Selamat Berpuasa uolsss....
Puasa kat sini bapaklah lama nya. Nak nak sekarang...ada yang nak dekat 20 jam. Kalau ikutkan time sepatutnya tak sampai lah...tapi cemanalah nak buka posa kol 9.30pm pastu melepek cam biskut kena rendam sampaikan nak tunggu masuk waktu Isyak tu rasa terseksa and then waddayaknow...kol 2pagi nak kena bangun balik untuk bersahur.
Wehh..memang tak sahur lah gamaknya. I akan tidor lah sebelah Ribena, set alarm kol 2.30pg, minum dan tidur. That's my sahur. Pastu matahari terbit barulah terkedek nak ber subuh. Memang kompom kena sumpah laknat but nak wat caner uolsss?
2,3 hari lepas semasa I kat dalam tube..I terdengar lah bebudak student Malaya ni berbors-bors sesama mereka ---ahkak pakai Ipod lah konon, tapi habis apa depa gebang tu I dengar. Mesti bebudak ni baru datang dan nilah agaknya pengalaman berposa kat rantauan gituh.
Maka mereka membayangkan betapa azab nya nak posa sampai 19 jam dalam keadaan yang agak panas (eleh..Hinglen ni, panas mana lah sangat..cer kau ki Kuching ke, Kota Bharu ke..hah..cair tau MAC)
Wah adik2 macho...sampai sebut word 'azab', 'sengsara' and 'boleh mati' alangkah over nya kannnn?
Senang dik..kalau tak tahan..buka. Tak ada nya yang azab, sengsara dan seksanya dalam membuat ibadat (opps..self-reminder) Sini bukannya ada orang nak tegur you puasa ke tak puasa, ada orang Jabatan Agama nak skodeng you makan openly ke...tak ada.
Ahkak kau ni...sebagai pompuan, ada hari-hari nya yang I takleh puasa. Ada hari pulak...akak bukak sebab macam tak convenient aje nak puasa. Ni pun menjadi cemuhan orang I must tell you. Last year or so, I posa and pergi meeting. Lepas aje meeting Boss nak bawak makan, so I cakap lah uols pergilah..sebab I posa. Maka sipolan2 tu terus tak nak makan sebab segan and kesian kat I. I dok cakap tak pa, tak pa uols pergi aje, maka homputis2 sensitive tu tetap gak tak nak. Boss yang organise meeting tu pulak aialah Boss yang kami hanya dapat jumpa setahun 2,3 kali aje. Maka I pun cakap..okaylah..I ikut. Maka, terbukak la posa I hari tu.
Terus apa aku dapat pastu? Trust that orang melayu, yang Islam ni..cubalah kalau uols tengok bab-bab nak mencemuh orang dalam FB tu kan? Akidah saya dipersoalkan pulak sebab membukak puasa. Elehhh. Kan ke dah tertulis, kalo tak puasa, kena ganti, ye tak?
Kenkadang orang lupa apa iktibar nya kita disuruh berpuasa ni...selain dari menjadi rukun Islam yang wajib kalau you tak sakit and etc etc, ia juga untuk supaya kita insaf, berperasaan empathy for those who are less fortunate, menguatkan disiplin diri dari pada macam2 nikmat duniawi kan?
Tapi...disiplin orang kat Malaya tu sungguhlah kuatnya kannn..sampai orang agama lain pun takleh makan depan diorang.
Cuba kau kena...why do you have to fast? Silly thing innit depriving yourself for no reason? Ye uols...kadang2 ni lah yang kami-kami kat UK ni dapat. Tu belum lagi kau tengok saudara sesama Islam kau (nak nak si puak Arabs tu kan) yang dah le tak puasa, respek kat bulan Remdan ni takdak langsung.
Kita ni..bila tubuh badan ni dah banyak ditorture dgn benda2 tak patut, mulalah zat tu kurang, zat yang ni kurang and sometimes, abstinence even for a shorter period is not easy. Kalau tak boleh buat..tak apalah. Tapi tak yah lah kata 'mesti mati' kalau puasa 20 jam tu, ye? Lagipun..adik tu jantan macho...kalau takleh puasa, senyap je lah...takyah lah kompang.
Bulan puasa ni memanglah banyak nya dugaan. I ni, selalunya payah gi toilet. tapi dalam bulan puasa, aktiviti melabur ni kenkadang takyah dipaksa-paksa gamaknya. Menderu-deru aje barang pengisian tu keluar. Tu baru pukul 7 pagi maka separuh rizab dah habis...caner pulak nak bertahan sampai kol semilan malam nanti?
Tahap kesabaran...ni pun sama gak penting nya. Semalam adalah siapa makhluk FB yang dok menyebar budak Alvin Vivian tu punya perangai yang konon nya..menghina Islam. Ish..apa pulak kononnya...memang dah tahap hina gila-gila lah tu kan..berbuka puasa dgn Bak Kut Teh. Tapi, kan ke itu dugaan kesabaran juga? Apa yang budak dua orang tu mahu? Nak tengok orang Islam mengamuk lah kannn? Bila dah mengamuk..nampaklah yang buruk pasal Islam ni. Kan ke tercapai hasrat mereka tu? Ambik lah pengajaran dari budak dua orang yang takde sentimen sosial tu...yang..what's you give..you get back. Semacam mana ada diantara kita yang suka menghina agama orang, macam tu jugaklah orang boleh buat kat kita ye?
Moral nya..next time..jangan pi kata agama orang tu !!! Kita jaga ibadah kita dan puak2 kita dulu ye...
Sekian
4 comments:
tak pernah pulak la dengar kan orang melayu kat hinglen sana mati sebab puasa...haih, kemain melampau pemikirannya tu....
Selamat berposa makji. Bukak posa satni mkn apa? Nasi kerabu ke uols? Kihkihkih
You know, you have to see it this way (my way lah). Hari2 kalu tak poser, you inflict yourself dgn ayaq kencing amarika (diet coke lu la)..tak reti nak minum ayaq kosong langsung (yes i'm nagging you). Pastu, bila kena poser, your body is free of that minuman tak bekhasiat...your berak at 7am tu is a way of your body getting rid of all the toxins. You don't need to carry those toxins yg dlm usus kau tu sampai ke bukak poser. Bukan bagi tenaga pun..buat memberatkan nak kejar bas lagi ada. Simpan toxin lelama dalam badan buat penyakit je. So rejoice! Indahnya ibadah dlm islam kan..kita je yg tak sedar kebaikannya..(kasi can la..mood ProfM)
Speaking abt FB, lebih weh malah je nok tulis...tp wall aku ada sorang la Isla ni dok habis habis nok pertikai aurat dosa pahala org....rasa nok lepaaaa seroung
Post a Comment