About Me

Friday, October 09, 2009

Sila dan sila....

Malaysia I-Like
- Sekarang ini kedai-kedai tempat kita membeli barang sudah membuat terma-terma yang baru iaitu, anda adalah dibenarkan memulangkan barang dan menukar barang jika tidak berpueh hati. Ini adalah sangat bagus...untuk orang-orang yang fickleminded cam saya ni or orang-orang yang suka salah baca buying list juga seperti saya ini.

Hari ini tadi saya pergi KWSP. Adik-adik saya kata, saya dinasihatkan membuat penama kepada duit EPF saya yang sebanyak taik hidung itu, yelah...saya kan kerja kat Malaysia cuma sempat 2 tahun lebih saja. Sebelum kami pergi tadi, MB telah saya nasihatkan supaya tidak memakai baju yang menjolok mata dan menjolok sarang ular orang laki-laki...so begrudgingly, dia memakai T-shirt size 16, 3 size lebih besar dari biasa...supaya tidaklah menampak bentuk badan yang luar biasa (dimata jantan atau dimata kakak-kakak Ustazah orang gomen ittew) Akan tetapi.....sesampainya kami kat kaunter penyambut tetamu dan pemberi nombor giliran kat KWSP ittew, kami dilayan dengan penuh mesra oleh adik hensem berbaju melayu dan bersamping tetapi takde songkok...yang bermata hazel, berambut orangutan dan ber foundation..mak datukkkkkk...kalau tampar musti retak nya!!! Jgn silap paham..kami tidak mendiscriminasi...(iskk..adik pakai foundation Body Shop ke dik???) malah kami amat sokaaaa sekai yang adik comel itu telah diberi ruang and peluang meng express diri (dan membuktikan kawun lelaki juga adalah setanding kawun wanita dalam memelihara kejelitaan diri, speaking of which, kami dua orang ni tak mekap pun dik oiii...) tapi MB1 tak pueh hati..sebab katanya, kalaulah dia tahu orang jantan pun dibenarkan mekap kat Jabatan Kerajaang...apasal dia nak pakai t-shirt bersize zero nya itu telah dilarang???? I pun pujuk dia..alah tak apalah....hari ni kan hari Jumaat, janganlah pakai baju sendat-sendat..dah le kita pakai 3/4 shorts ni...tak pasal-pasal tak dapat service pulak...dan setelah disogok dengan sampoerna ijau, maka MB1 pun diam saja lah. Adik-adik yang melayan kami juga baik-baik, helpful dan ramah sekali, tak macam kakak EPF dua tahun lepas yang melayan kami macamlah kami ni nak rampok laki nya (if lah dia beraki...) dan adik yang sorang ittew..bila nampak address saya kat Londres nung..terus cakap omputih dengan rakus nya...(adik tak perasan ke kulit kakak ni kulit ular sawa yang amat matang sekali...tak pun hangus dik?)

Kesimpulannya, saya adalah happy....

Malaysia I-Don't-Like
Hmmm.....list ini adalah amat panjang.Saya sudahpun dikomen kerana tidak menghormati Malaysia dan juga amat berlagak...(org tu cakap, lain kali tak suka, blah lah..jgn balik Mesia katanya....) akan tetapi..saya cuma meminta tol-tol dikurangkan, motor-motor diberi laluan jalan sendiri, sila beri laluan bila saya pasangkan indicator, sila cakap tompang lalu atau maaf bila sengaja atau tidak sengaja kacau personal space saya, sila buat bas yang melalui jalan-jalan dan area area tempat adik-adik saya tinggal yang jauh berdentum ittew dan terpaksa saya membayat tambang teksi dekat 30hinggit...sila cepatkan speed internet, sila jangan bawa anak-anak kecik dlm supermarket yang busy tapi taknak dikawal budak tu,sila jangan bercakap dan menghantar text message dalam telipon bimbit ketika mengemudi kereta, sila bersihkan taman, sila ratakan jalan, sila jangan berkelakuan tak senonoh didepan orang yang tengah nak makan...(ini adalah untuk adik bertudung hitam yang bercium mulut dgn boifren kat Food Court Midvalley semalam ye....) dan banyak lagi.....

