Negara saya sedang mengalami krisis Blackberry. Ianya bermula dengan...kerosakan BBM orang tu yang hanya boleh dibaiki dikedai tepon. Oh ya, orang yang saya maksudkan ini sangat tak reti bab-bab repair benda kecik ni. Puaslah saya ngajar nya via Facetime etc etc. Tak reti jua...so solution dia, kedai tepon. Tapi dianya nak pi kedai tepon takde masa. Memanjang takde masa...so lama la jugak takde BBM service sampai saya kata, ohh sukalah you kann..takyah message-message I. Dah diajar guna wassupdog tu pun, susah laaaah katanya. Saya kata, sukati you lah...
Hidup tanpa BBM adalah payah juga....hidup kita berbeza lapan jam. Saya nak tido, awak baru bangun tido. Saya nak pergi kerja, awak busy dengan kerja awak...saya busy nak mati..awak tengok TV. saya baru boleh nak menapas..awakdah nak tido. Berkualiti sungguh hidup kita, kan?
Tetapi, kita sama2 dah tua. Agenda pergaduhan adalah panjang, so takyah lah nak masukkan BBM sebagai agenda baru. Reality nya hidup kita memang payah.
Semasa krisis BBM, kita bergantung sepenuh nya dgn yahoo dan FB. Tapi FB di Blackberry pun macam lehenettssss jua. Orang hantar message kol 8pagi, saya dapat kol 8malam. Dah le orang tu hingat saya merajuk lantas meng ignore message nya. Orang tu pulak berkonsep, kalau ko nak merajuk, ko merajuk lah sensorang ye...saya tak kan pujuk. So selain dari masalah BBM yang rosak, FB via Blackberry pun boleh membawa kepada ketegangan rumahtangga juga. So saya cakap kat dia, email sajalah..takpayah pakai FB messenger. Okay...katanya, Tapi saya suspek, yahoo via Blackberry dia yang delay sebab saya hantar message petang, dia dapat besok pagi. Bila dia jawab message saya, saya pun dengan marah nya menjawab...hah, pergi manalah malam tadi sampai tak ingat2 kat I langsung! Padahal orang tu tak dapat email nya on time. Dah panas balik. Blackberry punya pasal.
Enough mengata Blackberry, sebab itulah aje benda yang ada nak dipakai. Teknology telefonpintar lah kononnya. Jaman saya berchenta nak mati dulu, takde telefonpintar and apa2 lagi yang pintar. Semuanya manual. Nasib baiklah masa saya kat area2 Yorkshire tu, siamang cuma di Manchester. Kengkawan saya yang berchenta long distance gaya pos, gaya phone tu lagikan panjang jodohnya...masa tu jangan kata telefon pintar, email pu tak dah. Nak tepon bf/gf kena ikat perut cam nak rak.
Kadang2 benbarang pintar ni tak menjamin pengguna yang pintar juga. Mak saya pun tidak teknologi pintar, tapi dia pintar mengingat nombor telepon orang2 penting dalam hidupnya. Tapi dah 3 hari panggilan saya ke telepon pintar nya tak dijawab. saya pun heransss jua. Terpaksa saya menyiasat lah..ye lah, risau lah kan..sakit ke hapa ke. Ghope2 nya cucu cucu yang pintar telah menggodek dan mengekjas ringtone, so confuse lah orang tua tu...katanya dia dengar benda berbunyi, tapi tatau lah dia itu adalah telepon nya. Hish...memang nak dipijak budak2 tu!!!
Pastu, set2 pengguna pintar yang tak reti lah nak menjawab call (ni adalah saya) or menjawab email. So bagilah or belilah mana2 brand terlebih pintar, kalau2 dah set sengal...telefon atau alat2 komunikasi yang pintar adalah tak berguna jua. Reality is if people are ignoring you, it could only mean...dia tak nak associate dengan you. So, kalau dah hantar email berkoyan2 orang tak jawab...maknya nya dia taknak jawab lah...or, kalau dah call banyak kali tak jawab2, return call pun tidak, it is so obvios that he/she want well to be left alone.
Pssstt...sesiapa yang call saya tak jawab, ketahuilah oleh mu...saya kenkadang pekak dek Ipod or saya dalam sepital. Lagipun opis saya ada polisi telepon bimbit. Kalau urgent, saya call lah balik. Kalau tak urgent...sendiri paham lah naaa. Mak kan sumbungsss.
Oh..btw, org tu punya BBM dah direpair. saya adalah happy :)
No comments:
Post a Comment