About Me

Wednesday, September 26, 2007

Hari Kemaluan Sedunia

Hari ni tadi, I posa sekerat hari. Iskkk..malunya.

Semenjak dua menjak jadik nurse tak bertauliah ni, I makan pun tak tentu. My first ever buka posa yang proper is bila MB ajak datang makan kat rumah dia last week and last Monday, si Tembam tu ajak I buka posa kat Nandos. That's it!!! Selalunya bila I posa, waktu berbuka tu minum Diet Coke aje, pastu Black Coffee. I keep telling myself, besok bila sahur, nanti makanlah. Kesudahnya, bangun pun pukul 6.30am, dah subuh gajah.

Seperti biasa, I treated my office cam company bapak I, so hari ni, I dengan sesuka hati, taknak gi kerja.Nak work from home la katakan. Masa ni lah I unload all my stuff from the luggage, dari hari pindah hari tu. By lunch time, MB called and asked me to see at Barclays, nak gi tukar address.Pastu, pergi Ikea.Saja dia nak gatal cari barang.Masa kat Ikea tu (hish..jangan gelak ye) my kepala otak rasa cam sejuk-sejuk nak beku gitu. Dah le sekarang sejuk, ada matahari tapi sejuk cam dalam Freezer. Tiba-tiba I rasa macam lapar ada, nak pengsan pun ada, nak berak...and nak muntah.I later realised that my solid meal was on Monday and after that, it was either Diet Coke and Black Coffee.Tapi, I buat diam-diam aje, bukan apa, MB kan tak posa...tuhan aje lah yang tahu kenapa. So, tak nak lah buat muka lemah nak mati pulak depan dia...dah le setengah hari tadi I dok lecture dia pasal tak posa, ni I pulak yang complaint-complaint lapar...tak macho lah kan? (Hish..riak sungguh aku ni)

Habis je tawaf satu Ikea tu, MB dengan kejam nya buat suggestion 'Eh..since kita dah ada kat sini, why don't kita gi Oriental City, I rasa macam nak makan nasik lemak'. Hamboiiii.....

Tiba-tiba, masa on the way nak gi OC, kepala I dah rasa berangin aje, until I tertunduk-tunduk, squeeze my head between my knees. Perut pun rasa sejuk.MB2 tanya bila I boleh buka posa, I pon cakap lah at round 7pm.Tapi I cakap kat they all, you all makan lah..I can tapau. Sampai je kat OC, MB kata muka I nampak cam pucat, and I pun dengan dah takleh tahan lagi...pukul 5 tadi, decided, okay lah...takat ni je I tahan.Kang sakit masuk sepital, camne nak balik KL. I cakap kat MB, moh la kita gi KFC ke, McD ke...takle terkantoi makan kat OC ramai melayu. MB cakap, heesh..lantak lah.Kalau u sakit ke, tak posa ke, bukannya problem diorang.So, I dengan memalu nya, masuklah ke OC.

Hah!!! Masih lagi tu nak pilih kedai orang melayu, so I went to this stall with kakak tudung dengan senyum simpulnya pandang I. There I was macam malu-malu nak masuk OC, tapi...alangkah terkujatnya bila I nampak ramai betul orang Melayu tak puasa. Hah!!! Ada tu yang buat-buat minum teh tarik sambil cakap omputih in English accent lagi, tapi tak jadik, still bunyi cam melayu.

Siap bagi salam and dengan macam pelahapnya, I ordered Nasi Lemak & Meehon, nak makan sensorang.Kakak Tudung dengan hormatnya took my order, pastu boleh tanya lagi kat I, adik nak makan sini ke, take away? Makkkk!!!! Rasa ada petir berdentum. I pun cakap, makan kat sini kak.Pastu, buat-buat cakap (nak bagi sedap ati sendiri) ish..masa tak puasa je boleh datang kat sini, kak. Hari puasa susah sikit. Well, ada ke akak tu nak tau, sajalah kan!!!

Well, to that akak, saya mintak mahap lah kak ye, abis pahala posa akak kena layan orang tak posa cam saya ni.

Sekian, selamat maju jaya.

14 comments:

Typhoon Sue said...

*LOL*

ala, kalau dah tak buleh posa tu buat selamba dek aja udahle. nak explain2 hapa lagi ha? aku ari ni pon tak posa makji. sebab demam, jadi kena makan obat. tapi la ni dah rasa baik sket, rasa guilty plak dah. Malu gue.

DBI said...

hjh esah-uoll boleh bawak bendera merah kan??..tak der lah malu sangat

Lee Novotny said...

Matilaaa akak pakai tudung tuh bersubahat!!!!! hhahhahah ***petirrrrrrrrrrr!!!!!!!!

