About Me

Thursday, January 19, 2012

Semakin kita rasa kita bersalah, semakin defensive lah kita adanya...

Betul tak adik-adik? Betul lah kot..agaknya.

Okeh...tapi sepupu saya kat Pilah & Co telah meng email saya mengatakan yang sepupunya telah bercerai dengan bini barunya. Sepupu kepada sepupu saya ini adalah seorang yang pemes jua. Perlukah saya mengaku bersaudara kepada sepupu, sepupu saya itu? Err takyahlah...sebab saya tak kenal dia (si pemes itu)  pun. Maklumlah..saya jarang balik Pilah sebab sedara Pilahan saya telah bermastautin di Kehel..sekaligus menjadikan mereka (dan juga saya) waarga kota. Phluekkkksssss muntah.

Yang saya tahu, si orang pemes tu, gilpren nya lawa-lawa belaka. Dari jaman dia bujang sampailah ke dah kawin, dan menduda..dan berkahwin (ni pun nasib baik sepupu saya tu bagitau) dan now, menduda balik. Bini lamanya dulu pramulori MAS dan cantekkk orangnya. Jodoh tak panjang gamak nya...well, menurut cerita sipengompang tak berbayar ni (sepupu saya) si pemes itu adalah panas baran orang nya. So mustahil kah kalau rumahtangga orang yang panas baran ini kekal? Unless dia berpasangan dengan batu atau kayu, maka kekal lah.

Tapi tahukah kita orang yang rata-ratanya panas baran ini adalah baik hati. One have to compliment the other trait lah kan? Suatu waktu dahulu semasa saya ditugaskan menjadi pekerja sosial di prison service, ramai sungguh saya jumpa orang yang panas baran. Kerana panas baran merekalah mereka masuk penjara. Tetapi yang saya nampak, mereka sentiasa menyesali kesalahan mereka dan selalu bertanya keadaan mangsa-mangsa mereka itu. Sungguhpun begitu, cemana baik hati sekalipun, si panas baran ini juga adalah pembuli besar kerana, dia hanya mampu berpanas baran dengan mereka-mereka yang boleh dimanipulasi oleh si panas baran ini sendiri. Cuba tengok siapa mangsa si panas baran? Kalau tak bini, gilpren...takpun keluarga terdekat mereka sendiri, kan? Berani ke dia nak mendisplay kepanas baranannya kat orang lain? Tak lah kot...sebab tak pasal2 mereka akan menerima padah panas baran orang lain pula.

So, wajarkah kita menyalahkan sikap panas baran kita bila kita menghadapi masalah? Ohh tidak...panas baran adalah rentetan dari perasaan marah yang , percayalah..boleh dikontrol. Ianya terpulang kepada kita untuk mengontrolnya atau tidak.

More than often, orang yang suka marah-marah ni menggunakan perasaan marah dan tunjuk perasaan hasil dari perasaan marah mereka itu untuk tujuan mengelat. Yelah...bila orang tengok kita naik angin, siapalah nak dekat kan? Kenapa kita marah selalunya? Well, kalau orang buat benda yang kita tak suka, kita marah lah kan? Tapi perlukah marah itu berpanjangan?

Oh ye..entry ini adalah untuk anon yang bertanya kat saya, perlukah dia meninggalkan lakinya yang panas baran itu setelah few years bersama. Sorry dik, akan tak nak kasi private reply...bukan apa, nanti kasi satu mintak seribu. I think it is not fair to put that responsibility kat orang...like tanya kat orang, ohh perlukah ku tinggalkan laki ku kerana dia cenggini..cenggini...

Yang akan hidup tanpa dia is you...so, kalaulah I cakap..lupakanlah laki mu..or tinggalkanlah laki mu...yang merasa suka atau seksa, bukannya diri ku kann?

Orang kata, hidup berumahtangga ni kenalah banyak bersabar...ye. Memang betul. Boleh ke you bersabar...dengan his temper. Temper yang macam mana ni dek? Temper mulut ke temper kaki tangan? Tanyalah diri kita, boleh ke bersabar lagi hidup satu rumah dengan nya? What sort of dependency yang you ada pada dia or dia ada pada you? Yes, I do admire those who is willing to put up with all sorts of crap in their relationship, but if some way the crap has altered one's personality, makna nya dari pada Bionic Woman mentally ke total emotional wreck, masih kah worth it kesabaran kamu itu?  If you have a child, your child will depend on you and their father. Kalau father dah terbalik dan mak pulak, emosi sana emosi sini, apa pulak jadi kat budak tu kan? Mind you...at our young age...we develop our personality by copying our parents and people around us. Kalau dah pekik memekik sorang, nangis cam Azean Irdawaty sorang...ish...

People get angry for a reason. The reason may not be reasonable..like laki you dah bad mood dari tempat kerja and balik rumah terus maki hamun you. Perlukah? Ke memang dia sesokmo-sokmo nya nak marah kat you? Pasai apa? Kalau dah dok kena marah aje..nampak benau lah dah tak suka kann? See, kalau makpak marah anak, boleh la kita cakap pasal makpak sayang kat anak...tapi kalau dah hari-hari kena marah dengan laki...apalah kes nya?

The guilty party, kenkadang pakai tah hapa punya transfer psychology...well, they could just apologise and admit mistake..but to reason out more things yang kita semua tahu tak betul, buat apa? Serupalah macam kalau laki terkantoi dgn bini main hantar hantar sms dengan gilpren kann...pastu laki pulak bley marah, apsal you check telepon I. Ehh...pulak!

So Cik Anon. I'm afraid there is no right or wrong answer for you. I'm sure ramai kengkawan you dah tahu hal you ni...and they said their peace. Desicion is yours. You have live with your husband long enough to know what he is capable of and what you capable of too...kadang2 orang boleh cakap apa saja..but kita lebih kenal orang itu. Jahat ke dia...(kalau dah mmg jahat, jahat yang macam mana kita tahu kann?) baik ke...

Ambik lah risk...kali kedua (first, being married to him) then barulah you akan tahu...

Sekian

6 comments:

Kak Yam said...

Meh I bagitahu Cik Anon.

Get out of there as fast as you can!

Mamat panas baran ini tidak akan berubah. Full Stop.

I left my ex-husband atas sebab yang sama dan 15 tahun kemudian perangai dia masih sama. Imagine if I had stayed. 15 belas tahun you..sure dah masuk Tg Rambutan.

Jadi Cik Anon kena tanya diri sendiri, berapa banyak tahun lagi yang you nak sia-siakan sebelum you betul-betul sedar yang jantan yang suka guna kaki tangan untuk berkomunikasi itu sepatutnya direjam ke bawah jambatan sahaja.

Lee Novotny said...

aiyooo siapakah yang terkena? opss cili padi cili api lagi..**chabotttt

Makji Esah said...

Tabiksssss Kak Yam...btw kak Yam sempat tak bakar baju2 dia?

Lee, hah..siapa ye?

Kak Yam said...

I did better than that. I gunting sleeve baju-baju kerja dia jadi pendek sebelah...hikhik

Makji Esah said...

Wah Kak Yam..sadissss...sadissssss.

aking said...

i akan jadi LAKI yg baik...iaitu akan sentiasa mintak kopi susu suruh dia buat kan*tak pasal* hehehe