About Me

Wednesday, January 25, 2012

When Should We Let Go....

Cerita ni takde kena mengena dengan kucing atau pun rumahtangga yang sedang dilanda krisis. Kalau terkena pun, ianya adalah tidak sengaja...(ye lah menipu tak habis2)

Hari ni saya duduk berdua saja dengan MB2 sebab MB1 satu lambat balik. So MB2 tanyalah apa khabar kawan saya yang sekarang dilanda keresahan rumahtangga itu. Saya cakap, ohh orang tu okay..rasanya. Kalau tak okay pun kenalah okay jugak, kata saya. MB2 cakap, ohh sisuami nya itu memang tak kena tampar, buat status2 ala-ala meroyan chenta dalam pesbuk, knowing very well yang status itu akan dibaca oleh bini nya, yakni kawan saya itu. Saya cakap, ohh..saya pun perasan jugak..pun rasa tak berkenan jugak tapi kalau saya mengadudomba kat kawan saya tu, nanti jadi rapuhlah perasaannya. So MB2 pun cakap kenapa lakinya buat macam itu? Tak nampakkah oleh nya betapa perbuatannya itu menyeksa perasaan bini nya? Kalau saya, saya tinggalkan saja...katanya MB2. MB2 tu blurr-bluurr akan cerita sebenar, maka saya pun katalah...some people spice up their their relationship by agreeing to do something out of norm. Ye lah, si isteri rela suami cari hiburan luar..but janjinya, setakat hiburan je lah ye..takde lebih2. Tapi si laki pulak, menaik tocang..siap nak jatuh2 chinta ala hindustan lagi...makan tak lalu, mandi tak basah gitu...so I think, si isteri pun rasa terpinggir lah. Cilaka kan laki tu? Dapat chinta baru, terus lupa susah senang kita bersama Nasir Wahab dengan minah muka ketat tu. Opps! MB2 kata, sudah dua kali ni (yang kami tahu) maka eloklah si isterinya itu blah. Si isteri itu baik dan boleh tahan orang nya...and dia deserve orang yang pandai menghormatinya..bukan tempat lap kaki aje. MB2 kata..err, dia kata ya..bukan I. Saya kata, biarlah mereka...si isteri itu lebih kenal laki nya dari orang lain. Tetapi...yang sedih nya pada saya, laki nya itu sangat denial to the fact yang perbuatannya boleh menghancurkan rumahtangga dan hati isterinya...denial tu satu hal, tak ngaku salah lak tu! Katanya there's two sides of the story? Apanya yang side lagi satu nya tu? Side nombor satu dah sah2 nya dia yang tersmitten tak tentu hala...side yang lagi satu tu apa? Nak salahkan bini you ke? Ish...kat sini ajelah pun saya boleh bercakap hal ketidak senangan hati saya kat laki kawan saya tu...kat muka kawan saya tu, tak sampai hati pula...ya lah uols, hati dan fikiran tgh kecamuk, cakap2 benda yang macam ni lagilah tak menolong kan? Walau apapun, saya nak kawan saya tu tahu...saya akan menyokong apa saja tindakan nya....(group hugs)
Then MB2 tanya saya lagi pasal kawan saya....yang telah datang kerumah kami dan membuat janji KLCC. MB2 cakap, dia tak faham, kenapa orang sanggup datang bersusah payah, buat plan berdegar2...then tak ada apa2. MB2 tanya saya, dia memang macam itu ke? Saya cakap, entah. Saya cakap dengan MB2, biarlah dia. Dia yang berjanji, dia yang kata dia ada itu, dia ada ini..so dia kena hiduplah dengan janji-janji kosong dia tu. Saya cakap dengan MB2, kita tak rugi apa2 pun...the good thing is, now kita sudah tengok perangai orang...yang macam ini. Yang rugi pun dia..sebab kalau dia dah janji kosong, tentu reputasi kelabu asap tu akan hinggap kat dia. Kalau dia rasa membuat janji tu memberikan dia extra happiness, maka eloklah untuk dia. MB2 tanya saya, so how are you feeling about all this? Saya jawab...bila saya jumpa orang...saya buka hati dan fikiran saya. Saya kenal kawan yang ini sudah lama, tetapi kami tak rapat. Seingat saya, dia dulu hidup dalam dunianya sendiri...dan dia happy. Banyak cakap dan cerita pada saya yang kenkadang tak masuk akal..tapi, saya dengar sahaja. Saya analisa cerita2 nya...but saya tidak sekali nak gunakan cerita tak masuk akal tu terhadap dia. Cuma dengan janji nya kali ini saya ralat...ralat sebab, kenapa dia perlu bersusah2 nak bagi impression dia kawan baik saya, buat janji2 dan lepas tu, lepas tangan? Tak bermaknakah persahabatan kami itu kepada nya? Kenapa dia misti datang, mentepungnaik kan harapan saya dan kawan2 saya..lepas tu..pooffff....hilang/diam/mekdonno? Saya cerita pada Kiah...dan Kiah kata, anggaplah ini petunjuk Allah itu mengelakkan saya dari masalah yang lagi besar. Saya sedih 2 hari saja...lepas tu, saya terus tak fikir pasal janji UMNO dia tu. Saya nak jugak tahu, kenapa dia buat macam ni..but MB2 kata, jangan buang masa...sebab saya rasa dia ni set-set backstabber. Sudah..jangan fikir2 lagi. Okay lah...saya redha. Redha itu ikhlas...hiks. Semoga dia berjaya dalam kehidupannya. (saya sangatlah menyaspek dia baca blog saya...ada jugak dia terlepas clue2..so, elok sangatlah kalau dia baca hak yang ini)

