About Me

Thursday, August 06, 2009

August Yang Angkuh

Di bulan August yang Mubarak ini..(betul ke?) masa-masa untuk menghapdate blog sungguhlah terhad.

Kerna......

1. Permohonan pinjaman duit besar-besaran untuk jangkamasa yang panjang dari biasa telah diluluskan oleh pihak yang memberi pinjam. Maka dengan ini, saya and kengkawan saya (saya amatlah miskin..beli barang pun kena share) adalah pemilik bertuah pangsapuri sebesar kangkangan kucing (tapi saya bersyukurrrr) di sebelah Richmond Park dan juga sepital tempat letaknya celebrity-celebrity depressed di London ini. (ehem...takleh tulis lebih-lebih, takut orang ittew terbaca, and kalaulah dia tahu venture terbaru saya ini...dia adalah berhak untuk menuntut harta sepencarian..walaupun saya seorang diri mencari and mengumpul harta tu..sialan nya. So, selagi kami belum memasuki mahkamah dan mendissolve hubungan kami, saya kenalah diam macam tikus mondok)

2. Kerana cuti tahunan saya telah di book untuk dibuat perabis bila saya balik KL nanti, maka saya terpaksalah memindahkan barang ala-ala burung membuat sarang jua. Dah le saya kerja tak menentu masa..pindah pun tak menentu masa. Tetapi..saya amat suka,suka,suka dah suka kerana sekarang saya sudah ada bilik sendiri, katil sendiri dan bilik air sendiri. Dan saya boleh kentut tanpa rasa was was.

3. Perpindahan saya ke tempat baru lagi posh (kira nya...) adalah sungguh menyeksakan bag duit saya. Kawan saya nan sorang ittew...kalau beli barang, tak nak kalah. Kalau orang ada TV 32 inci, dia mahu 52 inci. Kalau orang ada lampu liplap pakai remote control, dia pun mahu juga. Kat TV tunjuk katil yang boleh simpan barang sebanyak-banyaknya, not to mention..adalah jauh lebih mahal dari katil biasa...dia pun mahu yang ittew juga. Bila saya dan MB 2 kata, buat apa nak beli katil and tilam memahal, katanya..kita hidup hanya sekali dan kalau kita mati esok, kita tak akan merasa tidur atas katil dan tilam yang mahal. Erk...si kawan saya tu memang suka cakap macam tu. Dulu masa dia nak tukar Mini Cooper nya ke BMW series keberapa pulak saya tak check, dia pun cakap cam tu juga. Dia dah 40 puluh katanya...bila lagi dia nak merasa? Kami berdua terpaksa pasrah...maklumlah, si ketot ittew pandai masak. Kalau saya melawan, saya akan kelaparan. (perlu dinyatakan disini, bukan hanya tilam dan katil baru saja dia nak beli tawwwww...selamat tinggal lah impian saya nak membeli kamera DSLR dengan duit bonus saya yang telah bertukar menjadi sofa bed untuk senang orang datang ittew)

4. Masa nak pindah ni, tak nampak pun batang hidung jantan-jantan yang gagah perkasa untuk dibuat kuli mengangkut barang. Cissss...disebabkan saya amatlah cheapskate, saya memilih untuk membeli perabut flatpack aje..dan saya terpaksa memasangnya senirik.

Tengok lah..tu semua bakal menjadi punca pergaduhan dalam rumah baru...flatpack Ikea kenkadang memang confusing dan complicated (ke, aku yang bodoh tak nak ngaku?)

Jumpa lagi semua.

p/s ingat ye orang ittew. From Heathrow, naik bas 490. Sampai Richmond Station, naik bas 493..trus berenti depan rumah. Hmmm...pengurus estet kat situ, jejaka espana tu sungguh hensem. Liza syak wasangka dia pun memandang dibarisan yang sama jua.Seswaiiii untuk mung!

12 comments:

Ina said...

Dear Makji,

Congrats with the new place! Bukan senang nak beli property kat situ tuh. Can I link your blog to mine? Will wait for permission to do so. Tq

[danial][ma] said...

hej! Hjh.Esah...happy home sweeeeeeeeeeeet home...;-)

captlukman said...

Patutlah org itteww tetibe REQUEST LHR!!! dalam hati ni rasa nak tido atas sofa bed rupnya....ada abg espana lagi tuh...tak tahannnnnn**sambil pose Evita Berukni dari balcony**

Congrats to all of you!!

amybarakbah said...

new home? so mmg tak nak balik sini dah ke cik esah?

anw congrats.. happy ramadannnn..

Desert Rose said...

Congrats Esah,

Wah tetiba mcm berkobar lak semangat aku nak pi London, pasai pa tatau

My Spirit Finger said...

kalo den p sano boleh singgah umah mak ji lah (cess...cam ada duit nak pi sana). Tahniah!!

edelweiss said...

Esah...buleh ler chek ikut DR pi london...semangat jugak nih...nak

Manal said...

Ya sokong...boleh belch and kentut tanpa waswas !!!!

Haross tak ada ala2 bachelor pad hugh grant in About a Boy?

I'm not really an IKEA fan but some of their products masih kekalsss bersama ku jua : karpet biru that I lay out in my office. Teringat that was the 1st item i bought in IKEA west london (wembley park nun) sambil mengheret dua gulung lagi dgn gagahnya...tak nak naik cab, nak gak sorong naik tube, bus segala sampai la ke old flat in du cane road. Sungguh la gigih kan?

Goddess Selene said...

FINE!! cepat bg address... nak dtg jugak! *matila self-invited!!

Cik Kiah said...

Tidak kah kau ingin menjemput cinta hati kau ni ke brothel baru kau??

Hjh Esah Jolie said...

Ina..kalau you sudi, i pun sudi jua...

Kepada kawan-kawan yang mengomen..terima kasih. Silalah datang, tinggalkan laki dan anak-anak dan dtg berpoya-poya ke sini.

Pintu Heathrow tu terbukak luas untuk you all....asalkan kau lepas menjawabn soklan mungkar dan nakir immigration jahanam tu...

Si Chenta hati ku...you never need an invitation dear...bukankah kao muka tak malu!

Anonymous said...

mak aji tahniah !!! tetiba rase bangga giler kt u...

tahniah ek!

pembaca senyappppp.....