About Me

Friday, July 26, 2013

Update Puasa

Cerita Puasa.

Hari ini adalah hari yang ke 16 puasa. Saya berjaya puasa penuh selama 9 hari. 5 hari Allah bagi cuti yang mesti ganti (pernah ke ganti abis, masalahnya???) Dan 2 hari lagi..burn terburai sebab daya dan upaya sudah habis untuk bertahan sampai waktu berbuka.

Nak cakap pasal puasa ni...part ibadat yang inilah mak dan pak saya tak berapa strict sangat. Saya belajar puasa seawal 5 tahun. Aruah appa yang asal2 ajak teman. Saya sangat suka melakukan activity dgn aruah appa kerana banyaknya benda yang saya boleh dapat. Macam..kalau saya teman dia puasa, maka saya bolehlah ngikut dia beli putu mayam kat pekan PD sana. Disamping membeli putu mayam..dia akan tanyalah..saya mahu apa2 kah? Sebagai anak mithali...saya selalu cakap tak nak...tapi appa akan beli kan 2 bijik karipap untuk saya. Karipap kedai mamak masa tu..bapaklah godang nya.

Bila saya dah besar sikit dan besar banyak, pabila appa dan amma nampak muka saya pucat2 dan lembik semacam...maka saya dititahkan supaya bukak posa. Kalau tak larat, saya bukak lah. Pasal tu aruah abang saya selalu jeles dgn ke lenient an appa pada saya. Kata dia, appa sayang saya lebih dari dia. Elehhhh hai.

Ditahun2 sebelum sekarang ni, saya kira..puasa saya adalah penuh berbanding sembahyang. Padahal bila dingat balik, saya tak pernah dirotan sebab tak puasa tapi saya akan dimarah dan disebat kaw-kaw kalau tak sembahyang.

Fakta yang saya perlu bagitahu kat uols...saya amatlah rajin sembahyang bila duduk diluar negara. Walaupun orang2 suka kata kebarangkalian untuk umat Islam terpesong kerana mereka duduk jauh dari tanahair dan hidup dikelilingi bangsa kapiaq ni.

Ini juga fakta yang saya rasa orang yang mulutnya sesedap putu mayam suka cakap pasal kami permastautin tetap di oversea.

Bila saya jumpa orang melayu yang kahwin homputih dan sudah beranak pinak...benda pertama yang mereka risaukan ialah...siapakah dan dekat manakah mereka nak menghantar anak mereka tu mengaji. Masa tulah mereka akan menyesal kerana dijaman muda mereka tu, mereka tak belajar mengaji betul2 dan sekarang nak ngajar anak sendiri pun tak lepas.

Semalam, ada anak orang Malaysia yang baru datang belajar di UK. Saya kenal makbapaknya. Saya jemput mereka datang berbuka dirumah saya. Maka saya tanyalah..amacam puasa? None of them puasa. Penat katanya. Tapi, bershopping sakan kat Bond Street, kat tempat2 kasut dan beg tangan nya yang reganya lebih dari gaji saya sebulan, boleh pulak dia tawaf tetiap minggu. Dan katanya lagi...dia hari2 pergi gym.

Anak2 orang melayu yang saya tahu...walaupun cakap melayu mereka hit n miss sangat..dah tu dah dok sini dari kecik...jangan kata puasa penuh, siap berterawih lagi. Malu acik yang tak pernah langsung gi terawih kat UK ni.

Kesimpulannya..janganlah kita membuat andaian yang kalau kita dikelilingi kapiaq maka kita pun kena jadi macam depa jua..gituh maksud saya. 

Puasa hanya tinggal tak sampai dua minggu lagi. Ada hari yang perit dan ada hari yang kurang sikit cabaran. Dugaan physical takdelah banyak sangat...tapi dugaan emosi adalah phewwww...

Apa ceritanya dgn cina dan melayu ni? Yang sorang ni cakap ni..yang sorang ni cakap tu. Looking at it now, dua-dua pun racist. Yang melayu kata cina dah naik tocang etc etc.

Melayu sama melayu pun ...bertelagah juga. Melayu set perkasa kata melayu sekular dan moden ni dah lupa asal usul. macam tu pulak.

Dulu, kalau orang tak melayu makan depan kita prang berpuasa, takdelah kita nak sensitip sangat. Takkan lah takat orang tunjuk KEPSI depan kita kita dah nak tuduh dia hina Ramadhan pulak kannn...

Pastu bab bebudak tu kena makan dalam bilik persalinan. Alaaaaa hai hal kecik sangat. Tak. Drama2 queen king sekarang sikit2 upload FB, sikit2 masuk yutiup. Idoklah rasa nak check dulu kannn?

Err, nak tanya...kepala siapakah yang sebenarnya kena pijak?

5 comments:

jana said...

Salam mak aji Ogos belum tempuh dah pergi entry September tak perasan kot ya :)

Anonymous said...

Saya start puasa masa darjah 1. tapi start solat masa darjah 6 sebab period. Solat selalu lompong tapi pose tak pnh lagi.Sebabnye, kalo puasa tinggal tak beh tak dpt rasa suasana berbuka walau masa kecik dulu setengah mati tahan lapo. tapi solat yang mudah, selalu tak complete. hehehe

DeLancrettLurpak said...

Saya pun hanya mampu berpuasa 2 minggu sahaja.. sebab lepas tu saya adalah kemuntahan yg keterokan..

Mesti yg baru sampai tu feeling lagi tewww..feeling omputihs..hihihihi..

lagi sebulan jumpa, mesti dah ter"innit-innit" hihihihi

Makji Esah said...

Jana..the advance date was intended so that the entry will be pinned at the top :)

Anon..well...what can I say.

Dr Lurpak..awak tu mmg tak digalakkan berpose....kang ada yang jadik Kate Moss kang...

Anonymous said...

makji,
half bake perception byk, yg brain separuh masak, cuma yg pernah tinggal obersee je yg tau. Kat australia lagilah kuat islamic community, siap ada sekolah ugama lagi. sembahyang raya kadang overspill to chuch lawn next door..ada org buat issue? kadang tu rasa nak gelak ada...tapi yg menyampah lebih. yesterday PEMANDU kata crime rate went down compared to last year..laughable, in last 2 weeks 5 pax kena tembak. No wonder spore is laughing at us


Saya sayang Msia
Peah