About Me

Wednesday, October 14, 2009

Update

Mahap ye, Cik Kiah...yang menyuruh saya membuat ulasang perpecahang Fahrin and Scha. Nak ulasang menda nya kalau dah dua-dua pun aku tak kenal? Lagipung..set-set tu sungguhlah tak glam untuk diberi ruang cameo pun dalam blog ku yang elit ini..hikss.

Waktu untuk pulang ke tempat kerja pun dah semakin dekat dan dek kerna kegatalan membukak office email membuatkan ku sungguh tak syok.

2,3 menjak balik ke tanah tumpah darah ni (isk...) dan menjadik tenggang adalah membuatkan hati tu rasa berat aje nak berpoya-poya. Tapi semalam, atas kesedaran siviks yang amat tinggi, saya pergilah menghadap bonda, walaupun cakap tak banyak...(iya, we never talk moe than 10 minutes..see, I'm not th sort of child yang phone friendly, sikit-sikit tanya, owh..mak masak apa..buat apa tu..or ngadu-ngadu) saya ini anak didikan askar German dizaman Auswitchz yang takde perasaang. Tapi agaknya bonda pun memahami dan selepas menunaikan tanggungjawab walaupun tak sampai 12 jam, maka senanglah hati saya untuk berpoya-poya dengan kawan-kawan ketat malam tadi.The only limitation was, tetiba saya teringatkan yang kengkawan tu adalah bini orang yang although not in so many words..adalah amat menyayangi laki semasing tu. So, walaupun bini-bini orang tu tak nak balik kaedahnya and waktu berpoya bolehlah diextend sampai kedai minum tu tutup, aya sebagai kawan yang mithali lagi bertanggungjawab, suruh jugakdua-dua orang tu balik. Jangan jadik macam I ni...

Since I balik ni jugak, I terkena sakit belakang yang semi kronik that mother reckoned was due to my food intake. Berangin katanya. Semenjak my tukang urut dah mati dibunuh perampok dengan sadisnya, there's no one else yang boleh kupercaya nak memicit body ku ni. Nak harap MB1, 10 minit aje..(if I'm lucky) terus cakap, dia penat. So, mother took out her old corset and asked me to put on so that I could strengthen my back....and voila! Terus baik you. The only thing that I hate about wearing corset is that it pushed the chest up and sebagai gadis yang pemaliewww, I am so conscious about my bood standing out fro the rest (ntahnya nak memalu, padahal sorang diri aje dalam bilik kan?)

Having socialising more than I used to this time, made me seriously think what information I should and can share with people.Mana yang semi irresponsible, obviously not thinking hard and long enough about the repercussion that affect those who dispense the information. Benda yang asalnya jadi perborakan casual antara kengkawan, tiba-tiba jadi bullet dia sindir orang pulak.Kesian kat orang-orang yang unsuspecting ni, ye lah, kita bagitau you pun, sebab you kawan-kawan kita kan?

However, life is too short to stress about nor should we be conscious of what comes out of the gob everytime. If you smart enough to think what may and will upset others, so share your info wisely lahkan?

Since I have greater commitment to my life now, maybe trip balik rumah kena dikurangkan ke dua tahun sekali..lainlah tetiba lepas ni, my Boss decided nak naikkan pangkat I that I would earn more than £30k, maka, bolehlah ku naik first class everytime balik rumah.

I would like to sincerely apologise to those I have not had chance to meet. I wasn't to well and most time was spent tidur-tiduran.

To the two bini orangs...startlah mencopet duit laki miewww dengan gigihnya...maka mansion ku yang mengadap Richmond Park ittew akan menunggu miewww.

Monday, October 12, 2009

Politikuscing.....

I must not write about politics...sebab nya tak tahu apa-apa. So, buat apa nak tulis kalau info dalam kepala pun lebih banyak info gossip dari info politik.

Someone asked recently, had I not chose to be a Social Worker (and blarrrdyyy auditor) what is my career's choice? Dengan muka tak malunya I cakap...politician lah kot.

However, dengan bongkaknya, may I say...I have a degree in political studies. Iye..idok le glamer macam orang yang masuk lab semedang tu but masa tu, China's Red Book was more appealing than the rest (plus, aku ni idok le berapa pandai Kiah oiii) So, nak tulis lah jugak pasal politik (kan ke aku blogger elitist, Kiah?) sikit-sikit.

Isa The Clown (ni adalah dicopy dari bapak saya suatu masa dahulu) won the election in Bagan Pinang. I grew up in PD and I know many people from Bagan Pinang, the Kampung itself. Isa Samad's originally is from Kg Bagan Pinang and I was there, along with other schoolmates paying respects when his dad died. Sebab dia orang Bagan Pinang,kalau dia tak menang, alangkah malunya.

My FB friends yang anti Isa Samad wrote in the status updates that people in PD are in favour of a convicted briber.Not only that, Azmin Ali blatantly lambasted people in PD for wanting a corrupted person as a leader.

Well, who is not corrupted here? Azmin Ali was made millionaire by his boss and the Boss himself earning his millions while governing the finance ministry.

What annoys me is that who gives this people liberty to throw such remark when they themselves obviously dipping into easy money as well?

Isa Samad was caught, named and shamed. For sure, there's many like him. I was offered to join a party that every meeting you attend, you'll get $50.00. I don't think that is politik wang. The thing is bila wang sudah ada, and to attract people and to encourage them to get off their arse to attend meeting, hulurlah sikit...lepas duit toll (cilaka kau pondok toll!!!) and duit minyak, parking etc.

People who wants to claim power nowadays are those with money.So, they will say and blame who they want.

I think, appropriately...Azmin Ali must first encourage and educate his own brother to write sensibly in his blog. Penuh dengan caruts 100 karat, let alone morale.

Nak kata blog I ni bermoral takdelah..tapi janganlah pi kutuk orang with sentences like that. Bukan ke kata pernah jadi law student dulu. Kalau dah jadi kakak fulltime pun, siap promote lagi hang dah pi tanah suci, udah-udah le nak kutuk orang kan?

So, Datuk Isa...boleh tak waive toll dari Subang Jaya ke Seremban and Seremban ke PD or least, kasi lah 70% discount ke?

Saturday, October 10, 2009

Update

I have been following Nasha Aziz's court case. Before you ask, Kiah..ni bukan kes dia bercatwalk dalam rumah with hidden CCTV ye...but something about her natural father yang tak puas hati and malu besar because of something she quoted in a newspaper articles.

From what I read, Nasha was brought up by her paternal aunt and her husband. Whatever happened to her birth parents, idok le aku tahu. So, in so many ways she sees them as her parents. She might think or feel that they are her natural parents too, considering that they are the only parents she knew.

Her foster father died. Obviously, legally he was not the father but as a child brought up by a man she came to called a father, the foster father was her father...to her.

There was this interview (ni lah jadahnya reporter kat sini, suka benar menanya soklan-soklan bangang like what they did to Joyah...apa perasaan Kak Norlia etc,etc. Eh..ko bangang ke hapa, kalau dah anak mati mengejut camtu, takkan nak buat party lak kan? Ingat Kak Norlia tu cucu Tuanku Jaafar ke...orang N9 disuruhnya berkabung 100 hari, tapi anak cucu boleh berparty pulak kat Shangrila...kan?kan?kan?)

Masa Nasha kena interview tu, maybe masa tu bapaknya (the foster father) baru mati gittew..so reporter tanya something about her feelings during hari raya ke hari bapak ke ntah, so si makcik Nasha ni pi lah cakap...yang hari raya ke hari bapa is less meaningful sebab bapaknya dah mati.

Tup-tup....teruslah seorang pahlawan silat gayung tah mana-mana datang nya, terus mengaku yang dia tu Bapak kandung Nasha and that he has suffered huge embarrassment because of what she said. Kalau buat statement dalam sokabar je takpe..nak gi disaman nya pulak Nasha Aziz tu.

I am not familar with legal proceedings nih...ye lah...ambik law kan ke tak pass?? He (the biological father) must have hired a good lawyer that he succeeded in claiming $10,000 from daughter he abandoned from infant yet feeling greatly humiliated because he was not acknowledge as her father.

Obviously the judgement of the case is not made public, so I pun tak tahu lah ujung pangkal (tapi masih gigih nak bergossip nih) but I can't help to think what was it that motivates him to do that? Psychologically, this will not win you any acknowledgement from your own flesh and blood, and I doubt lah Nasha akan pergi menyusun sepuluh jari kat bapak dia tu dang-dang tu jugak. On his part....dah le kau tak bela sendiri anak kau tu, tak ke just for that kau rasa malu? Tak ke nanti orang cakap...dah le anak bagi kat orang, pastu gi ambik duit anak pulak.

Wel, he is now $10,000 richer with interest lagi but there's your child gone forever. I nak jugak tanya....apa yang buat sampai dia malu sangat tu? Sebab Nasha kata dia dah mati ke? I think Nasha should have just said, he is just a sperm donor and for that, I'll pay him the $10,000 for his teadpoles.

On another matter unrelated to Nasha or his silat biological father, I didn't go to that reunion. I told my friends that I was not well. Errmmm...hanya 20% benar. peratusan lebihan nya ialah;

30% sebab malas nak pergi KL sorang-sorang. The roads are way too confusing although I do remember certain main roads. The traffic and the crazy motorcyclist is a murder.

50% sebab,the people attending the reunion is the people I haven't seen or spoken to in years. I wonder why people are keen to attend or organise reunions, when majority of people in school dislike each other. This is all thanks to Facebook that people know that I am alive and breathing (and single too) Here I am thinking...kita kat sekolah pun tak bersembang, you tak geng I and I pun tak geng you. Everyday we come to school, we look at each other faces and we exchange smiles or sometimes evil glance. So really, what is the point of going? Tak cukupkah dengan ber poke-poke saja dalam FB tu?

I am always excited about meeting new friends. I know loads of people who has plenty people to visit and see and their lives seems excitable dengan ramainya kawan-kawan. I have friends who posted their parties pix in FB and sebagai kera sumbang yang berkaliber, hati kecil ku ini Kiah...ada jugak bertanya, apasal lah aku takde ramai kawan nak dibuat beronggeng or diajak pergi ke party-party liar macam tu? Macam best aje gamaknya orang-orang yang berparty sakan tu...

But I always believe that large quantity of friends require extra large quantity of commitment. Ada orang ada blog community nya (ingat ye..don't assume that I belongs to this elitis-elitis gang) ada orang, ada geng-geng Makhayyam nya. I ni, takde geng. Elitis pun tak masuk, Makhayyam pun tak kena. And like I said (but Kiah tak caya) is that I am so pemalu...nak jumpa sorang-sorang pun takut..kan NBNS???? So kalau dah sociophobic and pemalu, apa jadah pulak teringin or jeles pulak tengok orang ramai kawan.

Kesimpulannya, I memang sewel.

Friday, October 09, 2009

Sila dan sila....

Malaysia I-Like
- Sekarang ini kedai-kedai tempat kita membeli barang sudah membuat terma-terma yang baru iaitu, anda adalah dibenarkan memulangkan barang dan menukar barang jika tidak berpueh hati. Ini adalah sangat bagus...untuk orang-orang yang fickleminded cam saya ni or orang-orang yang suka salah baca buying list juga seperti saya ini.

