About Me

Sunday, January 25, 2009

Tales From Reading - Inside My Head

Saya telah berkahwin dengan kerani am di tempat kerja saya. Mula-mula hanya balas senyum aja dan after 2,3 bulan bertanya khabar and berkirim salam, saya memberanikan diri mengajak dia minum Nescafe Ice kat Bangsar, dekat dengan tempat kerja kami.Kami kawan tak lama..ye lah, saya kan eligible bachelor gittew...pompuan manalah yang tak nak.Setelah 5 tahun, tetiba saya rasa macam dah bohsan tahap cipan dengan arah tuju diri saya.Kami tak ada anak...tak taulah pasal apa...bini saya mandul kot? Saya mengamalkan kehidupan yang sihat...tapi bini saya tu selalu benar makan menda-menda bangang macam asam and kerepeks.Berbulan saya mememdam rasa...dan memakan apa saja.Serta merta saya naik debab...dan terus tak hensem.Lagilah saya sakit hati. Agaknya Tuhan mendengar rintihan saya, saya telah ditawarkan membuat PHD.Yes...there's a glimmer og hope, kata kepala hotak saya.Dalam masa 4 bulan saya buat preparation, buat visa and etc.Mak bapak saya nak buat kenduri doa selamat dan saya juga dah naik menggelabah.Semua orang Pandan Perdana dah tahu saya nak pergi Reading, kecuali bini saya.Saya pun dah cakap dengan semua orang yang kami akan berpisah...(tapi saya lupa pulak nak cakap dengan dia) Pada petang hari kenduri doa selamat tu, lepas makan tengahari, saya bagitau bini saya yang saya akan ke UK dalam masa 2 minggu.Dia tanya, berapa lama? Saya kata...mungkin 3,4 tahun.Muka dia macam blurr blurrr (selalu pun dia memang blurr, maklum lah sekolah tak pandai..macam saya) Dia tanya, kenapa you baru cakap sekarang...mana sempat nak buat preparation? Saya dengan cool cucumber nya kata...I pergi seorang.I nak bercerai dengan you.Saya pun memulakan syarahan saya...saya bagitahu dia, kita tak bahagia, kita tak sepadan...kita etc etc...yang semuanya negative.Sedap nya mulut saya cakap 'kita' padahal saya yang punya kerana.2 hari lepas tu, Bapak mertua saya datang rumah...tanya saya, apahalnya saya buat macam ni kat anak dia? Saya kata, saya buat apa yang terbaik untuk kami laki bini. Tak sampai 24 jam, mak bapak saya pulak dah dapat tau...ni mesti makbapak dia yang bagitahu.Saya cakap kat makbapak saya, ini hal rumahtangga saya.Saya ingatkan hal ini akan selesai macam saya beli ikan kat Sainsbury's saja...banyak jugak drama nya.Selepas dikacau/hamun/maki and digertak oleh sedara-mara bini saya, saya pun dengan kejamnya suruh dia tinggalkan rumah saya (saya sorang tau yang bayar mortgage, dia masuk rumah bawak beg aje)

Dalam masa 2 minggu tu, dalam sibuk berpacking-packing, saya pun buat lah report kat pejabat kadi, orang jantan macam saya ni nak bercerai senang aje...masa ni saya rasa macam duduk atas pokok kelapa aje.Bongkak sungguh.Kalau hati dah tak chenta..senanglah nak bercerai kan? Selalunya orang jantan mana pun akan bersimpati bila dah buat naya kat bini sendiri..tapi saya pulak rasa macam Suria Perkasa Baja Hitam (ye ke ni? Saya main bantai) Dulu ex gf saya, bila nak break off dengan saya macam selamba aje...saya yang berfrust menonggeng bertahun lamanya.So sekarang inilah masanya saya nak break off dengan bini saya. Kami dah tak happy...buat apa lagi nak menyeksa diri...(ni semua kata kepala saya)

Bila masuk mahkamah, bini saya buat-buat cerita Tamil Elam lah pulak..nangis-nangis. Ingatkan bila dah sign surat tu, habis lah cerita.Takkkkkk. Bini saya buat tuntutan harta sepencarian.Hek ellehhh...apa kes? Rumah tu saya punya, kereta saya punya..savings apa harta dalam rumah tu semuanya saya punya.

