.

Pet peeve terbaru I. Orang yang gunakan my project untuk 'berkenalan' dgn I. Hey, dunia ni luas..nak berkawan apa salah nya. I must tell you, I ni adalah sangat pemalu orang nya. I don't handle compliment well. Kiah cakap I ni celeb. I rasa dia lagi celeb. Celeb menda? Kalau I nak fofuler, bak kata Kiah, I will be blogging all out, maybe to the extent nak ada www sendiri (what do you call that bloody thing?) mana I makan, apa I buat dengan hosmet I, mana I pi melacur, mana I pi holiday I pi cerita kat orang. No. It wasn't like that for me. Dulu I nak jadi journalist..tapi appa tak berapa suka. So hasrat tu berkubur aje. Thanks to internet, dapat la jugak tulis blog. But knowing where I work, who I work with, I kenalah jadi anonymous. Plus, I rimas kalau orang bagi bunga katalah I dah fofuler....

Ni juga nak bagi tau, those who kenal I in person...takyah lah nak snap gambar I and pi kompang kat orang you jumpa I. Seriously, tak terpikir ke nak tanya I dulu? (kasilah aku mekap kok ya pun..kan Kiah?) Buat nya masa you jumpa I tu I tengah lari dari jumpa orang, tak ke kantoi diri I yang boleh le tahan kuat mempropah ni.  I maybe tak sama macam you, makan creme berulat pun nak pi cerita kat orang. Ada benda pasal peribadi I yang I tak nak sewenang-wenang nya cerita kat orang (like I kena tangkap basah dgn Nuar Jen) so takpayah lah nak volunteer jadi penglipurlara jugak.

Oh ya..I have genuine people who has concern and menolong apa yg depa boleh tolong. Bersyukur sangat I. Tapi yang set-set, to get my attention...jual macam-macam nama just to make me give them my attention tapi bila I cakap secara serious, mengelak pulak. Apa ke pundek tu? You mau tolong..you tolong. Takyah buat statement berjaga malam sebab nak bagitau I good news, every hour pulak nak bergebang tak de ke memikior I ni nak kena mandi, makan, sembahyang, basuh kain etc etc lepas kerja?

Pastu bila merajuk, buat la cakap..ohh maybe I shouldn't disturb you brok brek brok brek...I kata, kalau you tak nak contact I lagi, tak ngapalah. Pi lah.

Kepada yang sudah dan mahu menolong I dengan loyar, I sangat lah berbesar hati. Hanya Allah saja yang boleh membalas jasa mu itu. One day, bila I dah senang sikit, I akan belanja uols makan kat Giant Sec 13 tu. Meh lah kita berpopiah basah reramai nahh?

But to those yang hanya nak ngabiskah masa I and masa dia sekali, carilah kerja yang berpekdah nah? Udah-udah berburuk sangka kat diri sendiri, family, bekas laki (oops) or kengkawan. Kita ni perlu ber muhasabah. Takde selama nya kita aje yang betul (ishh terasa diriku)

Pada yang membuat janji pelesu, I ni memang tahap benci macam cilako not only because you berjanji pelesu, but you to me sungguhlah tak ada hormat nya kat kawan you (I la tu), mempermain-main kan orang. Hishh..buruk betul perangai.

Sekian.

p/s ohh ya..kepada yang nak nanya soklah berupa pengetahuan am pasal kerja I...silalah email ye. Godak lah blog ni..maka terjumpalah akan email I.

To you who prefer to remain silent tapi bila telipon and wassap tu, sampai tak bernapeh I rasanya..I think, you better find another blog to read. Not mine. They probably will understand you better :)


Wednesday, May 15, 2013

Kena Tinggal --- Satu Penilaian Semula

Tajukkkk..takmau kalah nah?

When I was in standard 1 or 2 (maybe 3) Kassim Ahmad published his book with title 'Hadis- Satu Penilaian Semula'. If I remember correctly, it was an uproar back then. Ye lah, Kassim Ahmad tu kan orang melayu and presumed Muslim, kan? Masa tu I kan budak kecik, so tak terjangkal lah dek akal buku tu pasal apa..not that after I dah berotak sikit I nak pi cari buku tu and baca. I supposed like Shahnon Ahmad's Sh*t, buku Kassim Ahmad tu kenalah banned kot. Zaman Che Det, biasalah kannn?

Ekcherli, tajuk I nak bubuh is Kena Cerai. But people in your life can leave you without 'cerai' ing you, betul tak? Either cerai tu mutual ataupun one sided, tetaplah one party made decision to leave.

