About Me

Tuesday, October 16, 2007

Raya Update (Jalan- Jalan Di KL)

Demi memenuhi hajat kengkawan dan juga hasrat diri sendiri, maka Makji Esah dengan semangat kereta waja nya (pehal nama kereta Waja ye?) turun ke KL hari ni. Hajat dihati macam nak naik RapidKL but memandangkan segerombolan lagi orang nak ngikut, maka I dengan MB pun kenalah naik kereta. Berbekalkan memory ingat-ingat lupa jalan-jalan kat KL,maka we all pun drive lah dari Subang Jaya ke KL. Nasib baik tak tersesat sampai Sungai Buloh ke hapa ke, kiranya, pandai jugaklah aku ni jadi sattelite navigator.

Destinasi pertama ialah KWSP di Jalan Timur/Barat (?) Apahal gi KWSP kan? Hehehe...adalah plan nya.I was told that any Malaysian with intention to migrate, boleh withdraw semua duit KWSP. It was so canggih that I can get my statement printed through the kiosk, takyah amik nombor beratur bagai.Banyak duit ku tau, Hjh Leemah. Kau ado duit EPF? Ado? Well, sebenarnya, disamping balik raya, we all pun ada plan-plan tersembunyi sikit. I went and ask this kakak tudung that insist on skeaping English walaupun I bercakap melayu dengan dia, ala-ala Noraini Jane. The kakak KWSP tudung said, I can withdraw all if I want to migrate but with condition, I kena surrender my Mykad. Haiyooo....mula-mula ingat nak go ahead aje, but bila pikir-pikir balik, kalau surrender Mykad, nanti passport mati, nak renew cemana kan? But still, I’m allowed to withdraw money from account 2 yang sebanyak taik hidung tu.Hmmmm.....kena bermesyuarah ni.

Second destination ialah Ampang Park. Ini adalah atas arahan my friend si Tyra Banks tu (bukan nama sebenar) yang mintak dibelikan Office Window Vista versi lanun. Pehal Cik Tyra Banks kita yang dah kayo tapi masih nak pakai software lanun ni, taklah Makji Esah tau. I pulak macam orang bangang gi approach all the VCD seller tanya ‘Ey, lu ada jual XXXX pirate punya ka?’. After few people ku tanya and tak berjaya, I asked MB yang sungguh bagus PR nya tu gi cari pulak. Berbekalkan direction yang dibagi oleh sorang amoi jual VCD haram ni, dapat lah kami cari kedai computer ni. I went in and asked if they sell that software and this guy dengan confidentnya tanya kat we all, you nak yang original ke yang copy punya. Waduhhh....I pun jawab lah, ‘wouldn’t I be in trouble if I asked for the counterfeit copy?’ (sesambil buat-buat muka innocent) That guy dengan gentleman nya cakaplah ‘I don’t condone the piracy but I can show you the place where you can get the pirate software’. Cehhh....maka selepas itu, masuklah kami ke kedai apek ni yang dipenuhi segala software-moftware haram ittew. Hah..pueh ati kau, Tyra Banks?

Bila dah lapar, we all teragaklah nak makan kat Burit Ombak....ish..Bora Ombak. I remember coming here 2 years ago but MB’s sisters teringin nak pergi and since we all dah ada kat Jalan Ampang yang gampang tu, maka kami pun teruslah pergi ketempat yang kononnya dipenuhi oleh celebrity tu (ada ka Sila Majit makan mee kolok di sia?) Ptuihhh.....tutup pulak tu. We returned back to Ampang Park and makan kat this very small cafe yang jual Chee Chong Fun yang sedap tu. (But in the end, sampai la jugak hajat kakak-kakak MB nak makan di Bora Ombak yang banyak nyamuk tu. We went there for dinner)

At this point, I can no longer be in a car. Driving in KL nowadays is worst than driving in Central London, in fact, Central London is far more better with no mat-mat motor yang tah dari mana datang tetiba main muncul aje pastu, menyelit-nyelit dengan sesuka ati atuk dia. We travelled to KL Sentral and Central market via the PUTRA and alhamdulillah, segala barang yang dikirim oleh kengkawan yang kegersangan kuih raya dah dibeli. So Tyra Banks and Nuri (nama sebenar) kuih-kuih kiriman you all dah ku borong. Tyra Banks, kitak sik mauk kuih batang buruk ke?

