About Me

Thursday, January 30, 2014

Mari Ngumpat Aksi Pelakon Cerita Melayu

Hey uols..dah dah ngelap ailio (air liur in bahasa Sarawak) tengok Keith Foo.

Disebabkan kehilangan remote control UNIFI, TV I tu dah stuck ke channel 103...so mahu tak mahu terpaksa lah ngadap tah hapa jadah BANANANA and drama-drama melayu yang lain. Ramai betul drama melayu sekarang ni. Orang yang dulu jadik hero heroine now kalau tak jadi apak, jadi atuk.

Tapi ada gak lah casting bufuduhfuh yang tetap gak nak ambik pompuan yang muda rumaja sebagai watak mak-mak. Hek elehhh...message apa yang nak disampaikan tu?

a) mak dia kahwin abis darjah nam dan beranak ditahun depan nya?
b) mak dia makan segala mala product terlajak laris maka ter transform muka bak anak dara?
c) mak yang sama muda dgn anak tu sebenar nya adalah mak tiri.

Tapi, selain dari Jalaluddin Hassan yang dipertikaikan ada eleji dgn kain pelekat dan baju pagoda, I am sure korang pernah tengok aksi-aksi tak perlu tapi pelakon yang melakonnya terasa agak macho serta kena dgn script. Kita ni sebagai manusia yang hidup dialam nyata, adalah rimas menegok nya..rimas tau tak?


AKSI PAKAI BUKAK-PAKAI BUKAK

Uols perasan tak? Rimasss tak? Huishhhh...rasa nak pijak muka pelakon tu tetiba meluap-luap kann? Pelopor aksi ni kalau tak silap I ialah Norman Hakim. Tah hapa nama cerita wayang dia berlakon dan I tertengok. Seriously...unless kalau I mmg nak tengok, lain-lain cerita melayu adalah tertengok sebab dah ada kat dalam TV masa omak I tgk..dan sebagai anak mithali, idoklah sanggup I nak menukar channel mengenangkan TV tu adalah TV dia. Hiks. Norman Hakim ni rasa nya takdelah mengalami masalah penglihatan yang seriyus. Agaknya...dalam kehidupan peribadinya (masa tu) the only contact yang dia ada dgn spek mata ialah Rayban Hitam aje gamak nya. But, wataknya dalam wayang tu memerlukan dia menjadi jantan bermata empat. Wahhhhhh. Asal conflict aje, cabut spek. Asal stress aje cabut spek. Sebagai pemakai spek yang tegar..kita semua tahu yang spek kita tu hanya terpaksa dicabut bila lens nya kena dibersihkan, masa nak mandi and masa nak tido. Masa kita tgh diskus dgn mak pak ka..dgn laki ka..ataupun bergaduh secara seriyus dgn kengkawan...perlukah kita bukak pakai bukak pakai spek? Recently, drama yang ada Rita Rudaini jadik buta tu pun..jantan ber spek tu pun bila muka cembeng ja, bukak spek...gosok rambut tanda stress pun bukak spek. Gaduh dalam telipon pun bukak spek. KO KENAPA????? Please lah. I really hope adalah pelakon-pelakon drama yang baca blog ni dan mengambik iktibar yang aksi tambahan tak ferlu tu adalah mengundang rasa nak baling Molotov cocktails aje kat rumah dia.


AKSI OVER BILA SAKIT

Kena tumbuk sikit, berdarahnya macam boleh mati. Tu belum lagi batuk-batuk kokol yang keluar darah dari mulut macam Noorkumalasari beranak ikut mulut cerita Dukun Lintah (ke?) tu. Pastu tuan atau Puan dokter yang tukang bagitau diagnosis tu pulak...haiyoo...kat boipren orang tu pun dia boleh bagitau. Idok ke nak tanya..err mak pak you mana?  Come on laaa....you smart people in the industry..kata dah ada degree PHD segala...abis tu, tak ke reti buat research sakit sekian-sekian tu macam mana? Sakit jantung..over! Kalau pompuan mengandung yang nak terberanak...haiyo..macam nak terberanak kat situ gak cara dia menjerit nya. Dah la perut besau nya tak even sah sah mengandungkan bantal, kan?


