About Me

Monday, January 30, 2012

What's On Your Mind

The unpretty thing about Facebook is that...you can read other person's mind. Or so we thought...ye lah, dah kat status update tanya, what's in your mind kan? Thanks to the latest setting, we can choose whose mind we want to read. Some because we are genuinely interested and some...entahlah, nak kata kita berminat nak ambik tahu hal orang tu tidak juga, but kalau status dia sokmo mengundang perasaan loya, karang takdelah modal nak ngutuk dia kann? Oops...

So, however hard kawan you pi cakap kat you yang dia tu type 'keep things to herself or himself', memang nipu lah kann, kalau dah sokmo keluar update tentang diri dia.

Do we really want people to know what's on our mind? Or, is it..whatever that on our mind that's written on our FB status is really what's in our mind? I doubt la...some to me more like, cry for help...craving attention...seeking approval etc, etc.

Some people are genuine. They tell you what's really on their mind..like, it's bloody cold, I'm freezing my tits off..or I really fancy a ***g with my bf/gf tonight. Wah...menyampah la pulak kan? I think sometime, people forgot that FB is an open forum, well to your friendlist at least. Some of them we know well, some just sahabat set suam2 kuku..some even tak pernah jumpa. Well, do we really share things that private to them friends we hardly ever say hello to?

MC always say that I suka sindir2 dia dalam FB. Err, kadang2 la..that's because I nak tengok dia sedau tak keujudan I ni. Dia tu news pun tak baca...so bila I macam sakit2 ati sikit, I tulih la ayat2 'kurang bijak'..hah, exactly ayat dia. Pastu mulalah dia marah, you sukalah orang tahu hal kita...talking about paranoia, macam lah ramai orang tahu pasal kita kan?!

I think, apart from MC and Kiah..and just few others more, I idoklah nak menggunakan FB sebagai medan menyindir, unless kalau orang yang I nak sindir tu tak ada dalam FB. Weh, sangat bahaya. Tak pasal2 kena saman. Tu pun ramai gak terasa I sindir dioarang..kununnya. Laaa, kalau aku dah ada BBM pin no kau, apa jadah aku nak sindir kau dalam FB, baik aku maki kau 1:1 kann?

Recently ni, I macam sakit ati aje baca status sorang jantan ni. Jantan ni tengah bermasalah dgn orang rumah nya, so keluarlah status2 yang macam jahanam aje bunyi nya. Pastu, hari ni tadi...keluar pulak status dia menghargai jasa2 kengkawannya yang menyokong dia time2 dia bermasalah tu. Masalah buat sendiri kalau you all tanya I. Okay lah..maybe tak adil lah kan I ni takde simpati bila orang2 ditimpa keresahan pikiran cenggitu. Tapi kes dia ni, dari I nak kesian jadi benci lagi ada sebab, terserlah kemahiran dirinya dalam bidang menjual ikan tu. Ohh have I said this before, the more in denial you get, the more defensive and ludicrous you will become. I think apa yang sijantan ni tak sedar, apa yang dia luahkan daripada fikirannya tu, terang2 menunjukkan sikapnya yang sebenar yakni, penjual ikan.Ye lah, dia pikir dia punya tekanan perasaan, orang lain yang sama ditekannya nya tu dia tak pikir? Pastu marah pulak orang tak sokong dia...dah tahu kau tu buat benda tak berapa nak betul, takyah la mintak approval terang2 kann? Ni macam kes kalau laki kita nak kawin lagi satu la...okaylah, say lah bini dia kasik, okay, he can't help it dia terjatuh centa kali kedua etc etc...apa orang kata, chinta tu tak dapat dihalang kehadirannya..ptuih la sangat, but perlukah nak announce kat donia termasuk bini nya yang dia tak dapat melawan perasaannya ittew? Ish, baca status dia saja adalah menaikkan BP I, tu belum lagi menengok orang2 yang tukang like tu.

Ish..tak habis2 I nak mengata hal laki orang ni...bukan apa you all, I rasa laki my friend ni bodo dan takde perasaan sangat. MB1 dah cakap dengan I, sudah2 lah nak marah orang tu, bini nya kan kawan kita...

But suffice to say lah, from my observations...kalau orang tu sokmo keluar status2 macam bagus, it is always a decoy to conceal the imperfect truth.Kesian kan...bukan kesian apa you all, kalau jiwa tengah kacau, mestilah kena buat something to ease it up, walaupun dengan mengeluarkan statement yang too good to be true tu. Tak semua laa...some people really have good things landed on their feet, to them is a big deal, kita pulak yang rasa..elehhh tu pun nak cerita.

Macam I la kann...dalam sebulan tu dok mengeluh pasai kerja aje..tapi masih gak ngadap opis tu. Iskkk...

Saturday, January 28, 2012

Bila Hati Sudah Berasap.....

Oh, tajuk diatas adalah berkenaan dengan training yang baru saya attend minggu lepas. tapi sebelum saya bercerita lebih lanjut tentangnya, izinkanlah saya mengutuk barang sepatah dua kata dulu...ya? Mulut dan jari sangatlah gatal.....

Ahh, I did write about this FB group yang mengumpulkan rakyat2 Malaysia yang bermestautin di Eropah ini. Kawan saya yang juga anggota active pertubuhan bukan kerajaan lagi mungkin akan dicari kerajaan ini telah meng invite saya, maka saya pun..seorang mak turut yang active, ikutlah. Banyak jugak kelebihannya...ye lah...kera sumbang cam saya ni boleh lah jua melebarkan sayap perkahwanan kann.

Masa saya mula2 masuk tu, banyaklah jugak benda petty-petty yang didiskus kat wall mereka tu. Tapi rasanya, MLIE members semuanya idoklah mengambik pot sangat. Ye lah, masing-masing kan ada kerja...unlike some few who are bored silly, dok cerita pergi party aje gamaknya. Jeles I yang tak rajin gi party ni.

Pernah sekali, ada sorang member membuat hujah yang apasal seorang insan ni terima jadik recruit MLIE sebab sipolan ni bukan org Msia pun...so agaknya si admin yang approve tu pun idoklah nak tgk proof of ID segala kann, so agaknya orang mintak nak jadik member, dia kasi la. So ini minah sudah kata, so the act of approving sipolan tu jadi member adalah bertentangan dengan MLIE itu sendiri, sebab sipolan tu adalah warganegara UK. Katanya dia amatlah tahu dan mempunyai bukti yg soheh...sebab sipolan tu adalah pakwe nya. Cissss....sanggup tu nak bertekak dengan admin!

Lately, adalah seorang ahli yang baru jadi ahli...agaknya. U can tell when someone takdak reja FB account nya manjang terpelahang aja kann...so keluarlah post-post berupa..aku pandai masak. Hari ini aku masak ni, aku masak itu..aku masak sekian-sekian...pun nampaknya dia telah melantik pakwenya sebagai ahli MLIE, yang update2 lagi mencetus cirit birit lagilah berleluasa...hari ni dia makan kat mana, dia makan apa...bersama-sama pakwenya. Alasannya melantik pakwenya sebagai ahli ialah kerana pakwe nya Matsalleh celups. Kiah misti kata I jeles...but you should know by know yang I ni type2 kalau jeles, I akan pendam simpan dalam hati aje.

Then there's another ahli...yang katanya her home is UK, but now keroja kat some SEA country. Yehh...apakebenda malaysianlivingineurope lah tu?Bukan kah ittew...Malaysian living in Asia? Plus, kalau dah muka melayu, cakap pun melayu...lagi mau ngaku orang Europe ka?

Okay...cukuplah sepatah dua kata saya kali ni. Lain hari saya ngutuk lagi...habis pahala sembahyang saya.

So tajuk diatas adalah berkenaan dengan keputusan seorang hakim kat sini yang agaknya tidur malam terhantuk night stand pagi terus keluar statement...murder can be crime of passion, in cases that involves sexual infidelity. So, kalaulah kita tertangkap laki/bini kita tengah bersenamrobik atas katil atau lemari penyapu bersama-sama gilpren/boipren mereka, lantas kita naik darah dan memarang mereka, maka perbuatan mereka yang mengundang kenaikandarah lantas kenaikan parang atas leher mereka itu boleh dijadikan murder defence.

Wahh....ramai yang argue. Ye lah..murder is a murder kan...we have no rights to take someone's life. I cakap dengan si facilitator tu, kalau case yang instant killing maybe laa...boleh kita gunakan temporary insanity sebagai defence kita. Tapi kalau yang set-set buat plan cemana nak bunuh laki/bini dia, tu bukan ke premeditated murder? Kes dendam kesumat yang membawa maut dengan naik hantu serta merta kan lain analogy nya?

I think and I see in most cases, orang jantan yang sesungguhnya konfiden macam setan yang depa tu adalah makhluk paling cool, sebenarnya adalah pendendam yang tahap badak Farouk. In cases of tangkap basah between bini orang dan boipren gelaps mereka, most times, laki mereka sendiri adalah JAIS/JAWI volunteers. Pastu buatlah statement sedih Tapa Tertipu..padahal dia dah tahu and okay, you dent and bruise my machoness and pride, maka you need to pay.

Laki yang bunuh bini/gilpren dek cemburu pun ramai juga...pastu salahkan schizophrenia. Selama2 ni takdak pulak mental disorder tu. But in the mental disorder victm defence, kadang2 orang yang ada penyakit mental tak tahu yang dia ada penyakit. So, haa...kita ni pun agaknya ada wayar yang dah haus agaknya kannn?

But with and without any known mental disorder pun, I think we can comprehend how shock and angry one can get bila ditipu laki/bini sebegitu...and kalau terkantoi on the spot alangkah pecahnya jiwa raga lantas mencantas orang yang mengkhianati nya tu.

But that again begs the question...apasal nak nak nipu laki/bini kalau dah tak chenta? Most women kata, dah hint and dah bagitahu, tapi laki tak reti bahasa....haa...eloklah cakap dengan jantan main hint2. I tell you they can understand lipreading on the football pitch better than taking the hint.

Of course we must condone any act of injustice. But how to encourage people not to kill? You can't. maybe to those who kills as a profession, bley la kot.

Nak kita kata, berterus-teranglah dan berkommunikasi lah...kalau orang yang bermasalah tu tak nak sedar dia ada masalah, tak jalan juga. Or shall we promote...jujurlah dalam perhubungan...maka anda selamat dari macam2 risk...HIV, syphllis...parang...popular dalam kolum mahkamah syariah harian Metro dan sebagainya.

Is there any other way?

Friday, January 27, 2012

Aku Sangat Kaya II

Eh you alls ni....what is this I heard about my abang trillionaire being mocked by netizens? Haiyaaa....tak baik taww...jatuh merudum self-esteem dia nanti. Kaya cam nak gila tapi self-esteem tahap ketinggian baby 3 bulan pun bahaya taww.

Okay...mohon mahap kepada pemilik copyright malapropism Hong Kong & Shanghai Bank. Ampunnn Kak...royalty berupa maruku akan dihantar tak lama lagi. Cepat lah baik dari demam ye..:)

Why was he mocked? Is it because the magnitude of his claims...or is it simply because normally the rich wouldn't go to certain extend to do a large scale display of proclaimation? He is now apparently a royalty too. A mixture of China, Indonesia...maybe I miss a few other dynasty, but ended up in Tanjung Malim. Ohh Tanjung Malim...arwah father I suka kuih pau and mee kari Yik Mun nya...ada lagi ke tempat ittew?

On a brighter side, it is good to know of someone who is mega filthy rich, to saves us all from global recession.

On a practical side..this is a Social Worker talking ye...he and his entourage could be a psychiatrict ward long-term patient on his daily/weekly/monthly social leave.

On a negative side, my abang trillionaire should now be wary of his safety, sebab proclaimation yang ropa ittew sesungguhnya akan mengundang Wak-Wak Parjo pakar pecah rumah, pecah orang, pecah segalanya. Hmm...orang yang tak berapa kaya pun kena rampok, apatah lagi trillionaire, kann?

But to mocked him...and compared him to Doraemon? Hmm...what can I say? We all watched Doraemon kann? Stupid and illogical that Doraemon is, we are able to laugh...and brushed it off as a humour.

There's too many negativity around...abang ugut nak bakar bunuh adik, incestous crime...kronism activity in the government, everybody wants to rule Malaysia...laki yang kes nya, asal tak puas ati dengan bini aje lari kat rumah mak (sumber dari Kiah --- err, Ani, cepat investigate, nanti bila ku balik ko cerita ye?)

Is a crime to exaggerate like that? The way I see it, dia tak kata reta Sultan Brunei tu reta dia..(ish..apsal dok buat reference ke Sultan Brunei je sekarang ni?) dia tak pi photocopy geran2 tanah orang and pi kata tu tanah dia...

Might we want to take into account, he is now a Dutch. Apa yang pemes kat negara kluk-kluk-kluk tu, kalau tak daun sirih nya? Mungkin masa dia buat interview tu, dia baru lepas makan sirih yang mampu memperkocakkan chemical dalam badan manusia. Hehehe...

I think we know the kewujudan orang-orang kaya yang berlandaskan kata2 ni. Ramai......kalau pi cerita kat orang rancangan dia nak membeli belah tu, tak mau kalah. Kalau cerita nak membeli kereta tu, uihh...kereta protong ke, peroduatiga ke..takkan ada nya dalam list. Macam tak pernah dengar pulak brand proton. Nak beli Porshek and BMmeow-meow aje. So if we can bear orang kaya kelabu asap macam ni, tak kan lah kita takleh nak cope dengan abang Trillionaire tu kann?

Kasik lah dia chance you all...dia hanya manusia luar biasa, dengan harta dan wang berjutahhh...

P/s Bang Kamal, cepat lah add saya kat pesbuk ye...

Wednesday, January 25, 2012

When Should We Let Go....

Cerita ni takde kena mengena dengan kucing atau pun rumahtangga yang sedang dilanda krisis. Kalau terkena pun, ianya adalah tidak sengaja...(ye lah menipu tak habis2)

