About Me

Friday, January 31, 2014

Pukul Anak Dan Tak Sindir Siapa-Siapa

Wah you all...gigih kan I mem published post-post pekasams I?

Kerja tanpa pressure ni adalah amat mudah sekali. Makna nya...production I akan active bak baru lepas makan senokot kalau takde orang pester-pester suruh update gituh.

Ada kawan I datang melawat I bebaru ni...ye lah..nak hantar besday prezen katanya. Terharu I. Persoalan yang suka ditanya oleh orang kat I ialah..you tak keluar ke? Ye lah...kerja I kan macam dok rumah dopopat jams gitu. Ada masa spare pun nak tido. Tapi tak gak tido...

Kami pun ber soseh lah tentang kengkawan yang dok lah meng iklankan aktiviti sosials mereka dalam pesbuk. Keluar dgn orang tu..keluar dgn orang ini dan menangisi nasib kami yang tak keluar-keluar rumah. But then I cakap dgn my fren...err, ekcherli, dalam pada I jeles tengok orang keluar-keluar, I sendiri tak bermotivasi nak keluar. Ai...camna tu?

Samalah juga dgn mereka-mereka yang sokmo mengomplen yang dirinya tu tak ramai kawan...dan menjelesi kemeriahan kengkawan orang lain...(yakni, kawan orang lain ada seribu, kawan ko adalah 15 gitu..tu pun hit and miss sangat)

But, tetiba pulak you terbaca luahan rasa orang yang kata..things like semenjak dia menceburi bidang menggubah bunga or took up hobby membela ayam kampong, tetiba kengkawan nya yang banyak sebeban tu tetiba dah tinggal dua ke tiga ikat. Kita yang mendengar keluhannnya rasa, misti dia berkawan dgn set-set fairweathers yang hanya nak berkawan dgn dia time-time dia senang dan gumbira saja.

Celaka sungguh kawan yang cenggitu. Kan?

Kadang2 orang dgn tetibanya boleh hilang interest kat kita. Tetiba I tell you. Maybe kita pernahlah buat benda dia tak suka..dan maybe juga ada elemen orang lain bawak mulut pasal kita yang membuatkan kawan kita tu hilang minat kat kita lantas menjauhkan diri.

I pernah jugak lose interest dgn orang...ada tu yang sekali jumpa dah rasa menyampah sambil mengesali apasal la I nak jumpa you sangat. Nampak dalam pesbuk pun rasa menyampah...nak nak dia pulak bangsa yang...orang dah hint berlori-lori, tetap gak dia nak hurung kita macam semut.

Then kita pulak bertakdir kawan dgn orang yang...baik lah jugak yang boleh dibuat friends for life gituh..tapi banyak pulak lah issue dalaman nya dan membuat dia tu kejap ada dan kejap tak ada. Bila ajak jumpa manjang tak dapat dihubungi..tapi dgn orang lain...boleh pulak dia berjimba-jimba happy. So...secara terang nya..you bukanlah kawan pilihan, ye tak? Okay lah..tak pelah kannn.

There's also yang you kena lose off deliberately...well, kalau dah mengguriskan hati sangat, sampai satu family dia pun you tak nak jumpa.

Well, we have our own way to deal with our problems kan? Kadang2 orang rasa problem kita tu kecik, tak perlu lah nak drama-drama bagak..but only we can justify the drama. Sepuluh tahun besok reflect lah balik dan tengok lah if we made good decision ke tidak.

We made so many decisions in life...some decisions was deemed necessary and at that time was a good decision to make. Tak kisah lah apa benda nya. What prompted me to write this was...tadi ada orang tanya I..eh,uols tak nak ke berbaik dgn orang2 sekian-sekian?

I said no..sebab tak ada perlu nya. Selama I berkawan dgn orang tu pun, dia dgn terang-terangan nya menyakitkan hati, tidak merespek dan mengata I. But tahan sajalah kannn...but it takes that one last straw lah, so..tutup lah buku. Kalau jumpa..terjumpa yang tak boleh di elak, tegur lah. tapi nak cari dia..nak hulur tangan, tak apa lah.

So, terimalah ansihat lahanat ni. Tak semestinya kita ni kena berbaik-baik semula dgn semua orang yang kita dah tak geng tu. Ada sebab kita tak suka dia...walaupun sebab tu bodoh la ya amat. But maybe, itulah dia. Selagi kita takde rasa benci dan nak menyantau, kira okay lah tu kan?

Welcome February.

Thursday, January 30, 2014

Mari Ngumpat Aksi Pelakon Cerita Melayu

Hey uols..dah dah ngelap ailio (air liur in bahasa Sarawak) tengok Keith Foo.

Disebabkan kehilangan remote control UNIFI, TV I tu dah stuck ke channel 103...so mahu tak mahu terpaksa lah ngadap tah hapa jadah BANANANA and drama-drama melayu yang lain. Ramai betul drama melayu sekarang ni. Orang yang dulu jadik hero heroine now kalau tak jadi apak, jadi atuk.

Tapi ada gak lah casting bufuduhfuh yang tetap gak nak ambik pompuan yang muda rumaja sebagai watak mak-mak. Hek elehhh...message apa yang nak disampaikan tu?

a) mak dia kahwin abis darjah nam dan beranak ditahun depan nya?
b) mak dia makan segala mala product terlajak laris maka ter transform muka bak anak dara?
c) mak yang sama muda dgn anak tu sebenar nya adalah mak tiri.