In Malaysia negaraku yang orang main sesuka buat law iskk..mahap nah, especially in Syariah Court, maka orang pompuan adalah bernasib malang sikit. Laki kita tak suka kat kita, maka besau lesen nya nak berambus. In civil court macam senang sikit (senang ke?) sebab you will only allowed 2 reasons to divorce. Your partner's unreasonable behaviour and adultery. I might be wrong but..kalau orang pompuan dah menyampah sangat kat lakinya, pi lah upah escort-escort untuk goda laki dia ajak balik rumah and after that, buat-buat lah ter walk in your husband dgn orang pompuan tu ye. Confirm..court will grant your petition.

I am not going to talk about court or divorce like that. Dalam case-case yang I dapat hari-hari (yang kena tolak kat I..cam setan situkang tolak tu) 2 in 10 adalah kes orang kena tinggal. I talked to my SV (Kiah, I also got SV you don't play play ah?) about possible separation trauma yang puak-puak ni dok stress sampai terbantut hidup. SV kata possible. Separation trauma..separation anxiety, we think...are different things. Anxiety selalu kena kat budak2..kat mak budak pun ada jugak nak nak kalau laki dia kena kerja jauh. Trauma ni selalunya separation yang takde warning-warning. Like the spouse mati...tak pun spouse kita tetiba hilang akal dan lupa kita ni siapa lantas membabai kan kita dgn takde rasa bersalah nya.

When people decide to leave, chances are, he/she may have been planning it for a while. I am not talking about mati kerana merempit ye, adik-adik yang sudah menjadi balu kepada Mat Mat Rempit. When you are in a long term relationships, you boleh jadi malas nak point out the obvious yang sudah menjadi cancer yang menyakitkan. My good friend married a playboy, knowing very well what he is like. Takk...jantan janji nak berubah. Drama sebelum kahwin jangan cakaplah banyak nya. But they managed to drag themselves until depan Tok Kadi. Kawan dah lama ni sebelum kahwin. Bila dah beranak 3, dah dengarnya laki masih lagi berhobi tegar berpoya-poya dgn fomfuens lain, si isteri dah fed up. But tahan jugak. Bila I tanya pasai apa..chenta ka..katanya pulak chenta dah habis. Dia kata dia sudah malas. Familar sungguh orang gunakan alasan malas ni. malas nak cakap, he should know..I have told him before..bla bla bla.

I cakap lah..you can tell your husband about how you are unhappy about his philandering ways..but have you tell him that if tak jugak nak berubah, maka you akan belah? Dah katanya...bila I tanya. Many many years ago. So, duduklah mereka sebagai housemate yang tak happy. Dia lah yang tak happy nampak gaya nya..jantan tu macam okay aje..ye lah, balik rumah semua ada...kan?

So now, tak angin, tak apa...lakinya ceraikan dia. Terperanjatlah kawan..padahal dah lama dah ni sakit hati. Mulalah meroyan....dalam FB uols. Sekejap marah...petang sikit dah dekat-dekat waktu sembahyang karang dia update status ala-ala pasrah kat Allah...update tengah malam karang, feeling-feeling sunyi dan mengenang nasib yang kena tinggal walaupun dah bekorban ala-ala Ogy pada Azmil gituh. Everyday like that..vicious cycle sungguh!

When I kena tinggal...cewawahhhh....first few years was to wonder why? I was a good girlfriend. I could have done more maybe but I thought I was perfect. Trauma. malu kat kawan-kawan..ye lah..berchenta dgn kelompok sendiri kan..I kenal kawan you..you kenal kawan I. Couple lain bergasak bergaduh, I dgn dia tak pernah gaduh..I was sporting as hell...orang lain gaduh macam nak berbunuh, lalu kahwin. I? Kena tinggal...takde notice lak tu. Sign sign sudah ada...but sebab sign sign tu sign biasa, I didn't think too much about it.

Until now, I pun tatau kenapa. Biaq lah dia. Tapi bila ingat, trauma lah jugak.

Let's discuss...why abandonment is traumatic? Okay, we are not discussing case-case budak kecik ye...

Somebody spoke about her ex husband to me recently. I guessed she had traumatic separation too..menjerit-jerit katanya. Isk. Separation trauma's result can either be 1. Prolong effects of hate and 2. Prolong effects of incapacitated emotion. Ni I lah yang punya idea, SV kata..mana ada? I cakap...ada. I kena tinggal dgn siamang I, lantas pastu mana ada I nak keluar dgn orang lain lagi.

