About Me

Wednesday, July 08, 2009

Heal The World

Cerita Budak AS and pre ops transexual itu akan disyambung dilain hari ye...

I nak cerita hal semalam...first time in many,many moon...I decided to leave work early. I was in the middle of supervision with my Line Manager and another Social Worker (different department) and this woman (the Social Worker) janji nya nak meeting dalam 2 jam aje discussing this down syndrome guy and his sexcapade malam hari tu. Tup-tup..dah dekat nak 4.30pm..takde tanda-tanda dia nak berenti bercakap.

Dengan berani nya, I cakap dengan pompuan-pompuan tu, I'm sorry but I have to go by 5 o'clock. Selama-lama I kerja dengan local gov, selalunya I am in the earliest one in and latest one out. Dedikasi jahanam sungguh!!!

So bila they all agaknya terkujat lah jugak dengar yang I nak keluar opis cepat, teruslah wrap the meeting. And my Line Manager terus offer nak hantar I balik...katanya dia nampak muka I macam stress..nak rush githoo.

So, bila dalam kereta, she asked...what is the matter? Anything I can help with? You shouldn't really work after this, you look tired...cehhh...concern sungguh Manager I ni. I pun terpaksalah cakap kat dia apa kemusykilan I.

I have to rush home...kata I.

What up? Boss tanya.

Michael Jackson memorial service starts at 6... (Tu diahhhh....Michael Jackson lagi important occay?)

Disebabkan hujan sekejap renyai...sekejap tak renyai...lambat jugaklah I sampai rumah...masuk-masuk rumah, memorial service pun dah start...and according to MB2, Kak Yah Carey dengan Stevie Wonder tu dah habis nyanyi.

Tapi takpe....all in all I enjoyed the service. Sedih githoo. Far and between, ada jugak eulogy yang tak kena and sight-sight yang mengherankan...like

i) Tah sapa-sapa Reverend, Politician and Martin Luther King III punya speech. Dah le berpetir-petir...ada pulak masuk part-part kulit itam..how Michael this, Michael that...the black, the divide brok-brek-brok-brek...haiyo! Puak-puak itam ni selalu menuduh orang racist, tapi they yang dok ngulang-ngulang part-part hitam...even divided themself...sampaikan ada bulak Black History week lah...black music award lah...siapa yang divide siapa kan? The thing is that, they all portrayed Michael as a black activist, or even a proud black man...tapi tak ke diorang tu perasan yang Michael tu, punyalah taknak associate diri dia dengan unsur-unsur kehitaman...sampaikan apa aje anasir-anasir hitam kat badan and muka dia pun, dia tukar.

ii) Apasal anak-anak dia....tetiba bertukar kaler pulak? Bukanke mereka-mereka ittew berambut blonde dan bermata biru? Apasal? Kecik2 dah kena kaler rambut ke dik?

iii) Apasal yang nyanyi tu semua suara ala-ala puaka? Takde ke singer-singer yang pro nak nyanyi? Apasal?

It is a very nice service...kelas sangat keranda emas githoo.Nampak Brooke Shield nangis-nangis and lastly, anak pompuan dia pun nangis jugak. Tak macam yang dua tu...cam suka aje bapak dia mati...kemain lagi makan chewing gum!

Sebagai mengingati Michael Jackson, malam tadi I tidur bertemankan Ipod semua lagu Michael Jackson....sampailah pagi.

Hari ni tadi, I cakap dengan my patient yang suka ngisap dadah tu....that drugs can kill. Tak kisah lah..prescription drugs ke...illicit drugs ke..semua sama. Kalau disalah guna.

Speaking of prescription drugs ni, adalah sorang jantan mental ni, semalam cakap dengan I yang dia tak nak makan ubat lagi...katanya family nya kata...dia dah sihat, so takyah lah makan ubat lagi.

I must say, dilema kerja dengan patient/family mental health issue ni is the ignorance. Nak tegur..kang dia kata..kau apa tahu....bukannya badan kau. Or yang family pulak boleh cakap...apa you tahu, kami ni family, you hanya kerja dengan dia saja.

First of all....doctor tak akan bagi drugs kalau you tak perlu occay? Janganlah pandai-pandai nak add/reduce sesuka hati. It is always people thinking that..orang tiba-tiba jadi tak betul ni, badannya masuk setan. Ye lah..setan pun setan lah. Tapi makanlah ubat.