Hari ni saya duduk berdua saja dengan MB2 sebab MB1 satu lambat balik. So MB2 tanyalah apa khabar kawan saya yang sekarang dilanda keresahan rumahtangga itu. Saya cakap, ohh orang tu okay..rasanya. Kalau tak okay pun kenalah okay jugak, kata saya. MB2 cakap, ohh sisuami nya itu memang tak kena tampar, buat status2 ala-ala meroyan chenta dalam pesbuk, knowing very well yang status itu akan dibaca oleh bini nya, yakni kawan saya itu. Saya cakap, ohh..saya pun perasan jugak..pun rasa tak berkenan jugak tapi kalau saya mengadudomba kat kawan saya tu, nanti jadi rapuhlah perasaannya. So MB2 pun cakap kenapa lakinya buat macam itu? Tak nampakkah oleh nya betapa perbuatannya itu menyeksa perasaan bini nya? Kalau saya, saya tinggalkan saja...katanya MB2. MB2 tu blurr-bluurr akan cerita sebenar, maka saya pun katalah...some people spice up their their relationship by agreeing to do something out of norm. Ye lah, si isteri rela suami cari hiburan luar..but janjinya, setakat hiburan je lah ye..takde lebih2. Tapi si laki pulak, menaik tocang..siap nak jatuh2 chinta ala hindustan lagi...makan tak lalu, mandi tak basah gitu...so I think, si isteri pun rasa terpinggir lah. Cilaka kan laki tu? Dapat chinta baru, terus lupa susah senang kita bersama Nasir Wahab dengan minah muka ketat tu. Opps! MB2 kata, sudah dua kali ni (yang kami tahu) maka eloklah si isterinya itu blah. Si isteri itu baik dan boleh tahan orang nya...and dia deserve orang yang pandai menghormatinya..bukan tempat lap kaki aje. MB2 kata..err, dia kata ya..bukan I. Saya kata, biarlah mereka...si isteri itu lebih kenal laki nya dari orang lain. Tetapi...yang sedih nya pada saya, laki nya itu sangat denial to the fact yang perbuatannya boleh menghancurkan rumahtangga dan hati isterinya...denial tu satu hal, tak ngaku salah lak tu! Katanya there's two sides of the story? Apanya yang side lagi satu nya tu? Side nombor satu dah sah2 nya dia yang tersmitten tak tentu hala...side yang lagi satu tu apa? Nak salahkan bini you ke? Ish...kat sini ajelah pun saya boleh bercakap hal ketidak senangan hati saya kat laki kawan saya tu...kat muka kawan saya tu, tak sampai hati pula...ya lah uols, hati dan fikiran tgh kecamuk, cakap2 benda yang macam ni lagilah tak menolong kan? Walau apapun, saya nak kawan saya tu tahu...saya akan menyokong apa saja tindakan nya....(group hugs)
Then MB2 tanya saya lagi pasal kawan saya....yang telah datang kerumah kami dan membuat janji KLCC. MB2 cakap, dia tak faham, kenapa orang sanggup datang bersusah payah, buat plan berdegar2...then tak ada apa2. MB2 tanya saya, dia memang macam itu ke? Saya cakap, entah. Saya cakap dengan MB2, biarlah dia. Dia yang berjanji, dia yang kata dia ada itu, dia ada ini..so dia kena hiduplah dengan janji-janji kosong dia tu. Saya cakap dengan MB2, kita tak rugi apa2 pun...the good thing is, now kita sudah tengok perangai orang...yang macam ini. Yang rugi pun dia..sebab kalau dia dah janji kosong, tentu reputasi kelabu asap tu akan hinggap kat dia. Kalau dia rasa membuat janji tu memberikan dia extra happiness, maka eloklah untuk dia. MB2 tanya saya, so how are you feeling about all this? Saya jawab...bila saya jumpa orang...saya buka hati dan fikiran saya. Saya kenal kawan yang ini sudah lama, tetapi kami tak rapat. Seingat saya, dia dulu hidup dalam dunianya sendiri...dan dia happy. Banyak cakap dan cerita pada saya yang kenkadang tak masuk akal..tapi, saya dengar sahaja. Saya analisa cerita2 nya...but saya tidak sekali nak gunakan cerita tak masuk akal tu terhadap dia. Cuma dengan janji nya kali ini saya ralat...ralat sebab, kenapa dia perlu bersusah2 nak bagi impression dia kawan baik saya, buat janji2 dan lepas tu, lepas tangan? Tak bermaknakah persahabatan kami itu kepada nya? Kenapa dia misti datang, mentepungnaik kan harapan saya dan kawan2 saya..lepas tu..pooffff....hilang/diam/mekdonno? Saya cerita pada Kiah...dan Kiah kata, anggaplah ini petunjuk Allah itu mengelakkan saya dari masalah yang lagi besar. Saya sedih 2 hari saja...lepas tu, saya terus tak fikir pasal janji UMNO dia tu. Saya nak jugak tahu, kenapa dia buat macam ni..but MB2 kata, jangan buang masa...sebab saya rasa dia ni set-set backstabber. Sudah..jangan fikir2 lagi. Okay lah...saya redha. Redha itu ikhlas...hiks. Semoga dia berjaya dalam kehidupannya. (saya sangatlah menyaspek dia baca blog saya...ada jugak dia terlepas clue2..so, elok sangatlah kalau dia baca hak yang ini)

Saya ada jumpa Social Worker SPCA...(hah..binatang pun ada social worker kauu...ada berani?) so saya pun ceritalah kat kawan saya si SPCA ni pasal masalah Kiah dengan anak tak dara nya tu. Whatever Kiah wrote, I repeated the same. Kawan I cakap...err, dengarnya macam anak tak dara Kiah tu ada MS versi kucing. Sangat normal pada mixed breed. Kawan saya cakap...tell your friend, the ending will be nasty...she  should say her goodbyes now. Saya tak berani nak bagitau Kiah. We chat a lot in BBM. I know Kiah wasn't ready and still raking with hope. I have worked in palliative care....so I know that telling people that the inevitable is the only thing they have is not easy. People in palliative know what is coming their way...the only you have to do is to make it easy for them to deal with it.

I did that to Kiah exactly. I am only saying no to euthanasia because I know Kiah wasn't ready...I must always remember that in this situation, Kiah is my friend and she is the centre of the issue, not the cat. I make suggestions...only I know that giving suggestion will allow Kiah to come to terms with what she already knew. 

So it is up to us to decide what to do. But believe me, most times we already knew.

Tuesday, January 24, 2012

Aku Sangat Kaya....

Ohhh....haven't we heard news like this everywhere? Nak nak dalam FB kan...ye lah, kat mana lagi nak kompang kejayaan you withour having to incurr any advertising cost kan? Unless you want to count losing kengkawan as a cost, but orang kaya like you mudahhhh nak dapat kawan. Ye lah, duit banyak.

So this guy claimed that he got trillions and wants recognition. Ye lah you all, puas orang tu be keroje bergadai2 bulu sampai jadik kaya pastu kita dok ingat Sultan Brunei lah yang paling kaya sekali (ke dia nombor 60 sekarang? Hampunnnn ye Tuanku...patik idok la melanggan majalah Forbes itu)

He has his Shongkong & Hanghai Bank statement to prove it. Okay laa bang, abang memang kayo...saya kagumsss sangat bang. Since abang sangatlah kayo, apa kata abang mengeluarkat zakat kat projek OKU saya kawan saya kat KL nun...panjanggggggggggggggggggggg rezeki abang nanti. Sebagai balasan, saya akan mengompang kekayaan abang kat blog saya. Bley?

I am sure we have seen all sorts. Yang mega kaya, yang mega miskin..yang mega pandai...yang average (macam I ni, kan Kiah?)  Shall we call this abang exhibitionist in his own right? Well, being exhibitionist is not a bad thing. Politician being one and you know, ahli dakwah can also be one. You can use your exhibition trait for a good cause. Ada orang suka berdakwah diam2...macam Nik Aziz, ada pulak yang suka buat roadshow. You can have the introvert and extroverted type. We might have what it takes to be a Sheila Majid, but kalau dah pemalu...setakat buat concert masa laki takde kat rumah je lah kann?

Kadang2 kita boleh naik menyampah juga kat orang yang desperate nak stand out ni. Too much kenkadang. Tak payah tunjuk reta benda, those who intend to stand out with his/hers expression of unlimited supply of opinion pun boleh menjolok anak tekak jugak.

Then we will see la banyaknya response kepada exhibition diorang tu. Macam-macam ada. When you gigih nak tunjuk koleksi henbeg you, adalah pulak yang akan cakap..eleh..ko hengat ko sorang aje ada elbi? And then when you start giving out your opinions about how this should be like this, that should be like that...then ada pulak yang akan response, eleh..ko hengat ko sorang aje ke yang betul? Tup keluar satu statement, ehh...please lah be normal. Normal?

What is normal and who is normal, might you want to ask? I pernahlah keluar dengan group of orang2 keparat ni..the moemnt they know the type of job that I do mulalah start cakap, ohh...so you can tell traits of those who 'tak normal'?  Bodoh, if you ask me. I doubt we know what 'normal' is. Budak MRSM mungkin rasa budak TKC tak normal and vice versa. Ye lah..budak TKC kan ada tennis court. Budak MRSM banyak nau lagu nak kena nyanyi masa assembly.

This Abang want people to know how rich he is, exceeding those who listed in the world's richest list. I doubt people in the lists pun tak sedau depa ada dalam list tu. Money is too much to mention and even to count, so for those who are in the list..they have people eyeing and prying over their wealth and lifestyles. Tak payah panggil press tunjuk bank statement, bang. Gulps. Maybe in that abang's world, determination to prove that he is richer than others is a must. So, that is normal for him. (idok le kepada saya ye bang..tapi takpe...yang penting abang kan kaya...saya sukerrrr)

Then came those MLM entrepreneurs yang business plan mereka ialah menunjukkan kereta besau, gelang besau dan gambau duit yang besau untuk tontonan umum. Maybe for them, that's normal. Because in the world of MLM, pertunjukan amal ropa itu adalah sangat perlu. People need to see how lucrative the return is. Maybe orang macam Kiah, macam I, macam Budak Lurpak (takziah and al-fatihah bebeh) rasa tak normal.

Then the cerdiks pandai and baru terbuka mata...maka semua benda yang normal dibuat orang adalah tak normal oleh dia. ----sorry lah ye, to me, this is mere snob. I benci betul diskriminasi rupa,benda dan pendapat ni. Just because taraf kau, ko rasa up sikit..maka orang lain kelabu asap ye? podahh--- tu dia, emosi tak tentu.

Then to this exhibitionist-exhibitionist gaya Twitter, Facebook segala. Haiyaaa....maybe it is normal for an actress to air their grievances online. Laki kita orang dah hambik, wokeh..nation tahu kita sedih..but no, we must stoop to the bottom end to start asking him for the mas kahwin he allegedly still owing. Dah anak 3..apasal sebelum keluar anak nombor satu, tak mintak?

Lagi satu...ahh, we might not think this...but name dropping for some people yang suka nak claim to fame juga adalah sesuatu yang normal bagi puak2 yang suka menjadik femes sebab dia kenal orang yang femes jugak. Iskkk....I kenal Datuk tu, Datuk ni...Sultan tu, Sultan ni...saya kenal blogger femes Budak Lurpark. Ooopsss.

I thought you must know that mereka yang seperti diceritakan diatas, boleh juga dijumpai di spital-spital sakit jiwa. Pada saya, itu sangat lah normal.

Have a nice day, abang Nuar Zain. Kawan saya Ani BNS kata dia pegang tangan abang tu hari...loyar sabung ayam kata, kereta dia nak eksiden dengan kereta abang tu hari...tapi orang taktau kan yang, abang tido umah saya malam tadi. Hiksss.






Thursday, January 19, 2012

Semakin kita rasa kita bersalah, semakin defensive lah kita adanya...

Betul tak adik-adik? Betul lah kot..agaknya.

Okeh...tapi sepupu saya kat Pilah & Co telah meng email saya mengatakan yang sepupunya telah bercerai dengan bini barunya. Sepupu kepada sepupu saya ini adalah seorang yang pemes jua. Perlukah saya mengaku bersaudara kepada sepupu, sepupu saya itu? Err takyahlah...sebab saya tak kenal dia (si pemes itu)  pun. Maklumlah..saya jarang balik Pilah sebab sedara Pilahan saya telah bermastautin di Kehel..sekaligus menjadikan mereka (dan juga saya) waarga kota. Phluekkkksssss muntah.

Yang saya tahu, si orang pemes tu, gilpren nya lawa-lawa belaka. Dari jaman dia bujang sampailah ke dah kawin, dan menduda..dan berkahwin (ni pun nasib baik sepupu saya tu bagitau) dan now, menduda balik. Bini lamanya dulu pramulori MAS dan cantekkk orangnya. Jodoh tak panjang gamak nya...well, menurut cerita sipengompang tak berbayar ni (sepupu saya) si pemes itu adalah panas baran orang nya. So mustahil kah kalau rumahtangga orang yang panas baran ini kekal? Unless dia berpasangan dengan batu atau kayu, maka kekal lah.

Tapi tahukah kita orang yang rata-ratanya panas baran ini adalah baik hati. One have to compliment the other trait lah kan? Suatu waktu dahulu semasa saya ditugaskan menjadi pekerja sosial di prison service, ramai sungguh saya jumpa orang yang panas baran. Kerana panas baran merekalah mereka masuk penjara. Tetapi yang saya nampak, mereka sentiasa menyesali kesalahan mereka dan selalu bertanya keadaan mangsa-mangsa mereka itu. Sungguhpun begitu, cemana baik hati sekalipun, si panas baran ini juga adalah pembuli besar kerana, dia hanya mampu berpanas baran dengan mereka-mereka yang boleh dimanipulasi oleh si panas baran ini sendiri. Cuba tengok siapa mangsa si panas baran? Kalau tak bini, gilpren...takpun keluarga terdekat mereka sendiri, kan? Berani ke dia nak mendisplay kepanas baranannya kat orang lain? Tak lah kot...sebab tak pasal2 mereka akan menerima padah panas baran orang lain pula.

So, wajarkah kita menyalahkan sikap panas baran kita bila kita menghadapi masalah? Ohh tidak...panas baran adalah rentetan dari perasaan marah yang , percayalah..boleh dikontrol. Ianya terpulang kepada kita untuk mengontrolnya atau tidak.

More than often, orang yang suka marah-marah ni menggunakan perasaan marah dan tunjuk perasaan hasil dari perasaan marah mereka itu untuk tujuan mengelat. Yelah...bila orang tengok kita naik angin, siapalah nak dekat kan? Kenapa kita marah selalunya? Well, kalau orang buat benda yang kita tak suka, kita marah lah kan? Tapi perlukah marah itu berpanjangan?

Oh ye..entry ini adalah untuk anon yang bertanya kat saya, perlukah dia meninggalkan lakinya yang panas baran itu setelah few years bersama. Sorry dik, akan tak nak kasi private reply...bukan apa, nanti kasi satu mintak seribu. I think it is not fair to put that responsibility kat orang...like tanya kat orang, ohh perlukah ku tinggalkan laki ku kerana dia cenggini..cenggini...

Yang akan hidup tanpa dia is you...so, kalaulah I cakap..lupakanlah laki mu..or tinggalkanlah laki mu...yang merasa suka atau seksa, bukannya diri ku kann?

Orang kata, hidup berumahtangga ni kenalah banyak bersabar...ye. Memang betul. Boleh ke you bersabar...dengan his temper. Temper yang macam mana ni dek? Temper mulut ke temper kaki tangan? Tanyalah diri kita, boleh ke bersabar lagi hidup satu rumah dengan nya? What sort of dependency yang you ada pada dia or dia ada pada you? Yes, I do admire those who is willing to put up with all sorts of crap in their relationship, but if some way the crap has altered one's personality, makna nya dari pada Bionic Woman mentally ke total emotional wreck, masih kah worth it kesabaran kamu itu?  If you have a child, your child will depend on you and their father. Kalau father dah terbalik dan mak pulak, emosi sana emosi sini, apa pulak jadi kat budak tu kan? Mind you...at our young age...we develop our personality by copying our parents and people around us. Kalau dah pekik memekik sorang, nangis cam Azean Irdawaty sorang...ish...