Tapi, selain dari Jalaluddin Hassan yang dipertikaikan ada eleji dgn kain pelekat dan baju pagoda, I am sure korang pernah tengok aksi-aksi tak perlu tapi pelakon yang melakonnya terasa agak macho serta kena dgn script. Kita ni sebagai manusia yang hidup dialam nyata, adalah rimas menegok nya..rimas tau tak?


AKSI PAKAI BUKAK-PAKAI BUKAK

Uols perasan tak? Rimasss tak? Huishhhh...rasa nak pijak muka pelakon tu tetiba meluap-luap kann? Pelopor aksi ni kalau tak silap I ialah Norman Hakim. Tah hapa nama cerita wayang dia berlakon dan I tertengok. Seriously...unless kalau I mmg nak tengok, lain-lain cerita melayu adalah tertengok sebab dah ada kat dalam TV masa omak I tgk..dan sebagai anak mithali, idoklah sanggup I nak menukar channel mengenangkan TV tu adalah TV dia. Hiks. Norman Hakim ni rasa nya takdelah mengalami masalah penglihatan yang seriyus. Agaknya...dalam kehidupan peribadinya (masa tu) the only contact yang dia ada dgn spek mata ialah Rayban Hitam aje gamak nya. But, wataknya dalam wayang tu memerlukan dia menjadi jantan bermata empat. Wahhhhhh. Asal conflict aje, cabut spek. Asal stress aje cabut spek. Sebagai pemakai spek yang tegar..kita semua tahu yang spek kita tu hanya terpaksa dicabut bila lens nya kena dibersihkan, masa nak mandi and masa nak tido. Masa kita tgh diskus dgn mak pak ka..dgn laki ka..ataupun bergaduh secara seriyus dgn kengkawan...perlukah kita bukak pakai bukak pakai spek? Recently, drama yang ada Rita Rudaini jadik buta tu pun..jantan ber spek tu pun bila muka cembeng ja, bukak spek...gosok rambut tanda stress pun bukak spek. Gaduh dalam telipon pun bukak spek. KO KENAPA????? Please lah. I really hope adalah pelakon-pelakon drama yang baca blog ni dan mengambik iktibar yang aksi tambahan tak ferlu tu adalah mengundang rasa nak baling Molotov cocktails aje kat rumah dia.


AKSI OVER BILA SAKIT

Kena tumbuk sikit, berdarahnya macam boleh mati. Tu belum lagi batuk-batuk kokol yang keluar darah dari mulut macam Noorkumalasari beranak ikut mulut cerita Dukun Lintah (ke?) tu. Pastu tuan atau Puan dokter yang tukang bagitau diagnosis tu pulak...haiyoo...kat boipren orang tu pun dia boleh bagitau. Idok ke nak tanya..err mak pak you mana?  Come on laaa....you smart people in the industry..kata dah ada degree PHD segala...abis tu, tak ke reti buat research sakit sekian-sekian tu macam mana? Sakit jantung..over! Kalau pompuan mengandung yang nak terberanak...haiyo..macam nak terberanak kat situ gak cara dia menjerit nya. Dah la perut besau nya tak even sah sah mengandungkan bantal, kan?


MUMMY I, PAPA YOU...AND GRANDMA SHEILA

Uishh....ekcherli I dah perasan dialog-dialog ni dari zaman drama Kuasatek dulu (uols ingat kan? Alaa....cerita korporat memang diorang la yang borong kannn?) The thing is, life drama is suppose to reflect real-life stories. Dengan tak semena-mena I teringat kat Ahmad Idham mengeluarkan dialog yang mengundang bubur kacang ijau yang I makan lepas lunch tadi untuk keluar balik...katanya Ahmad Idham pada seorang pompuan ini...apa hubungan you dengan PAPA aiii. Gittew katanya. Bukan ke kalau kita cakap dgn orang..kita akan bahasakan parents kita...oii, mak aku panggil kau datang makan rumah. Bersungguh-sungguh betul mereka didalam drama itu nak menunjukkan kemodenan hierarchy keluarga mereka, kan?


MONOLOGUE YANG MELAMPAU

Our actors memang la tak semuanya pi belajar nak menjadi actor tersohor bak Kak Ogy & Erma Petimah, maka expression, enunciations and expressions ala-ala lanun Somalia saja. Malah, lanun Somalia juga bagus dalam membawa watak lanun dgn baik tanpa monologue yang lelebih. Kau boleh tekan perut sambil bermonologue ADUHHH, SAKIT NYA PERUT KIEWWW. Tu belum lagi kau duduk kat playground bebudak dan bermonologue selama satu babak. Makcik onggaji nampak orang kat luar pagar rumah pun ada dialog monologue jugak eh...OHH, SIAPAKAH ITTEW.  Buat air muka concern ataupun expressi tandanya tandatanya tak leh ke?  Kalau yang gangster tu pulak, bukan takat muka cam lahabau nak bunuh orang, boleh monologue lagi..AKU BUNUH KAU..AKU AKAN BUNUH ! Buang masa okayyy?!

Well, if you have more to add...go ahead. Sharing is caring gituh.

Saturday, January 25, 2014

Madu Dan Roundup

Madu is good. Many pengamal perubatan Islam be it yang hardcore mahupun yang berguru secara google akan suggest apa bentuk madu sekali pun.

Kalau batuk, makan sekian-sekian, campur lah madu.

