About Me

Wednesday, November 18, 2009

Game......Anonymous

Mula-mula......FARMTOWN. Wahhhh...I suka main ini game. Cucuk tanam, pastu harvest...pastu plow. Pulak tu sambil berkerja boleh bergossip. Pastu..tak cukup dengan kerja kat ladang sendiri and ladang jenjiran, boleh gi jobseeking kat Marketplace lagi. Bila dah ramai jiran, semangat taknak kalah tu memang tinggi. Orang naik point, kita jeles. Orang beli rumah, kita jeles. Pendek kata...apa aje benda kat ladang orang yang takde dalam ladang kita, kita akan sakit hati kejelesan dan tak tido malam merayau mencari kerja so that we could afford to buy benda-benda baru.

Seingat I, takde langsung pengalaman pahit main game ni, cuma satu ketika dulu ada jugaklah jiran yang suka benar datang kebun orang..bergossip tak pe lagi..membuat gossip tu yang I tak larat. Dah le aku ni kurang pahala...berkebun dengan orang tu makin menambah dosa aje. Ish....

Lepas tu....geng-geng kat opis mulalah tanya..eh, ko ada main FARMVILLE tak? Sebulan jugak I keraskan hati sambil mempromote kat diorang suruh main FARMTOWN. I cakap kat my colleague (tu diah..terkopak rahsia kan..Social Worker yang tak bertauliah ni, masa counselling session, masa buat incident report sebenarnya dalam diam main game Facebook) FARMTOWN lagi bagussss. Walaupun I dah cakap kat they all tu yang I akan tetap setia dengan FARMTOWN, memasing masih gak cuba memanipulate keputusan periuk api I dengan menghantar gift-gift berupa anak kambing, Mak Lembu, Pokok-Pokok etc dengan melimpahruah nya.

Curiosity got the better of me. Walaupun I kurenggg sikit gemar dengan musik nya, I sungguh terpaut hati dengan lelembu yang ber eye lashes macam Donatella Versace tu. Hah..mulalah aku cuba memenuhi dua tanggungjawab sekaligus. Penat occay.....tapi walaupun begitu, bak sang jantan yang dah berbini tapi masih ada masa mengayat dan menjalankan tanggungjawab kepada gilpren dan bini nya serentak, begitulah I dengan FT and FV ni.

Ada sekali masa kat KL, I ni on the way nak gi pasar malam TTDI. Sesampainya I kat Damansara Utama tu, jantung rasa rasa nak pecah and I mulalah macam monyet kena letrik githoo. MB2 tanya apasal? I cakap...ish..I lupa, I baru tanam strawberry ke hapa..yang akan masak dalam masa 2 jam. Rasa nak pusing balik masa tu jugak. Tapi...demi nak menjaga maruah diri (or nanti orang ingat aku ni gila) I relakan saja my plantations to withered.I menangis dalam hati you..isk, isk, isk.

Sebenarnya, dalang dalam ketagihan terbaru I ni..ialah MB2. Dia lah yang ajak-ajak. I pun bila tengok macam best aje join lah. Kesudahnya, aku yang lagi productive dari dia.

Tak habis dengan Farmville, I ni dah bukak Cafe lah pulak. I dah terperasan yang kawan-kawan dari FT pun ada lama Cafe juga. Majuuuuu pulak tu. Tu yang I sakit ati. Sakit hati dan dengki itu jugaklah punca I bermain bertubi-tubi, sampaikan I sanggup set alarm bila lauk-pauk tu dah disiap masak. I boleh tido sebelah komputer lagi dan dalam pisat-pisat tu, I main game, boleh?

(Orang datang rumah pun, I sempat main game lagi....boleh?)

Sekarang ni, ada orang ajak I main MAFIA lah, Restaurant lah...ayoyo...hati I macam digaru-garu. Tapi, semenjak ada nya game-game ni, ketagihan I makin melampau dan kerja I semakin tak siap. Semalam, ada orang masuk opis I dan terdengar bunyik lembu FV yang suka mengawan tu. Dia cakap kat I..ooohh..you main game ye? I pun cakap...a'ah. Kenapa, you nak report I ke? Tu diah..macam penagih sangat kan...berani tak bertempat. (Although..assistant I tu takkan nya mereport I...sebabnya I selalu bagi dia balik awal)

Sekarang ni, I macam menyesal pulak.. Kalau tahu lah nak jadi cenggini, tak hingin pun I accept application tu. I should have stick to my Age Of Empire & Sim City. Lagi menguatkan minda. Ni? Game buat aku semakin busuk ati lagi memakan gaji buta adalah...

Is there any Game Anonymous out there? I really need to curb my addiction. Seriously.

20 comments:

aking said...

sib baik aku tak accept semua FT/FV ni? kalau tak mampus aku kene usung laptop kemana2...

dgr citer ada org dtg mkn mee goreng?sila pesan kpd pengoreng mee itteww, kalu aku dtg kene mkn McD siap dia. Aku sedut O2 dia sampai kembung hahahaha

Mint said...

entahlah Esah...anak i picca yang lima tahun tu pun dah tak nak ikut i ke mana-mana...duduk mengadap laptop tu...tunggu ini itu masak, sebiji kelakuan you lah....i tak main benda-benda ni..tak faham and malas nak belajau...

