About Me

Saturday, December 12, 2009

Restaurant Review........(just)

This is my first attempt to do a restaurant review. Bukannya apa you, after nearly a decade living in London and few years living around England, jarangnya nak jumpa good Malaysian food. I have given up (amboi..sombong nya kata-kata...) on the one in Central London, Mawar ke, MARA House ke and Malaysia Hall dimana distulah tempat orang-orang gomen menyalahgunakan kuasa dan bercakap macam they all tu lah yang punya Jabatan-Jabatan gomen tu. Ada orang cerita kat I, puak-puak ni kalau datang makan tak payar bayar and ada pulak siap BYO ikan mintak orang punya kedai tu masak kan. Ish..ish..ish. Kalau dah kerja gomen dapat datang London 3,4 kali setahun takkan lah miskin kot? And of course lah, orang-orang gomen ini akan dilayan dengan spesial nya...and orang-orang tak gomen macam I ni, dibagi nasik sejuk aje. Another thing yang tak sedap dipandang, Malaysia Hall buat peraturan yang orang bukan Malaysia takleh masuk makan kat Malaysia Hall. Kalau nak masuk pun, kena masuk dengan orang Malaysia aje. So, Hjh Leemah..awok dokleh masuk makang. Awok kan oghang ER? Hehehe...takpo..nanti awok maghi Londeng, awok makang dumoh saya deh?

Ketahuilah oleh kita semua, dalam Londeng ni ada 3 (yang I tahu lah) kedai makan Malaysia yang nama kedainya ada word 'Makan'. Satu kat Richmond, satu kat Shepherd Bush and satu lagi kat Portobello Road. I have been to all 3 of them. So read along.....



Makan-Makan, is a nice humble eaterie, owned by a Chinese Malaysian lady. Because kedai ni adalah dekat dengan rumah and opis nombor 2 I, and bila kengkawan datang and I tengah takde mood nak masak (and I memang nya tak pandai masak) maka, tempat ni lah yang menjadi tempat I menjamu kengkawan I. I must say that although they listed Chinese & Malaysian food in their branding, it is far, far better than Chinese food yang eat all you can buffet £7.99 tu. In fact, the sambal, the rendang and the karipap tasted so original. The owner cum waiter dia pompuan cina yang nama Michelle ni punya PR adalah kelas satu...kalah stewardess MAS yang hanya suka melayan matsalleh aje. Kalau you nak compare dengan Malaysia Hall, maka ianya adalah berbeza macam Gunung Everest dengan Bukit Berapit. Makcik Pakcik Malaysia Hall dah kaya dan berasakan tak perlu lagi nak bermanis-manis muka dan Michelle, agaknya pun dah kaya jugak..tapi tetap memandang kami-kami yang masuk kat kedai dia ni cam lombong emas. The price is reasonable...although orang kaya kat Haverhill tu kata makanan kat Haverhill lagi mahal. So, I sincerely recommend thisn place to you all. Tempatnya takdelah grand mana...tapi food dia sungguh menjilat jari. If there's only setback ialah I don't think the food in there is halal yakni..takdelah halal certificate. So ayam dan dagingnya adalah dikatok dengan kejam. I am not fuss asalkan bukan babi..although sorang student PHD ni (perlu dingat ya..dia ni bukan kawan I, but kawan to my fren ni) yang masa kitorang makan KFC, dia punyalah bersyarah pasal ayam tu tak halal only to be told off by his friend (my friend) dengan ayat-ayat sakti...'eleh...nak makan yang halal aje, tapi isap ko*e gak..'. Wah..terkasimasss aku mendengar nya. So, I rate this restaurant 10 out of 10 lah ye...mind you, they serves karipap panas-panas.