Kalau sakit..makan sekian-sekian, campur lah madu.

Kalau umur dah tak berapa nak panjang, anak2 pun masih mememerlukan orang yang boleh kita percaya...maka cari lah madu...ehh..ni dah lain ni.

Bersempena dengan kempen jangan bagi Ariana Rose bukan nama sebenar menjadi madu kepada tah sesapa pompuan walhal dirinya itu masih lagi mempunyai laki yang sah...dan sebagai kawan yang telah diamanahkan memasukkan kata-kata sensible dalam pala hotak nya, I pun dgn nak tak nak...err why nak tak nak ye?

I dah lama tak jumpa Ariana Rose. We are not that close anyway after I pi UK. Ye lah..dah ada halatuju memasing kan. Disebabkan I tak tahu apa dalam pala hotak orang lain, I like to change I have changed so much that I cannot gel with my old frens anymore.

Pelik sungguh rasanya. Kawan I nan sorang ni puji anak dia melambung siap tunjuk slip result anak dia dalam pesbuk pun I menyampah. Tu belum lagi masuk kata-kata pujian sang emak pada anak daranya yang dah boleh buat cookies compang camping...padahal budak nursery kat UK sana tu dah buat cupcakes pun idok lah penuh timeline omak nya.

To just contact her and kacau hal peribody nya rasa macam intrusive sesangat. Kengkawan rapat Ariana Rose ni dah rasa nak jumpa makpak dukun aje...sebab mati-mati Ariana Rose nak ninggalkan lakinya serta anak-anak sebab nak jadi bini No.2.

I buatlah edisi siasat MBP via pesbuk. Wahhh....bininya shantekkk. Sorry to say, shantekkk lah dari Ariana Rose. Kengkawan I yang lain cakap camtu juga..malah mereka juga dah buat edisi siasat dan edisi MakcikWok tanya geng-geng jantan yang kenal dgn MBP ni. Haram bebudak jantan tu tak tahu menahu pasal MBP nak kahwin kali kedua dgn Ariana Rose.

Maka membuak-buak lah perasaan venci....kat MBP. Ye lah...serious kah dia dgn Ariana Rose?

Ariana Rose dah declare putus kawan dgn geng ketat dia, yang juga sumber berita ini..pasal tu makcik tu dah takleh nak menyebok sangat. I cakap dgn my fren ni..kalau dgn kau pun dia putus kawan, apatah lagi dgn aku yang dia jarang jumpa ni...kan?

Tu lah dia pompuan....bab-bab jantan, bab bab chenta daun pisang...hilang segala semangat girl power. Tapi ye lah..masing2 tengah emo...bila dah bedegis cenggitu, haruslah bergaduh kan?

But I know my fren..si pembawa berita berita ni is hurting. Ariana Rose ni kawan dia dari kecik. Pi sekolah rendah sama...rezeki dapat masuk sekolah asrama pun sama. Dah kahwin beranak pinak pun rumah dekat-dekat. She knows the husband well. To see Ariana Rose mancari penyakit, ala-ala peha kanan pun naik stim juga bila peha kiri kena raba..ops!

So I decided to masuk campur dgn menggunakan mukadimah yang lain yakni..kawan I yang pembawa berita ni. I cakap lah...Millie Cyrus ni risau pasal you. I know it is not my place to say anything sebab I taktau hujung pangkal cerita you. But, friendship is hard to come by...sure Millie Cyrus ada sebab kenapa dia tak suka apa you buat.

Oleh kerana Ariana Rose kan mabuk chenta...tak heranlah kalau dia defensive kannn?

Katanya..mmg I takde hak nak campur hal dia. (ptuihhhh) and dia siap kondem Millie Cyrus lagi dgn kata-kata, Millie Cyrus sebgai kawan, patut menjadi kawan dan memahami perasaan nya. (bangsattt sangat bunyi nya)

Panjang juga kata-kata defensive nya. I hanya mampu jawab...

Okay lah...I nak bagitahu apa I rasa saja. Tak kisahlah kalau you nak buat apa pun...nak jadi bini no berapa-berapa...or pompuan simpanan sekali pun (bleyyy?) Selamat bermadu lah...if ada jodoh you dgn MBP tu. Sometime in life, some people just set out to be a racun to others. In your case, to your kids, your husband and to MBP's wife...and their children too.

Dah. Tak mau campuq dahhhhh.


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, January 22, 2014

Wan Zaleha

I must say....this Wan Leha is a cat. She is not in any way...that beautiful woman on the telly men used to drool over.

I name one of the kittens Wan Zaleha, much to Kiah dismay..sebab katanya, kucing tu akan ngikut namesake nya. Wan Leha the cat, indeed kurus and sedikit backward. Kiah wanted me to rename her Adibah Noor. Ishh..kosser. Takpelah..kuruih kering pun takpelah.  But she has the most beautiful stripe compared to other tabby.

Wan Leha died on Tuesday morning. I found her in such a state on Sunday...a state where she look like she has stricken by stroke. Opf kos, my CAT 999 is Kiah. Kiah dgn rakus nya menggoogle segala VET berdekatan yang bukak dihari minggu.

I took comfort that I have given her a good life until the day they found her dead. She is now somewhere underneath UPM (kalau ikut janji UPM yang nak kebumi kan dia lah kann)

I cried since the day I found her sick. Really sick. Even the day after she died when Kiah called to checked on me (dia kata..tapi I tahu, Kiah tu sebenarnya nak check if I am fit enough to look after cats) I still cried.