SV suruh I pikir mengapa reason nya. I think it is to do with ego. Hahh..menda tu? Manusia kan ada ego strength masing-masing, kan Kiah? Ada yang bila dah tergadah nak kena tinggal barulah nak berubah tapi berubah mengikut ego nya. Adalah kawan I ni, masa dia dok malap-malap hati dgn laki nya...ni pun kes simpan tak nak cakap harap orang tahu ----macamlah hati dia ada projector boleh transmit ke dinding bagi laki dia tengok. I dok kompang-kompang lah supaya dia pi lawan head on dgn laki nya. Ego kuat masing2 tu...tapi I suruhlah dia jadi the bigger person supaya bagitau kat laki nya apa keputusan yang dia nak buat and jangan dok simpan last minute. Hari-hari I hound kawan I ni...kalaulah BBM masa tu boleh passing air panas, dah lama muka I melecur dia curah air panas.

Knowing how hurtful it is not to be told what I have done wrong, not given a chance to say my peace...and no opportunity to make things better, I believe a killer should really tell their victim why they nak bunuh the victim.Mati pun tak sakit hati kann? Family simati tu pun tahu apasal.

Not knowing is trauma. If our ego is low, we don't deal with this trauma lightly.

However, the process of dealing with trauma is a good time to buildback the ego strength. Sometimes during the difficult times in our relationships, we lost sight of who we really are. We focus so much on reaching out to unreachable and forget that is us that need the most helps.

Nanti I sambung ye...tetiba lak Spice Girl kluar kat TV.

Saturday, May 11, 2013

Update

Saya sangatlah busy uols....(macamlah ada orang tanya)

I nak cakap sikit lah pasal perbezaan pendapat ye. Okay, kita semua tahu orang dok kata this is a free world and more so, it practices freedom of speech. But we also know that hidup dialam nyata (seperti di Malaya gamak nya, kan Kiah?) that freedom of everything is not absolute.

Freedom to do as what we see fit...macam MB, sukalah kiranya dia nak menanak nasik hari-hari dalam rumah. But although dia berhak masak nasik sesuka jiwanya, kengkawannya yang nak jaga badan tu tidaklah suka. Ye lah, nasik tu kalau dah ada, akan dimakan, ye tak? Dah lah orang tu bukannya reti nak makan sikit-sikit.

Freedom to post gambar sesuka hati...nak nak set cam whore gambor sendiri dgn caption cilanat, this is me, feeling hot (gambo dia berpeluh tak pakai baju), me..and my sleepy eyes ready for bed (gambo mata kuyu) Yes, memanglah sesuka suki dia nak post gambar kesukaannya, tapi dah lah gambo tu terbit dialam maya atas wall orang lain, tak ke menngundang sumpahan dalam hati lepas tu beristighfar, if you set-set Setazah la.., tak pun mengumpat secara conferencing dalam whatsapp, tu antara I, Kiah dan Makcik Pokok Kurma and if you are the brazen, blunt to the core type, ko sound je kat model tanpa biaya tu sendiri..oii gilo, kau takdo kojo lain ko? Ko hengat ko chantekk cam Adi Putra? Then of course lah tuan punya gambo akan defensive tak hengat dan kata, suka makk leyyy. Tapi...dah tau gambo tu kau published ke open wall..pastu dalam 100, ko hanya ada dua orang aje pengampu tegar (ye lah..sebab pengampu tegar tu buat benda yg sama..dan ko jugak akan menyokong dia, kannn?) Not so much freedom of perbuatan lah gittew, kan? Kalau dah menyemakkan mata orang. Kalau tak nak orang kata, ko private kan je la gambo kau.

Then...freedom of speech. I can say yes and no to this. Yes, I think we should be allowed to expressed ourselves. But, kalau benda yang kita nak express tu ala-ala...boleh menyeksa jiwa raga orang? Aci kah?

So yes. I like to write what I like and express my thought freely in my blog. Sebagai bukan peminat Kerajaan Baris International, my opinion may upset the peminat. Seriously, people really don't like to take full responsibility atas benda yang dia baca...meaning, kalau hati dia sakit aje, dia tak suka apa yang dia baca..padahal takde pun orang suruh dia baca dan ekcherli, takde pun kena mengena dengan dia..maka mula lah dia nak marah orang tu kan? Cakap aje lah...I quite disagree with you..and move on.

So yes, I am not pro keTuanan melayu. Being a malay, is just one of world unique ethnicity. I takde semangat jitu-jitu Beraheng Ali. I have nothing against ppl's dislike. tapi kalau sampai ke tahap nak membuli, so I akan doakan orang tu pergi mati saja. Boleh camtu? Jahat...I know.

