About Me

Monday, December 26, 2016

Yang Sakit Itu.....

Hey uols...productivity blogging I pada tahun 2016 ni memanglah sebanyak haiwan-haiwn kepupusan. As at today, macam ada dalam 20 post je dalam tahun ni. 

Well, who reads blogs nowadays kan? Ada, tapi tak lah sebanyak posting-posting pesbuk. Nak nak I ni kan menulis bukan kerna nama, so, sampai kesudah lah takkan ada nama. Takkan ada nya jadik popular macam Dr M. 

Dr M glamer ke uols? Yaa...dia pandai mencari glamer. Right reasons, wrong reasons, who cares. Orang yang kata dia ada banyak mix mix ni kan ke pelik perangai nya? Sepelik found die tion nya. 

So with days we have left in this year, maka I akan cuba meroyan sebanyak mungkin. I akan juga melawan Ajuan Ali. Tu lagi seorang manusia pelik uols. I ingat, I ni pelik..tapi I tak pernah pulak tengok orang yang ada banyak persona cenggitu. 

I actually nak tulis pasal orang sakit. Uols tau kan, kerja I ni, bercampur dengan orang sakit. Sakit ni tidaklah dimata kasar dan juga tidaklah terlihat atau terasa oleh sipenghidap nya tu. 

Few weeks ago, I dapat message dari kak Hetty Koes Endang ni. kak ni kata, dia sungguh at the end of her tether dengan perangai anak dara dia yang macam langsuir jadian tu. Kak ni kata, anak nya murung tahap tenuk, tapi bila I tengok anak nya tu macam takda apa-apa ja. Mak dia yang murung adalah. So kak ni mintak bantuan I dgn Loyar Sabung Ayam yakni partner in crime I. I bisik kat loyar, anak kak ni takda apa-apa lah. Kalau ya pun dia murung, cer ko tengok perangai omak nya, ko tak ke terasa nak join kemurungan sekali?

Anak kak ni pun boleh tahan penyapu sampah nya...tak sedar diri dan tak sedar dek untung. Selalunya orang yang tak sedar dek untung ni berjaya mencapai kejayaaan memangsakan orang lain. Cara kak ni cakap dengan kami, anak nya ni dah dirasuk setan Seksyen 7 nunn...maka satu keluarga tu porak peranda kecuali anak dia yang hampeh tu. 

Sebagai manusia biasa, apakah nasihat yang patut kita bagi pada anak harun macam tu uols? Ya...kita nasihatkan omak apak nya halau je budak tu dari rumah. Ye lah, sebab dah besar berbulu macam tu suruh lah keluar rumah kan? Kalau kecik konet memanglah I cadangkan makpak dia bagi kat orang ja kalau dah perangai hampeh camtu.

Tapi mak nya yang juga pegawai gomen tertinggi tu idok lah ada upaya nak melawan anaknya yang hampeh lagi tak guna tu uols. Malah nak di outsource nya kepada I suruh I suruh anak dia keluar rumah. I pun cakap, eh kak, agak2 lah, rumah you tu bukan nya rumah I, apahal pulak lah I nak halau orang yang dok dalam umah tu, ye tak?

Akhirnya anaknya berjayalah jugak dipujuk keluar rumah, tapi belum sempat mak nya buat kenduri kesyukuran anak nya berjaya berambus, anaknya tu dah lari balik kerumah balik. Maka seraya itik serati lah mak dia telepon kami mintak bantuan. Seperti biasa dan mudah, kalau uols takmau orang masuk umah u, uols toksah lah bukak pintu kan? Tak, mak dia membuka pintu seluas-luas alam untuk anaknya yang sedang memaki hamun mak nya tu.

Dan I pun cakap lah dengan mak nya, macam ni je lah kak...selagi kak tak nak berusaha berubah yakni terus mahu membiarkan anak kak yang bunguks tu terus membuli dan menjadi hantu dalam keluarga kak, maka idoklah saya ni boleh menolong. Bahkan, sesiapa dokter pakar pun takkan terdaya menolong kak. Maka dari tu, hubungilah saya kalau kak dah tersedar dari lamunan ataupun 2 minit sebelum terjun KLCC ya? 

Tu diahhh uols. Speaking about betapa rakus nya seseorang tu mahu menjadi mangsa sebab ketagihan simpati. Agaknya kak Hetty Koes Endang ni memang sukakan drama untuk menstimulate hidupnya yang mungkin boring tu.

Macam Ajuan Ali lahh...apa masalah nya? Entah..hanya dia yang tahu. Memaki orang ja kerja nya. Pastu kata orang jahat dengan dia. And two wrong is going to it right lah gitu? Orang maki, dia maki lagi dahsatt and proud about it. Sakit betul jiwa nya. 

Uols tahu kan pasal retis yang dulunya ada scandal gambar photostat? Dia ada dua anak special needs. Dah bujang lah jugak. Retis ni openly cakap anaknya adakalanya ganas lah bantai-bantai dia, bantai bibik..amukan dalam rumah segala...tapi dia juga cakap dia takkan tunduk pada ubat-ubatan sebab taknak anak nya sedated gitu. 

Kalau dah ko buat pilihan takmau mengurangkan keganasan anak kau, ko pun toksah komplen kan? Toksah lah kata anak ko ganas ke etc etc. Bebaru ni dia pi upload pulak video anak dia sepak dia...pastu buat sora sedih kenapa XYX pukul mak? 

Uols rasa kalau first time budak tu tangan nya laju tapi kalau dibalas dgn kelajuan tangan mak nya yang sama jugak, akan adakah adegan anak pukui mak? Tak da kan?

So siapa yang mencari penyakit?

1 comment:

Anonymous said...

Salam Mak Aji... Happy New Year. Tak balik London ?-nic