About Me

Sunday, October 22, 2006

Mari Mengata...Harapan Awie

Don't cha wish your puppy is cute like me...



Harapan Awie
Oleh ELLYNA ALI
elly@hmetro.com.my


Tidak inginkan perceraian berlaku kerana terlalu sayangkan rumah tangga

“ALANGKAH eloknya kalau Syawal yang menjelang tiba ini, saya dan anak bersama ibu mereka dapat bersama-sama meraikannya seperti biasa. Namun apakan daya, semua ini sudah berlaku,” kata Awie mengenai perceraiannya dengan Arni Nazira Anuar, 28, yang disahkan Mahkamah Syariah Kuantan, 16 Oktober lalu.


Awie, 38, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, berkata dia sebenarnya tidak inginkan perceraian itu berlaku kerana terlalu sayangkan rumah tangga yang mereka bina sejak lapan tahun lalu.

“Siapa yang tidak sayangkan anak dan isteri selepas lapan tahun mengharungi suka dan duka bersama? Bagaimanapun, dia (Arni) sendiri meminta saya melepaskannya.

“Saya tidak duga semua ini akan berlaku. Saya juga tidak dapat memikirkan bagaimana nanti nasib dua anak saya. Mujur mereka memahami keadaan saya, walaupun masih kecil,” katanya sewaktu ditemui dalam satu sidang media khas di Hotel Flamingo, Ampang, baru-baru ini.

Serentak dengan perceraian talak satu pasangan itu, mahkamah sama turut menyerahkan hak penjagaan dua anak mereka iaitu Puteri Aleeya Antasha, 6, dan Puteri Aleefa Antasha, 3, kepada Awie.

Justeru, pada Aidilfitri kali ini buat pertama kali dalam sejarah hidupnya Awie akan menyambutnya bersama kedua-dua anak yang cukup dikasihinya, tanpa ditemani bekas isterinya di sisi.

Bagaimanapun, Awie lega kerana kedua-dua anaknya mula mesra dengan ‘ibu’ baru mereka, Rozana Misbun yang dikahwininya lebih setahun lalu.

“Anak saya mesra dengan dia (Rozana). Begitu juga dia terhadap anak saya. Seperkara lagi, anak juga tidak pernah membezakan di antara ibu kandung mereka yang mereka gelar mummy dengan ibu baru yang dipanggil umi.

“Mereka (anak) juga sangat ‘protective’ dengan kedua-dua ibu mereka dan tidak pernah memburukkan di antara satu sama lain,” katanya yang akan membawa anaknya beraya bersama ibu baru mereka.

Sungguhpun begitu, Awie masih lagi tidak bersedia untuk menceritakan lebih lanjut mengenai isteri barunya.

“Cukuplah kalau saya sekadar mengatakan namanya saja dan bahawa dia adik aktres Haliza Misbun. Janganlah ditanya bila tarikh saya berkahwin dengan dia, di mana perkahwinan itu diadakan dan bersaksikan sesiapa.

“Yang penting jika kita berkahwin mengikut prosedur sah, maka sahlah perkahwinan itu,” katanya.

Sekalipun hak penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada Awie, namun penyanyi yang terkenal dengan lagu Tragedi Oktober itu tidak berhasrat menghalang Arni datang menjenguk atau menziarahi anak mereka.

“Namun, jika dia ingin melakukan sedemikian, dia harus mengikuti syarat yang dipersetujui bersama, iaitu datang dan berjumpa anak pada hari minggu saja.

“Itupun tertakluk kepada program bersama anak yang saya rancang pada hari minggu. Arni terpaksalah membatalkannya,” katanya.

Timbul pula persoalan seterusnya, bagaimana pula jika Arni meminta hak penjagaan kedua-dua anak itu daripada Awie satu hari nanti.

“Kalau benar perkara itu berlaku satu hari nanti, saya mahu lihat buktinya dulu. Buktikan dia ada tanggungjawab untuk menjaga anaknya.

“Lihatlah anak ini. Apa dosa mereka ditinggalkan ibu sendiri dan bagaimana seorang ibu tergamak meninggalkan anaknya begitu saja.

“Saya kesal kerana sering bersangka baik terhadap apa yang berlaku dalam rumah tangga saya sebelum ini. Namun, jika satu hari nanti ditakdirkan jodoh saya untuk kembali bersama Arni semula, saya akan terima.

“Siapa tahu, dengan izin Allah, satu hari nanti kami akan bersatu semula. Cuma satu pesanan saya kepada Arni, bawalah diri sebaik mungkin dan jangan cepat percaya cakap orang,” katanya.

***********************************Excerpt From Harian Metro*************************

How to begin this? Yesss...major part of my work is involves huge scope of psycho analysing.Reason? Because we have got to reintrepret every single thing and finding what it really means.For example...I hate dogs.
What we will honest and blatantly intrepret is 'Oh..she hated dogs, maybe because there's a past bad experience.And we will stop at that.Who cares if you hated dog.

2nd filtered intrepretation is 'It's probably not the dog that you hate, but it's you and you projected your anger inside the dog'.What do you mean by that?

3rd filtered intrepetation based on number 2 intrepretation,'Dogs represents your anger towards something that you are unable to make connection with'.Lagi wa musyhkil.