Anonymous said...

lu boleh berjiran dgn member gua...balik rumah tiap2 hari awal, sampai rumah tak mandi tak hapa terus berkebun...produktif betul org Melayu ni rupanya!

Anonymous said...

kak aji,
saya pun addicted cam tu gak..tgh2 meeting bleh keluar jap nak gi harvest..kantoi ngan bos ada ar dalam 7-8 kali..buat tak tau jer..hahaha

tinker_bell

Typhoon Sue said...

LOL
i sooooo can relate to this! ketagihan yg memuncak2. except that i have kinda abandoned my FV and FT. pokok2 semua layu dan mati dan lembu2 semua dah sakit nenen sbb tak perah susu, hahahaha

i'm with mafia wars now. any chance i get. asyik gaduh sana sini, bunuh sana sini, curi sana sini, syok jadi jahat ni. duit aku dah berbillion2, alangkah baiknya klu aku buleh actually spend duit tu kat pavillion ka, buat pi monaco ka, mana ka...

sepiah loreng said...

hahahah... it's like reading about myself because i play all the games that u play too. although idak la rasa mcm nak patah balik rumah sbb nak harvest strawberry punya pasal kan. tapi stress sgt bila ada masalah nak log in FB and then sometimes games tu semua pulak lembab gila nak load.

anak2 jadi mangsa neglect. kasihan.

jadi apa solutionnya ni? nan ado.

Ina said...

Dear Makji,

Hehehe... Itu la pasal sampai sekarang I masih takde FB walaupun dikutuk depan belakang... Because I know that once I start, I'll never stop. I pun senang gak nak jadi game addict nih...hehehe

As said...

I dah ceraikan FV dengan talak satu! next akan ceraikan Mafia Wars pulak. Nasib baik baru gedik main 2 games ni. Itu pun sebab ada satu jejaka sound i kata. Main game tu semua bukan boleh membantu IQ u pun. Ouch! Macam kena simbah asid u tau. So i nekad ceraikan semua game hehe. Sbb ada benarnya pun apa dia kata. Mujur la now ni i ada assignment baru. So tak la tergila talak :P

-:- said...
This comment has been removed by the author.
moksudah said...

hahahahah
hihihiihihi
teruk tul hajah ni addicted to FB games

Unknown said...

Nyah.,.....jommm layan aquarium ke apa ke benda ntah..beli telur ikan bagai..tapi tak boleh makan laa telor hekan ni..ingat telur anak ikan ke?? **ya hamponnn rudeness melampaui batas! :P

p/s aquarium mak mesti penuh dengan kotoran ni dah lama tak singgah hahahahah

Ayda said...

ayoyo......... itu macam ka.... manyak terok la...

miSs inTerpReted said...

ohmy....i ingatkan i sorang jer yg rush balik dari ambik anak sebab masak lauk kat cafe!

p/s: pot roast tu tahan lama...i penah tinggal almost 5 hours x basi pon. *perlu taw nak share tips..

Anonymous said...

kakakakakakakakkaka ingatkan i sorang jer addicted ... bila broadband lembap rasa nak hempas jer.. mengenangkan artichoke masak lah, nenas, sunflower semer tak harvest lagik...

Mama Huptihup said...

since u pun dah ckp kan...i dah seharian tak blh bukak my FV...naik meroyan sbb teringatkan tanaman i yg bakal mampos....hancur harapan nak beli tanah...

life is ... said...

wah tempting nya... walaupun tak berkecimpung dalam bidang pertanian ni secara alam maya.. mahupun bidang pertahanan .... melayan membalas status kat fb je dah addicted... errmmm.... susah juga dah jadi penagih fb ...

amybarakbah said...

hahahaha same here.. nasib baik kat opis tak leh bukak fb if not asyik dok memasak kat cafe + dok berkebun sajork.. owhh fish isle pun besh mak aji.. co la try.. anak2 ikan dia beshhhhhh.. gumuk2s

Anonymous said...

Ya Hajjah,

cepat2 la update blog. Tak sabo nak membaca cerita ceriti seterusnye....

-blue-

ladymarko said...

Gelak besar baca entry ni. I thought my addiction is bad enough, but I think you are worse sistah! Sampai tido tepi pc tu... ish ish ish... Udah udah le tu...

Norizan N Littlechild said...

Hi Mak Aji, Just nak share on my addiction with these games on FB, sampai my Old Man merajuk tak layan dia bersembang bila I balik dr ofis. Last2, dia pun gi layan gak these games, by using the desk top in the Study. hehehe ..... Tapi, kalau gi holiday ke, jln lama2 ke, I tinggal kebun2 tu & cafe & fish tanks, kosong. Tak sanggup tengok tanaman withered. Sedih .........