Knowing me, I can’t help to noticed segala benda-benda yang tak berkenan dihati and dibulan yang mulia ni masih jugak nak mengutuk. I observed a few occurence yang tak perlu and how I wish, after all these years things will change.Many things has changed, too many, from roads to buildings. Malaysians are capable in altering plenty things, and if only they can alter themselves (their mentality) to a better.

a) I was at KL Sentral MAS office to book my seat back home (tak nak lah kena himpit dengan orang-orang jakun lagi kan?) while we were served politely by a nice lady called Vijaya (promote, jgn tak promote) ada pulak Pakcik Pek ni, terjerit-jerit kat counter sebelah. Well, if I’m in his shoes, haruslah nak marah-marah kalau dapat false info over the phone. MAS are very good at misleading people over the phone tau? But for him to abuse that poor counter girl sungguhlah tak perlu. His attitude reminds me of my inflight incident where I was verbally abused by some jahanam yang tak sedar diri. Marah satu cerita, kena menegking-nengking ke? Speaking of which, why are we Malaysian still tolerate this kind of behaviour? No one should be abuse in their workplace, and that Pakcik Pek, should be removed rather than be allowed to air his grievances macam orang jual ubat kat dalam MAS office tu. Cubalah buat macam tu kat Council office ke, Royal Mail ke, haruslah kau kena remove dengan security kan?

b) PUTRA under/overground. Sungguhlah canggihnya and thanks, for the airconditioning. Tapi, kenapa orang dalam tak dibagi keluar dulu hah? Kenapa semuanya nak masuk train macam anak-anak kambing Mary? Lagi satu, bila orang nak keluar, yang berdiri-berdiri tu patut make way lah kan, nak bagi orang-orang senang keluar. Ni tak, terpacak macam Shah Rukh Khan tak jadi.MB was almost terperangkap dalam train because she can’t come out on time.Ikut ati nak aje I jerit kat Shah Rukh Khan tak jadi tu, ‘Weiii...PODAHHHH’. By the way, is the word PODAHHH means ‘lalu sikit/tepi sikit’ in tamil? Tak pun ‘Gi mampus kau’ boleh ke?

Well, akhirnya, selepas puas mengembara KL (never again with car, ptuihhh) we safely arrived Subang Jaya at 8pm. Masa ni lah nak mengacau bini-bini orang. Bini orang nombor satu, bila ditelefon, tengah tengok ‘Desperate Housewife’. Ish..so telling kan? Puas ku goda ajak jumpa, takut laki katanya, nak gi raya rumah in laws. Ciss...tapi hati meronta nak berkhalwat dengan I kan?

Bini orang nombor 2, well tengah tidur dek demam kata laki nya. It was after a while that I realised that I tak acknowledge pun laki dia masa ku telephone. Kurang ajar betul. But I did call back and berborak lah aku dengan laki orang tu (yang suara desperate cam nak berak bunyi nya)

Ni nak tanya, apasal hari-hari ada cerita hantu kat TV la ni? Hantu Pokok Pisang la, Hantu Jeruk Perut la, Pontianak Sundal la....and pastu, budak-budak Academy Fantasia tu tak sudah-sudah ke nak buat concert? Bosannnnnnn tau.

1 comment:

Anonymous said...

Yeayyy!! Makji thanks ever so much! Haros la ada "org ittew" melompat kegembiraan sbb dpt MS Office Vista versi Lanun nye ittew kan? Thank for the kuih muih, kek seghawak ada sik? (matila bertanya beratus kali! hahahaa) Biskut batang buruk takyah la uols. Mak tak makan. MakLEEmah makan kot?? Matila LEMANG!!!

Chee Chong Fun!!! How I miss that lovely food!! Taknak ingat2 dah makanan kat Mesia tuh nnt mak tetiba rasa kebuluran!! Oklah uols its time for the judges to deliberate!! Volley?? Hehehe...