So what, I am not pro kerajaan memerintah? U pun ada pendapat you. Pendapat satu orang tak sepatutnya merepresent satu kampung nya. Kalau leader kita kata, mari mari kita buat kacau kat jalan raya, rampas takhta..and kita ni pulak rasa benda tu mcm membuang masa let alone, risky..kita tak payah ikut lah kan?

I feel that I must ask you to leave if you disagree. Tak payah nak bising-bising. Although this blog is open to public, you made the choice to search for me. Lain lah I kutuk party you dan bangsa you depan muka you (yg tak lawa tu), khennn? Babai lah ye.

Sekian.

Thursday, May 09, 2013

Cerita Racist

One anon asked, have I done my bit as a good Malaysian ----> bila tang nak suruh undi je semua good Malaysian kan? Abih tu, kenapa tak promote menjadi good Malaysian if you beratur naik LRT dan tak buang sampah merata?

Here's the answer. Mengundi is my family day out. Aruah Appa I memanglah good citizen uols. Dia tak buang sampah..dia berdisplin, dia tak menyalahguna kuasa (but you must not count salah guna kuasa dalam rumah..as in abang dan akak dipaksa beralah untuk adik kecik yg berperangai munyit)

I registered as a pengundi the moment I became entitled to. Appa suruh. Paksa. Suruh. Paksa dengan manja nya. So every mengundi year, I will mengundi. Tapi undi adalah rahsia walaupun Appa macam ada ura-ura nak salah guna kuasa jugaklah hint-hint suruh undi party yg dia suka. However ill, dia akan pergi mengundi. He was very sad when his good fren time GPMS didn't do well. Dia kata orang tu, walaupun kuat tido, adalah orang baik. Maybe Allah sayang kat orang tu. Ye lah..now that you have stepped down, you can tido as much as you like.

I was so confident that I make it to pusat mengundi this year, mengikut calculation I. See, I never register as overseas voter, sebab I want to mengundi kat Malaysia beserta dgn adik beradik, kambing kucing I sekali. Knowing that pi em kita ala-ala acah-acah nak bubar tak buar, before I left for KL tu hari, I applied to vote overseas. Bila I kat Malaysia, dah seminggu I balik baru dia nak bubar. Lanciaooooo la sangat. Nak jadi lagi hangin, my application to vote overseas was turned down.

Tambah menyakitkan hati, I have been registered as a hantu in the area yang I tak pernah register dalam IC. But I tell you, I love my hantu self. Orang Kulim mulut longkang tu kalah. Undi hantu I must have swerved to vote for his opponent.

If the Bee End like to blame Bang Nuar on everything, I think we should look at our abang takut bini too. Sungguhlah bertulang sardin kann?

So yes, as I have expected...party yang berkuasa tu will win. The opposition will rise, maybe bukan sekarang. But i sincerely hope yang berkuasa tu bukak mata. There is no such thing as untouchables.

The aftermath...sungguhlah menyedihkan. Now I realised how racist the malaysian is. I was sent many link, seen many posting to urge how melayu should be careful. One of my fren siap tulis dlm statementnya...org Cina boleh balik China, org Yenna boleh balik Hindia...orang melayu kalau tanah tergadai..nak gi mana?

None of this melayu champion keyboard warrior mentioned 'Islam'.

I was told that..I kena balik tengok how this bangsa asing has taken over. This came from someone very educated. I was shocked.

Politics talk really can divide people. Its a sad sight to see people use their insecurity to blame others.

I am sure, tak banyak sikit..kita ni racist. I can be one too. Nak nak bila yang usual suspect nya bangsa yang sama maka you can't help to point the obvious.

You know the powerful party bagi orang2 kampung duit 500 tu. Katanya, cukup makan sampai dua tahun. Yang heran nya..apsal bila dia naik takhta tu hari dia tak start kasi?

Bila orang nak berhimpun secara baik, dia tak kasi. Dia marah orang buat kacau. Tapi orang2 dia buat kacau depan rumah orang, tak apa pulak.

Bila waktu dah suntuk, tetiba pulak video lucah jadi tontonan Umum kannn? Boleh pulak?

Kenapa kita takut pada bangsa asing tu, I nak tanya? Kalau budak2 bangsa kita yang suka merempit dari buat part time jual DVD haram yang dapat masyukkk tu, kita nak salahkan org tu jugak ke kalau peluang2 untuk bangsa kita terhad?