Hari ini tadi saya pergi KWSP. Adik-adik saya kata, saya dinasihatkan membuat penama kepada duit EPF saya yang sebanyak taik hidung itu, yelah...saya kan kerja kat Malaysia cuma sempat 2 tahun lebih saja. Sebelum kami pergi tadi, MB telah saya nasihatkan supaya tidak memakai baju yang menjolok mata dan menjolok sarang ular orang laki-laki...so begrudgingly, dia memakai T-shirt size 16, 3 size lebih besar dari biasa...supaya tidaklah menampak bentuk badan yang luar biasa (dimata jantan atau dimata kakak-kakak Ustazah orang gomen ittew) Akan tetapi.....sesampainya kami kat kaunter penyambut tetamu dan pemberi nombor giliran kat KWSP ittew, kami dilayan dengan penuh mesra oleh adik hensem berbaju melayu dan bersamping tetapi takde songkok...yang bermata hazel, berambut orangutan dan ber foundation..mak datukkkkkk...kalau tampar musti retak nya!!! Jgn silap paham..kami tidak mendiscriminasi...(iskk..adik pakai foundation Body Shop ke dik???) malah kami amat sokaaaa sekai yang adik comel itu telah diberi ruang and peluang meng express diri (dan membuktikan kawun lelaki juga adalah setanding kawun wanita dalam memelihara kejelitaan diri, speaking of which, kami dua orang ni tak mekap pun dik oiii...) tapi MB1 tak pueh hati..sebab katanya, kalaulah dia tahu orang jantan pun dibenarkan mekap kat Jabatan Kerajaang...apasal dia nak pakai t-shirt bersize zero nya itu telah dilarang???? I pun pujuk dia..alah tak apalah....hari ni kan hari Jumaat, janganlah pakai baju sendat-sendat..dah le kita pakai 3/4 shorts ni...tak pasal-pasal tak dapat service pulak...dan setelah disogok dengan sampoerna ijau, maka MB1 pun diam saja lah. Adik-adik yang melayan kami juga baik-baik, helpful dan ramah sekali, tak macam kakak EPF dua tahun lepas yang melayan kami macamlah kami ni nak rampok laki nya (if lah dia beraki...) dan adik yang sorang ittew..bila nampak address saya kat Londres nung..terus cakap omputih dengan rakus nya...(adik tak perasan ke kulit kakak ni kulit ular sawa yang amat matang sekali...tak pun hangus dik?)

Kesimpulannya, saya adalah happy....

Malaysia I-Don't-Like
Hmmm.....list ini adalah amat panjang.Saya sudahpun dikomen kerana tidak menghormati Malaysia dan juga amat berlagak...(org tu cakap, lain kali tak suka, blah lah..jgn balik Mesia katanya....) akan tetapi..saya cuma meminta tol-tol dikurangkan, motor-motor diberi laluan jalan sendiri, sila beri laluan bila saya pasangkan indicator, sila cakap tompang lalu atau maaf bila sengaja atau tidak sengaja kacau personal space saya, sila buat bas yang melalui jalan-jalan dan area area tempat adik-adik saya tinggal yang jauh berdentum ittew dan terpaksa saya membayat tambang teksi dekat 30hinggit...sila cepatkan speed internet, sila jangan bawa anak-anak kecik dlm supermarket yang busy tapi taknak dikawal budak tu,sila jangan bercakap dan menghantar text message dalam telipon bimbit ketika mengemudi kereta, sila bersihkan taman, sila ratakan jalan, sila jangan berkelakuan tak senonoh didepan orang yang tengah nak makan...(ini adalah untuk adik bertudung hitam yang bercium mulut dgn boifren kat Food Court Midvalley semalam ye....) dan banyak lagi.....

Pssttt..saya terbaca amaran mesra Datuk Bandar PJ yang katanya tak boleh membawa anjing kat taman, kenapa ye? Cemanalah orang-orang yg ada anjing nak bawak anjing diorang jenjalan kan? Surely, anjing-anjing peliharaan adalah set-set bangsa anjing yang ternama dan berpendidikan, not the kurap one.Ataupun owner anjing masih lagi tidak berpendidikan suka membiarkan anjingnya fouling the street?

Saya juga ingin memberi pesanan mesra kat orang Malaysia yang tak duduk Malaysia supaya berhentilah mengadu domba dan mengadu bomba.Sebagai seorang yang sudah dewasa dan berumur sedikit, kita mustilah menunjukkan contoh yang baik kat adik-adik kita. Awak tu sudah mencari gaduh dan memanaskan hati ramai orang..and by the sound of it, jadi bahan umpatan orang jua. Silalah bertanggungjawab dan tidak memberi sebab kami-kami ni untuk mengumpat, dah le kami ni suka mengumpat sepenuh dan separuh masa. Kalau you dok diam-diam, takde orang nak cakap pasal you kan? kan? kan?

Sekian.

Thursday, October 08, 2009

Hek elehhhh....siapalah yang perasaang nih????

Tolong jangan hantar lagi email kepada saya

Monday, October 05, 2009 12:26 AM
From:
To:
"hajah_esah"
Saya bagi amaran terakhir kalau awak terus forward email yang tak munasabah dan tak berkaitan ke alamat syaraikat saya.... saya akan maklumkan kepada kedua ibu bapa saya, saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang msg yang disampaikan.

tidak ada kena mengena dengan saya.!!


kalau awak nak berkenalan dengan saya , gunalah saluran yang betul, saya masih ada ibu bapa, mereka boleh pergi meminang awak. dimana saja awak berada..

Wednesday, October 07, 2009

Note To Self

There's plenty of TV ads that tells you to cherish your parents...while they're still alive. Some so graphically moving membuatkan anak derhaka macam I ni rasa nak mintak hampun sambil nangis time-time tu jugak...

Often the ads director portrayed parents as god who we shall not fault, disobey etc etc...

More than often they forget that parents and their children are human with feelings where at times, relationship can be as difficult as masalah dunia-dunia ke 1,2 and 3.

Fortunately, I don't (think I) have difficult relationship with my parents.I think we are just like normal middle class family who live and work, love and hate and let live.

I see and hear and I know quite handsful of people with very complicated relationship their parents. While we think telling people what they should do is a right thing to do, I somehow feel that letting people think what is best for them to do what feels right to them is more appropriate.

I think people practically don't like to be told things they already know.

What we have to realise is that as we grow older...we see, think and feel things differently. You even grow to be a different person your parents hardly know or just the same old you your parents never notice all the time you were with them.

As much as sedapnya mulut kita nak mengata orang yang kononnya tak respect makbapaknya masa they all tu masih hidup, let's allow how the person must feel themselves.

As a person, we are allowed to feel angry, to feel mistreated and to feel whatever feelings we are feelings. and this has nothing to do with being disrespectful.

Sekian....yours passive aggresive.

Tuesday, October 06, 2009

Terkini...

Kepada kawan-kawan, ingin saya bertanya.....

a) Apakah yang terjadi kepada budak hitam yang sarat mengandung yang mempunyai mak mertua yang puaka ittew? Last I saw was, 3 of them (hitam girl, Monster MIL and another pompuan puaka) was picnic'ing and it look like MMIL is plotting something awful....

b) Adakah Sehati Berdansa itu telah dicopycat dari 'Strictly Come Dancing'?

c) Macam mana saya nak pergi Shah Alam? I have a friend who live not far from NCUK campus in Section 6. I tried today and dengan tiba-tiba....ternampak signboard...Kuala Selangor when I can swear on my life that I followed the road I know, after Batu 3 tol (tol lagiiiii) and...mana poeinya jalan lalu depan kilang Carlsberg tu that take us to the kayangan round-about? Sudah ghaib kah?

Bantulah saya dengan segera....hik,hik,hik.

Update

I telah kembalian dari menjadi tourist kat Borneo. Hiks....so I did the 2 1/2 hours jungle trekking (patutnya dua jam je, tapi maklum lah pendaki-pendaki bukit semuanya dah veterans, so speed adalah sangat sangat minima)

I had wanted to do the mount climbing (ceh..Kiah, taknak kalah kan?) but mengenangkan my visit to the gym was eons ago and my only exercise was panjat turun bus and train and office stairs aje, nak naik gunung hapa nya???? Plus, with MB1 punya resrictions, kata ni takleh buat, tu tak leh buat...sampai I nak kentut while I was in the jungle pun naik takottt!

The last night in Borneo was spent appreciating old film 'Suara Kekasih'. Watching the film made me realised that the older ones are way,way much better than the new one. See, I am not easily impressed, orang kata YA punya film world class, I sampai sekarang tak paham-paham apa jalan cerita Mukhsin tu. Again, I am not an artistic person and people can go on selling the artistic side of the film and still I takkan paham. No offence to YA's fans lah ye....

Seeing Suara Kekasih telah mengingatkan kiewww kat orang yang dah 6 feet under tu.Nak kata film tu reflect my our stories habis-habisan takdelah...while Ogy cannot marry Azmil pasal Azmil tu kayaraya and she's only penyanyi murahan...the 6 foot under man did not marry me because he choose not to.Huge difference. I identified the feelings, that is. Haiyooohhhh....

I will never know how the 6 foot under man deal with his feelings.But he was single for a very long time after the divorce and all the time between divorce and deathbed, was finding me.

But (untuk memujuk hatiku sendiri, Kiah...) he had his chance,and he blew it.We women can live thinking and wondering what is it that men really wants? Ada set-set tu, bini cantik lagi bergaya and not to mention betapa mithalinya memasak untuk laki dan menjaga laki dan anak tak berbelah bagi...dianya masih lagi nak berpoya-poya.

I am full of suspicion ni Kiah, with the cake man story, kununnya dah beli bunga kek bagai for his wife yang akhirnya ditangkap khalwat. The story bukanke, dia ikut kereta bini dia and 'tetiba' terserempak with the Jabatan Agama and 'tersama-sama' pulak caught his wife in action. Conveniently with cakes and flowers, he volunteered his info with the media. Hmmmm...he is dancing with joy lah kot dapat malu kan bini dia...

p/s...I want to ask, what is about Melayu in kayu ss23? Adalah orang dah marah I generalised the Indians with being the extra berlagak one. Hiks...see, this is what I think. People who feel the need of berlagak tak tentu pasal are those who are feeling pressed in. Like the blacks who often feelings victimised and discriminated against, hence psychologically need to cope with the emotion by displaying such behaviour.This applies to people of any race.Kalau you calm and confidence, takde perlunya berlagak, kan?

Wednesday, September 30, 2009

Terkini.....

Tu lah..orang kata...(Tuhan pun kata) menipu ittew adakah perkara yang keji. Bak lagu kanak-kanak...cakap bohong, lama-lama mencuri...tapi, belum lah lagi naik tarap mencuri perampok Indon ye you all..I ni pencuri kecil-kecil lan, curik stationery kat opis, curik soratkhabar kat opis..tu aje. Takdelah menggelapkan duit syarikat koperasi ke, duit Khairat Kematian Kampung Jiboi ke hapa....

Years ago...(see, I penipu yang tak berhemah...I have forgotten what exactly said and when I lied, nor that I kept tracked!) adalah kat satu kawan dari Convent ni, rapatnya tak adalah...tapi kenal lah. Ada sekali dulu, I terserempak dengan dia kat KL, dia dengan kawan se opisnya and I pulak sorang. Mulut dia macam mulut jahanam jugak...sebab ada lah dulu dia fitnah (or suspect more like) yang I ni ada hubungan dengan orang pusat serenti yang juga training buat building work kat sekolah dedolu. Pastu..ada lagi suspicion-suspicion yang sungguh berpotensi memalukan I kat sepelusuk Paroi tu. So, to prove her wrong...I cakap lah I dah kawin.

Makcik ni, sib baik lah after many-many years, idokle IT savvy ke hapa...dia rasanya takde Pesbuk. Tapi orang yang I kenal dan dia kenal, ada pesbuk. So, kami ni nanti ada reunion next week. My fren cakap..makcik tu dah mengompom kan kehadirannnya dengan Cik Abang nya sekali.And..she can't wait to see me....mak aiiii...hati I dah begegar dah ni...

Mana nak ku carik laki jadi-jadian ku ittewwwwwww????????????????????

Kang kalau kata dah bercerai....sure adalah sora-sora sumbang. Pastu bercerai tak ada anak..musti set-set pompuan mulut puaka tu cakap..patutlah dia tu kena cerai dek laki nya...***dulll kot????

Kalau ku kata ku single (or Mak Janda) sure memasing tu nanti....mulalah menggelabah takut aku nak rampok laki nya memasing tu...

Or..mustikah ku meneruskan penipuan..dan mengajak sesapa mangsa untuk kujadikan laki express untuk tatapan U(mum) aje? Isk..ada male escort services ke kat sini?

Or...(ni line tipu paling sesuai) patut ke I cakap...laki omputih I (cehhh..na, takmau kalah ni) tak ikut I balik...sebab dia tak tahan panas ke or sebab dia busy gila, ye lah dia kan President Microsoft gittew?

Iskk..iskkk...iskkk........

Things People Said....

Quote Satu
Saya berasa selesa keluar dengan Abang Normang sekrang kerana dia bukan lagi suami orang....(iskkk...bukan ke masa dia tu suami orang, kau telah bergerek dengannya sampai kena tangkap basah)

Quote Dua
Saya berasa seronok bercinta dengan Memeh....(hek illa...takkan bercinta nak stress kot? Ni kalau pompuan M tu tak reti-reti bahasa lagi..masa kawan tu dah berbini pun rajin berbohjan dengan pompuan lain, tatau lah nak kata apa kan?)