Wah wah..at least kat sana ado nasik lemak..kat sinniew, non-ado! nak buat pun tak gheti!

Heyyy take care of yourself..jgn nak posa kalau diri ittew tak sihat! kang lain pulak dapat!

Cik Kiah Kidman said...

Esah, ko ni jaga la makan baik2! nanti gastrik kang. I tak le sayang sangat kat you, i cuma nak ole2 dari london ni..i'm still thinking of the list of things i nak..hehe

tokasid said...

Salam makji Esah:

Mak oii...banyak hari tak dak proper meals? Tu yang jadik macam tu. Mula2 kena gastrik pas tu jadik Hypoglycaemia pulak sampai pening2 dan rasa sejuk.

You really have to take a proper meal len kali. Koman-koman pun tutoh le quakersoat ka nestum ka, roti patsegi ka(boleh cicah ngan kopi sejuk...sedap tak terkata).

Berrel of Inverness said...

Makaji,
Assalamualaikum,

Ala makaji, dah berapa hari tinggal dah? baru 2 hari kan? Ok la kan.

Doa-doa Makaji berjaya posa lagi dan balik sini... sesama kita raya kat malaysia... lama tak raya kampung nih

Goddess Selene said...

Makji kelakarnye uols! Mesti pegi makan kat kedai "Lemon Grass" tu kan? Hiks... Mak tak dpt bayangkan mcm mana muka kakak tu hiks... Ala uols mak pon aritu, puasa half day sbb kempunan kfc canne? Matilamak!!!

Hjh Esah Jolie said...

Bukan apa Sue, malu pun ada, guilty pon ada...heesshh..you demam pasal pergi menyerang Putrajaya ke? Get well soon ah?

Kalau betul bendera merah takpe doc..ni takde bendera.Pastu, gi makan tempat org berpuasa lak tu.

Thanks, Lee..tapi..I semalam makan nasik lemak tau...sambal lebih lagi..

Tak sayang ye, Kiah? You're kidding who? Yrself? Kau masih ke nak barangan Anne Summer tu? (Mampos buat announcement) Psss...pi cakap kat Ustazah Munah, adik dia ada nak kirim barang tak? Aku tak dpt la nak contact dia...

Tok, camtu lah tanda-tanda nya...ni semua kes lupa makan lah ni.Lupa makan, tapi tetap tak slim, camne tu?

Barrell, I dah raya kat Kampung 2 tahun lepas...tapi kali ni, Kajang Sate...watch out.

Makji eton..Lemon Grass tu uolsss...kakak tu cam senyum sinis aje...5.30pm I dah makan..setan sangat kan takleh tunggu 1 1/2 hour lagi...tapi, siapa yg boleh menolak nasi lemak depan mata? Waduhhhh...

Lee Novotny said...

I wonder if that place had petir sabung manyabung time org kat sittew makan makan tanpa waktu yg sepatutnya..hahaha **lariiiiii

Cik Kiah Kidman said...

Nak aku tanya kan ke? Aku rasa adik dia baru balik UK last week. OK laaa! Aku tanya gak utk berbahasa bahasi. Aku nak carpet boley? Bila nak sambung cerita JT? Oh Esah! Your life is sooo colourful..sayang? ptuihh!

Manal said...

No worries, bleh ganti during winter days nanti...:-)

captainlukman said...

ni mak ji, kat OC yang kita makan KARIPAPPPPPPPP tu ke**sedapnyaaaaaaa**, takpalah makji, pempuan org pahamlah kan, kalau sandy sue yg makan, pempuan jadian gamaknya**POMMMMMMMMMMM**.........hehehehehe.

tapikan makji kat doha ni jgn kata kedai makan, kedai baju pun tutup nok!!**kau ada**ops**......

Hjh Esah Jolie said...

A'ah lah gakanya Lee..Petir sabung menyabungggg..harossss!!!

Oh KIah..I lap yu tu

Winter lagi seksa nak puasa, Manal oiii...

Harus Capt Lukman..mencharottt Hjh Eton. Ah, kedai baju? Motif? Kedai baju ada jual pepsi sekali ke?

Anonymous said...

First time disini, entah macamana dapat blog ni.

Puasa lebih senang bila kita puasa semata2 kerana Allah. Cubalah. Sebab tu orang bukan islam susah nak puasa. Sebab dia puasa cuma menahan lapar dan dahaga. Cuba puasa dengan niat betul2 kerana kasih sayang dan tanda terimakasih pada Allah. Bila berbuka tu, tentu akan terasa sungguh nikmatnya, InsyaAllah. Bila masih ada rasa malu-malu nak berbuka tu, maknanya iman masih kuat tu. Tahniah dan Selamat Berpuasa okay.