Hola uolssss......
I sekarang ni suka baca blog gossip. Ye lah nak kipap dgn Kiah dan konco-konco nya kan. I ni pikir, memandangkan I ni akan balik menetap di Malaya, maka, I kenalah ambik tahu siapa orang tu..siapa orang ni... ---memanglah uols takleh mengambik iktibar langsung dari I ye. Patutnya dibulan Remdan ni, berkhatam lah kannnn?
Taknak lah jadik macam masa I gi meeting dgn Mebeng tu hari..bila depa dok cerita pasal Aizat. I pun tanyalah...Aizat tu siapa? Maka loyar sabung ayam terpaksa cover kemaluan I dgn mengatakan yg sebab I ni dok oversea, I hanya kenal Justin Biebah aje.
Bulan posa kali ni..mmg besar dugaan nya. I pulak pegi lagi baca sokabar UM tu yang amatlah menyakitkan ati. orang ber debate dalam channel burung biru tu. Wah ego semasing....macam dia sajalah yang boleh menyelamatkan donia gituh.
Unless retis kita memang bernama yang pelik2 ataupun I ni dah ketinggalan zaman betul dimana zaman ni dah kurangnya nama-nama yang I biasa dengar like Noraini lah, Nuraina lah...Azlina lah...but now, nama semasing Neelofa, Leuniey (iskk cam gampang tau spelling menyusahkan hidup orang), Anjoulie...arghhh plenty!
Maka keluarlah cerita pasal Mamat ni yg pernah lah ada sesuatu dgn Yuna last-last dengaq nya dah takde apa2. Takde jodoh lah tu ye tak?
Maka sekarang, si Mamat ni dah digossipkan pulaklah dgn sibudak nama pelik ni. Gossip menda nya, kalau dah bergambar gi holiday sakan siap upload dlm Instagram dgn harapan..gossiplah kami cepat, kan? Gituh. Talking abt Instagram & Retis ni, I menyampah betul lah bila ada pasangan pakwemakwe yg sokmo lah berkawan biasa tapi sebanyak mana diorang ngaku diorang tu kawan biasa, sebanyak itulah gambo mereka berdua muncul kat laman gambor tu dgn caption yang tak bleh blah nya..like 'US'.
Akhirnya, Mamat ni mengaku. Ye..tu mmg makwe saya and kami dah cakap pasal kahwin, yelah...saya pun dah sebaya Mohamad Al=Fayed so, apa kenanya nak tunggu lelama lagi?
Dan pompuan nama pelik tu lantas syiok dgn malu-malu kucing nya kata...ohh that's so sweet. Kononnya memahami lah jiwa jantan tu dan tahu jantan tu dah berfikir kearah wad bersalin pulak sebab dia dah in his mid thirties katanya.
Okay...seperti biasa, apa yang I baca ditengah garisan selalunya akan jadik bahan posting. Lantak pulah depa dua nak berkapelan. Sama cantik...dan girl tu masih muda. Agaknya Mamat ni bertaste kan pompuan muda2 lah gitu sebab si ex nya yang pemes tu pun muda jugak dari dia.
Kita orang pompuan ni kadang2 terbawa dek arus syiok juga bila ada jantan yang boleh tahan lah macho, banyak duit dan ensem, declare yang dia syiok kat kita. Wahhh. Ni their case, unless pompuan ni ada cita-cita nak jadik doktor gigi dan kena belajar bertahun2, pompuan ni boleh je nak nikah cepat dgn jantan ni.
But don't you think it is selfish from that man part to 'pressure' that pompuan to settle down dgn dia sebab dia tu 'bukannya muda lagi'? Adakah salah pompuan tu ko jantan separa terlajak yang tetiba nak berfeeling chenta pulak?
Budak umur 19 tahun, nak nak pulak macam nak jadi retis fofuler, mestilah nak mengembangkan sayap kan? Nak gi travel ke, nak jadi pelakon sampai dapat award ke..tup-tup jumpa jejaka idaman, dan dia pulak kata..okay..takleh nak chenta lama2 ye, sebab I ni kubur dah kata mari.
Maka secara wajib, mestilah bukak ceritamu cerita ku kan, Kiah? Suatu masa dahulu, adalah jantan ni...dah berumur lah jugak. I baru sgt balik dari oversea dan telah di single kan. Masa tu kan femes group mIRC semua, so kengkawan satu group I tu adalah dok nak kenenkan kat I kawan dia yg eligible bachelor ni. Kuang hajaq sangat kawan I tu, sebab dia nak gi dating dgn mamat ni, dia nak hangkut I, so untuk membuatkan I rasa tak awkward, dia suruh lah date dia tu bwk kawan. Maka jadi lah double date kan?
Wahh. Si mamat yg dikenenkan kat I tu mcm express rakyat aje gaya nya. Jumpa mlm ni, besoknya terus nak ambik I balik kerja. Masa ni I kerja kat KUBB Jalan Utara sana. Masa tu, bas METRO adalah harapan bangsa nak pi kerja so bila ada orang nak jemput kita dgn Pajero nya, tak kan kita nak kata tak pulak kann? So the whole week I macam occupied saja sebab ada instant drebar yang akan jemput I balik, bawak I gi makan..hantar I balik.
