About Me

Saturday, December 11, 2010

Note To Self

This is a note to myself. So harapan nya, janganlah ada orang ingat I pi tulis pasal dia pulak. Seingat I, ada jugak 2,3 puak yang terasa tulisan I mengata dia and merasa yang I buat entry tu khusus nak cakap pasal dia.

Dulu masa ada kes gaduh-gaduh puak UK and UAE, ada jugak I buat entry nak tegur si puak UK tu. But nak tegur in general saja...sebab ketidakpuasan hati orang UK dan UAE tu merebak-rebak sampai I yang takde masa nak jumpa orang ni pun macam terbabit sama. Ye lah...orang UK itu orang terpelajar dan to me, tidak menggunakan kepandaiannya dengan betul dan hasilnya, dia tu nampak macam orang jahat dan bodoh padahal yang sah-sah bodohnya orang lain. But having said all this, kalau kita bodoh, kita belajarlah dan betulkan lah kesilapan kita. I pun terasa bodoh juga melibatkan diri...dan pengajarannya, lepas pada tu...I memang berhati-hati betul nak terima salam-salam ukhuwah dari sesiapa. Takpelahhh..tak ramai kawan pun, tak mati kann, Kiah?

I ni bukannya pandai nak berkawan. Nak keep in touch in regular hours pun susah. But good friends are in my thoughts. I ni ada jugak perangai yang potentially orang tak akan suka...so untuk mengelakkan kejadian tarik-tarik rambut dibelakang hari, kalau I rasa you ada potensi untuk bagi I masalah, I akan membuat tembok disekeliling I untuk you. I am not a good judge of character so process nak kenal adalah mengambil masa juga. Ada orang I jumpa sekali terus I suka. Terus boleh kawan and terus boleh ngam gitu.

Sometimes, how we write and speak, represent our character. I don't know how some of you make of me, after reading me and after meeting me. I'm sure some of you rasa Makji who write this and Makji who you picked up from tepi jalan is two different person.

Ada orang yang I baca blog dia and rasa macam tak boleh nak serasi. Bila jumpa...pun rasa serupa juga. General observation pulak, nampak gaya dia macam set-set yang tak boleh nak bawak diri. Maybe dia boleh ngam dengan orang lain lah...and bukan dengan I. I ni bangsa tak boleh nak gel dengan set-set Diva Tak Jadi ni.

My tongue can be sharp as an arrow but that will depend on how people want to take it. Nak kata dah lama hidup dan makan garam tidak juga. Some of you traced me in FB and was declined. Ada yang graceful cakap...ye lah, you faham kenapa I sedikit berat hati. Ada pulak yang menjawab macam lahanat...like..okay lah, its your choice. Wehh...memanglah I punya choice. You lupa ke siapa request friend siapa? Ni namanya, nak nampak cool tapi tersirat sakit hatinya di reject.

I like to go on about terimalah kekurangan and kelebihan orang. Ni lah kekurangan I...social skill paras beku. But it helps kalau you pun jalan jejak tanah. Macam hari ni tadi kat office, I tegur budak IT tu. Dia ni nak come across friendly la...tapi bila I call mintak tolong resetkan password email, dia telah berlagak diva dengan bercakap dgn I menggunakan jargon-jargon IT yang aku sepatah haram pun tak paham. Then I cakap...sorrylah I takleh nak explain kat you apa yang silap mengikut bahasa you and I cakap, tak apa kalau you rasa susah sangat nak paham I, biarlah I pakai email manual yang slow cam siput tu. I cakap dengan dia, I malas nak panjang2 kan masalah ni pasal I rasa you dah memperlekehkan masalah I. Terus I letak phone. Pastu Boss dia call I, tanya..apa masalah you Makji? I pun explain lagi...terang2 I cakap, kalau lah I tahu apa masalahnya email account I, you rasa I akan call menyusahkan you ke? I cakap dengan Boss IT tu, you kena ingat, you all tu kerja helpdesk..maknanya you all kenalah tolong orang tak pandai macam I ni. Orang yang memintak tolong selalunya ada anxiety mereka sendiri so the Diva and macam pandai attitude will not help kan???

Ohh..I sure don't know where this is heading. Hari ini adalah hari bengang sedunia.

5 comments:

pulut coco said...

i dama foloow n baca tulisan makji ni.mmg boleh ngam.paling i suke baca masa u sembur bisnesman dari malaysia yg sarcastic dgn u tu,n bawak u n ur frenz makan dkt msia hall jerr.borak biz juta2.

i suka maybe becoz cara u menjawab dgn pantas n tangkas bila org sarcastic dgn u.bravo mak aji..

Yati Harvey said...

I hear you. I dulu2 terima org nak kawan tak kira haribulan....tapi lepas masuk sekor dua ekor monyet
opportunist semata2, I pun buat great wall....nak hidup, kan?

Manal said...

dan I telah marah orang Citibank. Hahh tu dia, mari la bengang ramai2...

Dibiee said...

i agreed with u bilamana orang IT explain "x paham sepatah haram pun" .. & what we ask is to help us on the problem, x yah la explain bagai dgn lagak diva.. (i have been there & hate it)

cik said...

cakap pasal org sentap bila friend request kena reject ni..i teringat la satu hamba allah ni..lelaki la..sibuk nak add jadi fren..bila i tak approved..
dia anto message " ko ingat ko cun sangat!"
i reply..hahahahahaha

padan muka dia :D