Quote Tiga
Abang K telah membuka hati saya and mengubah persepsi saya terhadap lelaki....(yelah, Abang K juga telah menggunakan duit untuk membuka hati saya...cuba kalau Abg K tu kerja pemanjat tiang LLN, boleh ke bukak hati awak tuuu?)

Quote Empat
Ana dengan Wawa hanya kawan sahaja.....(Ustaz Rebonding, bak kata Kiah...sebelum bercerai dgn bininya yang lawa dan berkahwin jugak dengan Wawa)

Quote Lima
Beyonce kenalah mengikut peraturan berpakaian dinegara kita ini...(Saya adalah orang Kuala Kelawang yang warak, sampaikan anak saya sanggup menceraikan bininya masa mengandung dan melalui txt message)

Quote Enam
Everytime I see a lift, I recalled the moment I have been ambushed. This is uncalled for. I am seeking a jusctice....50 millions compensation..and my Mummy said..my life worth more than moeny (Saya adalah orang Pilah...and if it is about seeking justice, what about the 50 millions lah weii?)

Hehehehhe...

Tuesday, September 29, 2009

Update

Driver Yang Jahat
I got my drivers licence when I was 16....(atas paksaan bapak lah ni) I got both, B2 and D licence.That time, we drivers are so polite. We care about the car, the people in the car with us and people in the other car. We give each others way.My relatives called me a 'London Driver'. It is not a sign of posh at all however referring to my 'lembabness'. I indicated when I overtake and when I make a turning. I religiously follow the speed limit. I give way to other driver yang tersangkut nak keluar simpang. I gave a thank you sign to other driver who a nice to me.I forced my passenger to wear seatbelt.I did everything that was taught by both instructors in Malaysia and in the UK. But here, my relatives gelak at me.I was given a ride, easy for me to move about.I remember certain roads so I was the choosen driver. Everytime I bawak kereta....masa tu jugaklah boleh kira berapa kali I telah mencarut, beristighfar (ye ke ejaan nya ni?) and menunjukkan satu atau dua jari kat driver yang telah sewenang-wenang nya menyakitkan hati I. Mat & Minah motor punya perangai...jangan cakaplah. Macam nak sangat mati kena lenyek bas kan? The other day in the news, the Ketua Polis cakap, orang Malaysia ni kalau hukum bunuh sekali pun....takkan nak nya menukar perangai.Sedap lah dia cakap kan???? Dia kan ada supirnya bawak kulu-kilir? I think, takpayah lah nak hukum bunuh. I think, law atas jalan macam soft sangat. Kalau nak orang takut, buat style UK...langgar ke, accident ke, driving deangerously ke, habis hilang point. Bila point dah hilang...after few times, lesen kena tarik. Tunggulah setahun ke 3 tahun nak dapat baru. Tak cukup dengan ittew, dipersembahkan dengan criminal record so nak dapat kerja baru pun susah. Pastu, kalau driving terlampau dangerous sangat..hah kau, masuk jail. Pastu...improve lah public transport. Every kawasan perumahan or kampung ada bus lalu sampai city centre. Lagi satu...mana perginya traffic polis? Ke ada masa malam-malam bila jalan kosong aje? Iskkk...

Tumpang Lalu
Kadang-kadang bila kita buat sesatu benda tu, kita tak perasan yang kita ni in the way jalan orang lain. Hari ahad that day I pi beli sokabar...sebelum kena layan tu, I pun tercongok lah depan newspapers tu, glance reading. 2,3 kali my personal space kena invade. Bukan masa tu aje, masa I nak beli barang ke, bila I dok kat depan rack, ada jugak tangan-tangan yang terbit dari mana datangnya....invading my airspace.

Eh, tak reti ke nak cakap tumpang lalu? Tak ke kita dengan tak semena nya dah bersentuhan tu? Katanya haram kan pompuan and jantan bersentuh kulit, tapi yang aku tengok jejantan macam takde rasa apa aje 'violating' another woman personal space. Nak kata takde budi bahasa, katanya orang melayu. Selalu sindir kami-kami melayu tak sedar diri dok oversea ni. Bila dalam bus ke, LRT ke, tak ke reti nak cakap excuse me, bila nak lalu tu? Main tolakkkkkk aje kan? Boleh tak lepas ni..you all, kalau rasanya akan terlanggar ke tersentuh orang depan tu, cubalah cakap...Kak, Bang..boleh tepi tak sikit...(p/s, boleh tak Kak dan Bang pakai deodorant yang triple action formula ke bila naik public transport eh?)

Kenapa Saya Misti Membayar Toll
Ehemmmm.....mengapa? Adakah jalan-jalan raya didalam Malaysia ini dibuat diatas tanah Incik Sammy Velly? Bukankah kita suda membaya tax? Bukankah kita memerlukan duit untuk memperbaikpulih benda-benda yang penting like giving people good education ke...apa-apa ke yang bagus untuk physical and emotional? Kalau mahu minta Tol pun, kenapa selang 5 minit ada tol booth? Tak ke paria nama nya tu? Encik Sammy Velly, silalah berchotti selama 20 tawunnn ye? Encik Sammy tak akan kena denda lagi....

Kepada Cik Abang tu yang suka pakai ibu jari kaki.....hmmmm........apalah sangat panjangnya ibu jari tu kan? Apa kata Abang beli aje inflatable girlfriend...apa-apa pun boleh try, and si patung tu pun takkan nya mengomplen Jabatan Agama. Ish..ngok lah!

Monday, September 28, 2009

One Raya

I was in United States of 9, from the first to the 5th Raya. My calculation was bad, when I booked my flight, I thought Raya is going to be on the 22nd, because we (in the UK) puasa on the 22nd also.I was battling jetlag and suddenly after buka puasa, the Mohor Besar man kata, raya is Ahad! Weihh....how lah to go home late-late like that? All means of transportation e.g. Komuter, Express Bus and Express adik-adik sure cannot accomodate one. So on the malam Raya, I decided to brave the jet lag, try not to fall asleep and even if I did, I must bangun very early. I did!

I arrived Paroi Jaya, courtesy of Express Sepupu Mulut Puaka, who is driving pepagi raya to his Mum house.

Raya was fun. There was a sad and happy bit. I'll spare you the sad bit.

Atas arahan Bonda yang terchenta, I tagged along with my sisters when they did their Raya round. While some would wish to have laki during Raya to save them from nasty interrogations, I am so glad that I am single (however not really emotionally available).

I think, when you are partnered, you are so obliged to make all the raya rounds.My sisters are like walking address book. They know who lives where. I keep asking, ohhh..must we go? They said,ye lah. Kau nak kena marah ke? Because I am already in their car with no where to go, I had to follow. Even to the houses where I hated the host the most. But it is Hari Raya. I must have the spirit (and the money too) United States was so hot with no hujan like KL.With me feeling so,so hot, nak makan pun tak lalu.I ate so little I may have upset my aunties.

I also went to Kuala Pilah.(If you must asked, Tanjung Ipoh...alaaa...Kampung Mompeh) I was laughed at when I struggled to segregate the tulang from the ikan salai. I was pursuing the betik more than the nasik (tapi still susah nak berak)

My cousins are now with laki, bini and kids. The used to be the younger ones are now either married,getting married or spoken for.

My uncles and aunties complimented how slim I am (or I was????) Ye lah..by their standard, slim lah. They all eat nasik everyday, drank air manih-manih and snacking like hell. One of my cousin menyampuk...ye lah, dia kan orang Putih. Mana makan nasik!!!! Cilaka sungguh.

This time in years, I survived the Bukit Putus. Dedulu tak lopeh...sure muntah belalah and after that, sumpah takmau pergi lagi. So many relatives came to the rumah pusaka, some I haven't seen in years. My aunties decided that we should do a kenduri tahlil for the departed one and so, we stayed overnight. We borak and borak.

Surprisingly this year, the older generation didn't ask Mega questions. Cehhh..lega rasanya. They must have been so tired asking about bilalah kau ni nak berlaki...etc,etc. Nothing sadistic like the previous years when oe of them macam cilako cakap, ohh..you are depriving your parents of a grandchild. Cam kimakkkk je kan?

Tapi yang tak best nya....

My sepupu-sepupu...yang kononnya terasa that they're in the safe zone i.e. dah berlaki/berbini pulakkkkk yang inherited soklan-soklan puaka ni.

I like to brush off questions with answers yang bangang lagi macam kelakar like...ish..takde orang nak, tunggu Sultan Brunei lah...Brad Pitt lah.

One of my male cousin yang bentuk mukabuminya dah sebesar Pahang (Dulu Perlis) semenjak dah berbini ni, siap cakap...apalah yang susah sangat kau ni...Nenek Wook tu pun dah 23 laki eh. Kau sorang pun tak lopeh. Ptuihhhh! Adakah aku disamakan nya dengan Nenek Wook tu? Rasa nak aje jawab...ye lah,if I want to have a laki for companion sake, buat jaga kita dimasa tua, baik aku bela kucing....if I want that kind of relationship.

Another female cousin....pun mulut cam lahanat gak.I ni very memilih lah (bukan ke kita kena pilih orang yang seswai dengan kita?) I ni too selfish lah...siapa nak jaga kita bila kita tua lah...potpetpotpet. I ni rasa nak cakap aje kat my female cousins yang dah kahwin beranak pinak ni, just because you all ni dah berlaki...don't think the laki is going to last forever ye? Jantan nowadays....ish,ish,ish..can divorce you via text message with no valid reasons. While you mengandung also can kena tinggal. Buat nya adalah Memey ke, or tah sesapa artis-artis or pompuan-pompuan genit berjaya merampok laki you, tak ke kau nanti yang kena tinggal? Don't be overconfident lah...hang on to yr husband while you can....jgn sesebok hal I ni.

That is the unfortunate bit. You can always choose yr friends, but NOT your relatives. I wonder why Anita Sarawak, Wan Zaleha Radzi ke or Zara Davidson are not related to me. Sure masa raya was spent talking about beneficial things like masalah kat Peghak ke, Equesterian ke or cara-cara menghalau tukang samun tanpa menggunakan kekerasan..kan Kak Nita?

Because of our relationship, I decided to diam and senyum aje...walaupun hati pedih, macam Joyah yang anaknya baru mati semalam (Al-Fatihah) There was a time, I rasa macam nak meletop, as my cousins tu kalau melaser I pun depan ramai orang, especially budak-budak. Mulut ku yang ber insurance ni rasa nak aje nak je menjawab...things like rahsia-rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi (tapi keluar jugak dlm sessi-sessi gossip masa lalu)

Those cousins of mine really berlagak like houlier than thou depan anak-anak they all...and other extended and additional family members. Alangkah manisnya kalau masa dia laser I tu, I can happily announce kat seantero Kampung Mompeh tu yang

a) My Female Cousin yang potpet...adalah bohsia sekolah yang pernah lari ikut boipren...tak balik seminggu. That she, was the kelapa yang dah kena tebuk tupai Mat Motor and menconteng arang kat muka makbapak nya. Yang I tahu, habis duitmakbapak nya cari bomoh ubatkan dia supaya jangan ikut Mat Motor tu. How nice if her sons and daughter to know about their mum's sordid history.Including laki dia yang macam orang alim tu.

b) My Fat Male Cousin....dulu,bertunang-bertunang-bertunang...tak jadi. Bukan masa bertunang aje kena reject, masa berchenta dgn mana-mana pompuan pun dok kena tinggal je.Nasib baik lah...ada tukang recommend, tu pun pompuan (bini dia sekarang) tu macam dah nak tarik diri, until my aunty (his mom) nangis-nangis pujuk2 pompuan tu and her family. Elehhh...kau pun kira nasib baik lah kan....ada bini sekarang (in which, at this rate, kalau kau tak jaga badan, macam Usain Bolt lah bin kau lari nanti...)

But.....biarlah rahsia tu pecah diperut aje.It's Hari Raya....I hardly see them anyway. Let's just hope they still have laki or bini to hang on to, next Raya.

Taraaaa.

