About Me

Tuesday, December 04, 2007

Jelly Hates Mushy

Erm...dalam kedinginan cuaca yang kejap-kejap basah pastu cahaya matahari yang keluar ala-ala hidup segan mati tak mau gitu, I pun dengan perasaan penuh tanggungjawab (tanggungjawab apa, tatau) telepon lah Si Debab tu last Thursday.

While you all might wonder why setelah habis kahak ku mengutuk dia, apahal lak ni gi call lagi si orang itu. Bermuka tak malu or cakap tak serupa bikin aku ni? To cut the story short (mmg story nya short pun) after dah ku maki-maki sambil keluar F F F tu, si Debab agaknya demam terkejut barang sehari dua. Lepas tu, bagaikan biawak yang berkulit tebal, dia telepon balik to say sorry.Katanya, dia amat paham kenapa I jadi mental macam tu.Pastu dia ala-ala lelaki macho Malaya nya cakaplah, kalau you dah taknak dengar from I lagi pun I paham...tak salahkan you. Tak cair ice cream kau dengar?

Macam nilah...most pompuan will say, jantan memang pandai meng transform dirinya jadik lengkong. If they want something back so badly, suruh jilat pasir pun sanggup.Masa tu lah dia akan mengaku dirinya bodoh, bangang and anything yang sewaktu dengannya.The moment they enter the dungeon of vulnerability, you get to hear all sort of remorse.Bak kata Madonna...heard it all before...heard it all before....

Pakcik ni tak nak kehilangan kawan katanya, so sempena nak Xmas ni (jahanam kan Melayu tu, sempena Xmas kata nya) he reckoned that he should stop being childish and behave like a proper man.Whatever that mean... by the way, does 'Proper Man' exist?

Masa Pakcik telepon tu, I seperti biasa macam sabun bertenaga 2 dalam satu as in sambil buat kerja and bertelepon, hanya ahah, ahah, ahah aje...takdelah nak ambik serious sangat.And because of my brain ni speed nya ala-ala Celeron Processor, 24 hours after that kata-katanya masuk betul2 dalam kepala hotak I. I thought that he is being sweet and sensible walaupun dalam hati I macam was-was, biasalah dengan jantan ni kan selalunya ada babi disebalik kueh tiaw? As I was leaving Basingstoke for Southampton on Friday, and memandangkan Basingstoke itu macam dekat aje dengan Reading, I thought maybe I give him a quick call, see if we can meet up. I was thinking that it was so rude of me being a melayu to menyumpah seranah dia that day. Although I tak nyesal pun sumpah dia, but I should have chose my words carefully, F F ni macam omputih berahak sangat kan?

It was Friday lunch time and Pakcik dengan senang hatinya happy to meet (and missed out on his semayang Jumaat pun..hamboi jantan...mana rationale nya?) And there we were at Reading Station, minum kopi and makan chocolate cake. Like any other pompuan tak sedar diri, I felt triumph...pasalnya I got to do things the way I want it and when I want it. See, I called him...he came. I told him when and where, he readily agreed. No negotiation take place. Bertambah tembamlah kepala ku dek bongkak nya.

But I must say that although you may read this with a tinge of feeling bongkak ness, this is how it is with me. I have to be in control and yes, the situation made me be in control. In my past life (we are talking 10 years ago here tau?) puas aku diperkotak katik (apakah makna ini, Kiah?) oleh Siamang...I can see myself having and wanting to please him, macam hamba lampu ajaib gitu. In my case, tak pulak aku ni digosok-gosok.Sendiri volunteer nak jadik hamba kan, Kiah?

I started to see Debab in a new light now. At times he tried swerving back into his habit of nak manja-manja ala-ala anak gajah but I am now capable to just give him a telepathic hint suruh 'Eh sudah..sudah..sebelum aku sepak kau'. I cannot handle mushy peas anymore (tapi I sokaa mushy peas dengan Fish & Chips, camno?)

But then...(the typical bit) you do know what people say about a person with tough exterior...that they are actually jelly. I will tell you about Sam's email on my next post.

7 comments:

Anonymous said...

Hamboii kemain rajin makji noh sanggop la menalipon JT lagi kaedahnye? Jantan kan mmg mcm tuh.. selagi tak dpt ape yg dia nak tuh, mcm2 la sanggup buat kan? Bukan setakat jilat pasir jer uols, jilat ape2 yg najis pon sanggup kan? hiks.. Mrasa!

Ehh kemain rajin menghupdate skrg nih? Dinch busy kah uols?

Makji Esah said...

Macam tu la Makji oii...sambil bekerja settle paperwork sambil main ular, boley?

Apa lagi najis yg boleh dijils tu Makji?

ManaL said...

halamak....dalam pada nak sedey baca kisa iniewww, tergelak sopan ct nurhaliza pon ada!

What other choice does he have but u? Somehow, i had this funny feelings that u r his wanita melayu terakhir despite ur colourful languages at him. U r probably his last lifeline di bumi UK.

Being in control is one of the good attributes in your (and my) case and u should stick with that. Bukan jelly laa but a natural forgiver and a born diplomat.

:: cheezzy cheese :: said...

Han, suka plak aku dgn ayat ko tu nok.. "selalunya ada babi disebalik kueh tiaw" bleh pinjam ayat ko ni tak??

Makji Esah said...

apasal sedey lak, manal?

Yanz, ini universal saying ni...pakai aje lah..siapalah pulak yg membabi disebalik k/tiau kat kau ni?

Anonymous said...

keras di luar, lembut di dalam gitu. aiyoh perumpamaan apa tatau? i oso like being in control.. *matikler dominative!* and tak suka the feeling of being 'terhegeh-hegeh' to men. u go girl!

Makji Esah said...

Tu lah kan, BM, rasa powerful sgt la dapat berkuasa...