About Me

Saturday, November 12, 2016

Kaunter Pertanyaan - Episode Cik Kiah

Hola uols...sihat ke?

Dalam pada I ni ber istiqamah nak menghapdate blog, macam-macam lah dugaan kesihatan yang menimpa. Camnilah nasib orang tua uols...ada je benda dalam badan yang memintak diselenggarakan...

Kepada peminat-peminat Cikgu Rokiah...eh, Cik Kiah...harap bersabar lah dengan nya buat masa ni. Walaupun dia dah pindah rumah baru, dia belum lagi unpack kotak-kotak nya. Nak ditegur...dah malas. Tah hapa pasal Cik Kiah suka nau menyimpan barang-barang jurrasic yang dah patut disedekahkan kepada mana-mana free market yang memerlukan, tuhan sajalah yang tahu.

Pindah rumah baru ni kan uols, tak kena gaya mahu bercakaran laki bini. Masa I dan MB's membeli flat kami dipinggir hutan yang banyak rusa tu...dari pada memilih rumah yang sesuai sampai ke barangan dalam rumah tu, tu pun boleh jadi punca gaduh. Lumrah manusia, nak nya yang benda diluar batas kemampuan. Benda yang tak berapa nak mampu, dimampukan jua sebab memikirkan yang kita ni ha yang akan duduk tidur baring memandang dinding lantai dan ceiling rumah, so alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ketiak masam, kan?

Between 3 of us, MB 1 lah yang ber taste Paris Hilton. Lantai kayu takmau yang laminate punya..nak gak kayu yang berkilat. Pintu yang dah okay nak jugak ditukar kepada french door. Ada option langsir murah, roller-blind yang mahal nak mampos jugak yang dia pilih. 

In the end, I dengan MB2 hanya pasrah dan sekali sekala mengingatkan berapa duit yang boleh dipakai. Ye lah, MB1 tu rajin lupa diri dan lupa yang dia tu makan gaji bukannya memiliki empayar Trump.

For those yang tak tahu, MBs are my flatmates.  MB2 pulak, banyak angguk ja uols..dia tu tak suka bersengketa.Tapi bila MB1 dah melampau dalam membuat demand, MB2 akan mengeluarkan taring jua. 

Tapi MB1 sangat komited dalam membuat rumah kami macam rumah manusia. Betapa sakitnya badan I dan MB2 mengangkat dan mengalih kosimeja dek nak mengikut feng shui yang betul, tak leh nak cerita uolsss. Sini takda ying, situ takdak yang...sini tak dapat south west, situ arah suehh. Kerana tak tertahan dengan mulut MB1 yang akan me lecture betapa malangnya nasib akan menimpa jika rumah tak berkemas, maka I dengan MB2 balik je kerja terus kemas dan unpack apa yang patut. Maka dek kerana itulah selepas saja mendapat kunci, redecoration dan kerja-kerja pembersihan siap dalam masa tak sampai sebulan. 

Berbalik pada Cik Kiah, uols berdoalah saja dia cepat unpack dan menyiapkan rumah nya. Procrastination tak habis-habis ni takda gunanya. 

However, point yang nak diketengahkan dalam posting ni kan uols...ialah betapa pentingnya kita mempunyai hosmet yang tahu tanggungjawab. 

Kita selalu rasa yang hosmet yang ideal ialah hosmet yang tak mengganggu hidup kita. Well, tak mengganggu tu juga adalah bonus tapi, kalau hosmet tu setakat nak menjadi furniture yang tak bersuara, alangkah baik nya kita kahwin je ops...alangkah bagus nya kita ber house mate kan orang yang kerja kat showroom Ikea. 

Tahu jugak dia apa benda yang sesuai nak letak kat mana, colour apa..dan mengikut budget. Yang penting nya, bila kita tanya dia or bila kita berkehendakkan sesuatu, budak show room Ikea tu akan merespon. 

Apa gunanya rumah yang cantik tapi hosmet macam sial ye uols?

Semoga Kiah dan hosmet nya mendapat hidayah dan meng unpack barang-barang mereka dari kotak dan segeralah membuat jamuan memanaskan rumah. 

Sekian. 

No comments: