About Me

Tuesday, July 24, 2012

Day 5

Hari ini ialah hari puasa yang ke 5.

Tahukah anda yang pada hari pertama puasa Jemahat lepas, ropa nya hanya saya ajelah manusia yang berposa kat area banyak gagak di selatan London nun? Al kisahnya seorang mamat Jamaica yang berbinikan orang melayu Singgahporrah yang juga adalah driver kenderaan mobility orang cacat di pejabat saya telah bertanya bilakah saya start berpuasa? Saya cakap, today lah. Dia tanya, you ikut mesjid mana (trust me, you think orang Islam UK tak berpuak mcm kat Malaya tu?) I pun cakap, takdenya ngikut mesjid, government saya (Malaysian Hicom) kata posa dh start maka start lah saya berpuasa. Saya pun cakap lah, biasanya org Ilam kan berkonsep memandang ke Middle East gituh, so kalau Saudi Arabia tu start puasa hari sekian2, maka berpuasalah kita sekian2 hari.

Maka abang hensem ini pun memberi ceramah bahawasanya mesjid dia yang merupakan mesjid golongan Islam yang tak berasal dari tanah arab telah mengutuk perbuatan orang arab yang tak mengikut ajaran Quran. Yelah, katanya org Arab pakai teknik sains dan matematik dan tidak meneropong anak bulan seperti yang diajar dlm Islam. Brok brek brok brek...maka terasalah saya kan kebenarannya tapikan saya ni org Islam mcm kebanyakan orang Islam yang lain, menurut aje apa yang dibagitahu (tapi ni takdelah termasuk suruhan menyembah teko atupun pergi meletupkan diri)

Apaalah yang mampu saya katakan lagi...selain daripada tersengih-sengih aje kat abang hensem itu (ohhh saya musti berhati-hati bila tersengih...I might lead him on. My conduct can be seen as flirting)

Berpuasa diperantauan yang sudah saya lakukan sejak saya mula datang belajar di UK 20 tahun yang lalu, adakalanya agak seksa jua. Nak nak semenjak saya membuang alat pemproduce an vitamin didalam leher saya. Badan adalah lemah selemah lemahnya dicampur pulak dgn mada puasa yang panjang...tapi itu tidak langsung memupuk kesedaran orang yang gila kuasa yang sering bertanya, bila ko nak update!

Berdasarkan kata2 motivasi yang pernah digunakan oleh appa dikala saya mula berpuasa yang bahawasanya tidak kedengaran lagi orang boleh mati sebab berpuasa, setakat hari ni, walaupun semalam dan hari ini UK adalah panas dan tak sepanas Malaya, ibadah puasa adalah intact walaupun acapkali jugak nak terburai...

Menu berbuka saya tidaklah se grand orang yang pandai masak so kalau dapat makan mee goreng tu saya amat lah ber syukran jazillah ya Ustazah :)

Dipesbuk saya melihat betapa meriahnya menu berbuka puasa (bagi yg memasak dirumah dan bagi yang memasak menggunakan teknik sihir yakni menghidangkan bahan masakan yg dimasak oleh oleh org lain but di passed off as dia lah yang tunggang langgang memasak)

Ada juga yang berbuka puasa di hotel-hotel yang pada saya lah....100 hinggit? Ko sasau dah ke?

Dan of course kawan setazah saya yang dulu juga merupakan Ratu Disco Picadilly Damansara (ye...jaman 80an dedolu) tak habis mengeluarkan status hangit bahawa org Malaya sgt taksub nak bercerita hari ni buka apa dn dimana. Katanya kawan setazah saya ni, bukankah patut kita semua bercerita pasal amalan yang kita buat...lagi berpekdah. Katanya. Entahlah...orang yang mcm kawan setazah saya ni nampaknya mcm tak puas ati sokmo dgn keadaan sekeliling nya. But saya heranlah...klw dia gigih nak buat ibadat yang bertimpa2 di bulan Remdan ni, bukanke dia patut berpuasa dari pesbuk jua? Yelah, pesbuk kan boleh melalaikan dan juga boleh menjadi bahan sumber kutukan gituh.

Saya jua amat cemburukan kawan2 jantan saya yang mampu pergi ber tarawikh tanpa rasa takut. Yelah, nak ke mesjid yang 40 minit perjalanannya dan juga ditengah2 malam, maka pukul dua pagi lah sampai rumah. Tidaklah saya berani mengenangkan set2 yang naik bas lepas pukul 10malam tu adalah set-set mabuk takpun set-set hangus yang hobinya main pisau.

Sudah 13 tahun saya tidak bersembahyang terawikh. Saya rasa kekurangan lah sangat. Isk....

Selamat berpuasa ye uolsss. :)



Sent from my iPad

3 comments:

watachiwa said...

selamat berpuasa mak aji. teraweh sorg2 kat umah pon boleh. :)

DeLancrettLurpak said...

err, bukan amalan sepatutnya kita dengan Tuhan je yg tahu.. tu la pasal dlm bulan Ramdan (nenek saya sebut bulan Ramdan) org suka sgt nak bagi cek sana sini, jemput anak yatim 50orang je, tapi kecoh seantero Malaysia..kann?

*betolkan selendang*

aking said...

mak dah rasa dah poser 17jam uols dgn diva parits, siap bergalok kat taman lagi.how???*ops* selamat berpuasa na

from
abg tomtombakbakdeley