Why? Wan Leha is only little, weak and considering I spent more time with her mother yang needy cam tah hapa-hapa...how can I be so sad?

I came back to KL....with an empty heart. I had wanted to forget everything about coming back but I have good friends who always believe and supported me.

The cats came just in time to keep me occupied..to devote my time to. With 7 of them, we entered the big house. The cats was the one who keep me company..day and night.

I am sad because, she didn't make it together with all of us...Asmah, Doc, Alfie, Lulu, Shanana and Andy. All them are very significant to me.

Wan Leha was such a good kitten..til the day she died. I held her like I held a baby...she wet herself on me several times but it didn't matter.

I took her to see Kiah, Little D and Baby X. I told Kiah...how dalam lemah2 si Wan Leha tu...she jumped off her bedungan on my lap to the rubber mat on that passenger seat...and peed. She don't want to be a nuisance and kotorkan kereta Opah nya.

She was so strong on her final day...I thought she is going to make it though her Xray report is saying otherwise.

I was horrible to a cat once many, many years ago. If I had to decide to put Wan Leha to sleep, I think I will have that decision hanging over and hound me forever.

But Wan Leha, like I say....is a very good cat. She went voluntarily.

I am sure, she is thankful to Opah who saves her and her family...

She is thankful to Mak Ngah Kimora yang rajin melayan...

And to Uncle Luke Skywalker..who took her in his car for her final journey.

I will remember Wan Leha....for as long as I can remember her :)

Bye bye sayang.....



Sunday, January 19, 2014

Update

Hmmm.....do people really value their 2nd chance?

Beginik ceritanya...I got invited to a makan makan do..errr, dah group melayu koroje lain takde so makannnnn aje lah kan. 

But since I dah kat KL...I pun ckp la dgn situkang invite tu yg...I takleh nak accept la. But I ckp dgn orang yg invite I tu...if I ada kat sana pun dan akan terlihatkan list who is going nya...maka tidak lah akan I pergi. 

My fren tanya...why? I cakap lah..so and so ada...and as I pernah nampak dan dengar dgn mata kepala sendiri betapa bini bini gengster nya dia...although not directly to me, I akan pikir dua tiga kali gak lah untuk dok semeja and bersosialan dgn dia. 

We often heard about one person who seems to be the igniter of all the arguments,  initiating catfight and regular confrontation.  Mana2 tempat musti ada that one person kannn....kalau dia tak kaki gaduh...dia kaki umpat. Besar betul reputation nya. 

Kadang2 komuniti Melayu luar negara ni kecik je..tapi sebab dek kecik lah maka bosan benar takde benda nak buat lantass. ..bergaduh lah sesama sendiri. 

Kadang2 tu perang punyalah lama sampai sebab apa gaduh pun taktau.

It can be uncomfortable to get caught in a crossfire.  Seriously...bila orang yang you kira agak rapat lah juga..tup tup dia gaduh dgn orang lain yang you kenal lah jugak but not that close gittew, tak banyak sikit..secara telepathy you akan di expect untuk mengambil side.

Okay lah...ekcherli nya nak cakap pasal 2nd chance. Si polan ni dah mempunyai reputasi gajah sebab suka gaduh dgn orang. Pastu tetiba...dia pun muncul di perkampungan baru. Secara automatic nya...eheheheh...kenalah tunjuk perangai baik kannn?

Tak pun...start ngata how the old 'gang'...macam laknat...

Secara psychology nya...the troublemaker selalunya akan sedar akan keterukan perangai nya...but lambat lagilah dia nak own up nya. Dia pun akan turn over a new leaf gittew..tapi takkan ada nya dia nak berubah didalam kampong tempat dia mempunyai reputasi tu.

Ada orang yang cenggini uols...that part of ego dia nak buang tapi kena berubah ditempat baru. Bukan takleh berubah ditempat lama...tempat lama kan penuh dengan kenangan pahit dan berapi dan mangsa kebakaran masih ada disana...so cemana berubah pun, orang tetap akan ingat.

But...kalau dah leopard....leopard jugak la kannn. Some will turn 360 degress and menjadi insan mulia. Some..bila dah terfamilar dan tengok kampong baru adalah aman sentosa, maka api naga yang terpendam adalah gatal nak keluar.

So, bibit-bibit api tu dah la kelihatan...

Then you know that...orang yang jadi mangsa keadaan dgn natural born antagonist is two separate people. Some of us yang jadi innocent bystander je. Terlibat dalam confrontation. Lesson learnt was...dah lah...never get too familiar or don't care too much.

Tapi antagonist ni...pergi sana sini pun..mulut tetap cam cibai jua. Hobi sangat tau...bergaduh gaduh ni. Pastu happy pulak cerita dgn orang reputation dia yang bermulut naga lahar api tu..like..takutlah dikau dgn mulut berapi ku.

Pi lah mabuk sangat kannn. Only a loser advertises winning.

Besok dah takde orang nak kawan dgn you barulah tahu...and still boleh lah iklan bongkak..I taknak lah kawan dgn orang Melayu...org Melayu suka cakap hal orang. Yes, and you are talking about you lah tu kannn bebeh?

Ptuiii sangat.


Sent from Samsung Mobile

Saturday, January 18, 2014

Dulu..Tak kau Nampak Dirikiewww

Hey Uolsss....meh nak cerita pasai Ariana Rose bukan nama sebenar punya kesah chenta.

