About Me

Thursday, November 05, 2009

Pengakuan Jujur.....


Soklan :- Kenapa Saya Tidak Mengangkat Telephone Sokmo

Jawapan
Saya adalah pekerja Kerajaan setempat. Saya bekerja dalam department khidmat masyarakat dimana sepanjang masa saya adalah bersama masyarakat. Masyarakat ini selalunya adalah masyarakat yang terpeleot kepala nya. Sebagai pekerja, kami sejak awal lagi telah menandatangani polisi telefon peribadi dimana, dimasa bekerja, kami adalah dinasihati supaya tidak menganggu ketenteraman awam dengan menjawab panggilan peribadi.

Saya senantiasa berada disamping orang-orang paranoid dimana, kalau telephone saya berbunyi, maka mereka pikir saya adalah menerima panggilan dari polis untuk menangkap mereka. Mereka juga sellau pikir saya bercerita hal-hal mereka kepada orang yang saya borak dalam telephone ittew. Pernah terjadi pada colleague saya, telephone nya berbunyi...dan masa tu pulak dia sedang berurusan dengan pesakitnya. Tahu apa jadi? Telefon colleague saya itu dirampas dengan penuh perasaan dan colleague saya pula telah dibaling dengan telepon itu dengan penuh perasaan jua. Berjahit kepala colleague saya.

Saya akui...saya jarang nak menghubungi orang yang me misscalled kan saya. Bukannya apa...kadang-kadang kepala saya adakalanya terpeleot jua. Macam mana saya nak ber friendly-friendly dengan kengkawan selepas saya kena maki ' get the fuck out of here'. Saya memerlukan masa yang lama jugak untuk menyejukkan hati. Bila hati saya dah sejuk...hari pulak dah malam. Tak kan saya nak mengacau laki bini orang memalam buta pulak kan????

Perlu dingat juga yang sepanjang masa, saya adalah travelling dalam keretapi. Sekarang ni, dalam keretapi dah ada quiet zone, yakni takleh pakai telepon. So, sebelum saya kena saman dan dapat criminal record, baik saya silent kan aje phone saya.

Saya juga adalah amat pekak kerana ber Ipod sepanjang masa. Bila dah pekak dek Ipod, apa yang nak dengarnya telephone berbunyi?

If there's any consolation....bukan kawan-kawan saja saya tak call or tak angkat call....makpak adik-adik saya pun begitu jua. Salah satu punca nya saya berpisah dengan orang ialah kerana ini juga...yakni, saya kurang berkomominikasi.

Tapi..apa kan daya......dah sejak azali saya bukan Ratu Brok Brek.

Soklan :- Why don't you reply my text???


Jawapan
Kepada Cik Kiah yang dichentahi....telepon ku ittew company yang bayar. Nak mampus kena gross misconduct pakai phone for personal use????! Nantilah next year aku tukar ke Iphone, kita message Facebook aje lah nak?

*******************************************************************

Saya sedar, hidup ini..kita memerlukan kawan-kawan. Saya juga memerlukan kawan-kawan. Oleh itu, oleh kerna kawan saya yang sorang itu nak berams ke Deutchland sinun, maka...saya dengan ini akan cuba menjadi kawan yang baik kepada Makji Eton dan mengeratkan silaturrahim kami di UK ini. So, bilanya nak datang London ni???????

Kepada kawan yang dah ada kereta kat seberang tu, tak gheti-gheti ke nak naik Seafrance ke bagai masuk ke sini? (Boleh ke kau tolong beli rokok sekali???)

Kepada kawan yang dari dulu sampai sekarang ni tak cukup2 duit hasil curian duit laki, sila tingkatkan productivity mu dengan memasukkan ubat tidur dalam kopi nya. Maka, ada waktu kecederaan lagi untuk kau mencuri.

Kepada Kiah....you might see me first in the beginning of the year. Takde request from Lorat Asli ke? Ke kau nak Becotide? I kat sini dapat free aje benda tu.

5 comments:

lovelylin said...

kau memang kalo dah dengan ipod pasang ipod mcm org telinga kuali!

yaaaa nnt aku sampai lah.. tapi hajat di hati nak gi merambu sensorang, bleh? *tingginya cita2!!!* hahhha

rokok ape uols nak? rokok arab ke rokok french? opps

Unknown said...

Ho-hooooooooooooo mak dos kena sutir doh!!! Muahahhaha...alaa aa cik esah yang kucingtahikiewww.... mak dinch marahlah noks..mak gurau gurau jah..sebelum mak nak berams ke Fatherland, mak nak geletek geletek sikettt uols nih :P

aking said...

aiyoh BESARnyaaaaaa FONT dia**takoooot**. Sib baik pakcik tuh pakai getah kan?? kalau gam UHU camana agaknya**matilahaku!!** hehehe

Makji Esah said...

La Diva...tinngalkan aje anak dgn bapaknya..meh lah berjalan sini sambil berfeeling single githooo

Lee..hahahha...meh la maghi sini...

Aking..a'ah..font kalo boleh nak size 48

Belladonna said...

Saya akan berusaha untuk mencuri dengan lebih giat lagi. Hahaha