I ni kurang gemar sangat nak ke Portobello Market nun...bukannya apa you all, area ni dekat dengan St Charles. St Charles ni adalah opis I numbor 3 and ramai population clients I dok bermastautin kat St Charles sepital ni. It is a bit too familar for me. Kerja macam I ni, kalau boleh..kalau nak berumahtangga, janganlah sekali berumahtannga kat area dekat dengan opis. Nak pergi kedai pun tak senang nanti. The owner of this shop is a Kedahan. The location is quite near to central London (adalah satu bas aje) and dekat jugaklah dengan tanah jajahan Bayswater ittew, so bila jalan-jalan, maka akan terserempaklah dengan student-student Malaysia yang mega-pandai. I tak tahulah nak cakap apa..but I selalu sangat terserempak dengan student Malaysia yang akan pandang I macam lah I ni orang gaji pilipin. Ke perasaan aku aje Kiah? I nak aje cakap..eleh...I ni awal lagi dah mai UK belajar, but siapalah aku kan Kiah? Master pun takde...degree pun 2nd class.
Okay...I nak tak nak komen lebih-lebih pasal restaurant ni. The owner and me goes loooong way back but I wish them all the best. I dah pernah datang sekali..bukannya makan free pun. Tapi lepas tu macam-macam cerita keluar. Tak apalah...




Compared to the two, ni lah kedai makan yang paling upmarket. Letaknya di Westfield, shopping kompleks yang paling besar kat Europe. Poket I pun koyak besar dek kerna membeli Xmas present. I was told ada kedai Malaysia, so hati I macam berbunga-bungalah.
Price of the food mahal sikit lah dari kedai biasa. Takpelah...interior deco nya chantekkk. MB1 spotted a malay waiter yang berambut blonde and we place our order cakap melayu. The teh and nescafe tarik is nice. The menu is nice and bila mata lapar...otak pun tak berapa waras.
MB1 didn't finished her Mee Kari. I finished all my food in protest (ke kedekut?) and MB2, as always oblivious to what is right and what is not the right taste (in the end, she commented that her food taske like celaka) Inside the bowl of curry mee, amongst the noodles, the udang and the fishballs, in lies the abysmal size of sayur sawi with the trunk sama size nya dengan batang kelapa.
Dengan tak puas hatinya, I tanya kat one of the waiter, do you serves this kind of vegetables? Don't you think the size is against health and safety? People could choke.
Of course, she will passed me as customer yang berlagak, assured me that she'll asked the chef but lepas tu dia pun ghaib tah kemana. I walked to the counter to pay my bill. The cashier asked if I want to put a gratuity on my credit card. I pandang dia. I beg your pardon? You served me a vege that fits an elephant and you're asking me for tip? I don't think so.
Dengan serta merta, kami pun rasa macam nak tukar nama kedai tu jadi 'JOM BERAMBUS DARI SINI'.
I doubt the waiter/waitresses know what they're serving as they just abruptly campak the meal on your table.The Manager is a Chinese man from Hong Kong. There's one Malay waiter and the rest...entahlah datang dari mana.I googled this restaurant and the owner is one Datuk from Malaysia. If he or his konco-konco is reading this....
a) Your food suck
b) Your service is poor
c) Ayam percik is not a grilled chicken breast with layers of kuah satay on top ye...buat malu aje.
d) Your Mee Kari is so cair like air mata....and it travels from Dundee to our table.
Had I not asked, maybe sampai sudah tak tiba-tiba pun.That was the £40 I so resented paying you.
Sekian.

23 comments:

Anonymous said...

hyee mak jie...tul laa yg part stewardess mas layan mat salleh jew, nyampah kan...mas xmo skolahkan ke stewardess depa yg prasan baguih tuh.mcm laa mat salleh depanyer regular kastermer ek!

Lee Novotny said...

Cheers noks..next time, mak hoi takkan nak jejak kat Jom Bermabus ittew hahahha..yes, Makan Makan was good..she's ever so friendly :)

Nazrah Leopolis said...

makji: kebetulan masa i melawat belah2 situ last summer i terjumpa Makan-Makan on the navigator, terus masuk. wahh penuh kedai tu. ada buffet, jadi saya pun bismillahirahmanirrahim makan, sebab baru sampai dari perancis makan makanan hampas langsung tak sedap, 5 hari tak dapat nasik.orang kedai tu baik sekali, michelle tu siap ckp cuba nasi ayam dia, original dia kata.sedap! i dah makan, dah rest dah berbual lebih kurang, bila time balik nak thank michelle dia takde. i pun keluar. dah nak seberang jalan, michelle lari keluar to say goodbye and to reassure us, ayam dan daging dia halal.cuma kedai dia ada jual pork chops la at one corner.dia suruh bagitau other muslim malaysians.pandai2 la pilih apa yg nak makan kan?bismillahirahmanirrahim...