Ariana Rose ni dedolu satu school dengan I. Dia ni regolong dalam set-set I lah uols, set yang tak dipandang langsung oleh bebudak jantan..tah pe ke masalah nya. Ye lah, kami sedar diri..kami bukanlah Scha Al Yahya yang direbut pelbagai jantans.

Ariana Rose selepas SPM telahpun masuk pusat pengajian tinggi dalam Negara dan membuat matrix gitew. Semasa dia kat tempat itu, dia telah diorat Mamat ni. Lama lah jugak mereka berkawan..susah senang (naik bus Sri Jaya) bersama. Susah is..naik bas Sri Jaya..dan senang, diwaktu mamat tu dah dapat duhet biasiswa dan mampu membeli Yamaha. Centa punya pasal, Ariana Rose dibelikan helmet yang spesel gittew. Kemana Ariana Rose ni nak pergi, Mamat ni lah yang akan menghantar.

Ariana Rose dan Mamat ni memanglah bebidak kamfung anak orang baik-baik dan setelah tamat pengajian dan mengumpul duit bersama setelah bekerja, menikah dan hidup berbahagialah........sehingga Ariana Rose pergi buat Master kat Ostolia nun. Kerana Mamat bekerja gomens, dapatlah Mamat ngikut Ariana Rose pi buat Master selama setahun.

Tapi semasa di Ostolia, tah tahu apakakah maknanya, one of the MA student tu jugak adalah rakan sekolah Ariana Rose yang juga masa tu tengah buat PHD. Dia sudah berbini ye uols dan bini nya ada ngikutnya belajar masa tu.

They spent a lots of time together, enough for the Mat Buat PHD (MBP) me reminisce kisah-kisah jaman sekolah..dimana MBP cakap kat Ariana Rose, dulu kan..I ada crush kat you. Kalau I jadik Ariana Rose, mau keluar pekung telinga I dengar...apa tak nya...kalau ada crush, idok ke masa dulu mahu kau meng invest tenaga membeli writing pad..tak pun sehabis kedekut sengkek pun, pakailah test pad selai dua menulis surat melahirkan rasa suka, kan?

Haram Jadah tak ada!

Ariana Rose yang ketika buat master itu tgh stress...katanya..dan termakanlah pujukan stress nya dan melayan perasaan MBP ni. Wahhh. Dalam 6 bulan jugaklah mereka ada affair sampai Ariana Rose dah habis belajar dan misti balik. Affair mereka ni taklah sampai ke kawasan pembaringan...cuma meluahkan rasa through email dan through coffee-coffee under belajar sesame ptretences.

Pulang saja ke tanahair, Ariana Rose meluahkan rasa kat kawan nya dan oleh kerana Ariana Rose ni yang obviously lah mencarik penyakit, maka ber das-das lah dia kena dgn kawan nya.

Seperti biasa..dalam rumahtangga yang sedia ada...sebaik dan secantik mana pun front nya..i.e. laki ala-ala mithali dengar cakap bini, kadangkala terdengar jua cerita disebalik muka mithali jantan or pompuan tu, ada jugak terlepas cerita-cerita kurang enak seperti...ada affair belakang laki/bini...tak pun, aku tak happy dgn rumahtangga ku disclaimer.

Having heard so many masalah rumahtangga...book cover yang cantik i.e. rumah besar, gaji besar..tak bergaduh besar adalah tidak memadai untuk menjanjikan sang laki or bini tu happy. I for once tak nak betul buat judgement..sebab masalah dalaman hanya orang dalam aje yang tahu...like apa yang tak cukup...dan apa yang terlebih.

Ada orang suka kata...partner berubah lepas kahwin tak macam dulu.

Ada yang kata....they drifted apart sebab sibuk...

Macam-macam. Why some people cannot look at their partner the same way masa bebaru kahwin..I pun tak tau. Patutnya dah makin lama makan garam...dan experience, makin okay lah kan.

But in Ariana Rose case, I pun tak tahu hujung pangkal..ye lah..Mamat the husband mungkinlah secara dasar nya swomi yang baik..tapi kalau berperangai pelik, bini pun kan naik menyampah. Define pelik? Entah...ada kawan I dulu kata dia suspect laki nya Autistic lah sebab kepelikannya..tapi masa chenta, tak perasan kah kau pelik nya perangai dia?1

But ketakpuasan hati I dalam kesah centa mencari penyakit Ariana Rose bukan nama sebenar ni adalah....macam dah jadi trend lah pulak kat budak2 jantan sekolah tepi Bukit Gondol tu meluahkan perasaan kat ex schoolmate dgn ayat shial...dulu I ada crush kat you.

Dulu masa kitorang duduk bawah pokok tanpa diganggu jantan..masa masuk kesatria dan kena masuk semak...takde lah pulak jantan yang nak ajak berborak borak romantic. Mengharapkan aksi romantika tu maybe adalah tinggi, but lovely gesture macam tolong simpankah kuih badak untuk kita..tak pun belikan kami apam balik kat Pekan Kangaq pun memadai. Ni tak..bebudak lawaaaaa je yang dapat habuan kuih -kuih free. macam lah kitorang ni tak reti makan kuih.

Why now? Why not before? Lain lah dulu suka..dan sekarang dah tak sior tu ada gak logic nya...kan? Because we tend to outgrew our 'silly' crushes. Macam siapa yang ada crush dekat Joey Bumiputra Rockers..idok ke rasa nak bunuh diri dek malunya menyimpan napsu kat muka dia yang penuh lopak (walaupun sora sedap) itu?