People get angry for a reason. The reason may not be reasonable..like laki you dah bad mood dari tempat kerja and balik rumah terus maki hamun you. Perlukah? Ke memang dia sesokmo-sokmo nya nak marah kat you? Pasai apa? Kalau dah dok kena marah aje..nampak benau lah dah tak suka kann? See, kalau makpak marah anak, boleh la kita cakap pasal makpak sayang kat anak...tapi kalau dah hari-hari kena marah dengan laki...apalah kes nya?

The guilty party, kenkadang pakai tah hapa punya transfer psychology...well, they could just apologise and admit mistake..but to reason out more things yang kita semua tahu tak betul, buat apa? Serupalah macam kalau laki terkantoi dgn bini main hantar hantar sms dengan gilpren kann...pastu laki pulak bley marah, apsal you check telepon I. Ehh...pulak!

So Cik Anon. I'm afraid there is no right or wrong answer for you. I'm sure ramai kengkawan you dah tahu hal you ni...and they said their peace. Desicion is yours. You have live with your husband long enough to know what he is capable of and what you capable of too...kadang2 orang boleh cakap apa saja..but kita lebih kenal orang itu. Jahat ke dia...(kalau dah mmg jahat, jahat yang macam mana kita tahu kann?) baik ke...

Ambik lah risk...kali kedua (first, being married to him) then barulah you akan tahu...

Sekian

Wednesday, January 18, 2012

Burung Kenari Biru twitt..twiit..twitttt

Hey uolss...I ni baru baik dari demam yang macam biskut chipsmore. Serupalah macam cuaca nya. Hari ni sejuk, besok sejuk nak mampus dan lusa..suam-suam kuku. Tapi bersyukurlah saya kerna saya masih hidup..yeahh.

Okay, berbalik kepada cerita-cerita semasa (gossip)...tu dia...berkat sungguh hidup I kann...baru je tuhan bagi nikmat badan sihat, terus nak cerita hal orang. Tapi apakan daya..saya manusia biasa yang tak lepas dari bercakap hal orang. Ingin saya bertanya kepada you all di Malaya sekelian, Azwan Hj Ali tu bila pulak masanya bertukar identity menjadi Makcik Wok? Bukankah dia macho? Okay la..who am I kidding...nak kata macho macam boipren baru Kiah (dan juga jejaka idaman Ani BNS) idok la..but I think semakin dia mature, adakah dia telah menjadi kakak fulltime you all?

I saw his video interview, apparently bergaduhlah pulak dia dengan adik pompuannya...haiya..bergaduh aje ke kerja korang? Bergaduh satu cerita..but sampai nak keratbakarbuang segala...weh, femes betul cara-cara bunuh yang begitu ye? Why lah he must pakai cermin mata sebesau muka dia tu? Kenapalah dia tak pakai aje cermin mata Reben like jantan2 lain...haiyo..so tak jadi okay?
Talking about pergaduhan adik beradik...hmmm, siapalah yang tak pernah mengalaminya kann...anak tunggal pun boleh bergaduh dengan adik beradik, tapi sebab takde adik beradik sendiri maka dia kenalah bergaduh dengan adik beradik orang. Is it really because of Bang Nuar tu? The gist that I know..ni cerita sebelum Bang Nuar masuk jel lah kan..si adik tu kata abang dia semenjak keja dgn Bang Nuar telah lupa daratan etc etc...and that Bang Nuar telah bertoot dengan bini abang nya sampaikan salah sorang dari anak abangnya adalah anak Bang Nuar. Katanya si adik. 

Bermula dari situ, si adik membuat roadshow and I remember watching her in primetime news airing all her brother's dirty laundry to aid the current MP political campaign. Abang dia beli katil 70k la..(biarlah...kalau orang berduit biarlah dia beli katil mahal2 pun kann...kita yang mampu Ikea aja ni dok lah dendiam)

Si abang pun lebih kurang....adik kata dia, dia kata adik. Yang mendengar segala cerita2 buruk anak beranak tu orang macam kita juga. Perlukah?

Wehh..tak kisahlah siapa cakap betul dan siapa tidak kannn, but why must this become the obsession of the news?  So the abang decided to join the opposition party, biarlah dia...politik kan pilhan sendiri. So if abang let the boss have share his missus, tu bini dia kannn? 

Turun naik lah adik beradik tu masuk court for the nation to see. Sekarang pulak...hah, gaduh dalam TWITTER (apa twitter ni Kiah?) dahhh..masuk news lagi. Mulalah muka bengkak2 nak nangis kata masyarakat mengeji they all sefamily. Eleh...dah sendiri yang membuat perangai kat public yang sahihnya mengundang komen2 baik mahupun puaka, lagi mau heran ka?

So, the abang femes in question number 1, dok caci maki adik dalam his speech. Followed by abang femes for looking weird, kalau tak caci maki adik beradik sendiri, dia pi caci maki orang. Then the adik yang forever keroje nya nak membukak rahsia abang number 1. Si adik pun boleh tahan gak mulut nya...I find it hard to comprehen them people who often berkata2..ini kerja allah, demi allah...rahmat allah...then nangis2 pilu terharu syukur but bila dalam twitter, dalam blog..bley lak panggil orang al-juburi la, babi la...itu la ini la...

Akai mana deyyy?

I pun gaduh gak dengan adik beradik I...iskk..but I must tell you that never a day that I wish kami bermasam2 muka gitu. Ye lah kann...dah namanya manusia, kepala dan hati lain2...adalah benda yang tak puas hati ye tak? Doa aje lah kat tuhan masing2 nampak cahaya kebenaran gituh...(pastu kena tegur dgn amma, barulah insaf)

So we now got so modern and berbalas peluru kat TWITTER tu, apa kejadahnya? The one yang Kiah cerita pun gaduh dalam TWITTER gak kan. Tak puas hati dengan si polan tu, gi lah telepon dia...ni tak, abis dicerita hal dalam calvin klein orang tu.

Macam nilah, abang2 dan adik, kalau you tak nak orang cakap hal keluarga you, you all pun berhentilah cakap hal keluarga you kat orang ye? BTW, boleh tak cakap kat Azwan tu, kalau muka sama besar dengan pereks, janganlah nak pakai cermin mata Viktoriabekam ye...

Sunday, January 15, 2012

Kawan Saya Yang Pemes

Saya ni memanglah lembab...lagi tak tahu hal-hal orang sekeliling kannn....but I come across satu kelab peminat tukang masak kat pesbuk ni. You know this thing in FB, where names of people and pages will be recommended to you just because you have a mutual acquiantances with them.

Some memang I kenal la..tapi tak nak add kawan...some memang tak kenal...tapi nak sangat add jadi kawan (artist fofulerrr la ni..isk) but this tukang masak pemes, memang I kenal dah lama....very close jugak la, pernah datang tido rumah semua. (dia tido rumah I ye..I takleh gi tido umah dia sebab dia dok bujang)

Tapi masalah nya, I kenal dia sebelum dia ni pandai masak...camno tu? Nak kata dia tak pandai masak langsung masa tu, tipu la..pandai gak dia masak..but not to the extend to call himself a chef, sebab masa tu tahap konpiden idoklah sebesar gajah, masak gulai pun kena taste dua tiga kali jugak lah sebelum bagi orang makan. Gituh.

I have always admire his passion...to do things that he likes. Memang dia suka masak..and cita2 nya nak bukak restaurant masa tu...but I think the timing wasn't good, mana dia nak pi kerja lagi mana nak ber chenta lagi..(oops!) I was part of his earlier trail of success, but masa tu rezeki nya belum datang lagi...and I think his success now is largely owed to his past failure.

But we parted ways. I don't know why..he just took off from us (MB1 sayang kat dia ni...ye lah, macam adik beradik kann?) and we have miss him since. But dia ni bukanlah macam kes orang hilang Dublin tu ye..we know he is around somewhere...but tatau lah pulak dia dah pemes nak rakkk sekarang.

