About Me

Saturday, September 02, 2006

Tak Habis-Habis...Ku Terbakar Kepanasan Badan & Hatiku















GEMBIRA JEJANTAN NI MAIN BEACH VOLLEYBALL.AKSI GYMNAS MAUT TU...



Semenjak dua tiga menjak kerja dibelenggu masalah ni, pusingan kepala I lebih laju dari biasa. Kadang-kadang tu macam nak tercabut dari paksi nya. Makan paracetamol pon tak jalan. I bumped into my ex colleague kat Sainsbury semalam and dia kata I nampak lebih stress dari usual. Eh…selalu benor ke aku ni stress? Dia pon katalah..banyak kan lah minum air dan buat bedroom exercise. Celaka mamat ni. Tapi point taken. Sexual activity dah berkurangan sangat, sebabnya…

a) Banyak benda dalam kepala
b) Sibuk sangat, badan pon penat so, selera pon kurang
c) Tak tahu….

Semalam, I tido sepanjang hari. Lepas hapdate my blog, seawal pukul 9 pagi, I pon sambung tido. Rasa nak demam balik. Mata pedih-pedih, badan panas-panas. Macam FTSE 100 pulak my body temperature. Kejap naik, kejap turun.

Dalam tidur-tidur tu, I gunakan kesempatan tu untuk merenung jalan hidup I sendiri. Happy kah aku ni? Well, boleh lah. I pikir lagi, kenapalah aku suka sangat marah-marah sampai stress ni? Semalam bila BT bill datang, I marah jugak.Pasalnya, I am not suppose to pay any local call charges.Tapi dah 6 bulan, BT masih charge and bila I questioned, pandai pulak dia kata that I have to take it out on Homechoice. Bila ingat-ingat deal dengan Homechoice ni, hati makin bertambah sakit. Janji manis mu betul and in the end, I’m left with the 12 month worthless contract. I dah lodged complaint against Homechoice dah…and katanya, dia akan compensate my local call charges. Berulang kali I mintak dilepaskan dari contract, dia takmo kasi jugak.Membazir duit lah ni. Bcos I dah tak puas hati dengan Homechoice, I terpaksa signed up Sky TV. Duit lagi tu.

Semalam, lepas dah penat sangat tidur, Liza ajak I tengok CSI (the episode where that CSI guy kena tanam hidup-hidup, punyalah khusyuk I follow only when come to the end to be told ‘to be continued’. Ni lah yang I benci, I susah betul nak buat commitment dgn television program. Unless kalau ada something or someone yang betul-betul suka. Macam sitcom ‘Friends’, I was addicted to Phoebe.Tak cukup dengan never miss any episode, I siap beli DVD for collection and pastu dok tengok lagi repeat episodes kat E4 hari-hari. Addiction ke psychotic disorder ni?

I ceritalah dengan Liza pasal apa yang ada dalam my head. Dia kata, kau ni suka sangat memikir masalah-masalah kecik tu. Biarlah. Liza kata lagi, hidup ni tatau sampai bila and tak guna kalau nak dihabiskan memikir masalah. Apa nak jadi,jadilah. Terdiam jugak lah I. Dalam maknanya tu…

I pon insaf lah. I yang pilih this career. Belajar cam nak mampos untuk jadi lain, ini jugak yang I minat. Nak kerja dengan people with complex needs. Memang awal-awal dah dibagitau risk nya apa. Kata Liza, selagi tak mati, hidup ni masih okay lagi. Betul tu. Bersabarlah selagi sabar tu masih ada. Pasal my disgruntled ex employee yang tak habis-habis mengugut nak menyaman I, biarlah dia. Satulah kat sini. I tatau lah kalau Lee or Heaven or sapa-sapa Melayu yang kerja dengan English People ni facing similar problem. Ada segelintir omputih ni tak suka kena kerja bawah arahan foreigners cam I. Mamat Irish ni, dari dulu sampai sekarang tak puas hati. Dulu dengan company, sekarang he nak make it personal pulak, kata I victimised dia. Kononnya I tak bagi dia good reference. Mamat ni sibuk sangat nak salahkan orang, maybe dia terlupa nak cermin diri dia sendiri. Mamat Irish ni dah resigned from my company last year. Join company lain, after few months, I dengar dia kena tendang. Dia cuba cari kerja lain. Dia ni memang takde malu, sudah dibuatnya kami ni seteru, pandai pulak mintak jadi referee. I bagilah dia reference on account that I believe is true. I agak, dia tak dapat that job and he is now back throwing threats at us again. Nak hantar lawyer dia cari I la..bodoh betul. Apa lawyer dia boleh buat dengan I? Biarlah orang nak buat apa. I tak jahat dengan orang. My parents selalu doakan I. Ugutlah cemana pon Mark Sweeney ooiii…

Habis tengok CSI, Liza pon ajak I gi Tesco. Nak cari barang sikit untuk dia bawak balik KL. I pon ikutlah…dapat jugak fresh air walaupon Liza dah 2,3 hari menyakat I kata yang dia akan bantai makan nasik lemak malam-malam kat KL dan deliberately me ‘remind’ I betapa sexy nya karipap kat pasal malam Taman Tun itu. Kalau dia bukan my best friend, mau aku pukul dia pastu masuk dalam bin bag and campak kat River Thames nun…and baru kejap tadi, dia torture I lagi pasal kuih kosui bertatah kelapa parut yang lemak manis tu. She better pack it in sebelum something terrible happen…ni last warning ni.

So, Liza akan balik KL hari Ahad ni for 2 weeks. Berkuranglah satu punca asap rokok dalam rumah. There’s 2 smokers in the flat and one is coming back today. Welcome Home Lou, mesti kulit dia dah cekelat dibakar panas matahari Malta.

And me? I better start sorting myself out. Esok masih ada.

1 comment:

Lee Novotny said...

Hi u ols..sabarrrr.... mmg sakit hati sgt kalau ada orang camtu...bodoh sombong!

Mak tak nak plak ada problem ngan anybody under me (not literally, mind u! :P )... maybe mamat tu ada insecurity complex syndrom kot??

Take u ols... bawak bertenang... slap his face whenever u can...**matilaaa legal case!