But do you really fancy someone..and twenty odd years later bila dah berbini dan beranak...terjumpa pompuan yang dulu kau tak tegur tu, tetiba piula nak mencurahkan rasa hati...tak ke babi namanya tu?

Sekarang ni Ariana Rose nak berterus terang dgn lakinya sebab dia nak jadi bini No.2  MBP ittew. I have been given a task to talk her out of it. But knowing their story, bukannya counselling akan Ariana Rose ni dapat...

Kalau uols ada dengar cerita pompuan mati terbakar...maka itu lah dia.

Wednesday, January 15, 2014

Azmin & Anwar

Merasa post bertajuk cam lahanat kan uols?

With this..it widened up risk I akan disaman oleh Orang Party Kubah Ria ni. But I can only wish these duo can just opens up and not think that everything is about them. Seriously.

Nowadays..to have a wrong opinion can be define as membuat fitnah. I can write about the Kangkung and my take on it..but kalau itu pun ada risk untuk disaman, baiklah hidup di Brunei saja..where when many of us puji melambung kata ohhh, that's the real pemimpin etc etc sebab hudud compliant..but for some reason or whatever, obligation doesn't apply to the family members yang terang-terangan hidup ala NEW YORK Times Sq.

But what the duo's getting up to really gets on my nerves tau.

Yang sorang tu...with wealth like air bah kat Kuantan bebaru ni, cuma tak pandai nak surut je...tak habis-habis dgn propah ganda. Pergaduhan adik beradik yang dipersembahkan kat kita jangan cakap lah kan.

Yang sorang tu nak nau jadi PM sebelum dia menutup mata lah agaknya. Nak je I cakap...bang, pergilah ke Kidzania. Jangan kata PM, tukang urut pun boleh.

Having live in other countries...yang agak maju lah jugak...nampak sangat la Politician Malaya ni banyak nau main politik kamfung. Yang menyudu membuta tuli pun ramai lah jugak. Macam orang suruh jilat tahik, kita jilat lah tahik itu dek nak menunjukkan kesetiaan.

Then we have hardcore penyokong yang sikit2 report polis...sikit2 report polis. Haiyaaa la sangat.

Yes..back to this two. Loyalty mengalahkan lovers gitu. What had happened behind closed doors tidaklah kita tahu, but you wonder what is with the obsession, sorang nak jadi EmBee sebab dah berkorban jiwa raga duhet rengget segala...dan sorang lagi, nak jadi PeeEm sebab dulu dah puas jatuhkan Ghaffar Baba, dengan harapan dapat lah jadi next in line...tak sompek maka dipecat. Terus lah buat reformasi reformasi segala.

Apsal dulu masa tengah berkuasa tak nak 'betul' kan keadaan?

There's many more yang betul-betul nak membetulkan keadaan...just let them lah kan? You both have monies...boleh tak tolong blah?

Sunday, January 12, 2014

Psycho Talk....

Uolsss....nak lah diri ini bertanya...awat lah susahnya mak pak nak datang kedepan dgn masalah mental anak-anak?

Adakah mak pak mengalami masalah malu terlampau yang selepas ini, bolehlah dikategorikan sebagai sakit mental jua adanya...ye kah uols maliewww?

Uols....I paham perasaan uols. Semenjak I dengan kengkawan sekapal I bukak pusat rehab untuk pesakit mental ni, I saja dah selalu disindir dgn kata-kata...

a) Ni masa pi kenduri...tahu pulak sedara mara I tu malu taknak cakap depan loyar sabung ayam, first thing bila depa nampak I..padahal dah lama tak jumpa ni...ehh, idup lagi ke kau..belum kena parang lagi? Shialll kan uols...memang shiallls.

b) Kau ni taknak ko caghik kojo lain? Kojo mo onggilo gak nak di ondak an..kau kok samo jadi gilo sok...

Wah wah wah uolssssss....

But you know...that will not deter my spirits. Kalau lah dah tertulis I akan mati diparang ataupun menjadi PSY cho...itu alah rezeki I.

With no intention to sound like a racist, dukacita nya I nak cakap yang, actually kami banyak dapat enquiries dari set-set DoDo Cheng...yang sungguh risau dgn masa depan anak mereka lantas nak dimasukkan ke HELP & HOPE.

Tapi, tujuan kami adalah untuk menolong bangsa sendiri dulu uols, yang sokmo mengomplen betapa susahnya nak dapat bantuan. Bila dah ada facility, tanya lebih kurang..cerita masalah peribadi..pastu senyap sesenyap senyap nya. Bila di follow up...nanti dan nanti katanya..tapi masa mengadu tu, macam lah budak tu diambang bumbung bangunan 15 tingkat sangat teruk nya.

We can't promise we can do wonders...but enough lah dengan mendekatkan pesakit mental ini dgn reality hidup dan mampu menjaga diri serta tak nyusahkan orang sekeliling.

Meh sini I nak tulis testimony sikit...

Nemo telah direfer oleh Dr PSY dari spital spara gomen (eleh..bab mintak diskaun ubat baru ngaku part private..cit!)

Budak ini, marilah kita panggil dia NEMO, nama timangan yg dibagi dek Capt Luke Skywalker ittew. Makan ubat tak nak...hidup selama ni mengabihkan boreh dan menaikkan BP mak abah nya. Ubat yang dia suka nak ambik ialah ubat ganjjjj. Tu hasilnya, bukan saja psychotic tahap shatan malah shatan akan datang menompang dalam badan kalau dok tarik itu aje.