Sunday, September 27, 2009

One Malaysia & Dua Wayang

One Melayu
I was on the 99 bus mini (alaaa..yang kat area Subang Jaya tu) coming back from Sunway Pyramid. I had to use the free wifi...nak hantar report kat Boss punya pasal. I need to use my laptop and for some reason, no one is able to tell me the wireless password for internet at home. So, berarak lah aku menghangkut laptopku yang tak berapa mungil tu naik bus. Dalam bas, adalah sekumpulan budak-budak lelaki kat back seat tu. They don't look that old so maybe in their mid teens.One boy in particular....distinctive nerdy look. Pakai cermin mata set-set budak pintar githoo (or is it the fashion now with that awfully huge frame?) In his conversation with his friends (dengan volume 42 nihhh) he talked about his new top and baggy jeans....and hairdo. He reckoned 'pompuan pun boleh stimmmmm.....'. I look at MB2. Nak gelak pun dah tak larat.He was so loud (and obnoxious) for such a kemetot person. I hope he is reading this....or his friends ( I doubt lah...)

First dik....mewakili pompuan-pompuan seONEMALAYSIA ni, it takes more than baggy jeans and branded shirt to makes us 'stim'. You should know that women often find over-talkative men less attractive...nak nak set yang suka jack diri sendiri, laaaaaaaaaagi off puting. However must you insist to make us 'stim', why don't you try this.....

a) Stuff few football socks under your underwear. Bigger the better. But make sure the enhancement is believable...big thing come in complete package, and I think it grows with age.

b) Don't use public transport to promote how attractive you are.

c) When harta takde, rupa pun ilekkk....money can make women 'stim' on your behalf. Ni kalau setakat potong rambut, beli jeans and T-Shirt pun guna duit angpau adik jalan beraya...I'm sure we women are more inclined to 'stim' tengok Sausage and Nuggets in Ayamas.

d) Will you consider...pencuci muka clean and clear????? Ke Kao Biore? You have got to kiss a girl by their lips first to make them 'stim'. Kalau acne pun dah sama ramai dengan population Indon dalam Malaysia ni....susah lah dik. If there is any consolation...you can still enjoy sex. Chargeable one at Bukit Bintang. They'll overlook your notorius acne.They don't need to get 'stim'. They touch and go.

One India
At Pasar TTDI. Ye Cik Kak...TTDI ni pasar orang-orang kaya. No difference from all that over-expensive upmarket you have been to. I was waiting for MB1 buying bunga kubur and he...was buying groceries at the stall next door. He was served by another Indian shop assistant. He gave instruction to his fellow in English, when the another fellow was clearly 'not the English speaking one'. He was rather demanding....takdelah beli banyak mana pun.So the shop man fill everything in one plastic bag. Then..there's a thunder.

In between English and bahasa Ibunda they all tu...the India berlagak, really taruk the shop man. I was there with few others.Lagiiiiiii dia ber petir-petir. Wone wone ingge poringeee BAD SERVICE. Yinnadehhh CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT...and other yingge wonee amma sarree pundek pochikkk!!!

What is it with them? If you're Indian and you're reading this...let me tell you, based on my experience in service industry, your people always like to berlagak tak kena tempat one.Why lah? Dalam flight lambat kena serve berlagak...dalam duty free baru beli chocolate tapi rasa macam beli Rolex.

If you want an extra plastic bag....you can always ask for it nicely.You always going on about being repressed lah, mistreated lah. Everywhere also the same. The one that live in UK also, laaaaaagiiii berlagak. Especially when you drive a car slightly expensive than other. Do you really think people will be impressed? Menyampah lagi adalah....cettt! Poh!!!!

One Cina
I went to Summit to buy some PC pheripherals. Majority of the PC shop belongs to the Chinese. Cehh...manyak bagus. I brought back a PS3 console from UK and was looking for games. So I browse. So expensive. They insist on selling the game that cost over $400, the Ah Beng said, that is already dead cheap. I said No lah...to expensive for me. So I asked for 4GB memory stick instead. It's $350...katanya. He said everywhere in Malaysia sell that price. Because I was wearing just T-Shirt, slippers and shorts and most certainly look like bodoh, he tried selling a software that 'goes' with the stick. He blabs about how 'this' must be use only with 'this' and if not, your komputer will get TLOJANS.

Wehh...must tipoooo one ah? I let him lied through and through his teeth. He has a Indonesian helper..that helped him carry all the kotak and all the odd jobs. One Indonesian among 3 Chinese that behave like a shark. 3 of them keep mengumpat him and called him 'sohai'.

You think I don't understand Chinese meh???? You also called us a silly malai under your breath. Manyak belaniiii ah???? I wish I can say this to your face 'Ham Ka Channn'.

Dua Olang Kulang Bijak
On the news today....the KRU man and the Chinese Movie producer were fussing over whose movie collect more money than who. One movie apparently made $1.dont know how much million on the week one. And another claim, his movie made the most. One got so annoyed demanding a qualified auditor to re count. All in front page. Aiyaaaa????

So important meh???? You oledi got millions...why so sebok??? Baru 1 millions sudah like that...olang lain bikin movie lagi besar currency munya millions pun tatak mising. Bodohhh punya olang.

p/s Selamat Hari Raya you all. Thanks tak terhingga kat you all yang komen kat my last entry tu.Cak pong, cak pong

Thursday, September 17, 2009

Budak Baik (Reviewed on 19/9/09)

Eden budak baik......(Saya Budak Baik)

Monjak kocik...den tak ponah mengado-ngado mintak menan yang memaha...
Orang lain ngompeh-ngompeh kaki, badan mo palo mintak di boli 'an game and watch Miki Mouse, kasut sekolah maha, tapi den...ontokkkkkk yo. Omak boghi Badminton Master tapak ijau $7.99 pun den cukup ber timo kasihhhhh (Semenjak kecik, tak pernah mengada-ngada mintak mainan yang mahal-mahal..orang lain hempas-hempas kaki, badan dan kepala mintak dibelikan game and watch Mickey Mouse, kasut sekolah mahal, tapi saya diammmm aje. Mak bagi Badminton Master tapak hijau $7.99 pun saya dah cukup berterima kasih.)

Monjak kocik...den tak ponah monjawab kato. Orang lain omak cakap satu...beghatuih dio menjawab. Den..omak cakap satu...den jawab setongah.(Semenjak kecik, saya tak pernah menjawab kata. Orang lain Mak cakap satu, beratus dia menjawab. Saya...mak cakap satu, saya jawab setengah)

Maso kocik, omak sughuh poei ngaji...omak cakap, rajin poei copek khatam eh. Lughuihhhhhh yo den poei sojid..mang yo eh...copek den khatam. Dongki boto abang den, sobab eh, dia tak gak naik-naik Quran...bertahun deh nak ngabih 'an Muqaddam eh. Mano tak kono sobat mo tepinggang sokar ayah den? Padan muko eh...(Masa kecik, mak suruh pergi mengaji..mak cakap, rajin pergi cepat khatam. Lurussss aje saya pergi masjid. Memang ye pun, cepat saya khatam. Dengki betul abang saya, sebabnya, dia tak jugak naik-naik Quran...bertahun dia nak menghabiskan Muqaddamnya. Mana taknya dia kena sebat dengan dengan tali pinggang askar Ayah saya? Padan mukanya.)

Maso dah bosa sikit...den kono masuk boarding school...dalam ati den cukup tak goma, tapi apokan dayo, den tak ghoti menjawab. Ayah boghi duit sebanyak ituuuu dan den tak ponah mintak tetambah. Omak selalu posan...belanjo elok-elok...ayah kojo masuk hutan, susah kojo eh...(tapi cam tipoooo yo, nama yo sokar..masuk utan eh adolah 20 menet sehari..pehtu agaknya dia makan mee goreng kek mess kan?)

Maso sekolah, ayah koba..belajar pepandai, jadi loyar...poei England. Hati maso tu ngelintin nak ambik MassComm (yo lah..nak ikut Wan Zaleha lah kato kan...) behompeh puleh den belajar nak lopeh 'an SPM. Sib baik pass. Dapek masuk tompek yang Ayah suko amek-amek tu. Suko ati Ayah...dapek den ngobar 'an kek orang..anak den nak poei oberseeeee.

Bilo sampai UK...macam susah mek nak pass perekso...nak ngadu kek Ayah mo Omak tak ghoti...kesudah eh den tukar course tak cakap mo Ayah Omak. Bilo dah grad...tekojut Ayah bila dapek tahu anak eh tak balik jadi loyar...iskk,isk..isk...

Bila dah bosa panjang dan tak boleh panjang lagi...petamo kali lah Den melawan hajat Omak Ayah..bukan melawan cakap do macam bebudak sekarang...melawan dendiam, buek mondo yang digoma dek ati...walaupun tahu toghang-toghang Ayah tak suko.

Poei lak kojo ateh patobang...Ayah bising (tapi bising kek Omak, tak do deh do nak bising kek den..takut den laghiiii) kato eh..buek ponek yo belajar...tu yang di ondak eh? Sian Omak den...kok anak-anak buek perangai...yang kono marah eh dio.Isk...

Peh tu...bercinto lak mo laki oghang (Ayah Omak tatau..sebolun jantan ni jadi laki orang...dulu den bercinto mo dio sebolun dia gata nak kawin pompuan lain) Ayah marahhhhhhh bona-bona.Tapi cam biaso, ayat-ayat marah di salur 'an kek Omak.

Nak ngelak laki oghang tu, den poei down under. Ayah pun tak goma gak...yo lah. Anak daro sensorang.

Up until couple of years back....bilo ayah dah tak koso nak marah, tak koso nak bising...Ayah cakap slow-slow ...lopeh den dapek UK Nationality, kok ini lah yang kau suko...buek lah elok-elok. Ayah & Omak mintak kau jago lah diri...Ayah & Omak ni jauh... (den raso nak nangih)

Kesimpulan eh...walaupun den ni bak kato oghang Kelantan..budak juruh...tak banyak paham..tak banyak kato, banyak boto pekaro yang den buek tolah melukokan ati Mak Ayah.Sib baik tak kono sumpah....

So, mulai hari ni...sampai bulan tongah bulan dopan, kok den tak hapdate tu, usahlah ningga 'an mesej-mesej demand geh puako. Boghilah den peluang berayo mo Omak Ayah den dan besuko ghio.

Tapi kalau den ado maso dan kalau internet connection tak macam puako, mako...kok sesapolah nampak pompuan angkek singlet duduk dendiam dalam cyber cafe update blog eh..mako togo lah jangan tak togo yo.

Sempono aghi ghayo ni...den nak mintak hampun dah mahap..terutamo pado puak-puak Pilah & Co yang pueh boto den kato.

Kepado yang comment yang den tak sompek jawab

Kepado orang yang den caruts (tapi kalau orang yang terasa dia dicarut..tu lu punya hal lah ye...)

Kepado kengkawan yang tak balik rayo...

Kepado follower-follower (sampai hari ni den tak tahu apo jadah eh fungsi follower ni...makno eh, nak ngikut balik umah ko?)

Entry ini ditujukan kek Orang2 Paroi Jaya, Kampung Tolang...and Orang United States Of Nine. Den rayo kali ni..rayo kek KL. Ayah dah tak bapo kuek..so, adik beradik den dah hangkut dio rayo kek KL. Bukan apo..nak low profile sikit. Kek Kelumpo..orang tak kona. Sonang hidup bilo oghang tak kona ni.Jimat barang makan...

Hehehehe......Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 15, 2009

Update

I dah nak balik lusa but I still haven't packed. Begitulah sokmo....I am such a light traveller, more than often, I am usually still at work at 3pm when my flight is at 10pm the same day.

Orang kata...alaaa..you sure dah tak heran travel-travel ni. Ye lah kan..once upon a time, I was flying all the time for a living...duduk atas tanah 10 hari aje dalam sebulan. Adalah sekali tu...bersalin baju pun kat back seat of a taxi...terus boarding flight.....boleh?

Oh of course I am very excited. I haven't seen my family since my last trip. But I am also a nervous traveller. So, as honestly a I can put it here...I would rather exhaust all the energy in my body for now until my flight...so that aku boleh tidur,makan.tidur,makan for the whole 13 hours journey.

I am so convinced that I developed a phobia being in a confine space. And I am so,so convinced that the work that I am doing now messed up my neurological system completely.

