About Me

Sunday, November 01, 2009

S.A.D.

Musim musim tak tentu sejuk dan panas ni, ramai betul yang mengalami

a) Kepeleotan kepala hotak yang serius
b) Panas Dinginnya Badan ku
c) Kucari jacket tebal yang hilang (rhyme with lagu Syed Sobrie...Ku Cari Cinta Yang Hilang)
d) Onset Alzheimer
e) Kemurungan sekejap-sekejap

It is a fact that in my workplace, ramai pesakit-pesakit (dan jua ahli keluarga mereka) akan menjadi gila lebih dari biasa. Tak tahu le apsal...tapi expert kata weather condition can affect people emotional wellbeing. Macam kita la..cuba kalau terlebih panas ke, kan ke hati kita macam mudah terbakar githooo? Jangan kata hati mudah terbakar, kita pun kenkadang ada rasa nak bakar kepala orang kan?????? Masa I sedang bercanda dipasiran Kampung Subang makan seafood, adalah patient kat unit tempat I kerja ni menunjukkan perubahan-perubahan tak positive, stubborn and cocky nya lain macam.Pulak tu selalu refuse bila orang bagi ubat. Pada satu hari tah hapalah anginnya, dia telah mengamuk dan terpaksa di restrain oleh one of my colleague ni. Akibatnya...lebam lah tangan si patient tu. Kerja I ni...kalau orang mati dalam your care pun you salah, orang terlampau jahat dalam your care pun, you akan salah juga. Kalau ada orang mati..family akan kata, kita tak jaga dia betul-betul lah..pasal tu dia matai. Hah..mulalah nak saman, nak tulis surat kat surat khabar..demand orang tu orang ni resign.. Kalau orang terlampau jahat pun, kita-kita jugak nak kena komplen..kata kita tak pandai jaga lah..salah teknik lah sampai orang tu jadi jahat. Idok ke family-family dia ni tahu yang kalau yang afrit tu memang dah macam setan sejak azali. So, takde kena mengena nya dengan kitorang salah jaga. So, kalaulah kitorang ni teruk sangat..apasal kau tak hambik aje adik beradik kau tu bawak balik and jaga sendiri????!!!!

So, semenjak I masuk kerja minggu lepas, I keep getting phone call from kakak nya si gila ni. Well, seriously, brain defects must run in the family kan???? Kakak nya every time telepon, ugut kata nak buat report sampai kami-kami kat unit ni akan kena buang kerja lah...want to take us to the cleaners lah (of which, nak aje aku cakap kat omputih bahlol tu...well, you're using that in a wrong context...hapa nya yang nak take us to the cleaners? Dah adik kau gila sejak lahir, aku pulak nak di take nya to the cleaners) So, kira campur bahagi tolak..dah 2 minggu jugak lah I dok layan aje bila dia menghoyan tu (ingat ye Cik Undang Ghombau...takde untungnya bergaduh dengan orang gila) Everytime dia tepon..I kasi dia cakap apa yang dia nak cakap and sampai habis, I tanya..okay..ada apa-apa lagi ke? Dah puas hati dia meghoyan...baru dia letak telepon. Hari ni tadi.....okay, here's the trick ye. Bila orang dah selalu sangat expose kekuatan dia kat you and you diam-diam dan perati...you akan perasan kelemahan dia juga. So, pengalaman saya sebagai Law school student, saya juga telah dilatih untuk mengumpul fakta, bukti dan mengumpul kekuatan untuk menjawab berdasarkan fakta dan bukti. So, hari ni tadi..ditambah dengan malam semalam saya tak cukup tido dan ehemmm...saya datang bulan, bila dia start membuka mulut dan cuba mengondem department saya, saya dengan cool nya jawab...hey kau dengar sini...........

Saya persembah kan pada nya undang-undang civil dimana saya sebagai kakitangan tempat saya bekerja adalah tidak boleh di abuse dengan kata-kata kesat. Saya juga adalah citizen yang dilindungi oleh undang-undang dimana, saya tidak boleh ditakut kan dan diugut sesedap rasa. Dan saya pun berkata, macam ni lah Cik..dari minggu lepas Cik dok cakap Cik nak buat tu ini kat saya...apa kata, saya telephone telecom provider saya dan minta mereka berikan saya rakaman perbualan telephone saya dengan Cik dari minggu lepas dimana Cik tak berenti-renti ugut saya, dan saya akan buat official komplen terhadap Cik dan saya juga secara peribadi akan menghubungi pak polisi. (isk..saya tipu sebenarnya...sebenarnya panggilan telephone tidak dirakam..tapi sebab dia bodoh, apa yang dia tahu???) Terus dia diam. Pastu saya dengan jahatnya lagi cakap kat dia..Cik misti ingat ya...adik Cik ni tinggal berkongsi dengan orang lain yang juga boleh membuat komplen terhadap Cik dan family Cik. So, jangan salahkan saya kalau diorang ni report polis dan adik Cik kena masuk lokap besok???

