About Me

Saturday, November 28, 2009

Suci Dalam Demam...2

1. Takde cerita nak diceritakan.....Makji masih demam, batuk,selsema, batuk...and demam balik. Ubat dah makan. Hari-hari mandi air extra panas...minum air kosong, air tak kosong, semua dah try. GP aje belum jumpa. Walaupun demam...I tetap gi kerja. Gagah/gigih sungguh. Orang tanya, apasal you tak cuti sakit? Yeah..boleh, pastu kerja pun menimbun. Takpe...nanti kerja yang menimbun tu dah susut, I akan start mengular balik.

2. Semalam...ada cerita budak melayu keluar dalam The Sun. Cantik sungguh budak tu. Jealous sungguh I dengan rambut dan mekap nya. Budak KLCC, kawin dengan orang putih dari Derby. Khabarnya dah nak kena deported...kesian. Jahat betul immigration kat sini.Lanun Somalia dibaginya masuk dan British Passport, tapi orang yang dah masuk sini ikut channel yang betul, macam-macam songeh lak. Tak pasal-pasal nanti, bila dia balik Malaysia, Jais Jawi semua berlumba tunggu kat KLIA nak nangkap dia. Cis! Semoga dia selamat pergi dan balik.

3. I ada case baru. Budak melayu...sekarang ni kena tahan kat tah mana pusat detention. Dah 2 tahun tahun katanya kena tahan. 3 bulan lepas, adik ni kena refer kena psychiatrist. I baca file dia...pandai budak ni. Ada PHD, although I must say that the damage in his head is not caused by his studies. Kena seksa boipren kot...nak balik takut, makbapak dah pulau...he already breached government contract or something. He is not talking to anyone. I saw him 2 days ago. He didn't respond when I interview him. Of course lah Makji cakap omputih kan? I was with a nurse, I asked questions, the nurse asked him questions...pun dia tak jawab. But his hands is shaking. After 15 minutes and tekak I pun dah sakit dek berbatuk-batuk and menanya soklan kat dianya yang macam batu, I tanya nurse tu, is he on any medication? Nurse cakap dianya selalu refuse. I tanya Nurse lagi..Mamat ni bahaya tak, walaupun dia nya ada jugak membuat perangai dalam detention centre e.g. menterbalikkan meja, memecah barang etc. Nurse cakap dia okay. Then I said....so, awak ni sebenarnya kenapa? Rasa tak sihat ke? Tangan nampak macam gementar...awak risaukan apa sebenar nya? Buntang mata dia tengok I. Dia tanya I..akak orang Melayu ke? I cakap kat dia...makan ubat you. 2 minggu lagi kita cakap-cakap okay? Saya tak gila Kak. Saya tahu...tapi awak tertekan. Badan awak tak boleh rehat, so ikut cakap Nurse ni, makan ubat...bagi sistem awak rehat. 2 minggu..kita jumpa lagi. I took his hand..masih menggeletar.Ni..tengok ni...awak terlampau risau..pasal tu menggeletar. Makan ubat. We finished at that.I called the ward after that...and he did take his meds.

4. Semoga Danyl Johnson akan kalah minggu ini...makin menyampah pulak aku nengok muka nya. I hate manipulative people.

9 comments:

Cik Kiah said...

Bila dah sihat, sila hapdate cite adik melayu tu yee?

Bibbidi Bobbidi Boo said...

Kalau Danyl Johnson kalah sok, maka sakit jiwa balik lah patient ko yang sorang tu, Ji... lari dari rumah meronta-ronta tanpa halatuju. Camno?

aking said...

makji, aku pun tertekan jugak ni, counseling pls...pls la...i tak giler tapi meroyan je how?? Tu diaaaaaaa penangan makji,see i told u bagus what!!

jgn lupa sambung kisah no3 tu ya,kalau rasa nak O2 yg 4 kotak tu lah**threat tak??** hahah

ManaL said...

Eh eh...cute tak budak laki melayu tu? awat boipren? dia bukan straight yea? harosss la makji akhirnya cakap melayu gak dgn budak tu, baru dia nak dengar kata eh?nak2 plak akak yg nasihat tu siap menyenth tangan nya dengan rasa kasih sayang?

ladymarko said...

Makji, pls do whatever you can to help that poor boy... sian pulak nengoknye tercampak kat negara orang, sakit cenggitu pulak... and keep us updated ek?

Err... makji takde rupe cam melayu eh? Sbb tu budak tu tak cam makji melayu... mata biru ke makji?? hehehe...

As said...

Mak Ji take care ok! Lepas tu update kisah budak melayu tu noh. Eh berapa umurnye? hehehehe <--gelak gedik

[danial][ma] said...

hej! hjh.esah...(1) have you eat karipap lately? hope you get well soon...(2) sHe gorgeous! but sHe should abide the law...kesian...(3) another kesian case hope makji can help him...(4) we are same geng makji menyampah kat danyl tuh but nanti lee marah kat both of us sebab menci pujaan hatinya...hehehhee...

Anonymous said...

ala sedihnya i dengar cerita budak melayu no 2 tu..kesian kat dia kan makji, apa hal pun nanti you update cerita dia ok? i ni bukan apa, concern dan jugak busy body hehehe...eh yg budak melayu klcc tu apasal pulak dia nak kena hantar balik malaya???

yatie

Anonymous said...

case #2 - exotic katenye.. sekali tengok dah tau fonen. konfem dikejar dek jawi sbb tukar jantina/tukar agama. tsk tsk..

case #3 - kes gayah jugak ke ni? new post takde hint pun lurus ke bengkok.

- kak nam