Disebabkan saya bengang betul dia nak menuntut harta saya, saya pun postpone lah lafaz cerai...saya nak ajar bini saya tu jangan pepandai nak jadik Heather McCartney nak kikis segala harta saya.

Lepas saya pergi UK, bini saya terus pindah masuk balik rumah saya...cis, kalaulah saya tahu, saya dah tukar kunci.Lawyer saya kata, pasal kami belum sah bercerai (mengikut kata paper legal nya plus saya pun belum 'jangan lafaz kan nya' lagi) maka dia tak ada sebab yang tidak membolehkan dia masuk and tinggal dirumah saya.Lawyer saya kata, kalau saya nak bercerai sangat, dalam court ada satu session lafaz cerai and satu lagi...tuntutan harta.

Wah....pandai betul bini saya tu main politik ye? Obviously kerana saya ni bangang walaupun sekarang saya tengah buat PHD, saya memang tak nak bercerai dengan reta benda saya.See, saya tinggalkan bini saya tanpa nafkah, pastu saya tangguh pulak proceeding nak melafaz cerai pasal saya tak nak dia menuntut harta sepencarian.

Last week, saya dapat notis mahkamah...isteri saya mintak fasakh...(cehhh, padanlah muka saya) and the request came with other tuntutan berupa harta-harta saya.Bengang betul saya...maka bertambah kuatlah saya makan...adding stones to the present weight.

Saya mintak nasihat orang kat Social Services itu....katanya, if you're not happy just let go.Materials can be re create and re amass but emotional burden need to be reduce and rid off, katanya.I want to prove her wrong...eleh...belajar pun takat degree dengan add math tak pass, cakap banyak lak.

I still can't see why I have to put up with all these....the Social Worker is not answering her mobile (as always) and I am desperate to get away from this mess, without having to part with my harta (my ego more like)

I emailed/texted her.Nak buat surprise visit, Cik Twickenham tu dah kena posting kat Dorset pulak sekarang ni.She replied my text 'do what you need to do' katanya. I sungguh tak paham (walaupun I budak pandai)

Help me.

(Makji Esah's definition of 'do what you need to do' ialah....face up to your responsibility.If leaving her is what you want and intended to, then just do it.She is your wife and she deserve what she deserved.Be a man, you can't always win.)


3 comments:

Anonymous said...

haiyooo nie kisah jt la nih!!... jantan ape namanye tuh? sesenag kawen pastu sesenang pulak nak cerai? sebelum kawen dulu taknak pikir... pastu nak abandon bini sesuka hati pulak.. kozer jantan mcm nie.. he might be thinking of being away in england will keep him away frm his problems kot?

captainlukman said...

kannnnnnnnnnnn tu ar kan makji eton kan, kamu sbg wanita mesti rasa tertekankan?? **as if aku punya hormone jantan ada lgi ker??** Haaaaaaaaaaaaaaaaa tu ah tak baik pk org bodo kalau stakat belajor pass spm je, kan dah kene padahal pempuan tuh ambik deg of revenge senyap-senyap kot..hhaha lawak-lawak.

p/s: Lari dari masalah tidak akan selesai sampai bila-bila, so face it!!!

Anonymous said...

Wah! Wah! Wah! Cemana wa boleh baru ternampak posting pasai JT nih????

Btw, splendid summary makji!

JT shud lose some of his ego also lah along with his adipose tissue and some of his so-called harta dunia. Dia kawin dulu pun bukan ada org paksa kan? Dia ingat sbb bini dia tak terpelajar cam dia, org tu tak tau hak dia. Cheh.

Tu lah masalahnya bila JT tak leh nak let go of his chenta agung, kena pulak dia yg dumpee instead of dumper, so the scar is deeper. Ala2 rod stewart lah ni....

Oh well, que sera sera...

-nbns-

p/s : it's good to brok brek at times like this....dah pukul pat ptg, hari lak ujan....nak balik tak boleh, so brok breking je lah...eh, makji kena timpa snow tebal dak?