Bila memula jumpa....mak nya compliment I..(uhuk uhukkk) yang dia suka cara I cakap dgn anak nya..yang dulunya mmg tak nak bercakap dgn orang. Macam biasa (dan bagossss) I cakap lah..weihh..itu lah kojo I kannn?

There's up and downs, believe me. Sedara mara I jadi tak nak jengok I langsung dek takutkan NEMO. But perangai orang yang cenggitulah buatkan I lagi kuat hati nak tunjukkan kat orang yang the effect is otherwise. Bukak lah sikit mata hati dan otak ye uols???

To cut the long boring story short, awal minggu lalu, NEMO telah mula bekerja ye uols...dan mak dia kata, betapa tenangnya rupa anak nya (albeit itam melegams) dan dia sungguhlah bersyukur.

Uolsss....selepas mak nya cakap camtu (walaupun sebelum ni mak dia ada lah jugak menyakitkan jiwa kami dek melepas tangan nya) I rasa sungguh happy. I have to tell you..kerja macam I ni tak lah menjanjikan duit yang banyak..in fact, I masih mengharapkan donation orang untuk buat facility ni lagi therapeutic but takpe, good things will come to those who wait gittew, but..satisfaction yang cengginilah yang bervalue lebih dari keta Lamborghini yang dibeli berjuta tapi duduk bawak kain plestik gak sudah nya!

Now I want to ask...kalaulah you all ada anak2 tak pun sedara mara yang hidup nya ala-ala mengabihan boreh, ayam ataupun air melo..yang uols dah habis upaya nak piker apa nak jadi dgn dia bila uols atau mak paknya bila mata dah tertutup lagi, silalah refer kepada kami ye.

All information is confidential. Email saja kami admin@helpnhope.com

Sakit mental ini, inysa Allah ada penyelesaian nya uols. Kalau tak sembuh seperti sediakala bak Adi Putra, dapat jaga diri sendiri pun cukup lah.

I ask that my fellow blogger friends to promote this effort as well. Ingatlah..simpan anak-anak kat rumah lagi memudaratkan.

Sekian uols. Sekian lah Fardhu Kifayah dari kami kat sini yang semakin psycho dgn perangai mak pak.

Wednesday, January 08, 2014

Ariana Rose

Okay, sila salahkan Kiah ye.

Selepas Mr Arrogant dan Mr Playboyak, I macam dah menyampah tau terikat tengok menda-menda yang berlangsung time meghrib ni.

Bukan apa uols, I yang selalu menjadi mangsa tohmahan. The last two series tu, I was with my sisters and depa anak beranak yang tengok. One day, masa cerita tu sedang berlangsung dan minggu tu pulak I dgn chotti chotti semayang dan Amma juga ada kat rumah my sister, terus my Amma kata, jgn lah diajar bebudak ni tengok TV time maghrib.Something in the line that I shouldn't cultivate budaya malas sembahyang kat anak-anak buah I ni.

Wahhhhh.....nak je I jawab, eh, omak diorang yang pasang TV tu. But biasalah..benda-benda mungkar camtu, sebagai wanita tak nutup aurat cam I ni selalu la jadi scapegoat kan? Dulu I pernah belikan topi Union Jack joker yang ada jurai-jurai tu uols untuk anak sepupu I...boleh org sebalah umah dia kata, apalah ko ajar budak tu pakai salib!

Kalau tak ngenangkan omak I bermestautin kat area tu, harus I bakar satu taman perumahan tu uolsss.

So yes. Kiah telah mengarahkan I dgn Piah tengok cerita Ariana Rose tu. Sebabkan dah sekerat jalan...adalah susah I nak paham why certain things happened.

Like, awat lah anak Amy Search tu dgn abang nya macam dengki dgn Tengku Adam Ching Chong Fun tu.

Then of course, Kiah dah brief I yang Ariana Rose tu mangsa rogs Tengku Adam CCF, tapi awat nya bila berjumpa dua orang macam bukan mangsa dan pemangsa rogol? Happyyyyy aje?

This thing abaout rogol dalam TV I accidently watched one stupid bodoh boils movie by one Prof Madya, satu girl boleh kena rogs dua kali (in separate occasions) but haram jadah nya nak pi report polis. Habis-habis teruk pun..dia cakap..KO JANTAN SIAL! Laaa...dah memang jantan yg macam tu mmg sial, perlukah affirmation lagi uols? Gi lah report polis kannn? Merasa masuk jail and kena sebat segala.

Kiah asked me to watch katanya ada kawan nak ngumpat. So that, we can do swot analysis lah kiranya. Gilo takde kerja..tengok drama melayu dan ngumpat secara berjemaah.

Well, Kiah fancy herself as Rose lah kannnn...walaupun dia tu sebenarnya adalah Ziela Jalil yang sokmo stress dan nervous.

Piah...is Sophie. Alaaaa...anak Tan Sri yang dok dihunggah dek Tengku Adam CCF tu kulu kilir. Apa khelas anak Tan Sri tapi jadi pompuan simpanan kan? Apa kelas nya? By saying this...I am not suggesting yang Piah takde kelas..tapi Sophie tu sokmo pose-pose cantik Ella rasa are you enjoice.Catwalk kat hotel 7 bintang je. Tu semua Piah la....Piah kan hidup keluar masuk hotel?