Kawan I yang Civil Servant berjawatan tinggi ni cakap bangsa lain did not even bother to belajar cakap BM. Salah depa ka? Macam tu, boleh ke kita salahkan org Melayu yang nak merempit walaupun dah sah-sah nya tahu kerja tu membuang masa nevermind berisiko tinggi (menyusahkan mak pak kena bayar cost kebumi, buat tahlil kau semua kannn?) and you really think mat rempit bangsa territorial tu ada vision tahun 2020 yang beringat nak ambik insurance nyawa segala? Talk abt dah terantuk baru nak benjol kepala kannn?

I might be wrong. I have left the country ages ago. Maybe semenjak peninggalan I, Malaysia yang patutnya maju, mungkin maju dari segi budak2 nya pandai buli orang, having sex and videod them. Maju sangat. Maju in the sense of nowadays, anak, mak bapak datuk nenek pun ada FB. Majuuuuuu.

Yes. I may been so ketinggalan. I live in the country where, mat salleh takde pun rasa takut dgn bangsa2 yang naik sama dgn diorang. In fact, race wasn't an issue. I ada colleague mat salleh yg amik cuti 3 tahun buat volunteer work kat aprika sana. UK ni sangatlah dibanjiri immigran, macam I yang okay laa...rezeki Allah bagi, boleh la jadi Boss kat orang2 putih bawahan I. Okay..sheer hard work tau.

Tapi, kalau orang bangsa territorial pun set-set ala pemalas, tak de ambition gila-gila..perlukah nak salahkan org bangsa lain?

Balik-balik nak ungkit sejarah Singapore dihambik dek Chinoni. So tell me, negara yg dihambik cina tu, kononnya lah...ada tak kita nampak org buang sampah sesuka hati? Pengangkutan awam nya punya maju semenjak berpuluh tahun dulu. Kita? Nak kata negara kita tak berduit, lepas gak orang berjalan tengok bulan kan?

Then of course la...you will get your friends yang pi forward kat you some articles you need to baca, to prove how devious this orang asing is. Kira one person opinion represents all lah tu. Kalau betul nak berjuang untuk agama,bangsa and negara..takyah lah buruk2 kan orang. Macam kau aje yang betul.

Just because he was in THAT group, ada bad and dark agenda, maka diburukkan lah seluruh party tu. Quoting another blogger lah, bila you dah jadi Boss...you have to do what works. To please everybody is impossible. But just bcos orang tak nak ambik opinion you, you see red and fuhhh....you burn the bridge dah semua orang takleh nak pakai bridge tu.

What I want to put across is that....kenapakah kita perlu takut dan percaya pada benda2 tak masuk akal? Like, if so and so menang, maka tergadailah tanah dan tok siak takleh nak bang. Ini kan negara berperlembagaan. Apa agama rasmi nya? Apa Bahasa rasmi nya?

Ada orang kata, dia nak jaga bangsa dia dulu. I kata..jagalah. Bangsa dia tu, dok nak kena dijaga aje...bila nak belajar berdikari nya?

Now I know why appa undi party Bulan tu. Katanya..kalau kita kuat pegangan agama...tak kan terbit nya rasa iri hati, takut hanya pada Allah and anything that is emulating the prophet.

Maka saya pun insaf. Dengan ini saya mengaku...saya adalah racist. Tapi saya ni equal opportunity racist lah..sebab dengan bangsa saya yang set-set pemalas lagi tak mendatangkan hasil pun saya menyampah dan komplen habis-habisan.

Silalah kutuk saya secara berhemah ya.

Monday, May 06, 2013

Aku & Engkau Serta Account Social Media Kita

Having that bluebird account, maka terdedahlah saya ni kepada account-account kepunyaan retis-retis Malaya serta retis seantero dunia sinun.

Allah itu maha kaya. Syukurilah nikmat yang twitter tu ada wordcount. Tweet you takboleh lebih dari 140 (?) words. So kalau kita baca tweet orang maki hamun pun, kalau orang tu terlampau banyak sangat manaip expletives, maka perkataan carut yang penghabisan sekali ialah.....panta. Nasib baik lah sangat. Ohh mak kau panta seriously sounded way way much better that the actual complete word.

Saya ni bukanlah pengetweet yang tegar. My fingers are everywhere. I don't even know what tweethandle is. But orang yang I rajin ikut perkembangannya semua ber twitter belaka. So, I pun taknak lah kalah kan?

But bukan retis aje ada twitter uols. Ye lah, ko hengat retis je ke boleh tunjuk gegambo 'I don't care what you think' and write their thinking aloud thoughts (pastu bila dah kena kutuk, boleh pulak cakap..sorry ye..account saya kena hacked)

Bebudak baru lepas bersunat tapi berfeeling 6 inci pun ada uols. Sampaikan ahli agama fofuler pun ada twitter. Kita ni dok ingatlah alim ulama ni tak kan nya membiarkan diri mereka terpengaruh dgn the haram jadah social media yang dikatakan melalaikan ni. With exception of TGNA yang nakpak benarlah account twitter nya dihandle dek PA nya, Ustaz-Ustaz lain ni sungguhlah canggih kan uolsss? Tabik spring I.

