About Me

Saturday, January 07, 2012

Aku Pun Dah Tengok Jua....

Peringatan...ini bukan review pilim ya.

Saya ni kan...agaklah lembam dalam hal-hal wayang Malaya. Sila mahapkan saya...saya telah melawan arus Ombak UK dari tahun 1998 lagi....masa saya tinggalkan Ombak Paroi Jaya, Ombak Subang Jaya dan Bora Ombak...saya hanya tahu, Cerekarama ialah hari Jemahat. Saya akan memilih dan menegok dulu siapa pelakon nya sebelum saya nak membuang masa nengok TV. Kalau ada Norkemalaksari, Aida Raheng ke Eda Norina, Hojiii Amat Daud ke...baru la saya tengok. Kalo tak...saya akan membuat kerja lain yang mendatangkan hasil. Tahun 1998 tu pesbuk takde, bloghopping pun takde...so, saya hanya ber IRC saja. Blind date sana sini (berhasil tau uolsss.....)

Tapi terima kasih pada Tijah dan Pisau mahal nya, saya gagahkan diri saya menonton cerita Ostat Choki yang gatal tu. Boleh lah tahan tapi saya agak heran jua, kan cerita tu berteraskan Islam Hadhari...tapi fonfuens-fonfuens dan Ostat Choki pulak bernapsu porn star. Hikss...

Pastu, since tahun lepas, news feed pesbuk saya rata-ratanya orang cakap pasal cerita Ombak Rindu ni. Satu, dua tiga kali saya tak heran jua...yelah pada masa tu orang2 yang buat status tu pun set-set yang takde keja melainkan mengumpat dan mengambik tahu hal orang, so to them Ombak Rindu tu kiranya telah mengalihkan perhatian mereka dari kerja2 resmi mereka tu lah (mengumpat orang) They semua cakap, cerita ini telah mengakibatkan kenaikan sales tisu kepada para-para Stevie Wonder.

Pastu kengkawan saya yang set-set boleh pakai (yakni tak ngacau orang serta tak rajin nak bersidai kat TGV) pun dah komen pasal Ombak Rindu. I tunggu gak Kiah & Ani BNS punya comment. But Kiah is too busy and all stressed out over NOTHING and Ani BNS punya comment..err, mintak mahap lah..so bias given her infatuation kat AA tu. Kau kalau AA tu berlakon cerita Hantu Bang Haris balik rumah pun kau kata sodapp, kannn? MB1 also got similar comments from her friends yang rata-ratanya rau air mata. Nov/Dec/Jan kan banyak episod air mata tak perlu...anak dapat UPR result pun mak nak nangis. Pesal? Banyak A's nangis, tak dak A's pun nangis. Tu jangan kata Ombak Rindu...tengok Masterchef pun agaknya mau nangis jugak kan? Prompted MB1 to cakap, sedap ke...nanti you balik belilah DVD ye. Budak Lurpark pun cakap sedap..(not sure lah dia tgk cerita ni sama time dia masak sambal udang...terkeliru ke mana yang sedap?)

So, yes....atas kebaikan Blogger yang glamer..dapat lah juga I tengok Ombak Rindu. Because semua orang kata sedih sampai menjilat hingus...I pun rasa nak nangis jua, tah hapa2..baru klink link dah rasa nak nangis..memang lah gilo. I watched it twice...(because I fell asleep the 1st time...mak makan ubat batuk nakk...pasal tu laaa) when come to 2nd attempt, sebelum 2nd attempt tu, I dok BBM MC tanyalah...you buat apa etc etc, dia kata dia pun demam so dok umah saja. I suggest, hah..you tengok lah Ombak Rindu..you kan ada Estrok. Dia kata..dah tengok dah...I tanya, you nangis tak? Dia cakap..tak. (what do I expect lah kann...si hati kering tu)

Then I pun tengok lah..sensorang....bertemankan earphone. Mulaaaaa sampailah habis...dari adegan main lenlayang kat sawah padi sampailah dua laki bini tu berfeeling Titanic.Adakah I nangis? Hmmm....is there a reason to cry?

a) Sebab si MK tu kena jual jadik pelachh oleh pakcik nya? Kena nangis ke part ni? Display emosi yang salah lah kann..patutnya kita rasa nak bakar aje muka pakcik dia tu.

b) Sebab MK kena bubuh dek 1st customer dia ke? Hmm...dia kan tengah high dek alcohol masa tu..so tidak lah nampak macam kena paksa gitu. Nangis itu perlu? Tak..kita patut tanya kepada AA tu, ko kaya tahap dewa, apa khelassss kau gi Lorong Alor cenggitu?

c) Tidak ada adegan sepak terajang antara AA dan MK untuk saya kesiyyan dgn nasib MK tu. Walaupun AA berfeeling-feeling Simba, adalah jugak nampak tanda2 dia syiok kat MK tu.Begitu jua dgn MK. Macam dapat tonic clonic fits aje bila kena panggil...tapi tetap MAU kat AA tu walau malu-maliewww pun. So pengaliran ayaq mata langsung tidak necessary.