But, I am very please for him. It seems like the world is in his hands now...dia suka acara glamer2 ni so all the limelights suits him best (plus rambut you dah nipis, lagi terserlah limelight you...)

But we haven't spoken in ages. I miss his jokes...I miss being the one who got caught in his catfights dengan Ratu Siam tu. I baca dalam fanpage nya, mak dia dah aruah. Sure dia sedih gila...knowing how close he is to her. Ohh...I hope he was with her on her last breath or if he is not, I hope he is surrounded by his love ones to comfort him. To me, he is still my friend albeit our differences. Keras kepala (we both) sebenaq nya ni. I can't even remember why he suddenly dissapear. He bought my 1st mobile phone for me..(dia ada tenet, so dia lah tukang order nya)

Hidup berkawan tidak selalunya indah. Biasalah..dengan adik beradik lagikan nak berbunuh apatah lagi dengan kawan yang kita adakalanya tak bersatu pendapat or tak berkenan dengan certain perangai. But you will grieve losing the one that you think special to you.

Seeing him and his success, here I am wondering...bilalah I nak jadik megastar cam tu ye? Well may be never la...sebab masak kari ayam pun pakai paste, masak nasik pun tak berapa reti...masak mee pun macam ada angin hari ni jadi, hari esok tidak.

But my passion is making life better for the needy. (needy bukan drama queen ye) And I do it with hati yang besar...walaupun kadang2 I menyumpah seranah dalam hati. I do what I do because of its glory (ye laaa) so all I want is a pahala yang melimpah ruah (untuk mengganti pahala sedia ada yang makin susut ni) ---walaupun kerja I tak glamer...(nak kata membuat amal idok juga sebab saya bergaji..hiks) tapi bak kata MC, kerja you ni kerja yang mulia....

Congratulations, my friend...NM.

Friday, January 13, 2012

People's Life Crisis

JT returned from Malaya with some contrabands for me. I tak mintak pun..but he said that I sure appreciate his effort menyeludup barang2 tu masuk ke Hinglen. Then he went on sharing his excitement about his adventure of misleading the UK customs. I ni tak suka menjatuhkan air muka orang so I dengar aje lah cerita2 pengembaraan Sinbad nya tu. So yes, dia telah berjaya menyeledup some petis, kicap kipas udang and few more stuff. He went on and on about how benda tu takleh bawak masuk ke UK, unbeknown to him yang aku ni, Ratu Seludup bawah tanah. Ini juga mengingatkan I pada seorang budak kerja kapalterbang Malaya yang bersungguh2 bercerita pasal pengetahuan am nya about Airlines and civil aviation kat I...tanpa mengetahui yang I ni dah expert dah pasal hal2 airport. But, in that situation..what can you do? Kasik la chance orang nak walking on clouds, kan?

I thought JT has lost weight so I complimented him. He said it is down to stress and that he is combating it with plenty-plenty of gym visits. Then he said...lately dia macam suka nak melaram, so he told me about some skincare product yang dia beli and ask if I notice anything. (should I notice anything? adakah kau rasa selama ni kita dok jumpa-jumpa tu aku menelek muka kau?) ----ini adalah kata-kata setan dalam hati nya kengkawan.

I pun jawab, tatau lah pulak you ada masalah acne jerawat bagai...I kan rabun (ayat cover lagi penipu, sah sah muka orang tu sebesar mangkuk perek dek tembam nya, kalau minum kopi duduk pun depan2 tak kan lah tak perasan kan..but rabun is a safe answer) JT cakap, I think my skin dehydrated so macam dah tak berseri2..so I thought I should do something about it (nak je I cakap, nak berseri2..gi lah sembahyang..hah kompem berseri..but I pun bukan Ustazah Pilihan so I takleh lah nak laser orang camtu..hiks)

Then he went on again about how he is now into some mens toiletries that have feminine touch bla bla bla...and how he does not mind spending a bit extra from his ordinary toiletries. Aku pun taktau apa benefit yang aku dapat dari cerita-cerita alat penjagaan diri dia so thank goodness for my tall chai late, ada jugak benda ku nak hirup mencover muka boring ku.Of course lepas dia rasa takde response, dia pun cakap..ohh I went on and on about it..sorry lah. I rasa I ada midlife crisis lah..

Jantan...ni lah dia kann...ada aje excuse untuk menutup buruknya perangai. I cakap lah, everybody will face crisis in their life, takyah tunggu pertengahan umur. When we are young and eager to do things that we now thought is stupid, so adakah itu early life crisis?

Does age contributes to life crisis? Entah laa..ye kot. Your maturity grows as your age and so is your self security. But I like to think people around you affect how you feel. I selalu cakap kat MC yang kenkadang dengan dia I rasa sangat insecure. Mana tak nya...dia kadang2 mood ngalahkan bursa saham. Ada hari okay, ada hari cam siyyal. Of course orang set2 pedagang ikan camtu will not know how bad perangai diorang boleh menjejaskan serata alam. But again, kalau taknak bau hanyir, janganlah dekat dengan ikan kann...so kalau dah suka kat ikan, tahan ajelah dengan ikan tu until they ikan really put you off completely dengan attributes mereka2 tu.

Kat FB pulak ramai yaang ber krisis, kau ada aku pun ada juga malah jauh lebih bagus dari mu. Ni set tayang menayang kompang mengompang how their life is better than others. Macamlah orang nak tau sangat kat mana dia pergi, kat mana dia nak pergi...apa dia masak hari ni...apa Mr Husband beli untuk dia hari ni. Ish...speaking of crisis yang melanda some of them bini orang kann? Free sangatla tu.

Sometimes, people's crisis can be two extreme twist of events. One...daripada Ella & The Boys towards Mahir Zain and another dari pompuan/jantan melayu terakhir kepada Ratu/Raja Rock n Roll.

Ada pulak yang ber crisis..just because dia rasa hidupnya dah mengalami pembaharuan, tetiba orang lain semuanya kelabu asap. Itu salah, ini salah..system itu salah...system dia la betul gamak nya. Padahal mata baru aje tercelik, kalsium dalam badan pun belumlah banyak mana...but because he/she think they are in the better place than others, ohhh apa yang orang lain buat semuanya tak betul.

Masa I kat one tube station ni, I terdengarlah student2 Malaya ni cakap...betapa loklak nya homputih and the systems, how their mentality are the council estate mentality...minum mabuk etc...anti social behaviour. Mind you, words that came out from student yang tah datang dari ceruk Malaya mana but dapat naik taraf sikit pergi oversea, langsung mengata orang council estate ye?

What is council estate mentality, I rasa nak tanya...so I suppose, the council estate lot anti social behaviour is lot worst than...sanctimoniousness? Budak..budak...so, kalau anak jahat, sebab makpak salah didik lah ye? Tu lah dia kann..crisis budak terasa pandai tu.

Then come crisis manusia yang berfeeling dah nak expired tarikh luput nya. Nak kata bodo, dah hidup lama..dah makan asam garam cili semua..dah tahu mana kaca and mana kicap (tetiba) but, masihlah nak berfeeling2 baru nak kenal dunia...one good thing come along and swept you off your feet...maka mengabaikan selipar lama yang dok selama ni bersusah senang bersama.

Ish..enough la..karang tersindir orang lain pulaks. But untuk menutup cerita, I bagitau JT, alah..takdenya midlife crisis...you just found something to distract you and you like it. Kalau you suka menyapu muka you dengan segala macam krim, sapu aje laaa. Takyah la nak cover malu cakap ada midlife crisis...