I hope MAS ada cerita yang best-best, just in case I takleh tido. I wanted to ask my MO friend to sign me a prescription of a valium so that I boleh tido. My friend cakap...you minum alcohol ajelah,kan ke alcohol senang buat you tido? Ye lah...buatnya tertidur selama-lama nya, apa ke hal nya? Free ride aje kan masuk nurakkka? But we work dalam kelompok NHS, yang semuanya by the book. There is no such thing of buddy system here...kalau sakit gigi, kalau kena tunggu, tunggu lah. I was put on NHS Dental waiting list since last year. I dah managed pun cabut satu and hoping to cabut another after raya ni. Nasib baik ada kenal Dentist. Kalau tak....tahun 2012 olimpik dah habis kot baru Dentist NHS tu fit me in his list.

I think I have upset one of my friend recently. Hiksss...well, dialah yang terasa so, I nak buat macam mana kan? Kang kalau I mintak mahap...I nak mintak mahap nak cakap pasal apa? Pasal I kecik kan ati dia ke? Bila masa pulak? I will then tell her, I raise my opinion...bukannya criticism..so there's nothing personal. So buat apa pulak you nak kecik hati?

This friend of mine, uses her Facebook page to air her views on Malaysia's politics. Okay..one might say, it's her view..let her be lah. So what I did was, I've hidden her post so that takdelah I baca/terbaca bila dia menghupdate status nya.

2 weeks ago was her birthday, so I wish her.Automatically I was redirected to her page. Dah tu..terbaca lah kan. She expressed her view about Malaysia, Malay and other race. It is notably racist in my view and being a Malay with plenty friends from other race and religions, her view is somewhat provocating...to my liking.

Her ideology preference is towards the Islamic party....(heran gak I...sebab masa kat sekolah si makcik ni adalah ciri-ciri bohsia sekolah gittew..cis mulutku) so maybe bila dah tua ni...langsung berhijrah and menyokong Hj Hadi.

Satu yang I tak paham ni...nama pun dah parti kuat agama, tapi carots marots itu macam tak salah aje. Tak cukup dengan carots marots, habis disumpahnya family orang tu. So si my friend ni, teruslah mengutuk si polan yang nak naik bertanding for parti Timbangkilo ni, pi kutuk family dia makan hasil babi (haram) turun temurun, etc etc...yang memang sadis gila lah kita yang membaca ni.

Back to the comment I made to my friend's view on the sensitive issue. I cakap, errr...your view to me is a bit harsh. I doubt Islam is agreeing to badmouthing and slandering. Plus, Malaysia does not belongs to the Malay. Infact, Malay pun orang datang. She bang on Melayu kena tipu...tergadai maruah bangsa what not tanpa provocation from sesiapa.So, I tegur lah...wouldn't be sensible to have a clean view on everything? We moan and moan...but what do we want? Pastu, dia pi cakap..alah...pemimpin2 pergilah bela babi..kayakan orang Cina..bla..bla..bla.

I tegur sikit aje....terus dia cakap...you dah duduk oversea...dah senang lenang...kami melayu di Malaysia yang terus dijajah oleh pemimpin2 tak berhati perut.

Terus I pun cakap...it is not about me being the 'senang lenang' (uishhh..masin lah mulut kau) but mana manners you as a Muslim, nak nak bulan puasa kan? Nak kempen..kempen bersih lah....

Terus dia angin..katanya, I tak tahu apa-apa..I tak dok Malaysia.

Nasib lah kan...susah betul kalau tak leh kena tegur ni.

Saturday, September 12, 2009

Update

I don't know the whole story...(erkkk...this type of news never interest me..lainlah kalau Normang & Abby kena tangkap basah and that Memeh datang serang...talk about what you give you get back)

But when I called my sister, selain dari menghupdate cerita-cerita sensasi (i.e. gossip sedara mara) she told me about the Sweeping Malaysia.

Okay...let's agree on this fact, having lived in Jakarta...Kuala Lumpur and Paroi Jaya is far more cleaner than Plaza Mangga Dua...or any street in JKT. So if you Indonesian think that Sweeping Malaysia is appropriate, lets the Malaysia 'vacuum clean' Jakarta..nak tak?

I am half Indon myself...so there is no tinge of guilt here. Dengan tak tahu cerita sebenar tapi masih dalam mood nak menyumpah..the Indons to me, have now behave like the immigrant/refugee in the UK. Yang dah dibagi pertolongan...pastu nak dilanyak nya tangan yang memberi makan itu. Samalah jugak dengan puak-puak Afghan, Somalia dan bangsa-bangsa bersatu sewaktu dengannya.

I think..we should now export Penyangak paling berkaliber Malaysia untuk merampok and memecah rumah orang di Indonesia.

Nordin Mat Top must now seriously re think...to bomb the Indonesian instead.

Sekian....(sambil lari masuk bawah tudung saji)

Monday, September 07, 2009

Note To Self

Note Satu : -
I went to Laura Ashley homestore today. Betul lah orang kata, rich people have more money than sense. Tah hapalah yang cantik kat dalam kedai tu, tuhan ajelah yang tahu. I only went there to get a paint sample...so, kalau orang tak suruh, tak masuk lah. Although my taste ala-ala pariah and cheapskate, I think what I like in decor hugely stand out from those on display. Ala rumah maknenek mana tah!!!

I am not having fun time at work at the moment, so...untuk menenangkan kepala hotak, I have to incorporate activity mengular juga. Nasib baik orang bagi lists beli barang, so I can do a retail therapy, only not for me. Rumah baruku really wiped out ongkos tabanas ku. Iskkk...

Yang tak bestnya, (pada I lah...) is that just some people take liberty to treat others like idiot just for easy way out. See, I have the list of things to buy. Siap dengan serial number nya. Barang in most UK stores adalah senang nak cari...(unless lah you masuk kedai kaplam) If you are prepared with lists, life is easy. Bangang cemana pun...you can just refer to your list and get the exact item you want or asked to buy. Bukan macam kedai kat Paroi..(iskk, mengata orang Paroi pulak I) you masuk kedai...you tanya item ni, item tu...the shopkeeper is likely to say..ntahhh...tengok kat situ...blahblah. Nama nak menolong you, takkan ada lah kan?

The Laura Ashley in Richmond ran out of stock but they kindly offer to order me one and call me once the item is in stock. I ni malas nak tunggu-tunggu, I am not a shopaholic you see...kalau kedai ni takde, I cari kedai lain...as long as the responsibility membeli barang tu terlepas dari bahuku. Off I went to Laura Ashley Twickenham....I dah perasan dah tak ada atas shelf, but sajalah tanya this young girl..manalah tahu, ada satu ke dua dalam store diorang. Lovely that she was, she took the sample similar to what I asked, only not the precise one and convinced me that that was the one I was looking for. Elehhh..bodoh nau ke aku? I told her, nope, I want this type...dia cakap, they are the same, only differeny name...pala hotak kau!!!!

It is so obvious that she knows not more than I do but just because I was reading my list, she tried to tell me the orang is apple? Nak aje I cakap...eh...I did go out with an engineer yang buat building besar-besar for a good 10 years, so don't tell me that all white paint is the same. tak ke sakit hati ku, Kiah diperlakukan sebegitu rupa?

So, I decided to take up the earlier offer from the Richmond store, maknanya..hari Jumaat ni, kenalah aku gi balik kedai tu. Iskkk.....as if I am so free.

Note 2:-
Kepada adik adik dan kakak kakak yang menghantar private comment kat saya...mekasihlah banyak-banyak. Namun, saya perlu mintak mahap lah nah bahawa saya takleh nak entertain private request, saya bukan tak sudi nak menyambut salam persahabatan dan juga salam salam yang lain-lain.

It has come to a stage now where I need to separate work and leisure.I don't intend to become a private counsellor here nor that I am your psychoanalyst. Paling sadis sekali, I don't think you who seek 'help' from me here private, ada genuine problem. Okaylah..you ada masalah emosi terganggu but aren't we all prone to have our emotion disturbed once in a while, if not...daily?

Marriage/Relationship
Mana-mana yang tetiba sekarang pulak rasa terperangkap in the marriage, in the relationship and been painstakingly unhappy, kenapa pulak tanya I apa nak buat? See...I can understand people who asked me for opinion, ada yang terpaksa membelakangkan kehendak diri dulu demi laki la, anak la.At least you know what you want to do and just asking me how to cope. Ni yang problem-problem tak perlu like dah tahu laki main kayu tiga, zero point, konda kondi and galah panjang belakang dia or kena seksa dek boipren..lagi mau tanya apa mau buat ke?

Ye, ada yang kata..terpaksa bersabar demi anak-anak...financial security. Okay...takde siapa yang akan judge you. I will ask you..so apa tindakan you after this? Some will say..okay, I need the bastard for this, for this and this. My kids needs ther father..well at least for now. So, I will need to do what I have to do for the time being. Hah..itulah coping mechanism nya...and pikir apa akan dibuat next, give herself some time to plan. And duduk diam-diam. Takyah lah nangis sana, nangis sini...mengadu domba..mengutuk laki yang dah sah-sah macam puaka tu. Ye Kak, nangis pun, kenalah nangis jugak kan...we have got to go through the bereavement process...laki kita dah lari..serupalah macam laki kita dah mati.

Kalau dah taknak tunggu, tak boleh tunggu and menyampah gila...blah aje lah, tanya saya buat apa?

Socialisation Crisis/Self Esteem
Hmm...ada pulak yang kesepian. Hidup berpuluh tahun untuk laki, anak, yam dan kambing saja. So tetiba, terasa macam missing out pulak, ye lah orang lain boleh buat tu, buat ni..awak tu kerja pun tak pernah..habis kahwin terus ikut laki and jaga anak. Iskk...bukan ke tu jugak satu kerja? Takde pulak dia cakap dia kena seksa dek laki or laki dia control dia pi kawan orang lain. So, kalau rasa tak ada kawan..bukan ke patut sekarang ni dah start masuk social club dekat-dekat rumah? Nak kawan dengan saya, apa hasil nya?

Nilah susahnya...bila nak meniru orang sangat, letak expectation tinggi atas kepala...pastu wallowing self pity..ohh, I tak pernah merasa itu, merasa ini. Cubalah you pi tanya pompuan-pompuan yang terpaksa kerja plus jaga anak and jaga laki tu, surely dia jugak ada juga perasaan...eh, aku dari dulu lagi membanting tulang..tak pernah pun merasa dok umah.

Kalau you rasa rendah diri pasal you tak pernah kerja and tak ramai kawan, maka tanyalah diri you sendiri...sampai bila you nak rasa camtu? Ada ke orang ngata you? I always think that orang yang ramai kawan ni, sebab they all tu yang suka berkawan. So, irregardless self esteem kurang ke, kurang exposure ke, kalau rasa nak berkawan ramai...pi lah cari kawan kan? Cari kawan pun, ikutlah saluran yang betul...jangan pulak kita angkat kawan orang lain jadi kawan kita yang kita tak kenal batang hidung pun.

If you feel mistreated by the universe, maybe it is because you allow yourself to be mistreated. dah dah lah nak hantar comment saying that you berendam ayaq mata ke hapa. I bukan nak cakap apa lah ye, orang yang bagitau I dia berendam ayaq mata ni, kenkadang..ada borderline personality disorder pulak kisahnya.Dengan I kononnya dia berendam airmata, tapi dengan orang lain main ugut-ugut pulak...Allah Karim!

I don't know about you, but cerita air-air mata ni membuatkan pahala puasa I makin sikit aje.I am likely to sympathised if orang yang kononnya teraniaya ni dok diam-diam ank tak freely meghoyan.

Pastu, takyah nak bagi pujian or hoping that you can be strong..kononnya lah like me. Kalau you dah terang terangan make youself vulnerable, dengan orang sana nangis, dengan orang sini pun nangis...sendiri buat diri sendiri lemah, maka sendiri tanggunglah.

Kalau nak jadi strong sangat..minumlah Milo...habis cerita.

Sunday, September 06, 2009

Update

Lantai kayu rumah baru ku dah siap. Katil baru juga sudah dipasang...disulami dengan kata-kata nista dek terseksa kepala hotak to figure which bolt are for which nut, etc etc. Sekarang yang tinggal hanyalah baju-baju and barang-barang dalam beg plestik hitam. So, operasi melipat kain, menggosok baju and menyusun buku-buku akan dimulakan secara bedikit-dikit mulai hari ni.

