About Me

Tuesday, June 23, 2009

All In A Day's Notes

Entry ini ada kena mengena dengan orang lain...especially Cik Evita Peroni dan Cik Wawa .

Paris 19th to 1st June 09
I baru pulang dari Paris (cehhh...kita Melayu di London musti lah berlagak...nak nak dah berbelas tahun kan?)

Trip memang last minute yang amat, Cik Evita Peroni dah kompang kata I ni mempunyai reputation Aishah (memang pun) dan trip ni ni dah berkali-kali di postponed, kerna menunggu ketibaan Ferrari Cik Wawa yang in the end, salah beli lak tu.

Sebagai frequent traveller...walaupun tak rajin ambik gambar Cik Evita Peroni oiii, konsep I bertravelling hari Jumaat lepas is that malam nya bungkus barang and habis kerja terus ber Florence-Griffith-Joyner ker St Pancras ittew. Boleh? Pukul 5.30pm train depart, pukul 5 aku masih dalam tube kat Holborn. Rasa nak tercabut gak nyawa, mana kena security check lagi.

The trip was good...infact so good that I dengan muka tak malunya nak datang lagi.Orang lain masak, buat kopi..aku bercucuk tanam dalam Farm Town, boleh? Akhlak bila duduk rumah orang tu memang takde lah...pun begitu I ni takdelah pulok tersasul memanggil laki orang 'sayang' ley? Eh Cik Evita Peroni...supik gelenyor sungguh mung! Suka tersasul kan? Dah le dulu masa berchenta...pegang tangan pun tak hengat! Teksiiii!!!! Eh, saloh..bus 95!!!!

Disebabkan ketidak efficient'an I, dengan duit pun lupa tukar, my Paris trip telah dibunga rampai kan oleh Cik Wawa.Maliewww I. Nak bus segala kena bunga rampai. Makan nasi briyani pun kena bunga rampai.Cuma sekali aje I yang bagi orang lain bunga rampai...tu pung nasib baik McD tu hambik credit card, maka merasalah Cik Evita Peroni & Encik Arsene Wenger bunga rampai I yang berupa McChicken & BigMac.

Ada lagi kejadian yang memaliewwwkan kat Gare Du Nord tu bila I nak balik ke England, tapi sebagai Melayu yang berlagak, biarlah I tak ceritakan kat sini...lainlah Cik Wawa nak kompang kan kat orang lain.

P/s..apalah khabor nya Kak Amy Search tu ye?

Note Untuk Diri Sendiri & Kawan-Kawan
Kita yg duduk diam-diam kat KL, Kat Haverhill, Kat Hull, Rotterdam or anywhere..Liverpool or Rome....anywhere alone (tetiba!!!) dengan tak pasal-pasalnya terperangkap dalam crossfire. Ye ke, or perasaan I sendiri? Maklum lah ramai betul orang yang dah terasa ni. Baca ini terasa, baca itu terasa. Hmmmm. I ni memang slow sikit, bukannya apa...kerja banyak, nak keep up dengan gossip pun susah. Now and again ada orang putih telephone I, ye lah..bila dia nampak status update orang lain dalam Facebook yang dia tak paham, bukan ke aku yang kena jadi translator nya? So, sikit banyak terambil lah tahu. Takdelah sampai nak bertelepon beremail nak tanya orang bagai...tapi kalau dah unggun api yang lain pun volunteer segala macam information tak perlu, maka 4 campur 4 jadik 8 lah kan?

Orang putih tu tanyalah...kenapalah jadi macam tu? I pun cakaplah...I pun tak tahu, but the update translate as he is surprise with so many sensitive people. Cik Putih kata..ohh ye ke? Cik Putih tanya lagi..kalau orang lain yang sensitip, kenapa dia pulak yang bertukar status setiap jam? I jawab...enough said laaa.