Saya ada jumpa Social Worker SPCA...(hah..binatang pun ada social worker kauu...ada berani?) so saya pun ceritalah kat kawan saya si SPCA ni pasal masalah Kiah dengan anak tak dara nya tu. Whatever Kiah wrote, I repeated the same. Kawan I cakap...err, dengarnya macam anak tak dara Kiah tu ada MS versi kucing. Sangat normal pada mixed breed. Kawan saya cakap...tell your friend, the ending will be nasty...she  should say her goodbyes now. Saya tak berani nak bagitau Kiah. We chat a lot in BBM. I know Kiah wasn't ready and still raking with hope. I have worked in palliative care....so I know that telling people that the inevitable is the only thing they have is not easy. People in palliative know what is coming their way...the only you have to do is to make it easy for them to deal with it.

I did that to Kiah exactly. I am only saying no to euthanasia because I know Kiah wasn't ready...I must always remember that in this situation, Kiah is my friend and she is the centre of the issue, not the cat. I make suggestions...only I know that giving suggestion will allow Kiah to come to terms with what she already knew. 

So it is up to us to decide what to do. But believe me, most times we already knew.

3 comments:

Unknown said...

Khennn uols...mak pon rasa nak tolong hat yang cerita no.1 tu..nak wat cemana, dah lakinya memang tetiba beralih arah *Aishah sangat! Khabarnya malam tadi bergaduh besar uols... tapi hari ni baik semula..tapi suam suam kuku kucing jer lah kan (dengar khabar lah...)..tak tahulah mak pon kesian kat dia nyah, nak blah pon mak rasa dia masih sayang kat laki dia..nak stay pon ala ala ditelan mati emak, diluah mati laki. Let's wish him/ her diberi kekuatan untuk menghadapi apa jua..maybe tinggalkan terus jantan yang tetiba in denial ittew kan? *mak pon nak group hugs jua nyah...* xxx

Anonymous said...

so very true that last para. i may not know you personally but from your posts, i can tell you are a great friend.

Makji, excuse me for my erratic comments yang tak diundang :)

Makji Esah said...

Lee...tu lah...hanya Johari yang mengenal Manikamvelluyathan tu kann? Kita doakan ajelah dia kuat (bukan laki nya ye..)

Noir...terima kasih bebeh. Being a good friend is the only wealth I can share with people...