Kesan-kesan perpindahan rumah boleh dilihat pada lengan, peha dan kaki...yang lebam-lebam. Angkat kotak, angkat macam-macam barang berat...tu tak termasuk tangan dan kaki yang tersepit kerana salah coordination angkat barang...'depan sikit, belakang sikit..atas sikit..aduiiii...cilaka kau, tangan aku tersepit...' all that dialogue memang selalu didengar kat Queen Mary's Place ni.

Manalah perginya jantan-jantan yang gagah perkasa bila kita memerlukan mereka kan, Kiah?

Tadi dalam tube....ada sorang jantan melayu ni selamba aje makan. Memang lah dia kena selamba..sebab kat sini, siapalah yang kisah kan? I thought he was bongok, not that I judge him ke apa, sukati mak dia lah dia tanak puasa pun tapi, dia pakai baju jersi bola with sticker 'KELANTAN' on his shirt front and back. Ni musti takut makan kat rumah, so kenalah makan dalam tube. Oii haii Cik Abang. Pastu bila cakap kat mobile phone dia, pi cakap melayu and said 'kita jumpa kat XXXXX ye, buka puasa sama-sama'. Hek elehhh....

The guy who delivered my floorboards, is from Palestine. Yes..because he said so. Dia masuk dalam rumah I nak mintak signature (puaka takde telur tu, tak nak pun tolong I angkat kayu berat2 tu) and he noticed my Ramadhan timetabe. Dia tanya I...you celebrate Ramadhan? I pun cakap..ye lah. Ohh, you Muslim? Ye lah! Dia pun cakap dia Muslim jugak from Palestine. I pun compliment lah dia..kuat ye you puasa dengan kena kerja hard labour lagi ni. Nak tau dia kata apa? Fast? What fasting? Why must I fast? Who cares? Cilaka punya Pak Arab. Pastu, dia berapi-rapi cakap pasal Israel. Nak je I cakap dengan dia, Yahudi satu opis dengan I pun puasa Yom Kippur, dia yang soheh-soheh Muslim, taknak puasa.Tak nak puasa tu satu lah jugak...yang pi cakap..what for? Apa pekdah posa etc, etc...isk! Patutlah kau tu dibuat camtu dek Zionis tu.

Oh ye...bulan Ramadhan yang mulia ni, banyak betul setan yang bersenggayutan dalam jiwa dan kepala. Since Friday I tak posa....biasalah kan, orang pompuan ada ABC (Allah bagi cuti) tapi.....

a) Sehari suntuk I tak makan, tak minum air...and buat kerja-kerja berat...boleh kan okay aje aku sampai pukul 10 malam? Cuba kalau pasang niat puasa tu, rasa nak pengsan tepi jematan raso eh.

b) Cigak lah mata bila kol 3 pagi...kalau nak bangun sahur tu, terguling-guling pun tak tentu boleh bangun lagi.

c) Takde pulak tali perut rasa sakit kan?

Sekian.

Sunday, August 30, 2009

Alasan Untukmu Percaya...Kenapaku Tak Posa

Masuk hari ni..dah 4 hari I tak posa you alll......ish..sebagai wanita muda (kasilah chance..naaa) dan masih bertenaga, sihat akal fikiran..kejadian-kejadian tak posa ni amatlah memalukan.
Part Tak Posa 1
As per my previous entry.

Part Tak Posa 2
Dihari Jemaat yang mulia pulak tu. Actually I posa, tapi sepagi kol 10am camtu, my Boss tepon. Dia suruh I represent dia pergi funeral ex patient dia, yang juga indirectly, ex patient I jugak. Dia ada hal urgent katanya, lagipun (katanya..nak menguatkan sebab supaya aku lah yang patut pergi bukannya dia..hampehhh!!!) family of the late patient nak jumpa ada sorang client dalam jagaan I ni, sebab they all tu pernah dok sekali (long-term hospitalisation lah ni) so, I kenalah escort sibudak ni pergi ke funeral tu. So...I pon pergilah. Agaknya ni bangsa omputih tak kuat agama githoo, funeral service nya dibuat kat crematorium aje tapi adalah jugak kami--kami yang datang ni kena membaca hymn secara berjemaah dengan Pastor tu. Well, if I can be honest with you, membaca hymn-hymn did not bother me so much (walaupun dulu adalah orang cakap kat I..ish..kau nanti jadi kapir!!!) because I do not think you respecting other people's culture and religion hatta masuk kuil,church or Toh Kong Tong San tu will make you a lesser Mulsim. So, adik kakak abang pakcik makcik Section 23 Shah Alam...takyah nak membuang pahala mengguna nama Allah as if lah you all tu fisabilillah menghangkut kepala lembu to protest the relocation of kuil kat tempat you all. Biar ajelah kuil tu kat situ..kalau you nak sembahyang, nak ngaji ke nak hapa...ada ke kuil tu ngaco kamu? You live in Malaysia..ada orang Cina, ada orang India and ada orang yang agama nya bukan Islam. Kalau tak suka duduk tepi kuil, janganlah beli rumah tepi kuil ye. Ish..ni dah cerita lain pulak ni...hehehe.Berbaliklah pada cerita funeral tadi...hmm, kalau you pergi funeral omputih, after service nya tu, ada pulak majlis yang dipanggil 'wake'. Ni kira nak celebrate life orang tu lah gamaknya..sambil beryamseng (usually) bernyanyi-nyanyi ria and bermakan-makan. So, untuk menghormati tuan rumah, I pun terpaksalah bermakan-makan. Kang, kalu I cakap I posa kang, tuan rumah tu rasa bersalah pulak...because they will feel that they're disrespecting you. So, I pikir balik, siapakah yang under bereavement..aku ke dia? So, terlerailah posa I hari tu...sekian. And kepada sipembawak kepala lembu, kita tak rasa ke, lembu tu makhluk Allah yang bernyawa juga? Mana RSPCA? Tak ke cruelty against animal tu? In a way lah kan....kesian palo lombu tu. Nasib baik orang Paroi Jaya mentality made in America..takdo deh nak ngusung palo lombu memokik-mokik do.

Part Tak Posa 3
Semalam. Dah niat nak posa..and terlepas sahur. The only food I had was that finger food from the wake. MB1 cakap dengan I, builder start kerja hari ni, so kita kena alih barang. Kita..always mean me. Angkat tilam, angkat lemari..angkat hitu, angkat hini...pastu kena angkat dengan sehati-hatinya takut calar lantai, takut calar lemari mahal...wah! Because of the delay in getting permission to redecorate, we have to rush the builder and secara tak langsungnya, we have got to help him moving the floor board, carpets etc,etc. See..we means me. We equals tu..MB1 instruct where to go sambil tolak dengan anak jari..and me, menggunakan seluruh tenaga pompuan mengangkat menda-menda tu. Nak dijadikan cerita..we bought the floorboards from company murs-murs (ni aku lah yang kedekut) and they did not provide manual handling. Tak insured katanya. So, akulah yang kena jadi kuli ngangkut fllorboards yang beratnya...35kg per pack...and all together 18 packs.Tu belum underlay nya yang ada 4 gulung..yang beratnya macam Syanie. Halfway through the lifting and moving, masa dalam lift..I dah nampak tompok-tompok hitam diawangan...and my head feels light. And...habis satu botol air ku minum. I felt so bad that I only makan at 8pm. Ampun Tuhan....

Part Tak Posa 4
Hari ni. After yesterday's ordeal..surprise-surprise, I have to work today. Ye lah...2 minggu lagi nak cuti. So, at 8am tadi, masuk ke opis, colleague I cakap...jangan lupa ye, kat Unit &*** and &*^% is organising BBQ today. Then I remember..akulah yang volunteer menjadi fundraiser nya last month, and of course lah aku kena datang majlis tu. Terus I buat kopi you. Tak puasalah lagi aku gamaknya hari ni.

Selamat Menyambut Merdeka You all....

Thursday, August 27, 2009

Update

We (ke aku?) often heard and read about how casual the younger generation treat their their marriage nowadays. The disputes were displayed in the news for us to read.Ada sorang ni...ish, I takkan rasa bersalahnya nak memaki dia dibulan posa ni...ada pergi ditinggal/cerai nya bini dia masa kawan tu memboyot mengandung?! And..ada boleh dia kata kat Tok Kadi (is that the one who judge the Mahkamah Syariah) yang dia 'dah takde hati' dengan bini dia lagi?

Let's decide on what is and what is not valid reason to dissolve marriage...

a) Boleh ke kita rasa nak bercerai sebab..partner kita tak nak share Sky Plus remote control dengan kita?

b) Boleh ke kita rasa secara tetiba dah tak syok dengan bini/laki kita sebab kita dah 'terjatuh' chenta dengan orang lain?

c) Can we just say...ohhh dear, we are moving into different direction, don't want the same thing anymore...

I hate the last bit, although bunyi macamlah intellectual untuk menutup kelemahan diri, but do we not always want the same thing..before marriage?

Having the other person to agree with us, or even share the same sentiment as we do is not always an easy thing.Some people sustain their marriage because they are two opposite person and that seems to work quite well.

Serupalah macam berkawan....kepala akan sentiasa berlain-lain idea, but still stay kawan maybe sebab kita suka berkawan dengan orang tu.

I used to envy people with truckloads of friends...because mine is only handsful.But, looking back...I have severe capacity to maintain and commit.I certainly have different views and I don't do mushy stuff...(do we, Kiah?)

I always blame my father...for my antisocial way, not wanting to admit that I may well contribute to the fact that I am not largely sociable.But in the end, if you have a friend that is kind or sincere enough to keep you as his/her friend despite all your negative shortcomings, so you being the unsociable or antisocial one must not be the excuse of your own behaviour.

The reason of this post...is because I receive emails for marriage advice. Ayoyo...why me lah? I have 2 failed longterm relationships...what more can I say? I always urge people to leave or make an escape when things are no longer safe for you to stay or when all options of reconciliation have been exhausted. I recommend separation...ye lah kan..how to work things out or how to learn to move on kalau laki/bf ada depan mata? It is like dieting with Krispy Cream in your fridge.

And another message I received is requests to be my friend. I have accepted people before. In the end it didn't work out, especially if I am expected to halved their personal baggage, not to mention petty stuff.

Can I put you off by telling you that I am not nice at all? Just because you like what you read will not guarantee you will like what you see.

p/s I tak posa hari ni...iskk.Yesterday..dah le the day before after buka makan Burger King tu, I terlepas sahur and tak makan minum hapabenda lepas tu. Then yesterday adalah samdol mana yang tresspass jalan keretapi, habis semua cancel..so I sampai rumah dekat nak kol 9pm..baru bukak puasa. Minum kopi susu panas. Terus tiduran....sampai kul 4.30am. Weihhh...tapi dengan membuat undang-undang seniri, I pun determine to minum air and buat toast. I thought, okaylah..lewat sikit aje..asal puasa..terima ke tak terima lain cerita lah. Habis je makan..agaknya lepas perut dah terlampau kosong since yesterday...I terus muntah and berpeluh-peluh.

So..kesimpulannya...I have to work today and I need the energy. So one day won't hurt (and sumpah demi Allah, I will ganti..iskkk)

Sekian.

Tuesday, August 25, 2009

Reminiscence...or Buang Masa?

Seperti yang dah diplan dari semalam (dan aku sampai ber hallusinasi disiang-siang hari) I berbuka puasa makan Angry Double Whopper Burger King. Dengan gigihnya, I pi google Burker King yang terdekat and I summoned my colleague pergi beli, and gave him extra money so that he can get one for himself. Siap cakap pulak tu...boleh tak you jalan balik slow-slow, so that you can reach back here (my opis) by 8pm, and it is just nice for me to buka puasa. Wah..salahguna kuasa sungguh!

Sambil makan, sambil lah baca blog kawan-kawan. Terbaca pulak cerita orang tu yang makan KFC masa buka...and from there I gather, orang tu memang tak masuk lah KFC kat London yang femes sebab 'ketakhalalan' nya. And here I am, berpuasa cam nak pengsan..dengan terlupa sahurnya semalam...isk..tak lupa sebenarnya...cuma tak upaya nak bangun pukul 3 tu, tuptup buka posa makan Burger lembu katok ittew?

Well, what can I say kan? Duduk kandang lembu yang dikatok, makan daging lembu katok lah jawabnya.

Through friends recently, I got in touch with this girl I used to go to university with. But we lost touch after I balik Malaysia and thanks to Pesbuk, there she is...looking just the same, with now dah anak dua.