The lesson well learnt here is that

i) Lain kali...janganlah bagi nasihat kat orang yang tak nak dengar nasihat. Tak semua orang suka dengar nasihat pun...walaupun dia jugak yang mintak in the first place.

ii) That people not always say what they mean. Dia cakap dia tak nak makan sate..tapi sebenarnya dia nak, nak, nak makan sate. Malu lah nak tunjuk kan orang dia pelahap sate. Ikut lah resmi I dengan Kiah, kalau gi makan...Kiah dah cakap siang-siang, aku tak nak share ye. I pun begitu...I will order my own food and all this food tasting among kengkawan atas meja tu are not allowed,Ngertikkk?

iii) Lain kali, kalau ada disagreement...disagreement antara you dengan orang tu aje lah.Takyah lah nak tunjuk bukti sana-sini, apa orang tu cakap dengan you...brokbrekbrokbrek. What are you trying to achieve anyway? Communication between 2 people are private matter. This is hardly a court case that you are oblige to tunjuk bukti itu and ini.So rightly, kalau dah tahu yang kawan tu pun cepat marah, terimalah nasib kena kutuk balik, kan? As much as I hate to say this, Kak oii..you brought this all to yourself laa. Kalau you diam-diam aje hari tu, takdelah orang menghoyan cam ni sekali.

iv) Yang tukang marah tu....you already prove your point, hence explains all the self-explaination statement yang berjela-jela lah panjang nya. Read and understood. Dah la...tak payah lah nak panggil orang binatang ke, sayur ke...double decker bus ke. Ni hal kecik...you dengan orang tu, too bad it was blown out of proportion by both of you (maybe) so apahal lah orang lain pulak yang kena binatang?

Sebab posting ni pun takde moral, so takdelah moral yang boleh dipelajari dari posting ini. Lagipun yang menulisnya tak pandai...berkawan pun dengan orang yang tak pandai juga. Kita kawan dengan budak UM, Leeds-Bradford (ye ke?) and all those un prestige places people never heard about. But how is that matter? I so don't get the point, there you are hollered tak kisah, tak kisah...tak sensitive what not, but you seems to bother so much about people removing you from their list. Cik Kak, Cik Abang, orang tak nak kawan kita ke, nak remove kita ke, nak kutuk kita dalam blog dia ke..biar sajalah.Some of us don't know each other pun..so we will not be missing things that we don't have in the first place.

I never knew pulak ada orang yang dok kira berapa kawan FB dia hari-hari. Berapa kurang, berapa tambah.

Last sekali..ni nak tanya sikit...apakah fungsi nya unggun api yang seorang tu? Nama pun pelik. Tak lah macam nama kita kan, Cik Wawa. Kita tukar nama..jadi orang putih, jadi orang perongchih.Kita sendiri bayar duit Deed Poll tu. Tak mintak kat orang. Sikit hari lagi kita tukar passport ye? Alang-alang orang dah kata kita Melayu tak sedar diri, meh lah kita jadik Hasnah.

Wannekemmm!!!!

4 comments:

Mme Doole said...

hahha! akhirnya.. lepas perhimpunan agung PBB (walaupun wakil dari doha ngan london je yg datang) terluah jugak kesimpulan uols ni kan. harap2nya tidak ada kilat yg sabung menyabung ye!!

teringat plak aku kita duk gigih google si hasnah tu..haha

captlukman said...

cisss sempat lg aku yg kene kan, anyway terpanggil syg je, dah kene meNYIMBA dgn mak wawa.

Anyway thanks to write in details and hope both party and the rest will understand.**somehow sama dgn aku punya pendapat**

Aku baru je karang dlm kepala atas kapal td nk jgk tulis,sampai je mung dah BENTANG kan


Amy seacrh tetap tak leh lawan dgn EVita Peroni


huahahahaha

Lee Novotny said...

Mak dah cakap berkali kali dah dalam blog mak tu - kalau nak solve problem, nak bercakap antara dua "kawan" yang belum pernah bertemu, memang internet lah antara tampat yang paling tak elok nak bercakap. intonasi suara kita tak tahu; memang kadang kadang nampak tak perlu sangat gaya penulisan tapi we don't know the intonasi betul dia kan? Perhaps secara mengajar, pehapas secara jujur...but then perhaps oso heh, memang nak mengherdik kau pon!!! ***chabottt!!!

p/s mak dah fenin siapa abg arsene wenger, siapa Cik wawa nih...peningggggggggg. evita Peroni dosi hoi lah hoh?

Anonymous said...

abg arsene wenger tu bukan suami orang yang captain panggil SAYANG tu kan

cik wawa i tataw siapa?

- norkiah