About Me

Saturday, August 26, 2006

A very quiet August Bank Holiday...

IDDIN,SHAHIRAH & JPG. TOGETHER AT LAST.


Me and partner berperang kali untuk kesejuta kalinya dalam tempoh 4 tahun kami berhubungan.Salah siapa, tak tahulah.Maybe salah I kot.Hati tengah panas, badan letih dan otak tengah bengong gitu.Tapi bak kata orang tua, kalau tak ada orang kentut,masakan living room boleh berbau petai.Adalah jugak salah dia.

Kali ni,I ambik langkah paling berani iaitu asking for trial separation.Terkujat dia.I pon terkujat.Sampai hati mulut I meluahkan kata-kata tu.Tapi,when look back (in anger) semuanya macam tak kena.I pon ada attitude jugak.Bila dah stress dan penat tu,rasa nak shut off aje.Tak mau diganggu.Asal perbalahan kami ni taklah besar tapi sebab masalah tu dah macam gunung merapi pendam,bila dia keluar,hangus orang sekeliling.

I ajak dia pergi Merdeka Day kat Brickendonbury today.Puaslah I pujuk 'meh la kita pergi,you can see how Malaysian celebrate their national day' dah macam macam lagi.Dalam hati I,boleh la aku merasa makan kuih 'kipap' dengan 'cok udang' hari ni.Cos banyak orang melayu bukak stall dan meniaga.

Dia tak nak pergi.Okaylah,point taken.I ni tak nak lah memaksa-maksa.So, kami pon carilah any offer in the internet untuk kami spend our weekend together.Tak jumpa.Dalam pada cari-mencari tu,I pon cakaplah dengan dia yang I nak make phone call to my sister. Pastu dia ni naik hangin kata 'you can never enjoy your time with me.Always have to be someone else in the picture.' Brok brek brok brek dia selama 10 minutes.I diam aje.Tak nak gaduh sebab dah seminggu tak jumpa (sebab I pergi Warsaw) My partner ni,satu yang I tak gemar suka mengungkit-ungkit.Dia marah sebab I tak boleh move in dengan dia.Mati nak move in...camno nak bagi tau omakbapak kat kampung? Tapi yang sebenarnya,bukan takut kat omakbapak,I tak confident dan hidup bersama dengan dia.Tak duduk sama pon gaduh.I dah try dah,tahan 2 bulan aje.Dia ni pulak,bila marah-marah,main halau.Tengah-tengah malam I kena kuar.Nasib baiklah Liza ada.Sahabatku donia akhirat.

Bila dia bukak kisah-kisah tak duduk bersama ni,panasla badan I.I pon cakaplah,camana nak commit dgn you,you tak pernah respect I.And then dia pon complaint pasal I asyik kerja aje,takde masa dengan dia.Eh,kenalah kerja,kalau tak sapa nak bagi makan? Kau? cisss...

So,pagi tadi,I cakap dengan dia,eloklah kita separate sekarang sebab apa-apa yg I buat pon tak kena kat mata dia.Dia asyik complaint tapi at the same time nak I stay.Kan ke contradict tu? Marah betul dia dengan I.Dia katalah I tipu dia,I main-main kan perasaan dia...all that yang sewaktu dengannya.

So,I pon pulanglah kepangkuan my flatmate.Untuk menggumbirakan hati,kami pon masaklah mee kari.Makcik Putih takde, pergi Malta.Holiday dengan kaum kerabat dia.

Atai dah kawin? Ex gf dia dulu,satu sekolah dengan I.Eloklah umur pon dah panjang.Atai ni baya-baya I.Kelakar bila ingat kisah lama.Kami tak panggil dia Atai,tapi panggil dia Razman.Agaknya,dia masih kerja kat petronas.

Lee,about time la Eastenders ada janz hensem.Kalau tak semua muka nak tidor aje.Takde langsung yang menggiurkan.

Baru-baru ni kuar cerita Iddin & Shahirah lagi.Kali ni dengan mak diorang kat Australia.Happy at last.Kesian jugak.I dari dulu ikut cerita Raja Bahrin.Honestly.I'm inclined to believe her rather than him.Tapi itu cerita lama.Tu lah kata orang,ada hikmahnya kalau bersabar.Aku pon tengah bersabar ni.Tengoklah cam mana.

4 comments:

bRed said...

cian ko yea... sure ke u orait? biasa la hidup macam tu.... kekadang tu trial seperation ok gak (matila.. aku pulak bagi advise relationship)

apa2 hal pon.. kawan2 kan ade?

bRed said...

oh yea... aku lupa nak cakap...


BERANI DIA X NAK SAMBUT HARI KEMERDEKAAN KITA???

Tinggalkan je lakhanat tu!!!


hehehe j/k la.. jgn mareh ye...

Makji Esah said...

gelak besar aku...merdeka,merdeka.

Unknown said...

haaaa??ada sambutan merdeka kat London??? mak dok merayap kat tempat lain..waduuuuhhhh!!!!

Ni gaduh gaduh ni...bak kata P Ramlee "sedangkan lidah lagi tergeget..." sabar lah u ols nak nak kalau cinta antara dua benua yg lain culture dan lain adat and maybe lain agama..... mak speku je u ols..:)

Mak bapak mak pun lelama tahu jugak mak stay ngan Avang...apa diorang nak buat?? Nak usir Avang??? ad-Dinch!!

I hope u ols leh laa bersatu hati kembali ngan partner u ols; tak elok gado gado.... :)