Hari yg I nak kluar dgn kawan I pulak, dia nak ngekot. Dia ni bukannya bangsa tepon-tepon. Kalau dia nak cakap dgn I tu, dia menjelma saja depan rumah. He was so gentleman, tak pernah lah dia menginvite dirinya masuk dan akan tunggu I kunci pintu dulu baru dia nak berambus (dan selepas line clear, I akan keluar balik dgn kengkawan lain pulak pergi cybercafe..hiks)
He is at least 10 or 12 yrs older. Every time I kluar dgn dia...melainkan malam Jumaat sebab dia gi mesjid, dia akan bercerita tentang betapa dia kena kawin cepat, umur dia dah banyak dan kawan2 dia semua nya dah beranak pinak. Ofkoslah, I akan buat muka sesadin-sadin nya bila dia cakap tu.
I think, agaknya sebab I dok kluar dgn dia hari-hari...maka I ni secara otomatiknya adalah gf dia kot. So bila dia cakap benda2 kahwin, anak and tua, I pun cakap lah balik..you ajak lah gf you kahwin. You bagitau I buat apa?
So men..next time, jgn assume ye. Declare lah intention you kat pompuan sebelum you ingat dia juga akan syiok kat you.
Mamat ni sgt lah marah...dia kata, eh awak tak nampak ke saya suka kat awak? I hanya mampu tersengih aje lah masa tu. ---see, pompuan memerlukan harapan walaupun sedikit.
Maka setelah declaration paksarela tu, maka secara exclusive nya keluarlah kami berdua. Tapi..I masa tu baru lagi balik, baru lagi kerja...baru lah rasa nak menegok dunia.
Pada suatu malam, kawan2 meronggeng telah membuat plan hendak ke pusat joget-joget yg dekat A&W PJ tu..I pun lupa dah apa nama nya tapi tempat tu mmg lah heppeningssss tau. Disebabkan I tahu tu malam dia pergi mesjid, maka I cakap lah dgn dia..saya kluar dgn kawan saya tau malam ni. Memula dia kata okay...mesti dia ingat I nak gi makan nasi lemak aje. Awak jangan keluar lama2 ye. I jawab lah..entah, mesti sampai rumah pagi agaknya. Dia pun terperanjat lalu menguatkan suara, awak nak pergi mana? Dgn tak malunya I cakap...disco lah...
Within 20 menet, dari Sentul dia dah terpacak depan rumah I di USJ dgn kain pelikat, baju melayu dan kopiahnya. He called me out from his mobile and ask me to masuk kereta. Saya nak cakap dgn awak ni, katanya. Malam itu kena tarbiyah I dalam kereta nya disamping ugutan..kalau awak pergi jugak, saya akan masuk dan tarik awak keluar. Walaupun dia cakap secara gelak ketawa, I pun terpikir..ko apehallll?
Starting from that, I pun gigihlah membuat perangai samdol. Every time dia ajak I kahwin, I akan mengelak. Everytime dia hantar I pi outstation, dia akan hint yang nanti dah kahwin, I dah tak boleh travel2 selalu sangat for work camni.
I think to him, he really thinks that he showing 'care'.
So pada satu malam...bomb pun meletup. With him wanting to rush and me wanting to see more of life. Hasil dari pergaduhan maka Pajero pun telah melanggar divider. He was shocked, not sure because of the langgar divider or bcos aku maki dia. He cried and I demanded to be sent home. I never want to see him again after that. BTW Kiah, he is the Dato I was telling you about.
I pun ada gak dengar cerita all the hubungan tak kesampaian pasal jantan pressure yg mcm ni jugak. Ironically they were a good catch. But time wasn't right. Seriously.
And course, jodoh tak ada. But jantan kann..kalaulah tahu nak kahwin sesangat, awatnya ko tak cari akak-akak yang dah ready ke? Ko nak gak pi serbu budak baru keluar sekolah buat apa?
Sekian.
4 comments:
Melepas la uols..
Kalau tak dah lama dpt title free.. Datin Hajah Esah..perh perh perhhh....
But jantan kann..kalaulah tahu nak kahwin sesangat, awatnya ko tak cari akak-akak yang dah ready ke? Ko nak gak pi serbu budak baru keluar sekolah buat apa?
This! Saya pon duk pikir gak mende yang sama by the end, dah tahu nak kawin umor dah akhir 3 series or middle ( i assume la kan), kenapa mesti nak cari awek awal 20s. Bile dah kahwin. Lepastu bising immature, then bising tak boleh masuk dengan kawan-kawan die.
Tu laa..dulu ko inker sangat...boros...
kalau tak skarang mesti 'call me Datin'..
Slm Hajah,
betullah mmg skrg nama artis pelbagai. Tapi nama Neelofa tu nama betul dia, Noor Neelofa.
-Farella-
Post a Comment