Then of course Jalaluddin Hassan yang kita tak pernah nampak dia tido dgn baju pagoda, malah sembahyang kat rumah pun pakai baju melayu dgn kain pelikat bergosok tau uols.

So yes, there's nothing to complain about Ariana Rose. Sedap betul mata memandang semua pelakonnya. Lagu adalah sedap.

Ariana Rose...tataulah kerja apa, sekejap Nampak macam kerja loyar's opis, pastu macam buat presentation untuk charity do pulak...sekejap kompius suka kat orang tu lah..ni lah...but of courselah, her character adalah serupa macam I ye...so, move over lah Kiah.

So, yes..I am now hooked.

Friday, January 03, 2014

Tegur Menegur Membawa....Benci

Uols....dah menjadi lumrah kann kita semua adakalanya rasa kita ni bagus sikit dari orang lain.

Kalau kita bawak keta secara berhemah, dan nampak pulak mamat motor menyelit nyelit dgn aksi tahik terpalit, maka secara live kita akan mengutuk dirinya. Tu kutuk part 1. 

Kutuk part 2 ialah dalam pesbuk tau uolss...kalau done, boleh dihiasi dgn gambar sekali...seperti yg dilakukan oleh persatuan penduduk Setia Alam...yg siap amik gambar segala mcm misdemeanours untuk menjadi tajuk kutuk. 

Dah kutuk secara direct tu takpe...i.e. Celakanahharommbabikslahanat la mat rempit tu...bila dah masuk kutuk dalam open forum maka secara automatic nya kita rasa kita tahu pulak background si mat rempit tu and siapa mak ayah nya. Betapa mak rempit itu kurang kasih sayang makpak, gepren, kucing etc. 

Masuk lagi...dgn terrer nya...education background mat rempit tu, macam kita tahu pulak dia sekolah mana and berapa dia score dalam SPM nya. Gituhhh tau uolsss....kutuk berhemah sangat..semua area kita cover. 

Kalau Kiah yg dibagi peluang ngutuk, sure akan akan tambah...mat rempit tu ko*ek kecik agak nya.... (macam la dia pernah buat full body check up mat rempits tu)

True kannn? I for one. ..guilty as hell bab bab camni. Tapi setelah sejam dua..I akan beristighfar gitu dan memanjatkan kesyukuran yang keta (pinjam) I tak calar.

Begitulah teruk nya kita manusia...bila diberi peluang mengutuk.

Tapi...perbincangan kita hari ni kan uols...adalah mengenalpasti...siapakah yang layak untuk mengutuk tanpa air lopak tepi jalan tu terpercik ke muka nya bila lori tanah lalu?

Semenjak Muslimah kita dah advance dalam fesyen fesyen tudung malah ada juga tudung versi botingkek dan fesyen kubis bunga, maka pemakaian mereka itu mengundang fashion police yang tak bertauliah tau uols. 

Sebagai pompuan yg tak pakai tudung...I sungguh vangga dgn pompuan yg mampu menutup aurat disamping menjaga akhlak. Macam payah aje kann...mulut nak jaga, perangai nak jaga. ..etc etc sebab bila buruk laku sikit je..benda yg orang nampak dulu is the tudung. Ala...macam hosmet putih I tu. Bila ada kak Wok datang umah weols dan mengumpat...bila org tu balik je...mak putih terus tanya...apasal dia ngumpat? She wears tudung. ..katanya. 

Very hard to keep up with the expectations kan Kiah? Saying which...that should not be an excuse of org yg tak reti ngumpat orang and tak nutup aurat. 

People often look at the kutuks dispenser most times.  Macam kawan I yg ni...okaylah...fesyen sense dia tahap kLcc tau...sebab dia pandai lah komen what baju match what kain..what eye lashes match what blusher gitu.

Sokmo aje dia buat komen fesyen org ni gitu...fesyen org ni gini. Bebaru ni...dia macam sesedap rasa pulak ngutuk fesyen tudung Muslimah. Of cos yg jadi mangsa nya ialah Yuna lah kann...

What's with her turban la...seluar fitting la...menyalahi etika berpakaian dalam Islam lah gitu katanya. Personal pulak I rasa.  

Bukan I nak pertikaikan pendapat dia tau uols...hiks. Kalau dia tu Prof Muhaya ke...or any setazah yang kalau kluar nasihat terus kita rasa nak masuk dalam tempayan dek malu nya...takpe uols...I bley terima. Macam I ni kan suka pakai seluar pendek gituh...so bila kiah tegur...oii ko dah tua..I terima uols. Tapi kalau Piah tegur dgn seluar dia lagi pendek dari I...tak ke I rasa nak bakar muka nya?

This fren of mine..yg dok kutuk fesyen Yuna...pastu buat lagi hujah agama etc ialah.....PONDAN uolsss!  Pondann dok mesjid takpe gak usss...ni pondan active gi partay kertas patung tu. Pastu sokmo hapdate hormon apa dia makan...baju liplap apa dia beli. Ada hati ke nak tegur org pakai tudung tak ngikut piawaian? Orang tak ngata hidup you pun nasib baik.

Seswaiii ke tak uolss....seswai ke takkkk? Dia pun hidup ala ala New York Times Square. ..ada pangkat ke nak tegur aqidah orang?

I facepalm tau...facepalm sangat.


Sent from Samsung Mobile