About Me

Saturday, January 18, 2014

Dulu..Tak kau Nampak Dirikiewww

Hey Uolsss....meh nak cerita pasai Ariana Rose bukan nama sebenar punya kesah chenta.

Ariana Rose ni dedolu satu school dengan I. Dia ni regolong dalam set-set I lah uols, set yang tak dipandang langsung oleh bebudak jantan..tah pe ke masalah nya. Ye lah, kami sedar diri..kami bukanlah Scha Al Yahya yang direbut pelbagai jantans.

Ariana Rose selepas SPM telahpun masuk pusat pengajian tinggi dalam Negara dan membuat matrix gitew. Semasa dia kat tempat itu, dia telah diorat Mamat ni. Lama lah jugak mereka berkawan..susah senang (naik bus Sri Jaya) bersama. Susah is..naik bas Sri Jaya..dan senang, diwaktu mamat tu dah dapat duhet biasiswa dan mampu membeli Yamaha. Centa punya pasal, Ariana Rose dibelikan helmet yang spesel gittew. Kemana Ariana Rose ni nak pergi, Mamat ni lah yang akan menghantar.

Ariana Rose dan Mamat ni memanglah bebidak kamfung anak orang baik-baik dan setelah tamat pengajian dan mengumpul duit bersama setelah bekerja, menikah dan hidup berbahagialah........sehingga Ariana Rose pergi buat Master kat Ostolia nun. Kerana Mamat bekerja gomens, dapatlah Mamat ngikut Ariana Rose pi buat Master selama setahun.

Tapi semasa di Ostolia, tah tahu apakakah maknanya, one of the MA student tu jugak adalah rakan sekolah Ariana Rose yang juga masa tu tengah buat PHD. Dia sudah berbini ye uols dan bini nya ada ngikutnya belajar masa tu.

They spent a lots of time together, enough for the Mat Buat PHD (MBP) me reminisce kisah-kisah jaman sekolah..dimana MBP cakap kat Ariana Rose, dulu kan..I ada crush kat you. Kalau I jadik Ariana Rose, mau keluar pekung telinga I dengar...apa tak nya...kalau ada crush, idok ke masa dulu mahu kau meng invest tenaga membeli writing pad..tak pun sehabis kedekut sengkek pun, pakailah test pad selai dua menulis surat melahirkan rasa suka, kan?

Haram Jadah tak ada!

Ariana Rose yang ketika buat master itu tgh stress...katanya..dan termakanlah pujukan stress nya dan melayan perasaan MBP ni. Wahhh. Dalam 6 bulan jugaklah mereka ada affair sampai Ariana Rose dah habis belajar dan misti balik. Affair mereka ni taklah sampai ke kawasan pembaringan...cuma meluahkan rasa through email dan through coffee-coffee under belajar sesame ptretences.

Pulang saja ke tanahair, Ariana Rose meluahkan rasa kat kawan nya dan oleh kerana Ariana Rose ni yang obviously lah mencarik penyakit, maka ber das-das lah dia kena dgn kawan nya.

Seperti biasa..dalam rumahtangga yang sedia ada...sebaik dan secantik mana pun front nya..i.e. laki ala-ala mithali dengar cakap bini, kadangkala terdengar jua cerita disebalik muka mithali jantan or pompuan tu, ada jugak terlepas cerita-cerita kurang enak seperti...ada affair belakang laki/bini...tak pun, aku tak happy dgn rumahtangga ku disclaimer.

Having heard so many masalah rumahtangga...book cover yang cantik i.e. rumah besar, gaji besar..tak bergaduh besar adalah tidak memadai untuk menjanjikan sang laki or bini tu happy. I for once tak nak betul buat judgement..sebab masalah dalaman hanya orang dalam aje yang tahu...like apa yang tak cukup...dan apa yang terlebih.

Ada orang suka kata...partner berubah lepas kahwin tak macam dulu.

Ada yang kata....they drifted apart sebab sibuk...

Macam-macam. Why some people cannot look at their partner the same way masa bebaru kahwin..I pun tak tau. Patutnya dah makin lama makan garam...dan experience, makin okay lah kan.

But in Ariana Rose case, I pun tak tahu hujung pangkal..ye lah..Mamat the husband mungkinlah secara dasar nya swomi yang baik..tapi kalau berperangai pelik, bini pun kan naik menyampah. Define pelik? Entah...ada kawan I dulu kata dia suspect laki nya Autistic lah sebab kepelikannya..tapi masa chenta, tak perasan kah kau pelik nya perangai dia?1

But ketakpuasan hati I dalam kesah centa mencari penyakit Ariana Rose bukan nama sebenar ni adalah....macam dah jadi trend lah pulak kat budak2 jantan sekolah tepi Bukit Gondol tu meluahkan perasaan kat ex schoolmate dgn ayat shial...dulu I ada crush kat you.