MUMMY I, PAPA YOU...AND GRANDMA SHEILA

Uishh....ekcherli I dah perasan dialog-dialog ni dari zaman drama Kuasatek dulu (uols ingat kan? Alaa....cerita korporat memang diorang la yang borong kannn?) The thing is, life drama is suppose to reflect real-life stories. Dengan tak semena-mena I teringat kat Ahmad Idham mengeluarkan dialog yang mengundang bubur kacang ijau yang I makan lepas lunch tadi untuk keluar balik...katanya Ahmad Idham pada seorang pompuan ini...apa hubungan you dengan PAPA aiii. Gittew katanya. Bukan ke kalau kita cakap dgn orang..kita akan bahasakan parents kita...oii, mak aku panggil kau datang makan rumah. Bersungguh-sungguh betul mereka didalam drama itu nak menunjukkan kemodenan hierarchy keluarga mereka, kan?


MONOLOGUE YANG MELAMPAU

Our actors memang la tak semuanya pi belajar nak menjadi actor tersohor bak Kak Ogy & Erma Petimah, maka expression, enunciations and expressions ala-ala lanun Somalia saja. Malah, lanun Somalia juga bagus dalam membawa watak lanun dgn baik tanpa monologue yang lelebih. Kau boleh tekan perut sambil bermonologue ADUHHH, SAKIT NYA PERUT KIEWWW. Tu belum lagi kau duduk kat playground bebudak dan bermonologue selama satu babak. Makcik onggaji nampak orang kat luar pagar rumah pun ada dialog monologue jugak eh...OHH, SIAPAKAH ITTEW.  Buat air muka concern ataupun expressi tandanya tandatanya tak leh ke?  Kalau yang gangster tu pulak, bukan takat muka cam lahabau nak bunuh orang, boleh monologue lagi..AKU BUNUH KAU..AKU AKAN BUNUH ! Buang masa okayyy?!

Well, if you have more to add...go ahead. Sharing is caring gituh.

8 comments:

N82 said...

Cerita Noor Kumalasari beranak ikut mulut tu adalah Misteri Rumah Tua ;)

Punyalah popular scene tu, sampai sekarang ingat lagi

Makji Esah said...

hehehe..fenk yu fenk yu...

Dils said...

Haha. Yang aku nyampah.. is time putus cinta, lepas tu laki/perempuan tu termenung. Lepas tu dalam 5 - 10 mins die flashback balik scene2 awal drama/filem tu. Aku macam. Heloooo.. aku dah tengok ni semua ok.. tak perlu flashback scene2 yang dah pernah tayang. Buang masa je .

adibah said...

Kalau minum kat restoren/hotel mesti order fresh oren. Takdek air lain ke? Jus temikai pun sedap jugak..

Makji Esah said...

Dils...tambah sakit lagi bila adegan2 yg ko dah tengok tu diiringi lagu yang macam bagosss lah kononnnya kan?

Adibah,
Class lah..classs sangat kannn?

Anonymous said...

Ha..tambah 1 lagi..projek slalu juta2 oooo...
~Jolie~

Shz said...

What abt directors' quick fix to masalah pelakon terlalu tua utk lakon watak diri sendiri utk flashbacks? Yeayyyy...wigsss!!! Horrendous, outdated, senget, tak kena n some tu downright creepy! ( think of that AF boy dlm movie cinta Photocopy machine tu (which will bring to another issue of tajuk cerita2 kat Malaysia)) . Malas /takde budget sangat ke nak cast pelakon lain? Maybe if u stop filming outside the country unnecessarily , then maybe the budget can be used for getting younger , ada iras iras sikit pun takpe, actors. Tu tak cakap lagi yg bukan saje actors tak buat homework , but pengarah n penulis skrip pun sama. Oh, we cd do this all day!

Anonymous said...

I paling tak berkenan, selalu aje ada scene balik dari oversea, gi Harvard Oxford je...1, macam takde uni lain, 2, ko ingat senang2 je ke leh masuk??
Ha pastu, asala scene korporat mesti pakai blazer...even di tengahari outdoors...Msia ni panas agaknyeww


JULIE