Wednesday, January 11, 2012

Bra Saya

Tajuk macam lucahss kan? But saya bukanlah nak bercerita pasal bra atau apa yang ada dalam bra saya. Ohh tidak....lagipun kalau setakat 34C siapalah yg berminat kannn....lainlah kalau macam Jordan tu kannn. Hiks...

MBs bagi saya card ini. Sorrylah ya, saya tak pandai nak ngekjas gambar dlm berakberri ni, so kalau rasa nak terteleng, janganlah tgk gambo ni lama-lama ye.

So MB's adalah bra saya. MB1 adalah bra yg munga-munga sebab dialah orangnya yang akan senantiasa memastikan hati dan perasaan saya senantiasa berbunga dengan mengambil berat hal ehwal saya, hal makan minum saya...sakit demam saya. MB2 pulak adalah bra Mark and Spencer yang boleh diharap quality nya. Saya pula, adalah sports bra kepada mereka (saya rasa lah) kerana adalah sumber sokongan tahap penyokong Anwar Berahim yang menyokong membuta tuli tu. Hehehehe....

Bila kita dok jauh dari makpakbangkakdik, kita memerlukan bra. Boleh jugak tak pakai bra ni, tapi rasa lain lah kannn. Bra yang bagus adalah penting, so alang2 nak memilih bra, pilihlah bra yang berkualiti.

For many years living away, I have amassed quite numbers of bras, and they're all good one. Sometimes we do feel discomfort, time kita tgh datang bulan or bra salah ejkas ke, terselit ke...or apa2 ajelah salah bra tu yang membuatkan kita tak selesa. But bra is still a bra. Apa gunanya bra kalau tak bley memberi sokongan kan?

We certainly takleh nak adopt wine metaphor dalam hal-hal bra, ye la...wine makin tua makin sedap (ye ke?) Bra makin tua...takkan lah kita nak simpan bila dia dah sampai tahap roti kirai kan? But the more we get use to our bra, the more we feel at ease with it. Kan?!

I don't have many bra (but I do change them every other day, dok hinglen ni dihampon kannn sebab tak berpeluh) but those that I own are my best support.

Sayangilah bra anda....(Tetiba...)

Kepada yg tak memakai bra, silalah membeli bra yg bagus2 kepada bini/gf anda.

Monday, January 09, 2012

Blackberry Dan Kita

Negara saya sedang mengalami krisis Blackberry. Ianya bermula dengan...kerosakan BBM orang tu yang hanya boleh dibaiki dikedai tepon. Oh ya, orang yang saya maksudkan ini sangat tak reti bab-bab repair benda kecik ni. Puaslah saya ngajar nya via Facetime etc etc. Tak reti jua...so solution dia, kedai tepon. Tapi dianya nak pi kedai tepon takde masa. Memanjang takde masa...so lama la jugak takde BBM service sampai saya kata, ohh sukalah you kann..takyah message-message I. Dah diajar guna wassupdog tu pun, susah laaaah katanya. Saya kata, sukati you lah...

Hidup tanpa BBM adalah payah juga....hidup kita berbeza lapan jam. Saya nak tido, awak baru bangun tido. Saya nak pergi kerja, awak busy dengan kerja awak...saya busy nak mati..awak tengok TV. saya baru boleh nak menapas..awakdah nak tido. Berkualiti sungguh hidup kita, kan?

Tetapi, kita sama2 dah tua. Agenda pergaduhan adalah panjang, so takyah lah nak masukkan BBM sebagai agenda baru. Reality nya hidup kita memang payah.

Semasa krisis BBM, kita bergantung sepenuh nya dgn yahoo dan FB. Tapi FB di Blackberry pun macam lehenettssss jua. Orang hantar message kol 8pagi, saya dapat kol 8malam. Dah le orang tu hingat saya merajuk lantas meng ignore message nya. Orang tu pulak berkonsep, kalau ko nak merajuk, ko merajuk lah sensorang ye...saya tak kan pujuk. So selain dari masalah BBM yang rosak, FB via Blackberry pun boleh membawa kepada ketegangan rumahtangga juga. So saya cakap kat dia, email sajalah..takpayah pakai FB messenger. Okay...katanya, Tapi saya suspek, yahoo via Blackberry dia yang delay sebab saya hantar message petang, dia dapat besok pagi. Bila dia jawab message saya, saya pun dengan marah nya menjawab...hah, pergi manalah malam tadi sampai tak ingat2 kat I langsung! Padahal orang tu tak dapat email nya on time. Dah panas balik. Blackberry punya pasal.

Enough mengata Blackberry, sebab itulah aje benda yang ada nak dipakai. Teknology telefonpintar lah kononnya. Jaman saya berchenta nak mati dulu, takde telefonpintar and apa2 lagi yang pintar. Semuanya manual. Nasib baiklah masa saya kat area2 Yorkshire tu, siamang cuma di Manchester. Kengkawan saya yang berchenta long distance gaya pos, gaya phone tu lagikan panjang jodohnya...masa tu jangan kata telefon pintar, email pu tak dah. Nak tepon bf/gf kena ikat perut cam nak rak.

Kadang2 benbarang pintar ni tak menjamin pengguna yang pintar juga. Mak saya pun tidak teknologi pintar, tapi dia pintar mengingat nombor telepon orang2 penting dalam hidupnya. Tapi dah 3 hari panggilan saya ke telepon pintar nya tak dijawab. saya pun heransss jua. Terpaksa saya menyiasat lah..ye lah, risau lah kan..sakit ke hapa ke. Ghope2 nya cucu cucu yang pintar telah menggodek dan mengekjas ringtone, so confuse lah orang tua tu...katanya dia dengar benda berbunyi, tapi tatau lah dia itu adalah telepon nya. Hish...memang nak dipijak budak2 tu!!!

Pastu, set2 pengguna pintar yang tak reti lah nak menjawab call (ni adalah saya) or menjawab email. So bagilah or belilah mana2 brand terlebih pintar, kalau2 dah set sengal...telefon atau alat2 komunikasi yang pintar adalah tak berguna jua. Reality is if people are ignoring you, it could only mean...dia tak nak associate dengan you. So, kalau dah hantar email berkoyan2 orang tak jawab...maknya nya dia taknak jawab lah...or, kalau dah call banyak kali tak jawab2, return call pun tidak, it is so obvios that he/she want well to be left alone.

Pssstt...sesiapa yang call saya tak jawab, ketahuilah oleh mu...saya kenkadang pekak dek Ipod or saya dalam sepital. Lagipun opis saya ada polisi telepon bimbit. Kalau urgent, saya call lah balik. Kalau tak urgent...sendiri paham lah naaa. Mak kan sumbungsss.

Oh..btw, org tu punya BBM dah direpair. saya adalah happy :)

Saturday, January 07, 2012

Aku Pun Dah Tengok Jua....

Peringatan...ini bukan review pilim ya.

Saya ni kan...agaklah lembam dalam hal-hal wayang Malaya. Sila mahapkan saya...saya telah melawan arus Ombak UK dari tahun 1998 lagi....masa saya tinggalkan Ombak Paroi Jaya, Ombak Subang Jaya dan Bora Ombak...saya hanya tahu, Cerekarama ialah hari Jemahat. Saya akan memilih dan menegok dulu siapa pelakon nya sebelum saya nak membuang masa nengok TV. Kalau ada Norkemalaksari, Aida Raheng ke Eda Norina, Hojiii Amat Daud ke...baru la saya tengok. Kalo tak...saya akan membuat kerja lain yang mendatangkan hasil. Tahun 1998 tu pesbuk takde, bloghopping pun takde...so, saya hanya ber IRC saja. Blind date sana sini (berhasil tau uolsss.....)

