Oh, tajuk diatas adalah berkenaan dengan training yang baru saya attend minggu lepas. tapi sebelum saya bercerita lebih lanjut tentangnya, izinkanlah saya mengutuk barang sepatah dua kata dulu...ya? Mulut dan jari sangatlah gatal.....
Ahh, I did write about this FB group yang mengumpulkan rakyat2 Malaysia yang bermestautin di Eropah ini. Kawan saya yang juga anggota active pertubuhan bukan kerajaan lagi mungkin akan dicari kerajaan ini telah meng invite saya, maka saya pun..seorang mak turut yang active, ikutlah. Banyak jugak kelebihannya...ye lah...kera sumbang cam saya ni boleh lah jua melebarkan sayap perkahwanan kann.
Masa saya mula2 masuk tu, banyaklah jugak benda petty-petty yang didiskus kat wall mereka tu. Tapi rasanya, MLIE members semuanya idoklah mengambik pot sangat. Ye lah, masing-masing kan ada kerja...unlike some few who are bored silly, dok cerita pergi party aje gamaknya. Jeles I yang tak rajin gi party ni.
Pernah sekali, ada sorang member membuat hujah yang apasal seorang insan ni terima jadik recruit MLIE sebab sipolan ni bukan org Msia pun...so agaknya si admin yang approve tu pun idoklah nak tgk proof of ID segala kann, so agaknya orang mintak nak jadik member, dia kasi la. So ini minah sudah kata, so the act of approving sipolan tu jadi member adalah bertentangan dengan MLIE itu sendiri, sebab sipolan tu adalah warganegara UK. Katanya dia amatlah tahu dan mempunyai bukti yg soheh...sebab sipolan tu adalah pakwe nya. Cissss....sanggup tu nak bertekak dengan admin!
Lately, adalah seorang ahli yang baru jadi ahli...agaknya. U can tell when someone takdak reja FB account nya manjang terpelahang aja kann...so keluarlah post-post berupa..aku pandai masak. Hari ini aku masak ni, aku masak itu..aku masak sekian-sekian...pun nampaknya dia telah melantik pakwenya sebagai ahli MLIE, yang update2 lagi mencetus cirit birit lagilah berleluasa...hari ni dia makan kat mana, dia makan apa...bersama-sama pakwenya. Alasannya melantik pakwenya sebagai ahli ialah kerana pakwe nya Matsalleh celups. Kiah misti kata I jeles...but you should know by know yang I ni type2 kalau jeles, I akan pendam simpan dalam hati aje.
Then there's another ahli...yang katanya her home is UK, but now keroja kat some SEA country. Yehh...apakebenda malaysianlivingineurope lah tu?Bukan kah ittew...Malaysian living in Asia? Plus, kalau dah muka melayu, cakap pun melayu...lagi mau ngaku orang Europe ka?
Okay...cukuplah sepatah dua kata saya kali ni. Lain hari saya ngutuk lagi...habis pahala sembahyang saya.
So tajuk diatas adalah berkenaan dengan keputusan seorang hakim kat sini yang agaknya tidur malam terhantuk night stand pagi terus keluar statement...murder can be crime of passion, in cases that involves sexual infidelity. So, kalaulah kita tertangkap laki/bini kita tengah bersenamrobik atas katil atau lemari penyapu bersama-sama gilpren/boipren mereka, lantas kita naik darah dan memarang mereka, maka perbuatan mereka yang mengundang kenaikandarah lantas kenaikan parang atas leher mereka itu boleh dijadikan murder defence.
Wahh....ramai yang argue. Ye lah..murder is a murder kan...we have no rights to take someone's life. I cakap dengan si facilitator tu, kalau case yang instant killing maybe laa...boleh kita gunakan temporary insanity sebagai defence kita. Tapi kalau yang set-set buat plan cemana nak bunuh laki/bini dia, tu bukan ke premeditated murder? Kes dendam kesumat yang membawa maut dengan naik hantu serta merta kan lain analogy nya?
I think and I see in most cases, orang jantan yang sesungguhnya konfiden macam setan yang depa tu adalah makhluk paling cool, sebenarnya adalah pendendam yang tahap badak Farouk. In cases of tangkap basah between bini orang dan boipren gelaps mereka, most times, laki mereka sendiri adalah JAIS/JAWI volunteers. Pastu buatlah statement sedih Tapa Tertipu..padahal dia dah tahu and okay, you dent and bruise my machoness and pride, maka you need to pay.
Laki yang bunuh bini/gilpren dek cemburu pun ramai juga...pastu salahkan schizophrenia. Selama2 ni takdak pulak mental disorder tu. But in the mental disorder victm defence, kadang2 orang yang ada penyakit mental tak tahu yang dia ada penyakit. So, haa...kita ni pun agaknya ada wayar yang dah haus agaknya kannn?
But with and without any known mental disorder pun, I think we can comprehend how shock and angry one can get bila ditipu laki/bini sebegitu...and kalau terkantoi on the spot alangkah pecahnya jiwa raga lantas mencantas orang yang mengkhianati nya tu.
But that again begs the question...apasal nak nak nipu laki/bini kalau dah tak chenta? Most women kata, dah hint and dah bagitahu, tapi laki tak reti bahasa....haa...eloklah cakap dengan jantan main hint2. I tell you they can understand lipreading on the football pitch better than taking the hint.
Of course we must condone any act of injustice. But how to encourage people not to kill? You can't. maybe to those who kills as a profession, bley la kot.
Nak kita kata, berterus-teranglah dan berkommunikasi lah...kalau orang yang bermasalah tu tak nak sedar dia ada masalah, tak jalan juga. Or shall we promote...jujurlah dalam perhubungan...maka anda selamat dari macam2 risk...HIV, syphllis...parang...popular dalam kolum mahkamah syariah harian Metro dan sebagainya.
Is there any other way?
1 comment:
'berterus-teranglah dan berkommunikasi lah' with some tact plus kejujuran ... that worked and is still working for my 23 year old marriage. of course, there is no telling if it will, tomorrow.
the truth hurts but it beats being in the dark.
Post a Comment