Kadang-kadang otak dengan badan tak communicate. Bila otak sihat, badan tak sihat,orang akan rasa dia sihat. Vice versa. Kadang-kadang badan tak reti nak rehat..so otak kena ajar badan rehat...pasal tu lah orang bagi you mind altering drugs. Ada sebabnya. So what if we have to depend on drugs? Kita pun kalau makan vitamin hari-hari, or ubat diet walaupun badan takdelah gemuk, takde lah pulak orang prejudice kan?

So, I cakap dengan jantan ni...you tahu tak you sakit apa? I had to explained to him...the scientific side of the job...kira pandailah I...considering aku ni bukan Doctor, Kiah oiii. Kesian jantan ni...I think family pressure kot..katanya makan ubat tu tak normal. I tanya dia...part mana yang you rasa you tak normal? Dia tak jawab....(tak tahu lah tu)

I tanya dia lagi..you tahu tak ubat apa yang you makan sekarang? Dia diam....(tak tahu lah tu...tahu nama...fungsi tatau)

So I pun cakap laa....ni, yang satu ni Anti Depressant. Terus dia jawab..I tak depressed!!! I told him...memang lah you tak depressed, but this is ANTI-Depressant. Maknanya..tak nak bagi you depressed lah...

Another few tablets pun with different antipsychotic function..pun ku kena explain satu persatu.

Pun tak paham jugakkkk....last-last kena cakap macam ni saja.

Encik....semua orang dalam dunia ni sakit. Tinggal teruk dan tidak aje. I sendiri pun pelupa...obsessive...and plenty of unexplained traits that relates to how my brain is functioning. But fortunately, I tak payah makan ubat. Tapi bila I ada masalah...I kena makan ubat jugak. Macam you. You kena makan ubat sampai you rasa, one day you can function without it.

Tapi..family saya kata makan ubat tak elok? I tanya dia...makbapak..abang kakak you..hisap rokok & minum tak? Iya katanya.I cakap...tu pun tak elok juga.

I cakap dengan dia...you pernah sakit teruk tak since you makan ubat? Dia kata tak pernah. So I tanya, apa baiknya you berhenti? Dia kata..family dia worried sick. I cakap..kalau your family yang worry, maybe they should go and see their doctor. They shouldn't worry about things they shouldn't worry.

Ye...moral dari kisah ni....benda yang tak perlu nak dirisaukan...janganlah nak menyeksa kepala otak ye? Ingat...bak kata orang pandai agama..yang jahat datang dari kita...dan yang baik, datang dari Nya. Insafffffffff terussssss saya.

And bak kata Michael Jackson....heal the world, make it a better place...for you and for and the entire human race...

Amin.

7 comments:

Tijah said...

hahaha. belakon je tu sume makji. padahal dlm palo masing2 tgh cr idea cano nak kongker neverland tu...

Anonymous said...

makan chewing gum tak tahan tu..adeiii..

:: rockafella yanz :: said...

untung tul ko Esah dpt tgk kul 6pm.. aku kek KL ni kul 1am ya.. huhu. By da wy aku nk bg tau ko Esah, Kak Yah Carey pya boob tu sagging oops!
(ada aku kesah?) hihihi.

captlukman said...

makji taw dok?? iols lah gospel singer yg mengiringi jacko masuk dewan "hallelujah..hallujah...kak tijah"

hahahahhahaha

amris said...

muka anaknya Mikel ade iras2 janet jackson tang bab idung dia

Hjh Esah Jolie said...

Tu lah kan Tijah..kau ghaso agak2 eh..Neverland tu dapek ko omak eh ko abah eh?

Anon...kurang ajar budak tu...

Yanz..sebab kau kesah lah kau perasan her saggy boobs...

Mung ke tu..hok-hok menghoyan tu King? Laaaa..mano pergi nya tahap keislamang mung ni? Buang mso ungguh mung gi usrah..hahahahha

Amris,Janet tu plastik surgery...anak2 dia ori kot..ye lah,,bukan anak betul kan?

captlukman said...

Ok lah dok ngoyang betor dari jadi hasnah kan? Anyway mari lah kita gi usrah sama kat rhu Sila sana