About Me

Monday, October 23, 2006

Surat Untuk Datin Munah

23rd October 2006

Datin Munah & Family
Templewood Garden
Somewhere in Hampstead
London NW3 7XB

Assalamualaikum Datin Munah yang kucingtahi,

Saya dengan kawan-kawan saya baru aje pulang dari beraya dirumah Datin Munah (ye ke tu rumah Datin, macam tak caya aje)

Sebelum saya membebel dengan penuh panjang lebar (believe me, this is going to be panjang lebar) ingin sekali saya bagitau kat Datin yang hari ni tadi saya bangun pukul 5 pagi and malam semalam saya tidur lewat pasal saya kena bekerja.Pukul 6 pagi saya dah keluar rumah demi nak menghantar lahabau-lahabau tu ke Terminal 4.Habis je saya meng 'drop' mereka-mereka tu kat airport, saya terus balik rumah dan terus menggosok baju kurung pink saya yang dah berusia 13 tahun, tapi masih muat sebab size saya tak pernah berubah.Bukan setakat baju saya saja yang saya kena gosok, saya juga terpaksa menggosok baju kurung kawan saya yang kerjanya asyik menghisap rokok aje itu.

Saya juga sempatlah me'multi task' kan diri saya, sambil sibuk bersiap-siap, saya juga sempat kolling-kolling sanak sedara saya untuk mengucapkan selamat hari dan memintak mahap ke apa ke...

Tension jugak saya masa bersiap-siap tu.Rambut tak jadi,saya tak sempat nak kaler hitamkan kembali rambut saya after dyeing disaster kat Poland hari tu. Kasut saya boleh main sorok-sorok lak tu hari ni.Delay jugaklah saya.Tapi masalah tu dapat saya atasi. Tepat pukul 12.30 pm, saya dengan kawan-kawan saya startlah bergerak dari rumah kami yang terletaknya di West London.Saya sungguh excited nak beraya dirumah Datin, saya sanggup tak bersarapan, punyalah gigihnya nak makan juadah-juadah Datin.Dalam mengantuk-ngantuk tu.

Ingin juga saya memaklumkan kepada Datin yang kereta kawan saya tu taklah secanggih kereta orang Cambridge ittew yang ada Sat Nav.Bersusah payah saya mencari rumah Datin, berpandukan print out dari AA route planner (print lagi, habis cartridge saya, mahal tau benda tu)

AA punya navigation kekadang bengong jugak (ataupun mungkin saya yang tak reti baca) sampai saya terlepas turning dan tersesat pulak ditengah-tengah bandar Hampstead yang jalanrayanya sempit mempit itu.Saya sampai keluar semak masuk semak nak cari rumah Datin.Nasib baik saya tak terserempak dengan George Michael tengah ber'cruising' dalam Heath tu.Lantak dia lah.Dia kan manusia biasa.kan ada hati,perasaan dan nafsu nafsi?

Puas saya berhempas pulas cari rumah Datin.Kenapalah Datin taknak duduk tempat yang senang dicari macam...Bayswater ke, Paddington ke...takpun, kenapalah Datin tak nak cari property yang dekan dengan local amenities macam public transport bagai? Datin memang suka menyusahkan orang.Kan Datin, kan? Kejam lah Datin ni...

Dengan kuasa Allah SWT, sampai jugak saya kat rumah Datin.Satu lagi masalah...rumah Datin takde visitors parking.Takut-takut jugak saya dengan kawan-kawan saya itu, maklumlah saman kat London ni memang mahal.Saya tak kaya macam Datin,so saya dengan kawan-kawan saya memang tak rela berpisah dengan duit gaji kami demi nak membayar saman parking kereta.

Saya dengan kengkawan pun masuklah kerumah Datin dan terus menuju ke Marquee Datin.Saya punyalah excited kerana dari jauh saya dah tercium bau nasik minyak.Berkobar-kobar perut saya.Saya pun bersalam-salaman lah dengan sesiapa yang menghulurkan tangan mereka pada saya.Mesti kita pun ada bertukar-tukar salaman jugak,yelah,saya tak kenal Datin.And saya sangat pasti Datin tak kenal saya.Tapi itu semua tak penting,janji saya dapat makan juadah hari raya tanpa gangguan.

Alangkah terkezut badak babi nya saya bila menengok buffet line Datin.Silap besarlah orang macam saya datang beraya rumah Datin, pasal mulut saya kadang-kadang tak terkawal jugalah speednya.Dari rumah saya, saya dah terbayang-bayang apa yang nak dimakan dirumah Datin.Tapi bila saya sampai kedalam khemah sewaan Datin tu,alangkah hampanya saya bila Datin hanya served Nasi Briyani yang tak berupa briyani,Beef Rendang semalam punya,Ayam Masak merah yang takde kuah,kari dal yang macam air mata,nasik himpit yang terlebih kena himpit and kuah kacang.Pastu, adalah kuih-kuih yang saya suspect Datin import je dari KL, sebab ada sorang pompuan terkantoi replenish kuih tu dari dalam casing nya.