Terus dia tak telepon lagi....(meh kita nyanyi lagu Alleycats....jangan talipon lagi..Leha tak boleh pergi....)

**************

Dua tiga menjak ni...kalau bangun pagi.....I rasa nak demam. Badan macam panas pun ada, sejuk pun ada. Tapi bila bukak Facebook main game...badan boleh okay pulak dan haruslah kena kerja. Ishhhhhh.......


**************

Semenjak pindah ke rumah baru ni....banyak betul benbarang I yang dah ghaib dari pandangan. I suspek si MB1 (sebabnya dia bukannya suka sangat dengan taste-taste I dalam T-shirt ke, jacket ke) yang dah masukkan semua barang-barang I dalam beg plestik hitam dan secara senyap nya hantar pi charity shop. Hari makin lama makin sejuk...mana poei nya jacket-jacket kieewwwww ittewwww????


**********************

Semalam adalah hari hantu sedunia kat sini. Saya telah dijemput menghadiri party menjadi hantu. I thought I should amke a bit of effort, so I pergilah beli topi kaler hitam macam kon tepi jalan tu. Nak dijadikan cerita.....hari jemahat lepas I ada CPA (Care Plan Approach) meeting. I punya confident CPA meeting dan Halloween party adalah benda yang sama. Aku datang meeting pakai topi hantu, boleh? Maluuuuuuu I. Boss tanya I..you okay ke? I cakap, I kena early onset Alzheimer. (By the way...I menyampah gila kat Boss I si CPB tu sekarang...kerna masa I tengah chotti, boleh dia kasi aku warning letter pasal tak respond email? So, siapa yang Alzheimer...aku ke dia?)

***************

Semenjak balik ni, I must have been affected by SAD (seasonal affected disorder) I dah rasa makin fed up pulak. Mula-mula Boss bagi surat warning (pastu, boleh dia terkedek-kedek telepon aku, tanya how was my holiday?) Pastu pulak masalah dengan Cik Kakak Gila tu...often I wonder, apa makna nya kerja ku ini? Mana terima kasih nya? Apa future nya? Berapa lama lagi aku harus menghadap orang orang yang agaknya..dah tuhan jadikan gila, sebab hidup pun nyusahkan orang. Boss kecik tanya I...you tak nak ambik professional course ke? Ye lah, kalau I ada specialist qualification, maka boleh jadi atas sikit dari sekarang ni..takyah sesusah menyakitkan hati berurusan dengan orang gila...kalau I dah jadi specialist, I boleh decide aje mana nak humbankan orang-orang ni. Tapi...larat ke I nak belajar lagi? I was looking at University punya prosprectus...mak datuk, 3 tahun full time nya. Otak dah berkarat...kudrat? Kudrat main game ada lah...hish! Kalau takde perubahan, Social Work lah aku sampai pencen dan nak membuat perubahan, kena pulak buat pengorbanan yang maha besar i.e. belajar sepenuh masa, cari finance nak tampung college fee and bayar mortgage...wah! Ditelah mati mak, diluah mati bapak..dimuntah, diri sendiri pulak mati..aiyaaaaa!!!!

6 comments:

zX said...

kalu dikemam? apo jadik?

Lee Novotny said...

at least uols masih ada career noks! mak nih, asik nak kena ikut laki jah ...wherever he goes, that's my home **ikut lagu Paul Young tu hah! :P

p/s mesti dirimiewww tampak begitu jelitsss sekals with that cone on your head..tak letak cone terus kat ciktek kah?? Kalah Madonna! :P

La Diva said...

meh sini wawa tolong picit pale cik han!

[danial][ma] said...

hej! hjh.esah...me also S.A.D. and my fren told me to eat cakelat...ayoyoyo...i need sunshine, anybody want to be my sunshine...hehehee...

aking said...

uols kenapa? haaha sib baik topi, kalau kau ambik watak misteri rumah tua si kak noor tuh canne?? hehe

Hjh Esah Jolie said...

Zx..entah.

Lee, Kon tu terlampau panjang pulak nak ditaruk kat Ciktek nyah...kang kalah Madonna

Wawa...meh cepat datang sini..

Danial..aiya..eat cekelat become fat wooo!

Aking..tu lah kan? Tak pasal2 kena tangkap.