Tu belum lagi yang politikus-politikus. Penyokong apa-apa persatuan yang pro dan tidak berapa pro. Gilpren dan boipren yang buat declaration chenta dan gaduh through twitter. Extremist, activist, feminists, atheist, Islamist and everything with ist semua ada.

But wait a minute....aren't you suppose to be busy physically and not virtually?

Tapi I paling suka la baca tweet orang kampung Ani BNS sipemain bola tak berapa cukup umur tu. Si laki ada tweet, si estranged bini ada tweet. Si adik kembar dan bininya yang memainkan peranan sebagai lighter minyak gas pun ada tweet. Habis hal dalam kain orang lain tahu.

Pastu sibudak yang pandai nyanyi tapi tak berapa pandai nak pilih boipren tu. Dia pun tweet. Boipren pun tweet. Pastu bila stress naik satu tahap, upload video pulakkkk. Woiih. Kelas kau Milah.

Anak Sultan Sulu yang rumah ala-ala jamban antik tu pun ada tweet uols. Puas lah kau berkempen kata Kerajaan Malaya macam2 kannn? Kan ke bagus, kita dgn Tentera negara you berperang twitter aje?

But still, I like to read them. Sometimes you just need to see how far a person would go untuk mencari perhatian. I don't know about you but to me, it is a good learning tool.

What sort of attention do we actually want from others. What sort of attention that I want from you?


Monday, April 29, 2013

Masalah Saya atau Sayakah Yg Bermasalah?

Hello uols....

I ada dilema sikit ni. But I nak bagitau sikit sebelum I start menceceh lantas menyakitkan hati uols yang entry ini macam ada potensi untuk mengecikkan hati para-para Ibu kat luar sana tu.

Tapi, belajarlah menerima yang manusia lain pun ada pendapat cam lahanat ya uols. Hiks..

Gini cerita nya....

I ni kan secara paksarela kena masuk Persatuan Orang Malaya di Hinglen ni. Kalau ikutkan hati dan mengenangkan sifat sosial I ni kurang, nak nak pulak dgn orang yang I tak berapa berkenan----tak hengennnnn I nak join uols. Bukannya apa, dari pandangan logik, kalaulah uols dok bermastautin kat USA sana, adakah uols nak berkawan dgn orang Italy? Mestilah nak kawan dgn orang USA kann?

Tapi setelah dibebel oleh orang yang lebih banyak makan garam dari I, ye lah ..mengenangkan kita ni, kalau Allah nak tarik nyawa, tengah tengok Eastenders petang karang pun boleh tercekik masa tengah makan kuih simpulan kasih tu lalu membawa maut. Siapakah orang-orang yang nak kita harapkan menyempurnakan jenazah kita, buat tahlil segala? Mrs Beckenham sebelah rumah ke? Takkkk uols. Insaf tau bila pikir bab camni.

So yes, off I went and joined this group of my fellow countrymen/women. Mana yang rajin (or macam dia ajelah yang sangat patriotik lantas tiap-tiap bulan nak buat majlis bertemakan Malaysia ku, tanahair aku..meh kita pi makan maruku) akan jadi sukarelawan lah organise majlis-majlis jumpa-jumpa an ni. I ni pulak, kalau macam dah takde excuse nak elak, I terpaksalah bawak MB1 kan? Dah dia kan penyeri majlis? Kalau I pi sorang, majlis tak selalunya kurang seri tu, dgn kehadiran I, lagilah malap jadik nya. Terpaksa pulak keluaq duit panggil PSY kann? (ohh tetap!)

Diorang ni kan uols...especially ahli-ahli yang terlebih active ni, kebanyakkan nya adalah negarawan kita yang telah berkahwin dgn orang negara ni. Bila dah beranak pinak tu, I rasa, masing2 tu rasa apprehensive lah kot..takut anak masing2 nanti membesar menjadi manusia yang menyerupai sifat ibu atau bapa mereka yang tidak Malaysia tu. Lantas, dari kecik ni lah mesti diajar cakap melayu, makan nasik lemak, mengumpat cara Malaysia (oops) dan sebagainya.