Pssttt..saya terbaca amaran mesra Datuk Bandar PJ yang katanya tak boleh membawa anjing kat taman, kenapa ye? Cemanalah orang-orang yg ada anjing nak bawak anjing diorang jenjalan kan? Surely, anjing-anjing peliharaan adalah set-set bangsa anjing yang ternama dan berpendidikan, not the kurap one.Ataupun owner anjing masih lagi tidak berpendidikan suka membiarkan anjingnya fouling the street?

Saya juga ingin memberi pesanan mesra kat orang Malaysia yang tak duduk Malaysia supaya berhentilah mengadu domba dan mengadu bomba.Sebagai seorang yang sudah dewasa dan berumur sedikit, kita mustilah menunjukkan contoh yang baik kat adik-adik kita. Awak tu sudah mencari gaduh dan memanaskan hati ramai orang..and by the sound of it, jadi bahan umpatan orang jua. Silalah bertanggungjawab dan tidak memberi sebab kami-kami ni untuk mengumpat, dah le kami ni suka mengumpat sepenuh dan separuh masa. Kalau you dok diam-diam, takde orang nak cakap pasal you kan? kan? kan?

Sekian.

8 comments:

farah lagi.... said...

kalu nak p spital gomen..
d galakkang pakai kemas cam keje opis !
d galakkang speaking london jugak..

kalau idak..xde nyer nurse2 ni nak layan..

tu my pngalamang ni spital...
so, moral: ambik ler insurans yea...


kalau nak soping d penang or ipoh..kat butik2 ada nama..yg rata2 salesman nye CHIN peng...
jgn terasa ati kalau kita mayu yg pakai cam anak load...tetap x dilayan...walaupon ber-soping sapai ratusan ringgit...
yg CHINpeng depa..pakai cam apek jual sayur pon....tetap d layan A punyeee.... walaupon masuk just nak tgk cermin saje..and berlalu tanpa beli blah ntah hapa2 !!!

Unknown said...

noks, yg hat pakai tudung tu dah kawen kot uolzzz...marilah kita semua berbaik sangka, leyy?? heheheh

waaahhhh masih di Malaysia kah?? Bila nak balik??? :P

Ina said...

Dear Makji,

Yang last skali tu, apa kes? Ceritalah, ceritalah...hehehe

Makji Esah said...

Farah..maybe sebab they all tatak konpiden dgn diorang nya BM kot..pasal tu lah pemaluuuuu...hehehe...Org Perak, baik cina,melayu ke India mahupun orang asli adalah baik-baik belaka...

Lee...I balik minggu depan u..masih banyak lagi pasar malam yang belum dijejaki ni..

Ina...amboi kauuuu...

BdK BluR said...

pakai tudung..commulut.. itu biasalah makji...itu belum lagi makji nampak dlm tudung labuh ada kepala hitam... kalo nampak, makji pengsan agaknye....

Makji Esah said...

BB..fenomena biasa ke tu? laaaa...idok ke mike tu malu?

aking said...

amboi adik2 boleh berpondeseng??Org kita bila kita bagi opinion yg harsh skit je, tarak boleh terima one.tapi kan makji, dgn mengadu domba ni, banyak BARAKAH kot dia dapat....tu yang tak habis-habis cucuk tuh.

mrasa!!

Anonymous said...

i kan makji, kalau i komen2 pasal malaya lebih2 nanti adik i yg mulut tak de insurans tu boleh cakap 'kau tak tak duduk kat malaysia, kau mana tau, so ontok2 je ye' hehehee...i pun terus diam le hehehe...

yatie