Pulak tu,saya tak boleh nak 'help myself to the food'.Datin telah mengarahkan orang-orang suruhan Datin mencatu makanan-makanan itu,saya tak dibagi langsung memegang senduk lauk itu.So, tak puas saya makan.Tension betul saya.Pulak tu,ada pulak orang-orang suruhan Datin yang datang menyapa saya dan kengkawan saya,kononnya mulut manis meng wish saya Selamat Hari Raya bagai, pastu, suruh kami move away.Crowded katanya.Mesti diorang tu ingat saya nak ambik second helping of food lagi.Celaka betul.

Saya sungguh kecewa dengan apa yang saya experience pada hari ni, beraya dirumah Datin.Saya dan kawan saya ambik annual leave...pulak tu kami bawaklah sorang omputih ni nak tunjukkan kat dia betapa meriahnya orang Malaysia beraya.Tapi kawan omputih saya itu juga dilayan tidak mesra.

Saya nak tahu kenapa Datin kedekut gila sangat tak nak bakar satay,hidang karipap,meehon goreng,teh tarik,roti jala,lontong dan apa-apa saja hidangan yang sewaktu dengannya? Kenapa Datin oiiii??? Nak kata Datin ni kais pagi makan pagi, far from it lah kan.Lagipun saya tahu,Datin boleh claim semua expenses dari Kerajaan Malaysia yang baik hati tu.Tak yah usik duit simpanan tabung haji Datin walau sesen pun. Apa motif Datin berkira,saya pon tatau.Datin nak tambah gelang emas ke? Or Datin yang beli make up range baru Max Factor? Ataupun Datin tengah sesak sebab menunggu duit kutu Datin? Datin giliran nombor berapa? Main berapa orang?

Tak patut betul Datin organised open house macam tu.Datin busy sangat ke? Datin buat part time kat Mc Donald's ke? Setahu saya orang macam Datin,takyah membanting tulang 4 kerat macam saya ni.Datin hanya duduk mengangkang aje, macam Bella kat KL tu.(Sorry lah Bella, I copy ayat you aje ni)

Perbuatan Datin pada kami yang mulanya sangatlah excited nak beraya dengan Datin memanglah memalukan dan akan saya ingat sampai bila-bila.Saya cadangkan, Datin mintaklah transfer ke Somalia, jadiklah bini Duta kat situ.Situ kan takde orang Malaysia, so Datin takyah lah nak berbelanja besar and Datin bolehlah memborong mekap Max Factor.

Tetapi, on one good note, saya bersyukur kerana, kalau tak kerana Rumah Terbuka Datin, tak lah saya dapat bersua muka dengan rakan seperbloggingan saya, Cik Lee Novotny dan Avang nya.Saya sungguh vangga dapat berjumpa dengan orang-orang yang baik ini.Kawan saya cuba nak memolest Avang, tapi nasib baik Lee itu tak pencemburu orangnya.Kalau tak, habislah kami dilempar batu.

Anyway,walaupun saya terpaksa pergi ke Oriental City untuk makan lagi,saya bersyukur dengan apa rezeki yang saya terima dirumah Datin.Tapi saya masih tak pueh hati.

Selamat Hari Raya Datin Munah.

Saya yang menurut perintah (diri saya sendiri)

HMR

6 comments:

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

aSSALAMUalaikom Han.

Naseb baek my mother xkemot liddat.
Fresh food woo.. xde maen import2. hahahah.. We give full satisfaction to our guests or 100% food back. Bleh gitew?

Just want to say Selamat Hari Raya Aidilfitri. And though it sucks eating food liddat at the Datin's house *ohoo trust me, ive tasted them sorts*, dah rezki liddat. hehehe. whattodoo...

Maaf zaher n baRteen gurlie.

Anonymous said...

Hahahahahahahaahahah..mak tak tahan asik dok gelak ni han dear!!! LOL

I never thought u were so p****d off with the food there...patutlah masih lapaq dan tak ceria sajork ehehehe...

Kucingtahik katanya...hahahhahah kesian orang tua tuh :P

Emmm whatever it was, we're so glad to have met u at last and the garang secretary ittew..:)

Lain kali let's jumpa lagi! Let's "buat ketupat" ndak?? :P

Have a nice day darling! tulun kim salam kat orang yang nak molest my Avang ittew :P

Vjien said...

Oh tekda, kesian kitak, pucuk dicita, sayur rebus jer mendatang..hehehe, anyway pasal tat nanas gulung ya, Sue tanya if u nak kirim guna poslaju or pos biasa, dah tanya kat pos laju, 1/2 kg of parcell delivery is RM110, quite expensive.

Belladonna said...

Suruh je Datin Munah tu pakai bodyshop kalau tak mampu nak prepare proper food for raya..hehehehe.

Anonymous said...

Nok, thx for your call just now..woww..mak terkezut occay yg u ols kenal kawan mak ittew. Haiyyooo small world kaedahnya!

Okeh u ols, mak akan letak gambar u ols dengan Venetian amsk skals occay? :) Thx nok!

Thx again for your friendship... we'lls ee each other soon

heavenvshell said...

erkk...kesiannye uols...next year uols beraya je la ngan i kat north yorkshire ittew....ok??