Diorang ni juga....the one with reproducing organ, nampak gaya nya macam freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangat tau. Kalau hari ni diorang buat kuih koci sebab tertiba pulak terindu kat kuih makcik kat simpang rumah diorang kat Taman Paroi Jaya nun, maka FB wall mereka akan dipenuhi cerita kuih koci, komen dari anak laki if the kuih koci menjadi (Kiah, ko hengat diorang nak publish if their kuih Koci jadi bantat lantas dgn laki omputis yang kalau comment tu tak reti nak selindung perasaan sebenar ---your Koh Chee taste like crap---)

I try to be as friendly as I could be. I ni, susah nak commit uols. Orang telephone lagikan I ni tak jawab (dah tu, kau call masa I kat opis) ni kan pulak nak buat janji-janji..date-date makan ni. But like I said...I tried.

Some of them are young mothers. With budak kecik in tow, career tak berapa nak ada...topic yang I selalu nampak dalam wall depa, selain dari kejayaan membuat kari ayam menggunakan yogurt and it still taste like kari ayam mak diorang (ko hengat ko je ke sorang pandai buat kari ayam?!) another topic yang tak lekang dimulut mereka ialah laki dan anak mereka.

Should I say more?

Kisah isteri A - My hubby misti request sambal belacan. Takde sambal belacan tak sah. He is sooooooo into malay food.

Kisah isteri B - (nampak nau taknak kalah dgn isteri A) Husband I pun camtu. Sekarang ni dia dah tak nak dah makan western food. Hari -hariiiiiiiiiiiiiii mintak nasik. Habis diet plan I. (Err, cik Amelia, nasik tu masuk mulut laki ke, mulut you? Kalau dah sendiri pun sama berganding bahu makan nasik, apsal nak salahkan laki lah?)

Kisah isteri C - (ni memang konsep 1st Lady la sangat) Ohh my husband and my kids, so into malay food. I am always outnumbered in the house when come to menu. Mesti nak sambal. Kalau tak pedas, laki I bakar rambut I.

Then the argument (tetaplah manja) is adjourned to laki siapa paling tahan pedas.

The other time is a competition of anak siapa paling makan tak memilih.

Bulan lepas, ada competition anak siapa paling terrer buat magic sampai hilang henbeg/mekap kit mak dia.

Tu belum lagi, masalah2 takperlu yang juga menjadi topic perbincangan semasa ----my daughter/son is turning more into his caucasion family, I am worried. Sampaikan anak dia tak suka makan nasik pun jadi punca stress uols. Tak ke itu juga menunjuk cara halus?

Adalah sekali I pergi ikut diorang lunch. Dalam ramai2 tu, I aje yang datang takde bawak pram okay. Okaylah..tujuan nak datang makan kuehtiau dan say say hello aje and bersosialan lebih kurang. After 2 hours, conversations are mainly around eczema, susu badan and anything that a single woman like me tak tau nak masuk tang mana.

Antara ilmu-ilmu yang I dapat hari tu ialah....kat mana nak beli daun pandan, what type of tepung you must use to make your kuih kosui rasa macam kuih kosui and type of cream a 3 year old boy can use to brush the eczema off.

Okay, I ada gak kawan yang ada laki, ada anak and ada family mertua, biras caras everything. Unless Kiah, Loyar Sabung Ayam, Ani BNS memang specis pelik, is it normal to talk about your laki, your baby at any given conversation?!

Do you just worship your babies macam itu ajelah benda yang boleh dipuji bentuk kejadiannya? Is Prince/Princess the new term of endearment for little kids? (ke aku yang rasa korang tu sebenarnya nak menunjuk anak siapa yang paling pan asian sekali)

Soklan terakhir ----adakah you all rasa I ni yang pelik atau terserlah sifat-sifat irihati I sebab I ni takde laki yang nak di publicised dan anak untuk dipuja-puja?

Kiah...is that why your kids called me 'Aunty Police'?

The next outing is next weekend. Do you all think I should go, padahal I dah cakap kat yang sorang tu I nak pergi (this is before she cascade the invitation to the other mummies) ?

I am in the right mind to tell them...err, I rasa awkward lah.  How inconsiderate to just sidelined me and go on and on about your laki and baby.

Sekian.

Saturday, April 27, 2013

Nasihat Untuk 'Kawan' You

I suka dapat email. Bukan lah email spam cam haram yang kata ada orang tinggalkan 18 juta untuk I sebab tah sapa2 mati dalam eksiden lupa nak bawak duit diorang tu mati eksiden sekali. ---sial kan email cenggitu?