Soklan pertama yang dia tanya....did you marry that guy? (she was referring to my ex yang dah mati tu)

I cakap..nahhh...didn't work out in the end. Makcik dengan concern nya, shame...you guys went out for a while and seems like a lovely couple. What went wrong, may I ask?

I don't know..he is not into me after all I guessed.He married someone else. Considerately, Makcik ni taklah menanya lelebih...agaknya dia takmau mengorek luka lama kot.

But that actually got me into thinking the whole night..Kiah oii (isk..kalau masa yang terluang tu dibuat mencari pahala semayang terawikh, takpelah jugak kan?)

Was it a wrong decision not to take him back? I think I'm that sort of when faced with dilemma, I run screaming into the arms of a wrong decision. I made a crappy choice too many.

Everyone has their ONE. He was mine. And in the tradition of the ONE, he ripped out my heart and fed it to me, rendering me jaded and misshapen.Unfortunately, no one I've loved since has compared, meaning I don't harbour enough hatred to ignore his memory. When we were no longer together, strangely, I learnt more about him. The 10 years relationship was based on pure friendship, shared admiration towards Frasier, shared loves towards RomCom and meehon goreng.

I remember that we can talk for hours and hours about things that don't matter but we never really figured out how to properly talk to each other, and many things went unsaid.

He left me for someone else...and I swear to benci sampai mati. But love is strange. I can never cast him out and I could never accept him as genuinely malevolent.

I have to painfully admit that, there was a big tinge of excitement when he started making contact.I have exhausted his letters, emails and photos. There was a time that his sudden reapperance has turned me from relatively sane to bin raiding, possible restraining-order-obsessive.

I tend to be magnetised to unavailable people.The moment when I forget that I was once in love with him is beautiful. Truth is, I don't seem to be able to forget him.

And my only saving grace is that he is dead.

p/s...I wonder why I can't get into my comment box and respond to your comment..sori ah!!!! But thanks and I really appreciate it. I also want to comment kat org tu punya entry..the similarity between her boob and notebook, but takleh masuk. I wanted to say..yeah..is the size.One each..meaning you have two notebook. Erkk....takpe...ni dah dekat kol seblas malam.

Thanks people.

Monday, August 24, 2009

Puasa In West London

Selamat berpuasa kepada kawan-kawan dan juga kepada Muslimin & Muslimat yang membaca blog ini.

Hari ni adalah hari ketiga saya berpuasa...seksanya perut, jangan tanyalah ye. Many years ago when I was a student first time in the UK, buka puasa dekat nak pukul 10 malam. I can't remember what year it was but kengkawan masa tu semua pakat nak ganti puasa masa winter. Even orang-orang tua kat Sheffield pun cakap camtu jua. Isk...kesudahannya I puasa penuh 19 hari aje dan yang lenlainnya terburai dalam pukul 7,8 camtu. It was too much to bear, especially with my condition.

Puasa is easy this year since I dah single. My ex partner was so against me berpuasa, not because of the religion thing, it is more of the health hazard wise..as I am in constant need of Vitamin D. To me, health aside, kalau I boleh tahan I tahan lah ye. I always tell myself if la I mati dek sakit berpuasa (mulalahhhh nak drama kan?) maka Allah swt akan bagi pahala yang extra sebab I mati kerana mati-mati nak puasa...cehhh tu dia.

But I survived so far...walaupun adakalanya tali perut I rasa kering kontang. I drank so much water kononnya tak nak haus, sudahnya every half and hour aku terkenchhh and equals to tidur yang terganggu and menyebabkan darah dan hati yang panas sebab tak cukup tido.

Bila air dalam badan tak cukup, mulalah barang-barang buangan pun menjadi keras and susah nak keluar. Satu laaaagi masalah. So semalam, I asked my doctor friend to prescribed me the fibogel. Buka and sahur aku lantak minum fibogel. And this morning...melimpah ruah toxic-toxic tu keluar sampai perut I rasa kosong sangat. At work today, perut I sakit gila and cakap dengan orang penuh dengan bunyi-bunyi petirrrrr.

Masalah besar (to me laaa) berpuasa kat sini is to convince people of why I have to do it. Ada yang kesian (sebab tengok I tak makan), ada yang opinionated (as to why Muslim must fast) and ada yang serba salah nak makan minum depan I. A day before puasa, I made an arrangement to see this patient to transfer his case to another Social Worker in Suffolk. I insisted that we meet on Friday as I can't do any other day. Dia tanya I kenapa...I told him yang I kena puasa the next day and after that I'll be away for the whole month until October. Dia tanya I, so you're Muslim then? I cakap..ye la. Dia tanya balik..apasal you tak pakai tudung? I cakap..ermm..pasal I taknak pakai lah. Dia tanya lagi..kenapa yang lain-lain Muslim tu pakai tudung? I cakap..pasal diorang nak pakai lah..or maybe because they was asked to wear it.

In the end...the whole session that was supposed to be discussing HIM, jadi Q&A session pulak between me and him. Being the atheist that he is, he insisted the whole puasa thing is unreasonable and ridiculous. Sukati makbapak dia lah kan.....

But ingat ye adik-adik, orang yang bertanya ni semuanya ada hak nak bertanya..so tak payahlah nak ber defensive bagai ingat orang tu racist ke..discriminative ke. Macam kita lah kan..kalau kita tanya kat Vell Vell Batu Caves tu..apasal you all guling guling atas jalan cucuk hidung bagai, maka soklan itu adalah berunsur inquisitive aje. Orang sekarang kan cepat sensitive.

Ehh..berbalik kepada juadah buka puasa. First day puasa, MB1&2 masak roast dinner. Semalam dengan hari ni, I buka puasa makan left over roast dinner ittew. Takde nya lauk-lauk penuh meja or kuih-kuih. I'll be at work the whole day tomorrow and the day after...and nampak gayanya, kalau tak McD or Burger King, I am most difinitely akan berbuka memakan biskut bercecahkan kopi.

And I can't wait to go home and beli roti jala kat gerai Stadium Paroi tu.Iskkk....

Selamat Berpuasa kengkawan....

I can't wait to go home soon and beraya macam nak rak.

Wednesday, August 19, 2009

Note To Self

Jika kita membaca/terbaca article yang sikit banyak ataupun indirectly reflecting ourselves, should we....

a) Menelepon kengkawan pepagi buta and mengadu domba?
b) Membuat speculation yang sipenulis tu saja je nak cari pasal dengan kita?
c) And, selepas merasakan yang sipenulis tu memang suka nak cari pasal dengan kita, kita dengan memandainya memanjangkan speculation dan mencadangkan sipenulis juga ada mencari pasal dengan orang lain?

Maka.....macam nilah.

Baca blog macam baca apa-apa aje reading materials yang terpampang depan mata. Kadang-kadang ada yang membuat kita kelakar and bergelak ketawa and ada juga yang membuat kita insaf...and terus nak mengubah perangai.

Ramai masalah orang and issue semasa coincidentally reflecting us as a person. Manusia ada kelemahan...another kelemahan manusia juga is to write an article without thinking how it may affect others.

Kita belajar sajalah mana yang boleh dipelajari.

Andaikata kalau adalah tulisan yang berunsur fitnah, tipu and penuh dengan hasutan, silalah saman saya dengan segera ye...

We often say that we are the open minded society....or we are an openminded person. If we were to analyse, suspicious or even paranoid of every little details that we feel reflecting us as a person...especially displaying the bit we are too embarassed to admit, apa kenama openminded nya tu?

The good news is...is that you are overly conscious of yourselves. You know what you're doing.And..apa lagi..berbangga sajalah dengan kelebihan you.Lantaklah apa orang lain (or saya) nak kata kan?

Selamat menyambut Ramadhan you all.

Friday, August 14, 2009

Perasaannya...Perasan

When I have time, I blog hop. This is not something that I leisurely does...maklumlah, takde masa (and bermain FarmTown tak hengat) but for sure, blog kawan-kawan ketat dan juga blog si chenta hati musti baca hari-hari...(tapi sayang nya chenta hati idok le rajin meng hapdate blog nya..apasal? ohh..shopping handbag ye?)

Ada orang tu blognya cerita pasal apa dia study...isk. Orang tak pandai study cam I ni rasa bangang aje bila baca. There was once siapa ada peringatan that the literature she wrote is not seswai for those who converse English in moderation a.k.a. beginners. Amboi..kalau English dia taraf Adibah Amin takpe lah jugak...ni tak, just enough lah for dia to get by to impress orang yang membaca blognya...

Appropriately, a blog is suppose to be the voices of your heart or head yang tak keluar dek kata-kata. This are the thing that often readers find appealing. Bukannya nak baca cerita macam..ohh...kadangkala dia merasakan orang lain adalah bodoh-bodoh belaka...errr..bidang ituini tidak seswai dengan dirinya...erkkk!

Tak apalah..asalkan dia bahagia. Defensive writers would say..eh..I tak kacau orang pun, kenapa you susah hati pulak baca blog I? Dan saya misti jawab...ermm..betul tu, memang you tak kacau orang..but your writing is in public viewing, so tak banyak sikit you provide opportunity for people to air their view. Terimalah saja dengan hati terbuka. Orang nak kata..kata lah kan?

Ada sorang tu pulak...diarise everything...every single thing she does in her job as a PA. I have an assistant myself, walaupun idok le dia tu di assign untuk menjaga hal ehwal I, but we kind of get the slightest idea what the job required and encompassed. Tapi si akak secretary cum PA ni, hal hal menaip tender pun jadi masalah dunia dia (not to mention...kita yang membaca nya pun rasa nak tido)

To her, the hardest job in the world seems to be revolve around franking machine, window vista office...telephone message pad, organise meeting etc etc..enough to send her to the brink of the world. Helloooooo? Aren't PA suppose to know all her/his BOSS juicy gossips and naughty indiscretions? Kalau ambik mesej, frank surat...type surat, tu semua bukan kerja kerani bertauliah ke? I thought PA's role sometime even greater...as halving the Boss itself, kan? Alaa..kasiklah chance..knowing some Boss yang kedekut, will hire kerani (kuli) cum PA. Tulis dalam blog kenalah cakap jadi PA. Kalau ikut organisation sctructure kan selalunya PA jatuh bawak sikit aje dari BOSS? Or even so...you ingat orang suka ke baca berapa message you ambik untuk your Boss dalam sehari? Come on lah..make it more interesting, like...I suspect my Boss ada pompuan simpanan...haaa..gittew. (jahat kan I?)

Ada sorang ni pulak...kerjaya taknak kalah you...dengarnya (cerita dia lah) macam Creative Director..buat tu, buat ni. Siap cerita apa dia buat kat opis and betapa susahnya dia need to come out with such presentation..yang kita terang-terang dah tahu is peasy in just a click of a mouse aje..yelah..kan ke semua nya kerja software githooo?

The way dia describe kerja dia...satu Malaya tahu dia maybe tahap graphic artist aje...tapi cerita? Macam dialah yang come up with the concept, with the copywriting what not...pastu hidup amat terseksa after all that so called work or 'idea' yang konon nya dah diperah, kena pulak buat proof read?

People take pride in what they do..especially when they do it best. I do too..but my job is never interesting..more than always, rasa menyampah yang tak terhingga. But often blog yang I baca is to write to impress...tak taulah nak impress orang ke or dirinya sendiri. Ada yang sorang ni...habis segala apa yang dia buat dengan orang yang menerima khidmatnya dia cerita dalam blog, and mind you dia tak pulak blog anonymously. Tak ke dia tau kerja dia tu ada confidentiality policy? Well..kalaulah dia professional sebagaimana yang dia war war kan (about dia sendiri) dalam blog nya, he/she might be aware of what should/should not come out in the open.

Tapi agaknya dia perasan dia pro kottt?

Biarlah dia....dan jahatlah saya.

Ta

Tuesday, August 11, 2009

The Unreasonable Woman, The Unreasonable Man and The Keluarga Bahagia

The Unreasonable Woman

Lolita Lollypop, bukan nama sebenar have been going out with Samdol Strongbow for the last 7 months. Samdol Strongbow’s has children from his previous marriage and between him and the ex, they took turn to look after little Molly. Si Lolita Lollypop ni (LL) dah le mengambik laki orang (kisahnya, si Samdol ni telah bermain kayu tiga dengan LL yang juga rakan se opis nya) and when the affair was found out by the wife, LL demanded that Samdol to make a choice between her and the wife. You think a married man like Samdol will choose wife lah kan, sebab anak dah ada..pastu kalau nak bercerai on the ground of adultery boleh miskin kesudahannya…nak nak pulak si isteri sedia memaafkan ketelanjuran suami. Takk….the scarlett woman won. Maka bercerailah laki bini itu…pueh kan ati kau, LL?