d) Adegan AA and MK kantoi dgn Pak Dollah and bininya...terpaksalah ngaku dah nikah kan...saya tak nangis pun. Tapi saya nampak pak Dollah tu yg nangis sambil menadah tangan ke langit..mode-mode syukur (over lah hang Pakcik..dah le gi bawak mulut kata MK tu mengandung)

e) Adegan yang patut dicontohi oleh Kiah dan Budak Lurpark, sebab ianya juga perisai perancang kehamilan yang berkesan ialah..bila laki kita nak ehemmmm ehemmmm dengan kita..sepat2 lah baca doa...ya allah selamat kan aku..ya allah selamat kan aku. Maka terselamatlah kita...(ye lah...nak derhaka berdosa kannn?)

f) MK kena fitnah..pastu AA pi maki hamun dia..etc etc..adegan MK pi kejar kereta tu sampai berdarah seluar jogging dia...perlukah menangis? Tak payah..sebab, Pak Dollah ada Volvo dan dia bley hantar MK ke spital dgn cepat nya, so tak jadilah kawan tu nak keguguran pun.

g) MK kena halau dengan Ibu (Ibooooooh) sambil mintak Iphone 4 dan konci keta dia dan keluarlah dia dalam hujan lebat gelap2 tu. Nangis? Tak jugak...sure dia ada duit dlm henbeg PRADA nya..dan dia bley la beli Iphone 4s pulak.

So, takde sebab saya nak nangis. Nak nangis sebab kesiyyan kan bini baru AA pun tak bley jua, sebab dia yang nak kawin sangat kann padahal orang tu dah kata dia syiok kat orang lain. Nank nangis pasal AA accident? tak yah..sebab dia macam terkehel kaki je..so, idok lah life threatening. Nak nangis sebab AA tu sebenor nya hanak hangkat ke? Tak yah...lagi la dia suka kot...sebab agaknya dalam hati dia menyampah kat Iboooh dia tu.

But for all it is worth, I do like the movie, I do like the story. I am not crazy abt AA though...

(I did cry...to sleep after that...only because I feel alone...and I misses MC very, very much. Kiah, please free to nangis menyampah ye..)

7 comments:

Anonymous said...

hhmm, read this Ombak thing everywhere but still haven't find the time to watch. wonder if i should?

ManaL said...

mek hajjah, 1st time tengok sorang2 (online, siap part 1-6), adooo la mak kua2 jua ayer mata suchi mak...

2nd time (this time on Astro First), siap gelak tengok muka AA masa dia mengata pakaian MK macam pembantu indonesia and time tu muka MK teramat laaaa innocent bagai, i think AA had had to do it many times retake that scene . Nampak dah muka dia nak gelak time tu. Perchaya lah.

But macam citer Titanic, kalau dah pasang tu, tengok la jua. Maka review mak adalah, OR ni mmg pilim ringkas yg menyentuh kalbu wanita ayu dengan nilai2 murni mcm mak dan tak boring sbb makin kelakar pulaaa....

Sekian, mak yg jarang guna kain batik kecuali alas katil time hari2 heavyflow

Anonymous said...

aku tak paham pasey pa satu malaya boleh jatuh chenta dgn mamat yang suka visit pelacor dan jual beli pompuan macam jual beli keta. just bcoz dia jatuh chenta dgn sorang pompuan melayu terakhir dan menunjukkan dia punya feminine side dgn menangis tak berenti, tak bermakna dia sorang jantan yg perlu disanjung dipuja diheroworshipkan oleh pompuan2 lain kat malaya ni...

lagi satu, diaorg ni tadak lagu lain ke nak main, lagu tu jugak yg diulang2 dari mula sampai habis, sampai orang kat opis aku pun kalau cakap apa-apa dah bunyi macam tu jugak, "Tollong" itu, "tollong" ini. nyampah

-TyphoonSueYangLagi-lagiMalasNakLogin

Cik Kiah said...

I shall post u dvd cite hantu so at least ada emo sikit

Makji Esah said...

Noir...kau tak perlu mintak permisyenn ku nak..hehehe...tengok je la klw cuak...

manal..aku tak perasan pun part tu...sebab AA tu cakap slow aje, pastu MK tu semanjang kena epileptic fits bila kena panggil

Sue Yg malas...a'ah kann..balik2 tolong lembut kan ati etc etc...macam lagu citer hantu yang pulangkan pulangkann tu...tapi yang pulang2 kan tu logic la..sebab selagi tak pulang selagi tu la tak abis kannn?

Kiah..emosi yang berupa jeritan Ronda macam Betawi..takyah lah..baik ko hantar cerita hupinhipin...maybe perasaan ku akan terkeluar dgn banyak nya...

aking said...

ermmm mak gi tgk gop kat wayang tepi petroleum tu, sungguh penuh dgn gadis unibersiti youhaitihem!!*siap bwk tisu masing2 ni* hakikatnya org lkain dok sedih, mak? Mak dok bantai gelak mengingatkan tetiba munculnya MAK MIA yg pakai EYESHADOW PURPLE ok!!!! kau mammpo?

anyway sesuai dgn diri kieww, oleh itu mak abik watak DATUK SUFIYAH!!!!hahaha

Anonymous said...

Lawak entry ni .. Hahahaha.. U r funny la makji..