About Me

Monday, June 10, 2013

Update

My appa & amma adalah orang gomen.

Saya pergi ke sekolah gomen. There's some years I kena masuk sekolah private sebab appa kena transfer over the sea, tapi not long enough to pump all the air inside.

Ohh...saya dapat pergi over the sea jua...dengan duit gomen. Syukur.

Saya sayang ibu dan bapa saya. Adakalanya kami bercanggah fikiran. Nak nak dgn bapak saya. Selagi saya hidup saya akan bersyukur kerana dek kerana kerja kuat bapak dan mak saya lah saya hidup dan dapat merasa apa yang saya rasa sekarang.

Tapi..percanggahan fikiran tetap ada. Dah namanya pun masing2 ada fikiran kan?

Semasa saya belajar disekolah psycho tu...banyak juga benda yang selama ni saya tak tahu ada dlm pala hotak saya, berjaya di unearth kan. Sebagai anak orang melayu dan beragama Islam, saya sentiasa diajar dan ingatkan untuk selalu menghormati makpak saya dan tidak menderhaka.

Semasa bapa saya masih boleh berkata-kata, saya pernah tanya, saya ni pernah ke derhaka? Dia gelak2 saja. Tapi katanya..saya keras hati.

Cikgu disekolah psycho itu kata, tak salah kita bercanggah fikiran dan marah pada makbapak kita. marah, percanggahan pendapat dan kasih sayang, adalah perkara berbeza. Sehabisnya pengajian saya disekolah psycho itu, saya rasa menyesal pulak. Saya tak sesalkan ilmu yang saya dapat, tapi saya menyesal kerana saya biarkan kepala hotak dan hati saya hanyut dgn segala anology emosi mereka.

Okay. Saya sebenarnya nak cakap pasal benda lain. Saya telah dihentam dgn teruknya oleh kawan satu sekolah yang menuduh saya Anti Gomen. Katanya, saya tak sedar dari mana saya datang. Saya rasa dia itu buat andaian sebab opinion-opinion saya lebih incline kepada parti pembangkang.

Oh ya...dari pengalaman saya, orang yang marah menggunakan emosi ni adalah lebih baik tidak dilayan dan tidak dilawan cakap nya. So bila dia tuduh saya yang bukan2...saya diam aje lah. Sehabisnya pun saya jawab..okaylah..itu pendapat you.

Saya kesian juga tengok orang yang kena tuduh sebagai si 'tak mengenang budi' ni. Hanya kerja dia tu tak ada pendapat sama dgn orang yang 'kononnya' mengenang budi ni. Nak nak pulak yang duduk over the sea macam saya. Kata mereka, saya tak ada disitu so, apalah yang saya tahu.

Saya tak tahulah apa tujuan orang lain mahu bercanggah pendapat dgn sistem kerajaan kita yang sekarang. Tapi saya tahu tujuan saya.

Budi dan tanggungjawab, adalah dua benda berbeza. Begitu juga dgn kasih sayang.

Bila saya belajar diluar negara dan bekerja diluar negara, ada certain benda yang saya rasa adalah lebih bagus dari apa yang ada di Malaysia. Sentiasa diperasaan kita terdetik, alangkah baiknya kalau orang Malaysia buat mcm ni..mcm ini. Bila saya rasa confident sikit, saya buatlah cadangan. Mintak 'tukar' sikit. tapi mestikah itu bermakna saya tak mengenang budi?

Pembangkang dalam negara kita ni..orang Malaysia juga. Wallahualam, if mereka bangkang untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi, salahkah membangkang? Adakah kerana saya tinggal di Subang Jaya maka saya tak boleh mengkritik Sungai Way?

Adakah kerana, makpak kita dah bagi kita makan (err..sebab itu tanggungjawab mereka) maka kita tak boleh nak tegur meraka?

Entah lah. Pendapat kita lain-lain, kan? Ada orang..baru tgk Heathrow Airport, belum pun panas bontot kat oversea, terus kutuk gomen Malaysia gila-gila. Nak kata dia dah berbakti kat gomen...takdelah jugak. Culture shock macam nokharoms sangat.

Ada yang..kampung sendiri pun tak pernah keluar tapi semua pun nak bangkang. Buat jematan, bangkang. Buat padang bola bangkang. Hidupku sunyi tanpa membangkang gitu.

Tapi, kalau tak dapat terima criticism orang, usahlah pulak nak kata orang tu tak patriotik ye? Yang tukang critic pun berpada2 lah..alangkan budak pun merangkak dulu baru boleh berjalan, ye tak?

But having said all that...apa pula yang patut kita label kepada waiter kapalterbang...idoklah dia sedar dirinya tu waiter ye, tapi mengutuk pax kaw-kaw macam dia tu lah yang bagus nya. Ni yg I tak paham...pax yg dia panggil bodo tu lah yg bayar duit tiket utk bayar gaji nya.

Dah tu, kalau kau rasa kau bagus, apsala ko tak pi kerja jadi dayang Istana aje? kan ke yang masuk istana tu semuanya pandai2?

Nama pun kau pilih kerja service industry...expect anything lah bai. Ish...

Sekian. BTW, saya pun pernah jadik waiter...so, yes, saya rasa saya sedikit qualified la nak tegur waiter2 yang kaki tak jejak lantai ni.

9 comments:

rendrazaleigh. said...

Bayangkan teman ni belajar kat univeristy paling holy kat malaysia (holy gileszs) and major in politics.........

Banyak tau version islam/democracy/politics/ Dan lain lain.

I dun have problem with dissenting ideas but i have problem with bigotry.

Hehehe,,

Amin A. R said...

Itulah makji, bukan la kita ni tak menghargai apa yg kerajaan dah beri kat rakyat, cuma ada sesetengah benda memang harus ditegur. Dan itulah gunanya juga pembangkang untuk membangkang apa yg tak kena dengan kerajaan sedia ada.

Haha makji, sebagai ex-pramulori, makji memang layak hentam waiter2 yang "kau tinggi di awan biruuuu" itu...

captainlukman said...

Aku nak speku ok x? Macam aku taw je sapa yang kutuk duk obersee kan? Yg waiter asyik nak kutuk pax tu, tataw la spa?* MP kita dua orang kerja yg sama ni* hehehe...lite lite ok la, tp asyik kutukkkkkkkkk je dpt haji tetap beli make up....motipppp?

DeLancrettLurpak said...

pegawai BTN kata saya kena tulis surat terima kasih kepada kerajaan sebab bagi saya sponsorship sepanjang2 saya belajar.. tak cukup dgn perkhidmatan yg diberikan katanya.. cisss!!!

Makji Esah said...

Unfortunately we will now see plenty of them

Makji Esah said...

Tapi.. kata mereka...saya tidak layak menegur gittew. Hihihi. Waiter yg sokmo berlagak tu ialah juga set set yg akan kompang betapa hebatnya 'kerjaya' mereka yg terdahulu seblm menjadi waiter. Nak je ckp...apsal ko tetiba nak jd waiter pulak?

Makji Esah said...

Speku laaa nok..speku lerrr hihuhihi

Makji Esah said...

Dan...sudahkah kau menulisnya bebeh?

Mak Piah said...

Aking:

Esah kata tu bukan kita... kita dua orang baik dgn pax. Uhuks!

x