Dulu masa kitorang duduk bawah pokok tanpa diganggu jantan..masa masuk kesatria dan kena masuk semak...takde lah pulak jantan yang nak ajak berborak borak romantic. Mengharapkan aksi romantika tu maybe adalah tinggi, but lovely gesture macam tolong simpankah kuih badak untuk kita..tak pun belikan kami apam balik kat Pekan Kangaq pun memadai. Ni tak..bebudak lawaaaaa je yang dapat habuan kuih -kuih free. macam lah kitorang ni tak reti makan kuih.

Why now? Why not before? Lain lah dulu suka..dan sekarang dah tak sior tu ada gak logic nya...kan? Because we tend to outgrew our 'silly' crushes. Macam siapa yang ada crush dekat Joey Bumiputra Rockers..idok ke rasa nak bunuh diri dek malunya menyimpan napsu kat muka dia yang penuh lopak (walaupun sora sedap) itu?

But do you really fancy someone..and twenty odd years later bila dah berbini dan beranak...terjumpa pompuan yang dulu kau tak tegur tu, tetiba piula nak mencurahkan rasa hati...tak ke babi namanya tu?

Sekarang ni Ariana Rose nak berterus terang dgn lakinya sebab dia nak jadi bini No.2  MBP ittew. I have been given a task to talk her out of it. But knowing their story, bukannya counselling akan Ariana Rose ni dapat...

Kalau uols ada dengar cerita pompuan mati terbakar...maka itu lah dia.

17 comments:

Anonymous said...

tlg komen skit cik esah ouiii pasai pak kelars anak2 kat kajang tuh...

Makji Esah said...

Apa kena mengena nya dgn post ini? BTW you nak I komen apa? What people like to hear is what they suspect is the case all along kan?

Anonymous said...

I ni Liana...jadi i nak pi simbah asid satu beledi kat AR supaya dia sedar, boleh?

Jilla Jalang

Anonymous said...

Bodo betui pompun tu..pikiaq la ko tu binik org..haiyaaaaa...
~Jolie~

Shz said...

I penah baca somewhere, some men are so logical that diarang mmg boderline Autistic, ie, incapable of not only expressing but, experiencing emotions. So, as with many of those women yg terjebak cinta gelap malap gulita ni, i suspect the husband pun kot mcm tu lah. N here comes someone yg bgtau u dulu he had a crush on u, kinda makes u feel young again la kot. Still, as much as i hate men who cheat, i also detest women who do the same, and in doing that homewrecked rumahtangga org n menungganglanggangkan hidup anak anak sendiri. "This is marriage, you don't just walk out of it" someone told me that (or was it a line in that movie where Keanu was the goofy son in law?). Yeah, unless he sepak teranjang u, or are verbally abusive, my personal opinion is, don't give up too easily. It's always easy to give up n look for that greener pasteur, tapi masalahnya, greener ke?

Irfa said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

I terpanggil untuk komen sbb stress baca cite u ni makji. Ariana Rose bukan nama sebenar itu adalah sgt mencarik penyakit ye, and MBP itu mmg sgt hansuang skali.

Makji Esah said...

Ye...jgn silap simbah ye?

Makji Esah said...

Sebab tak pikiaq la tu...jadi cenggini

Makji Esah said...

Jadik bini no 2...grass are greener pemenda nya kannn? Ptuihh

Makji Esah said...

Why lemufff?

Makji Esah said...

Dua dua la hangsuang hangsuah nya....rasa nak dirotan sgt!

Dils said...

Eh . Sanggup jadi bini ke 2? Ohmai. Mesti tak best kena bagi task camni

Makji Esah said...

Tu la pasalllll....

soulsearcher said...

Ariana rose tu mmg suka seksa kut.dia hengat jd minik no 2 tu syok mcm zarima zainuddin or ziela jalil kah?

plug2pin said...

pernah je ada kekawan jumpa blk kt fb, tetiba ckp yg dia pernah suka masa zaman dulu2. tp tak pernah pun pikir jauh..just anggap benda tu kenangan lama...sbb dia kata suka masa dulu. not now..hehehehehe

terteaforsea said...

Eh Kak Jie. Memang sokong. I was in Beseri Form 4. Pastu terjumpa BWP (Exco Agama) dah berbini beranak tetiba PM kat FB kata oh teringat kat jaman skolah dulu I hilang tanpa kabar (transfer pi MRSM negeri pantai timur)dulu suka kat I da da da..


Hmph. Mesti sebab terlebih minum air karat kat Beseri tu.