4th, hopefully the last intrepretations,(of course, this is after they made you blab non-stop about how you feel about dogs in general and unconsciously,something hidden resurfaced) 'Oh, I can feel that there's something in you that is scared.And you associate that fear with your somatic feelings, and that is a dog.But the truth is,your fear for the dog or the things you just mentioned,is the thing that you really scared of'.After many distillation of your feeling,the truth may be that it is your own fear that you hated the most.Make sense? Give it more thoughts...it is unbelievably true.

Awie, the Rock Star.Whilst so many girls minat nak mampos kat dia,I was not taken in at all (Pasal I suka Search and Def Leppard...yeah..go go Sheffield) In fact, I pernah cakap dengan my friend,kalau Awie jatuh tergolek depan I pon, sumpah I tatau siapa dia.But there's always a different between 'tak minat' and 'benci'.I just tak minat him in person, but I do believe that he and his bandmates made a good musics.So, good on them.In addition to that, my cousin have this huge collections of URTV,Mangga,Tahapa-hapa lagi magazine that is of course at one time,full of Awie.So, I was presented before me the free information of him.His kisah cinta bagai.His putus tunang, his this his that.

And today,this article came up.About him.Few days ago, I know that he bercerai with his wife.I'm honestly sorry for their comiseration.They're both probably are still grieving for the loss of each other company.

I'm intrigue to read on (or kepochi nak tau) his story.The first few paragraph shows how much he is grieving over his loss.Kesiannnnn....Sambung baca lagi..There's an element of anger, but his anger is more to dissimulating his guilt.I gather that from the way he spoke of his children misfortune not to have their mother around.

And then, there come this part we he is 'lega' because of there's a safety net.Ohh...dah ada bini baru.Okaylah...good for him.

His guilt resurfaced through and through at each paragraph.He is now projecting his guilt towards the ex wife, and his way of doing it is by blaming her for something that he think she should not have done.

Maybe.....Maybe Awie remarries because of some internalised marriage problem with the ex.Quite possibly,his way of showing his anger/dissatisfaction is kahwin lagi satu.Or probably is a pure case of gatal konek nak berbini lagi.

Ex wife in return,manalah hati tak hancur laki tambah branch.So, she probably took it out on Awie by 'abandoning' their children.Maybe this is the only way she understand to get back at him,emotionally.Ramai orang buat camni.Not very clever, tapi you can't judge them based on how they feel an then react.

Awie said that he loves his marriage and fiercely avoiding having to divorce his ex.But have to do so because she asked for it.Blame lagi.

But can you blame her? Siapa yang nak bermadu? So dari menderita and ada potensi jadik gila, baik mintak dilepaskan saja lah kan?

By chronology, Awie & Arni ada masalah...(siapa yg tak ada?)...Agaknya dah puas bermesyuarah laki bini still tak jadi apa,Awie decided, okay, I'm the boss,I will go ahead and marry another.....Arni tak suka.Startlah buat perangai...that only meant for Awie to see how she is hurting....Mintak cerai.....Dah cerai pun.Now, Awie buat muka sedeyy, tell the whole world how his raya is incomplete.Not forgetting to tell the world about his ex unreasonable behaviour.

What about his? Pastu siap boleh bagi nasihat...jangan dengar cakap orang.Habis nak dengar cakap siapa bang oiii? Cakap kambing?

Tak ke jantan hanjjjengggs namanya tu...

Sekian program umpat mengumpat.Selamat Sejahtera.

Background Music : Afraid - Nelly Furtado

2 comments:

Belladonna said...

Emm, aku kenal sangat lah jantan camni. Thts how my mother was treated, at least Arnie stood her ground. Unlike her, my mom become a donkey.. just ikut je. Even agreed when the jantan said "I bawa budak tu sembahyang jemaah after having sex sebab nak tunjukkan dia jalan yang betul". Hahahaha! Yeah right. Tak cukup dengan tu, blame bini kurang tu kurang ni..

If u look at Awie's facial expression kat Melodi last Sunday, laaaaagi cam sial tagih simpati. Asyik belasah ex dia, tapi tak sedar-sedar diri yang dia tu pun buat salah. Kalau betullah Arni tu nak gila nak bujang balik sampai serah custody kat Awie, kenapa tak terima je budak-budak tu dengan suka hati and jalankan tanggungjawab as a doting father?

And would it be fair for Arni to just keep quiet and pasrah je bila laki kawin satu lagi diam-diam? Nak tunggu masa yang sesuai to tell her, katanya. Allo, dah setahun lebih kawin takkan masih takde masa sesuai lagi? Tu pun terima kasihlah pada media and individual yang sebar gambo dia ngan bini baru on the net, barulah maybe si Arnie tu tahu the real situation. Kalaulah Arni boleh kawin 4 (example),agak-agak Awie tu OK je ke? Awie sorang jelah yang boleh buat silap and dimaafkan..orang lain tak bleh..

I just hope we can learn the importance of being honest in a relationship from this unfortunate event and to Arnie, you go girl!!

Anonymous said...

ko jgn kurang ajaq sgt belladonna...awie buat smua ni mesti ader sebab...hang tau ka smua masalah depa???xkn awie nk crita smua hal termasuk rumah tgga dia kt org??klu hang nk cita masalah dlm kain hang??habih dlm kain nk crita??hang diam2 cukup...jgn dok komen org xtentu pasal.....