sampai kat london, nak makan sate la konon, kat dubai takde sate :( nampak iklan jom makan. so sent the husband that way to ta pau...dia takde delivery. sampai2 sana, kecewa ok! dia tak boleh tapau.jom makan amender camtu!!!ngidam la aku sate, satu malam... esoknya berkuat la juga nak pegi...cuba makan kat sana, i agree, slow service dan tak sedap. harap teh tarik aje boleh pakai.

anyway, semasa di london, teringat juga pada makji. tunggu la lagi 15 tahun kalau ada duit harap anak2 bawa kita jalan sana pulak...

sorry comment panjang mcm tak tau malu ...

La Diva said...

i oso ada baca abt kedai makan-makan ittew! nnt uols bwk mak pegi situ naaa?!! *larik dulu sblm aking mari* hahhha

Belladonna said...

How about Cafe World? Hihi :)

aking said...

wahhh ada org sudah tempah nampak?? siap mu lily!! makan2 kedai yg uols bwak tuh kan?? yes mak tahu ambik 2 bus daro brothel mak...aku rela pergi even sejuk dari mkn sih&chips!!

tapi retaurant no15,tingkat 3 richmond tuh tetap aku nak gi makan jgk

life is ... said...

Thanks mak aji kasi review restoran kat londeng...

Boleh la pi Kedai Makan-makan ni.. kalau ayam/daging dia beli halal, ok je la.... bagus gak Michelle tu ada gak initiative dia beli ayam/daging halal...

Pasal student tgk mak aji semacam dua bukan apa, last time masa pi londeng buat kali pertamanya, memang rasa teruja sangat bila jumpa orang melayu... sebab UK kan, bukan senang nak jumpa melayu, walaupun tak kenal, rasa macam kenal lama dah...

Tapi sorry to say la, rata2 melayu yg dijumpai kat londeng (tak tau la dia duk londeng ke atau tourist etc) kalau ditegur untuk beramah mesra, agak "kaku" sikit... pernah sekali tu, maklum la sesat kat londeng... macam nak menangis rasanya bila tak jumpa tempat dituju dengan perut yg dah berkeroncong (nak cari MSD punya restoran nasi sejuk tu).. then jumpa minah ni, dia duk london, dia kata ala senang je u pi sini, turun sini, jalan sikit dah jumpa... sesat ok ikut direction dia kasi.. sedih... then tup2 jumpa another malay couple from liverpool yg biasa dtg londeng, diorg yg tunjuk jalan n sampai ke destinasi restoran nasi sejuk dengan jayanya...

Bukan apa mak aji, org dari kampung mcm saya ni, nun kat Durham, memang jakun bila jumpa dengan melayu kat londeng.. sebab kat Durham, kalau jumpa nampak melayu (kecuali yg memang duk durham jadi students etc)... wah sungguh teruja nak menyapa... mana tau kan, kalau sesat jalan, boleh tunjukkan..

starla said...

hmmm...will makan2 be open right after christmas i wonder. nak try while i'll be there nanti.

Hjh Esah Jolie said...

Anon 1...layan matsalleh lah lagi baguih kan? Manalah tahu dapat dibuat laki..hiks

Hjh Leemah..huh..dengarnya JOM MAKAN ni ada branch kat Camberwell jugak..dekat2 area Gajah Istana tu..baik pergi Melati..laaaaaagi sedap.

Nazrah..bila dah dekatb tu, tak retilah nak menjejak kasih dengan I kan? Kesian u takdapat makan satay..apsal tak gi Satay House? Berlambak satay...

Mok Wawa..harus you alls..harusss

Bella...cafe World takde mee goreng...

Aking..mung ni, tak pernah nya hafal alamat aku weh? Numbor 18..18..mung maghi nanti mung masak mee kari deh?

Life Is...Durham tu bukan penuh dgn doktor dari Malaysia ke? Kat tempat camtu selalunya melayu adalah meriah...sini, penuh dgn org gomen...so berasa diri mereka tu macam bagus adalah perlu...huh..lain kali kontek I..i ni tomtom bergerak.