Tapi terima kasih pada Tijah dan Pisau mahal nya, saya gagahkan diri saya menonton cerita Ostat Choki yang gatal tu. Boleh lah tahan tapi saya agak heran jua, kan cerita tu berteraskan Islam Hadhari...tapi fonfuens-fonfuens dan Ostat Choki pulak bernapsu porn star. Hikss...

Pastu, since tahun lepas, news feed pesbuk saya rata-ratanya orang cakap pasal cerita Ombak Rindu ni. Satu, dua tiga kali saya tak heran jua...yelah pada masa tu orang2 yang buat status tu pun set-set yang takde keja melainkan mengumpat dan mengambik tahu hal orang, so to them Ombak Rindu tu kiranya telah mengalihkan perhatian mereka dari kerja2 resmi mereka tu lah (mengumpat orang) They semua cakap, cerita ini telah mengakibatkan kenaikan sales tisu kepada para-para Stevie Wonder.

Pastu kengkawan saya yang set-set boleh pakai (yakni tak ngacau orang serta tak rajin nak bersidai kat TGV) pun dah komen pasal Ombak Rindu. I tunggu gak Kiah & Ani BNS punya comment. But Kiah is too busy and all stressed out over NOTHING and Ani BNS punya comment..err, mintak mahap lah..so bias given her infatuation kat AA tu. Kau kalau AA tu berlakon cerita Hantu Bang Haris balik rumah pun kau kata sodapp, kannn? MB1 also got similar comments from her friends yang rata-ratanya rau air mata. Nov/Dec/Jan kan banyak episod air mata tak perlu...anak dapat UPR result pun mak nak nangis. Pesal? Banyak A's nangis, tak dak A's pun nangis. Tu jangan kata Ombak Rindu...tengok Masterchef pun agaknya mau nangis jugak kan? Prompted MB1 to cakap, sedap ke...nanti you balik belilah DVD ye. Budak Lurpark pun cakap sedap..(not sure lah dia tgk cerita ni sama time dia masak sambal udang...terkeliru ke mana yang sedap?)

So, yes....atas kebaikan Blogger yang glamer..dapat lah juga I tengok Ombak Rindu. Because semua orang kata sedih sampai menjilat hingus...I pun rasa nak nangis jua, tah hapa2..baru klink link dah rasa nak nangis..memang lah gilo. I watched it twice...(because I fell asleep the 1st time...mak makan ubat batuk nakk...pasal tu laaa) when come to 2nd attempt, sebelum 2nd attempt tu, I dok BBM MC tanyalah...you buat apa etc etc, dia kata dia pun demam so dok umah saja. I suggest, hah..you tengok lah Ombak Rindu..you kan ada Estrok. Dia kata..dah tengok dah...I tanya, you nangis tak? Dia cakap..tak. (what do I expect lah kann...si hati kering tu)

Then I pun tengok lah..sensorang....bertemankan earphone. Mulaaaaa sampailah habis...dari adegan main lenlayang kat sawah padi sampailah dua laki bini tu berfeeling Titanic.Adakah I nangis? Hmmm....is there a reason to cry?

a) Sebab si MK tu kena jual jadik pelachh oleh pakcik nya? Kena nangis ke part ni? Display emosi yang salah lah kann..patutnya kita rasa nak bakar aje muka pakcik dia tu.

b) Sebab MK kena bubuh dek 1st customer dia ke? Hmm...dia kan tengah high dek alcohol masa tu..so tidak lah nampak macam kena paksa gitu. Nangis itu perlu? Tak..kita patut tanya kepada AA tu, ko kaya tahap dewa, apa khelassss kau gi Lorong Alor cenggitu?

c) Tidak ada adegan sepak terajang antara AA dan MK untuk saya kesiyyan dgn nasib MK tu. Walaupun AA berfeeling-feeling Simba, adalah jugak nampak tanda2 dia syiok kat MK tu.Begitu jua dgn MK. Macam dapat tonic clonic fits aje bila kena panggil...tapi tetap MAU kat AA tu walau malu-maliewww pun. So pengaliran ayaq mata langsung tidak necessary.

d) Adegan AA and MK kantoi dgn Pak Dollah and bininya...terpaksalah ngaku dah nikah kan...saya tak nangis pun. Tapi saya nampak pak Dollah tu yg nangis sambil menadah tangan ke langit..mode-mode syukur (over lah hang Pakcik..dah le gi bawak mulut kata MK tu mengandung)

e) Adegan yang patut dicontohi oleh Kiah dan Budak Lurpark, sebab ianya juga perisai perancang kehamilan yang berkesan ialah..bila laki kita nak ehemmmm ehemmmm dengan kita..sepat2 lah baca doa...ya allah selamat kan aku..ya allah selamat kan aku. Maka terselamatlah kita...(ye lah...nak derhaka berdosa kannn?)

f) MK kena fitnah..pastu AA pi maki hamun dia..etc etc..adegan MK pi kejar kereta tu sampai berdarah seluar jogging dia...perlukah menangis? Tak payah..sebab, Pak Dollah ada Volvo dan dia bley hantar MK ke spital dgn cepat nya, so tak jadilah kawan tu nak keguguran pun.

g) MK kena halau dengan Ibu (Ibooooooh) sambil mintak Iphone 4 dan konci keta dia dan keluarlah dia dalam hujan lebat gelap2 tu. Nangis? Tak jugak...sure dia ada duit dlm henbeg PRADA nya..dan dia bley la beli Iphone 4s pulak.

So, takde sebab saya nak nangis. Nak nangis sebab kesiyyan kan bini baru AA pun tak bley jua, sebab dia yang nak kawin sangat kann padahal orang tu dah kata dia syiok kat orang lain. Nank nangis pasal AA accident? tak yah..sebab dia macam terkehel kaki je..so, idok lah life threatening. Nak nangis sebab AA tu sebenor nya hanak hangkat ke? Tak yah...lagi la dia suka kot...sebab agaknya dalam hati dia menyampah kat Iboooh dia tu.

But for all it is worth, I do like the movie, I do like the story. I am not crazy abt AA though...

(I did cry...to sleep after that...only because I feel alone...and I misses MC very, very much. Kiah, please free to nangis menyampah ye..)

Thursday, January 05, 2012

Semalam Gue Bermimpi...

Jadi gumuks!!!!

Well, sudah terasa rasa beratnya badan bila berlari dari platform 5 ke 15. Haiyohhh....saya sudah berjanji pada diri saya sendiri yang saya takkan membeli baju lebih dari size 12. The older I get, the more vainpot I become...

So somebody really upset me at work today and I use that to get away from the office. Nak pergi mana lahhh?

Ye...I pergi gym youuu....yang I dah lama tak jenguk tu.

So below was my achievement today (besok rasalah keazaban nya ye?) Baru banyak tu dah pancit...pulak tu gym tu dipenuhi oleh pompuan2 bersize zero berlari mcm kena kejar anjing atas treadmill...steady jah I tengok. I yang berlenggang kongkang ni rasa tercabar tawww...nak je I cakap hoiii...uols dah slim, gi la balik rumah makan nasik...sudah2 lah nak menyeksa diri dlm gym ni.

Sedikit pesanan...kalau kail panjang sejengkal, janganlah nak duga Bengal Sea ye...err, boleh kah ini disamakan dengan, kalau dah lama tak masuk gym, toksah lah berangan nak weightlifting besi 8kg tu ye...kan dah bengkak rasa tulang2 badan kau!!!!

Ohh...copeklah slim macam Pojiah Latip yooo....

Wednesday, January 04, 2012

Update

Life's here...
Livelihood's here...

Friends here...although tak ramai but very reliable and caring

Lonely...yes. But it is all better than uncertainty.

What more can I ask...

Mode: duduk diam-diam lah ye. I tetap sayang you banyakkk banyakk. I hope I will see you soon :(
Sent from my BlackBerry® wireless device