The wife, walaupun terluka tetaplah menerima yang lakinya dah chenta(hi) pompuan lain and want to remain friend with the ex demi anak yang baru umur 4 tahun tu. Anak pulak close dengan makbapak, so Samdol walaupun dah bergilpren baru, masih mencari masa untuk jumpa anaknya hari-hari.

So kiranya kalaulah LL tu I, dah le kau ngambik laki orang kan…maka pandai-pandai buat muka malu dah kau pisahkan makbapak budak tu and kau jugak merampok laki orang (walaupun laki orang tu sukarela dirampok) Takkkk….ada satu malam, masa boipren terlambat balik rumah pasal nak tidurkan anak dia yang meragam kat rumah ex nya, dia boleh datang menjerit maki hamun satu family tu.

Tak cukup dengan tu, masa sibapaknya punya turn babysit anaknya, si LL boleh pi serang si ex wife kat pub while she is having a girls night out…and melemparkan tuduhan..’ko saja paksa laki kau babysit supaya kau boleh toot jantan lain tanpa gangguan’.

Sekarang ni LL sudah demand Samdol ikut dia pindah ke West Country (tempat asal LL ni) supaya they both can start a new life together. Tak kah dia tahu…apa ke makna new life nya kalau boipren kau tu dulunya laki orang dan ada anak?

(Ehemmm…si LL ni jugaklah menjadi tajuk gossip utama kedai kopi kat workplace nombor dua I. Muka takdelah lawa mana…cantik lagi ex wife dia, but typical jantan lah kan….tah hapa lah yang dipandangnya)

The Unreasonable Man

Okay…pompuan ni kawan I kat Malaysia. Beberapa tahun yang lepas lakinya mati accident, maka tinggallah dia dengan dua anaknya. Aruah lakinya tu anak tunggal and ada mak bapak yang sekarang ni hanya nak harap cucu-cucu lah jadi pengganti anak. My friend ni punyalah mithalinya, tetap menganggap makpak mertua nya sebagai makpak sendiri and everyweek akan balik Pahang bawak anak jumpa atuk nenek. Jodoh baru dah sampai and last year dia kahwin lagi, dengan duda bercerai bini. Katanya masa berkawan perangai okay tapi bila dah kawin ni, bertukar menjadi puaka lah pulak.Kata my friend ni hubungan dia dengan keluarga arwah lakinya sekarang ni dah jadi bahan bergaduh pulak dalam rumahtangga diorang. Check-punya-check, laki baru nya jealous. Eh..dengan orang mati pun mau jeles ke? Jantan kan…bila time-time camni mulalah pakai agama untuk buat demand cam cibai…boleh cakap, I ni laki you, I larang/haram you pergi rumah orang tu. Berdosa you melawan cakap I. Kawan I ni dek agaknya takut berdosa (or malas nak gaduh) dah lama lah tak bawak anak2 dia jengok atuk nenek diorang. Budak2 tu rindu lah dengan orang tua tu and orang tua tu sampai demam-demam rindu kat cucu. Bila telepon, laki bar uterus maki hamun..boleh dia cakap, anak awak dah mati terimalah kenyataan…(babiiiii nya)

Sebagai batu api yang berkaliber….I cakap kat my friend ni, kalau dah macam ni perangai, tah besok-besok apa pulak lagi nak di demand nya. Kalau aku lah, aku bagi notis je…(boleh tak I cakap camtu…) Hah..laki camtu memang patut mati sakit jantung!

Keluarga Bahagia Singer

Ni pulak cerita adik I yang jua terkenal dengan sifat kepenglipurlaraan nya tu. Ada sorang cousin I, dia dengan ex lakinya dua-dua dah moved on and kawin lain. Ada anaklah…so bapak and mak tiri masing2, (both hubby and wifey new spouses) baik dengan budak-budak tu. Orang zaman moden lah katakan..mana ada ujud lagi Normadiah punya type.Tak cukup dengan ke sporting an makbapak tiri, mak and bapak mertua pun sporting jua sampai ex menantu dengan bini baru pun dijemput makan kenduri sekali. Parents my cousin buat kenduri ajak ex menantu dengan bini baru nya datang and dengarnya, their ex besan pun buat kenduri ajak ex menantu dengan laki baru datang. Makan hadap sama-sama…ex bini duduk depan pengganti and ex laki pun duduk borak2 lagi dengan laki baru ex bini nya. Tak ke unusual sight tu?

Tu belum lagi para-para madu pompuan Arqam mempromote laki memasing pi cari pelacur mana buat bini…duduk serumah bagai. Kalau lah aku…mati laki ku ku racun.

Sekian.

Thursday, August 06, 2009

August Yang Angkuh

Di bulan August yang Mubarak ini..(betul ke?) masa-masa untuk menghapdate blog sungguhlah terhad.

Kerna......

1. Permohonan pinjaman duit besar-besaran untuk jangkamasa yang panjang dari biasa telah diluluskan oleh pihak yang memberi pinjam. Maka dengan ini, saya and kengkawan saya (saya amatlah miskin..beli barang pun kena share) adalah pemilik bertuah pangsapuri sebesar kangkangan kucing (tapi saya bersyukurrrr) di sebelah Richmond Park dan juga sepital tempat letaknya celebrity-celebrity depressed di London ini. (ehem...takleh tulis lebih-lebih, takut orang ittew terbaca, and kalaulah dia tahu venture terbaru saya ini...dia adalah berhak untuk menuntut harta sepencarian..walaupun saya seorang diri mencari and mengumpul harta tu..sialan nya. So, selagi kami belum memasuki mahkamah dan mendissolve hubungan kami, saya kenalah diam macam tikus mondok)

2. Kerana cuti tahunan saya telah di book untuk dibuat perabis bila saya balik KL nanti, maka saya terpaksalah memindahkan barang ala-ala burung membuat sarang jua. Dah le saya kerja tak menentu masa..pindah pun tak menentu masa. Tetapi..saya amat suka,suka,suka dah suka kerana sekarang saya sudah ada bilik sendiri, katil sendiri dan bilik air sendiri. Dan saya boleh kentut tanpa rasa was was.

3. Perpindahan saya ke tempat baru lagi posh (kira nya...) adalah sungguh menyeksakan bag duit saya. Kawan saya nan sorang ittew...kalau beli barang, tak nak kalah. Kalau orang ada TV 32 inci, dia mahu 52 inci. Kalau orang ada lampu liplap pakai remote control, dia pun mahu juga. Kat TV tunjuk katil yang boleh simpan barang sebanyak-banyaknya, not to mention..adalah jauh lebih mahal dari katil biasa...dia pun mahu yang ittew juga. Bila saya dan MB 2 kata, buat apa nak beli katil and tilam memahal, katanya..kita hidup hanya sekali dan kalau kita mati esok, kita tak akan merasa tidur atas katil dan tilam yang mahal. Erk...si kawan saya tu memang suka cakap macam tu. Dulu masa dia nak tukar Mini Cooper nya ke BMW series keberapa pulak saya tak check, dia pun cakap cam tu juga. Dia dah 40 puluh katanya...bila lagi dia nak merasa? Kami berdua terpaksa pasrah...maklumlah, si ketot ittew pandai masak. Kalau saya melawan, saya akan kelaparan. (perlu dinyatakan disini, bukan hanya tilam dan katil baru saja dia nak beli tawwwww...selamat tinggal lah impian saya nak membeli kamera DSLR dengan duit bonus saya yang telah bertukar menjadi sofa bed untuk senang orang datang ittew)

4. Masa nak pindah ni, tak nampak pun batang hidung jantan-jantan yang gagah perkasa untuk dibuat kuli mengangkut barang. Cissss...disebabkan saya amatlah cheapskate, saya memilih untuk membeli perabut flatpack aje..dan saya terpaksa memasangnya senirik.

Tengok lah..tu semua bakal menjadi punca pergaduhan dalam rumah baru...flatpack Ikea kenkadang memang confusing dan complicated (ke, aku yang bodoh tak nak ngaku?)

Jumpa lagi semua.

p/s ingat ye orang ittew. From Heathrow, naik bas 490. Sampai Richmond Station, naik bas 493..trus berenti depan rumah. Hmmm...pengurus estet kat situ, jejaka espana tu sungguh hensem. Liza syak wasangka dia pun memandang dibarisan yang sama jua.Seswaiiii untuk mung!

Friday, July 31, 2009

Jalan-Jalan Cari Pasal

This entry was written a day after the incident. I haven't completely recover from the shock. The blessing thing is...I baru berplanning nak berpoya-poya kat Brighton and after yesterday, I terus berfeeling insaf...as in, takdelah laju nak bergembira kan after terkena kejutan camtu.

Cari Pasal 001
Isk..is yesterday once more..shubiduuuu....yesss Karen Carpenter. I was a victim of a foolish and unprovoked attack. Jahat betul pariah-pariah pendatang haram kat UK ni. However, ini musti satu pengajaran for me. Don't know which one, but all good things to follow and abide is welcome. Adakah lepas ni I misti pulang rumah sehabis saja 7.5 hours waktu bekerja yang dibayar? Adakah saya musti menjaga mulut jangan menjawab kat budak-budak Afghan yang butuh besar pisang emas tapi ada hati nak mengayat I dah umur dah dekat nak 40 ni? Adakah I misti memasang bodyguard 24 jam? Or...mungkinkah sebagai anak yang duduk jauh dari makbapak yang selalu kata ''ye..semayang...dengan nada slow bila mak tanya...musti mengotakan kata-kata nya? Aduhaiii nasib. Selepas terkena serangan telur sesat tu..and was called a chinese prostitute by them silly bastards, mula-mula I terkejut godzilla...pastu, after dah telepon police, telepon MB's and telepon Boss...maka,I terus nangis macam kena rotan dengan rotan bulu ayam circa 1977 to 1979. 24 hours after that...maka perasaan marah terus meluap-luap that everytime I see any beruk originated from Afghan, terus hati ni cakap..patutlah kau orang teruk dibuat Taliban...you get what you deserved. (ceh...tak bertaubat lagi kan aku?)

Bak kata MB1, I must count my blessings...that it is only eggs that was aimed at my boobs and not gun or knife. Trust her will come out with kata-kata like that. I was still reeling from the shock tak habis, MB1 tanya lagi..you ni masa jalan..baca tak ayat tu ayat ni...you check tak kaki mana you langkah keluar from opis..bla..bla..bla...

But, I have the bestest of friends, Boss and colleagues in the world. And I must thank Allah for this. (Siap kau budak Afghan...semoga kau orang dapatlah kurap ayam)

Cari Pasal 002
I went to MSD. This was couple of days ago. Bukannya aku sesuka nak gi tempat ni ye..but ada mission men collect salinan surat nikah. From the beginning dah ku bagitahu siang-siang kat Ustaz Inferno tu yang I ni hanya wakil saja...so apa masalah rumahtangga orang or anything lead to the intention untuk bercerai berai and even kenapa surat asal boleh ghaib dari simpanan si tuan punya sijil nikah, memang I tak tahu. But the Ustaz decided that sebagai wakil orang yang nak bercerai, I deserved the lecture. Mesti kah?????? Selepas di lecture nya I...and demi nak menjaga muka nya sebagai Ustaz, I tak jawab sepatah haram pun but banked solely on my toya face as my saving grace.Agaknya after dia rasa megah macam Noordin Mat Top dapat meletupkan I...dia tanya, you ni tinggal sini ada register dengan MSD tak? Belum sempat ku jawab..ni lah orang Malaysia, tak nak ikut peraturan Kedutaan, tapi bila ada masalah pandai nak cari kerajaan brokebrekbrokebrek.....

Adakah I menjawab? Tak....but as a person who suffers from delayed reaction...ni masa menulis ni marah lah!!! Hey Ustaz...read this yeah..PODAHHHHHHH!!!!

So, adakah anda masih nak menyalahkan saya kerana tak bercampur dengan puak-puak Melayu Gomen ittew???? This is why.