About Me

Friday, January 31, 2014

Pukul Anak Dan Tak Sindir Siapa-Siapa

Wah you all...gigih kan I mem published post-post pekasams I?

Kerja tanpa pressure ni adalah amat mudah sekali. Makna nya...production I akan active bak baru lepas makan senokot kalau takde orang pester-pester suruh update gituh.

Ada kawan I datang melawat I bebaru ni...ye lah..nak hantar besday prezen katanya. Terharu I. Persoalan yang suka ditanya oleh orang kat I ialah..you tak keluar ke? Ye lah...kerja I kan macam dok rumah dopopat jams gitu. Ada masa spare pun nak tido. Tapi tak gak tido...

Kami pun ber soseh lah tentang kengkawan yang dok lah meng iklankan aktiviti sosials mereka dalam pesbuk. Keluar dgn orang tu..keluar dgn orang ini dan menangisi nasib kami yang tak keluar-keluar rumah. But then I cakap dgn my fren...err, ekcherli, dalam pada I jeles tengok orang keluar-keluar, I sendiri tak bermotivasi nak keluar. Ai...camna tu?

Samalah juga dgn mereka-mereka yang sokmo mengomplen yang dirinya tu tak ramai kawan...dan menjelesi kemeriahan kengkawan orang lain...(yakni, kawan orang lain ada seribu, kawan ko adalah 15 gitu..tu pun hit and miss sangat)

But, tetiba pulak you terbaca luahan rasa orang yang kata..things like semenjak dia menceburi bidang menggubah bunga or took up hobby membela ayam kampong, tetiba kengkawan nya yang banyak sebeban tu tetiba dah tinggal dua ke tiga ikat. Kita yang mendengar keluhannnya rasa, misti dia berkawan dgn set-set fairweathers yang hanya nak berkawan dgn dia time-time dia senang dan gumbira saja.

Celaka sungguh kawan yang cenggitu. Kan?

Kadang2 orang dgn tetibanya boleh hilang interest kat kita. Tetiba I tell you. Maybe kita pernahlah buat benda dia tak suka..dan maybe juga ada elemen orang lain bawak mulut pasal kita yang membuatkan kawan kita tu hilang minat kat kita lantas menjauhkan diri.

I pernah jugak lose interest dgn orang...ada tu yang sekali jumpa dah rasa menyampah sambil mengesali apasal la I nak jumpa you sangat. Nampak dalam pesbuk pun rasa menyampah...nak nak dia pulak bangsa yang...orang dah hint berlori-lori, tetap gak dia nak hurung kita macam semut.

Then kita pulak bertakdir kawan dgn orang yang...baik lah jugak yang boleh dibuat friends for life gituh..tapi banyak pulak lah issue dalaman nya dan membuat dia tu kejap ada dan kejap tak ada. Bila ajak jumpa manjang tak dapat dihubungi..tapi dgn orang lain...boleh pulak dia berjimba-jimba happy. So...secara terang nya..you bukanlah kawan pilihan, ye tak? Okay lah..tak pelah kannn.

There's also yang you kena lose off deliberately...well, kalau dah mengguriskan hati sangat, sampai satu family dia pun you tak nak jumpa.

Well, we have our own way to deal with our problems kan? Kadang2 orang rasa problem kita tu kecik, tak perlu lah nak drama-drama bagak..but only we can justify the drama. Sepuluh tahun besok reflect lah balik dan tengok lah if we made good decision ke tidak.

We made so many decisions in life...some decisions was deemed necessary and at that time was a good decision to make. Tak kisah lah apa benda nya. What prompted me to write this was...tadi ada orang tanya I..eh,uols tak nak ke berbaik dgn orang2 sekian-sekian?

I said no..sebab tak ada perlu nya. Selama I berkawan dgn orang tu pun, dia dgn terang-terangan nya menyakitkan hati, tidak merespek dan mengata I. But tahan sajalah kannn...but it takes that one last straw lah, so..tutup lah buku. Kalau jumpa..terjumpa yang tak boleh di elak, tegur lah. tapi nak cari dia..nak hulur tangan, tak apa lah.

So, terimalah ansihat lahanat ni. Tak semestinya kita ni kena berbaik-baik semula dgn semua orang yang kita dah tak geng tu. Ada sebab kita tak suka dia...walaupun sebab tu bodoh la ya amat. But maybe, itulah dia. Selagi kita takde rasa benci dan nak menyantau, kira okay lah tu kan?

Welcome February.

1 comment:

Anonymous said...

Betui2...stuju sgt ngan ko..
~Jolie~