Starla...check out their website www.makanmakan.co.uk
I'm not sure abt their Xmas opening time...but kalau makan tu, jgn lupa ajak I nah? (Dgn muka tak tau malu nya)

Nazrah Leopolis said...

camana la nak berjejak kasih pun, karang buat janji sekali bau kentut pun tak sampai, putus sahabat la pulak kan..

insyaAllah kalau pegi lagi, kita jejak kasih ok?

Nazrah Leopolis said...

MOHON AMPUN, BERIBU-RIBU AMPUN.sesungguhnya saya telah menyebarkan ajaran sesat. mintak ampun my memory is like a dory fish...

I baru ni checked with my husband pasal restoran yang kita gi makan tu sebenarnya ialah Bunga Raya at London Road,Thorthon Heath,ada halal meat tapi jual be alip be ye.Bukan Makan Cafe at Portobello Road.Owner dia bukan Michelle tapi Henry and Cathy ke mender... I should really be shot in the head! Sorry for misleading ur readers, makji! and for the record, tolong la jgn sapa2 panggil saya untuk jadi saksi dalam court eh...ham lao abis!


in the hope to redeem myself, i checked with zabihah.com. Makan Cafe is fully halal. Jom Makan is also listed. Makan-Makan at Richmond tu, tidak la saya tahu status halalnya...SORRRYYYYYYY...


nak timbus kepala dalam pasir la camni...sorry uols!

Hjh Esah Jolie said...

Nazrah..aku dahb agak dah kau bagi ajaran sesat....pasalnya makam-makan tu mana ada jual spare rib?

Cepat gali lubang....

Nazrah Leopolis said...

sowwwyyyyy eh..ni makno eh, dah tuo, pelupo!

nampak eh kono la mencangko malam ni...buek malu mak apak yo lah!

Hjh Esah Jolie said...

takpo do..kito sesamo kito..apo lah nak maluuu....(kuyak mulut den dek tegolak)

Lee Novotny said...

kan noks?? Weols pun suka Melati :) dahlah ado teh tarik and roti canai...aiyoo terburailah abdomenkiewwww hiks!

aking said...

mee kari? baiklah nti aku try buat dulu ya, mana lah tahu karang konpem makcik putih tuh terberak karang....terus mak kene deport by kete batman**hahah rindu lah kat mung sumer

melovesfood said...

kemarin saye g westfield dan usha2 itu kedai jom makan.. org putih siap queue nak lunch tuhhh.. tapi ramai ckp only the teh tarik yg boleh ditelan, yg lain ampehhh.. tapi owner jom mkn tu sure bapak kaya sebab leh bukak kedai kat situ... hebatkan org gomen!

Hjh Esah Jolie said...

Aking..dia kuat makan pedas..dokkang terberaknya...

MLF...hah..mmg org gomen kayo

Tuan Zahara Rohana said...

I was in London 15 yrs ago and the makan shops yang adik Hjh cakap nie rasa2nye belum ada lagi..yang rasanye Halal dan sedap makan ketika itew at the Iranian and Indian shops..boleh tahan gak lah..but anyway I agree with all the comments yang kengkawan Hjh cakap tu...M'sian food disanun tu...memang tak Kaw...

Anonymous said...

Makji, pasai peramugari MAS layan omputih lebih tu mmg betoi pun. Laki saya omputih, dia layan laki saya jer, dia ignore saya. asyik, anything you want sir. Laki saya kata MAS tu midget Airline system for midget minded people.

Anonymous said...

masa i kat edinburgh punyalah teruja jumpa org msia tapi dia buat tak nampak saja.....awat rugi ka kalau senyum saja.....tak kan nak ikut balik rumah perabih beras kot.

CoKeLaT-RaWkZ said...

Noks, lain kali kalo nak komplen pasal food jangan mintak derang ganti ke tuko ke hapa. Thru experience la kan, kalo kita komplen air kurang manis, drang bawak balik ke dapur, pastu derang ludah2 noks oiiii... my sis in law yg penah kerja part time kat satu resto dia cita....... adoimaks.

Anonymous said...

I loved your blog. Thank you.