About Me

Friday, July 19, 2013

Update

Wahai kekanak sekelian....

Setelah kita dimenyampahkan dengan berita Serap Muslim tu bernikah lagi satu walaupun tu hari dia kata, ehh mana ada, Dayana tu la bini I sorang...hiks, penipu! Kita juga dientertain lagi dgn cerita Ebiadidas berkahwin baru dgn mamat yang sungguh ensem. Dengan itu, wanita-wanita yang susah nak laku walaupun dah ditawarkan pada harga potongan macam I dgn Mak Piah ni terasa lah jugak dan berkata dalam hati...ohh, apa kurang nya diriku yang shantekk ni.

Ohh...itu sudah jodoh, bak kata Serap Muslim tu kat bini nya. Iya..sungguh lah jodoh yang pre meditated kan? Dengan itu, diharap Mak Piah dapat bersabar.Adalah sebab2 yang tak dapat dielakkan oleh si jantan tu, maka dia terpaksa menipu bini dan berkahwin lari. Tu lah dia jantan...kata mereka mereka tu gagah...tapi nak bagitau bini dia nak menikah lagi satu pun takut.

Tapi..dengan news ni juga, kita dapat me witness betapa pompuan ni, kalau nak mengutuk jantan bab-bab ni memanglah akan bergabung tenaga. Tak cukup dgn si Serap tu dikutuk, si bini baru juga dipersoalkan tahap kesampaian hati nya. Like, ehh ko pompuan, takde ke perasaan...dia tu berbini. Tak kesian ke kat bini dia. 

It takes two. Always. Dulu Awie kahwin dua jugak....dan kahwin sorok jugak, kan? Tapi untuk mengurangkan kata-kata umpat keji terhadap dirinya, maka dialihkan juga perhatian orang kat ex bini nya, yang kononnya mengabaikan anak. Hek elehhhh hai.

Sometimes, things...happens. Jgn kata laki orang..bini orang pun boleh terlepas. Both man and woman can create their own drama. Tengoklah apa tujuan nya. Kalau laki kita terjatuh chenta dgn orang lain...maka the bini akan mulalah menangisi nasibnya. Sama jugaklah dgn jantan kalau bini nya terjatuh chenta dgn orang lain. Kalau boleh, satu dunia misti tahu betapa tak setia nya bininya tu kat dia...

Tapi...tak ke terpikir yang ada masalah-masalah dalaman yang disapu bawah karpet?

Eh jangan marah tau uols. I ni takdelah nak menyokong sesiapa yang tetiba rasa selera nya bertukar. Tapi dalam pada kita nak mempertahankan hak kita (err...laki or bini kita) pernah tak kita pikir yang, sebagai manusia, perasaan kita boleh berubah? Kita pandang lah laki kita...daripada hari kita kahwin dgn dia, cinta yang seratus persen tu, masih ke berjumlah seratus persen ataupun dah lain jumlah nya?

Tadi I baca interview Dato' Mustapha Maarof. Dah berbelas ke lebih doploh tahun jugak dia menduda. Tak nak lah dia mencari pengganti aruah bini nya. He was singing praise...how beautiful she was..how loving..how this...how that. The wife would fulfilled 8 out of his 10 requests. Nak makan karipap, dibuatkan karipap...(ni I tambah sendiri)

After many, many years together..do you still worship the ground your partner walks on? Nak pulak kalau yang set..memendam mendam rasa...bercakap dgn laki guna telepathy, bercakap dgn bini guna message dalam botol yang tah bila-bila lah nak sampai. Ada pulak tu, masalah dia dgn bini or lakinya, bff nya pulak yang tahu. Instead of cakap dgn laki/bini nya sendiri, dia pi bagitau bff pulok, kan? So, bila orang tu dah berubah hati sikit (yang kita mmg lah dah tahu) maka adakah adil nak tuduh orang tu mengkhianati chenta?

True, ada yang bini mithali/laki mithali...takde angin ribut petir, tau tau laki/bini dia disambar orang, tu memanglah hancur luluh hati.

Tapi kalau dah bertahun hidup dalam rasa nak bunuh laki, so bila orang tu tetiba pulak dengarnya ada affair, perlukah nak buat drama..ohhh..aku dikhianati?

I think, I have written about how we sometimes...don't know what we want in life. We dream about perfect marriage, a guy to rescue us..give us life itu dan ini, but that poor man can try his ass of to please you dan you tetap gak tak happy. Ada pulak jantan yang dah dapat bini cantik macam Wan Zaleha, pandai masak..pandai jaga anak..tak menyesak kan kepala dia dengan merengek-rengek mintak macam-macam but jantan tetappp gak akan komplen kata bini tak memahami nya.

I am sure there is signs we can pick up and we can be responsible enough to deal with it if we want to make it work. But you still need the cooperation from the other half to make it work. Hidup ni janganlah ada expectation yang besar-besar. Kalau laki kita peel nya sejak dari azali mmg macam hermit/kermit, terimalah dia seadanya. Kalau masa bercinta dia nak jawab telepon pun malas, usah lah lepas kahwin 11 tahun kita mengharap dia membawakkan kita breakfast in bed ye?

But if he did that...please, please call his GP. He probably only have weeks to live.

4 comments:

Mak Piah said...

Bercelaru fikiran saya sekarang...so kurang mengahdpate kerana masih duka cita kenapa SerapMucim menikah dgn Kinah...dan bukan saya. KUCIWA!!! U know Kuciwa...ok tengsbais...

Makji Esah said...

banyak la ko munya KUCIWA!!! dah..gi hapdate cefatttt

Anonymous said...

Makji, 3 taun dulu saya meroyan..tanya laki bila nak beli bunga? nak tabur atas kubur saya je ke? bila nak kata i lap u? when im dead? bila nak gi obersee trip just the 2 of us? when i'm old n frail and kena tolak wheelchair? termangu dia kejap...mmg masa tu dia tak terima but rasanya masuk jugaklah kepala otak kot sbblepas tu sloowwwly dia buat all the meroyan requests.

Peah

Cik Kiah said...

Piah memang suker memberi alasan..aku yg kena tolak chentanya dgn Willeng ada ko nampak aku moping around? Oh tidak tidak ye..setakat SerapMuslim je, satu pergi 10 mari Piah oi!!