About Me

Sunday, June 30, 2013

Jangan Tinggal Daku (lahhhh sangat)

Haiyooo.....makin banyak pulak hal si Shah Jaszle yang shahjazel tu kan.

Katanya, dia nak kahwin lari kalau susah-susah sangat. Berapa umur sibudak shahjazel ni sebenar nya? Sama tahun dgn jagung ke?

Mesti orang akan mempersoalkan apa ke bangang benar gilpren yang juga ex tunang nya tu? Ada yang kata kalau dah cenggitu punya melekat susah nak let go walaupun banyak betul petunjuk suruh kau angkat kaki, adalah kerana dia tu telah di ngapsayot oleh shahjazel (5) darat tu.

Ishh..ishh...takbaik berburuk sangka, ye tak? Entah2 pompuan tu masih suci. Shah Jaszle ni nampak macam jantan yang suka memainkan peranan. Tah hapa peranan yang dia dok main sampai orang kesian dan melekat, tak tahu lah I. But he is sure one hell of a drama maker. Boleh jadi si pompuan tu suka berasa yang dia tu amat diperlukan. Pompuan kan suka rasa macam tu. Siapa yg tak lembik hati bila pakwe kita buat kita rasa macam kitalah heroine nya.

Untuk menunjukkan kat pompuan tu betapa dia adalah heroine drama tamil lakonan terbaru nya, maka Shah Jaszle yang shahjazel tu buatlah statement beranimati tapi bodoh nak mampus...ohhh demi chenta ku pada mu, meh la kita kahwin lari.

Weii pompuan, kalau Sultan Kelantan ajak kita kahwin lari ada gak pekdah nya kan? (Ampunkan Patik Tuanku) Dah le warak, berjiwa rakyat and anything a mother could wish for. Ni? Dah le tak berduit...pemain wayang yang potensi masa depan semalap malap nya lampu energy saving Philips.

Masa I sekolah dulu, I ada gak dengar cerita pakwe-pakwe yang suka benau buat aksi shahjazel dgn makwe masing-masing. Ada sorang tu dah diambang nak kena buang dgn gilpren lantas dia cakap dgn makwenya, kalau u clash dgn I, nak hisap dadah. Lalu si makwe rasa tak keruan dan tak jadi clash.

Ada pulak..yang buat statement merajuk sambil start motor kapcai...ohh patah hati I...sambil vrommmm vrommmm.....dia cakap, apa nak jadi jadilah, hinting yang dia sangat kuciwa maka dia akan bawak motor laju laju dan langgar pokok jatuh longkang lalu mati. Opkos makwe set lemah semangat takut lah kononnya dia lah punca kematian boipren nya...langsung tak jadilah mereka clash.

Tapi...tak pulak I ada dengar cerita pompuan bagi jantan kata dua bila mamat tu yg mintak clash. Ada ke kita dengar? Yang I tahu, hari ni dia clash dgn you, besok dia dah hantar surat nak berkenalan dgn awek lain. Ada dia peduli kalau kau nak minum Round Up pun?

Mesti Molly Temah Czarina dok kata apasal I ni takdak kerja lain dok ngumpat pakwe dia si Shah Jaszle ni. Ishh..I memang pantang betul dgn jantan cenggini. Kalau dah salah, dah kau yang perangai cam laknat, kau mengaku aje lah.

Ni tak...semua salah sipompuan kannn? Bila kau dah tergadah, ko panggil lak pompuan tu psycho.

Gewamp gewamp sangat tau!!!


Sent from my iPad

8 comments:

Anonymous said...

Penah berpakwekan jantan shahjazel ni ... sama ler buat perangai ugut nak bunuh diri masa i nak mintak break. Oleh krn i ni perempuan naif (masa tu la), i pun kasik la 2nd chance. Lepas 2 bln break gak. Menyesal tak sudah sbb tak ckp kat jantan tu masa dia konon nak bunuh diri tu , "Bagus la u mampos ... aman sikit hidup i!"

-Pembaca terlampau-

Anonymous said...

kak E, dok membaca pasal si shahjazel ni sampai saya rasa baca belog gosip sungguh.. :)


-malas letak nama-

Anonymous said...

He's an idi*t f*cktard and she's twice the fool.

Time chenta terhalang ni sibuk la nak meredah hutan ombak bagai. Bila dah hidup di alam nyata nanti, merempan mintak tolong gak kat ibu bapa sanak saudara. As they say, love is blind but marriage is an eye opener!

-JH-

Anonymous said...

He's and idi*t f*cktard and she's twice the fool.

Minah ni suka kot rasa dapat reform a 'bad boy'. Lelaki pojaan ramai tapi hatinya hanya pada dia seorang, kononnya. His other 'member' mencelop other pompuan punya inkwell, tak pulak dia kesah.. Biarlah, love is blind, but marriage is a real eye opener.

-JH-

Makji Esah said...

Ohhh...gitu. takpe. Pengajaran utk jantan shahjazel akan datang lah

Makji Esah said...

Ye lahh....ye lah..pasni kita cerita psl Adi Putra lak ye

Makji Esah said...

Kita tunggggguuuuuuu je lah kan? Tgk aje lah apa katanya bila kena interview lps break up or cerai besok

Amin A. R said...

Makji, lepas cik lopah memberi kenyataan, sekarang mak jandss maria peridah pulak kompang kat press yang shah jazle tu memang shahjazle(5) :D