About Me

Wednesday, December 28, 2011

Delayed Posting

Lusa I will return to London through Gatwick. Wah....sangat suka. Suka bab pulangin Londong aje, bukannya airport Gatwick ittew (yang juga adalah airport Air Asiyyal sekarang)

Masa I blah tu hari, ternampaklah dek mata I ni stewardess stewardess AA tu. Mereka itu adalah shantekk dari pramulori MAS, juga jauh lebih muda. I tak pernah lagi guna AA for International flights, setakat gi Lgk, setakat gi Kch...adalah. Tapi trip-trip itu telah membuatkan I menjadi pesuruhjaya sumpah. Lepas dari case I didelaykan dengan riangria oleh AA selama 4jam tanpa notis, I rasa..okaylah...I should stick my allegiance to MAS. Walaupun MAS mahal (unless you booked your flight years earlier or you bersedarakan employee mereka) tapi tidaklah dia nak membuatkan passengernya terkapai-kapai gituh.

Many-many years ago....(hiks) kerjaya pramulori adalah sangat-sangat glamour. Bila kita kena pick up dalam van yang mempunyai gegaran sekuat 8 scala richter tu, nescaya kenderaan kiri kanan akan memandang kearah kita dan kita (kalau sensorang la) hanya mampu menengok mereka dengan ekor mata aje.

Kerja2 didalam kapal juga adalah lebih teruk berbanding sekarang...tu belum lagi disupervise oleh LS yang baru lepas keluar jail, garangnya.

Sekarang?! Baik MAS, AA or any leading Airlines (British Airways adalah dikecualikan) punya pramulori semua serupa budak lepasan sekolah yang hanya mementingkan ketahanan mental foundation mereka. Communication skill toksah sebut lah eh? Alih2 mesti depa tu cakap dalam hati..kalau nak service bagosss naik lah 1st class. Wahh..gitu ye attitude?


So, why exactly they choose to do the job? Orang dulu2 mesti kata..ohhh saya berjiwa kembara (ayat Ferri Anugerah Makmur ni tawww)...kembara la sangat kan, bila sesampai je kat airport ko rasa nak pengsan tido kat situ gak. Selain dari berjiwa kembara...(dan berjiwa clubbing, sebabnya kita boleh masuk mana-mana nightclub free dengan ID kita tu) kita juga kenalah berjiwa suka kat orang, ye hadek-hadek? Ye lah..dah nama pun pramulori menolak trolley...apa kes nak menyombong dengan pax? Habis, adalah kita perlu memintak kacang masin extra dengan abang pilot nunnnn di cockpit ittew?


Kerja pramulori ni macam kerja di spital dan dihotel laaa,kira nya. Kerja dengan orang. Sebab adanya kita la orang itu senang nak mintak apa2. Tapi kalau kita pun set-set malas nak layan orang, apa kes kau mintak kerja customer service tu? Bukan ke baik kau mencuci periuk mangkok aje?

So kepada hadek2 AA dan MS yang malas nak pandang PAX dan bermuka asam kelubi, sekiranya anda tak suka nak melayan or tak reti nak berbudi bahasa dengan PAX, silalah resign dengan serta merta, okay? Takde sesiapa yang paksa you pi kerja.


(I memang ada delayed syndrome sikit...marah kat AA bulan 2 tu hari...hari ni baru buat posting)

1 comment:

aking said...

hahahah kannnnnnnnn? tu la lenkali naik alqatariyah, ko berani nak buat kekwat?muka ketat je masuk form ok! tu yang kdg2 sanggul macam roti bom penyek!! haahaha

ex-stewardess muahaha