I suka baca email berupa email mintak nasihat gitu. Kadang2 tu tak tahu pun nak bagi nasihat apa. Nak nak yang ada relationship problem tak sudah-sudah tu. Kepada yang tanya soklan

1. Apa patut saya buat pada laki yang cam binawe with all the list of his bad points
2. Kawan saya yang saya suspek bakal nak merampas laki saya

Sorry lah ye, bukan makji nak menyombong bongkak tak nak jawab email you...but, if you can think of all the bad points over weighing the good, perlu ke nak tanya lagi? Kalau takat nak mintak validation I, okay la...I'm honoured you have me in mind but problem you all sungguh lah no brainer, okay?

Sudah-sudah...you all ni set-set mencari perhatian saja. Dah la menyorok bawah nama anon, create email pun anon. Banyak lagi kerja sosial penting yang I boleh buat dari melayan masalah kacang putih (cehh..sombong nya I) uols.

Next.

I particularly quite like those of a concern friend of their troubled 'friend'. Makji, nak mintak pendapat you tentang my fren yang cenggini...cenggini. They seems to know every little details of their friend's problem, wa tell you. Their representation of their friends sungguhlah patut dibagi full marks gitu.

When it is quite obvious yang sebenarnya bermasalah tu adalah dia. Hik hik hik.

Tell me, siapalah yang suka menunjuk kurap ayam diorang sendi kannn? Hina kah ber kurap ayam tu? Takk..tapi kalau orang tahu kita ada kurap ayam , orang juga akan tahu kita ni pemalas mandi serta pengotor nak mampus. Bad enough ada kurap ayam, perlukah nak advertise bad personal hygiene lagi?

Can I ask you the 'kawan' kepada 'kawan' yang bermasalah, malu sangatkah kepada kekurangan diri? Ke you takut orang chop you bodoh? Which is worse?

Kalau lah kita ditipu, adalah kita marah kerana kita ditipu atau kita malu sebab kita ditipu?

Making a new friend can be as exciting as taking up with a new lover. You may find that you want to spend all your free time with them. Some friend, that you chose can be privy to all your secrets and plan, will allow you to admit your failings without being judgmental and will support you in your hopes for the future.

If something bad happened to us by this friend, maka to us, dia lah psychopath. Yes, you actually must think that.For them to actually berjaya membuat kita pulak rasa kita yang psycho, maka well done lah kepada 100 carat psychopath tu.

If there is going to be a good advice then it should be asking you to move on. When bad things happened, if we came out alive, the best to do is to think what to do next. A good friend is a friend who cares about you but NOT the type who make you believe that they are a better friend to you than anyone else. This discipline if you like, can be applied to your laki/bini to.

Bila kita berpacaran, berlaki an dan ber bini an, masa adrenaline tgh tinggi mencanak tu kita rasalah ohh, this is the best. Tak ye uols. Kita je yang rasa camtu. Dia bagi kita beg LV maka dialah boipren yang terbaik sampai mati. Padahal kalau BFF kita kalau berduit lebih boleh je nak bagi kita LV, Gucci segala. (kawanlah dgn anak Sultan Brunei ye...dapat purse Hermes cam dapat chocolate tau uols)

Siapa tak suka good news story? Laki yang loving dgn bukti bergmbar untuk tayangan pesbuk, kemanapun pergi nya, kita selalu berdua bak kata Sila Majit, tup tup orang tahu dan terbongkar yang relationship kita yg perfect tu, laki kita yang nampak macam loving tu sebenarnya Jin Aprit.

Perfect relationship lah sangat kann?

To get devastated by the betrayal, is a completely normal response. Jatuh sakit, emosi terganggu etc. Who would have prepared for this? So what if you have been betrayed, suffered the effect of the stress physically and become disorientated?

Rasa aje nak mati..tapi tak mati. A friend of mine lost her husband so suddenly she was so sad she told me, aku rasa nak ikut dia mati. Diulangi, rasa. rasa nak mati dan mahu mati is two different feelings. But of course, separation by mati is different than kena tinggal sebab kena tipu. Orang mati takyah bagi you explanation apa-apa sebab dah tertulis kat surat mati nya. Kena tinggal dan kena tipu ni, banyak persoalan yg akan timbul, apsal kau tipu, aku ni dah tak bagus ke, what happen to our janji nak sehidup semati brok brek. Yes, boleh gila.

Yes, fikiran kita terganggu. Apa salahnya kalau fikiran kita terganggu pun? Kita terserempak hantu pun menganggu fikiran jugak kan?If you can't cope, you get help.

Yes, get help. Bukannya menyeksa diri. Tak payah guna namaganti lain. Masalah you hanya you aje yang tahu terangkan..bukannya 'kawan' you.

You will get better.