About Me

Friday, February 14, 2014

Mari Merotan Anak....Diluar Sweden

I am not sure...what posting I should do first.

Like any other penyeboks Malaya, I am religiously following that Sweden case. Well, this is a subject closer to me, ye lah..suatu ketika dulu kan kerja I menyiasat cerita-cerita cenggini, masuk court, bagi keterangan..carikan foster parents etc. So, I paham sangat lah apa yang jadi kat bebudak tu.

Then of course, I nak bagi pendapat sikit pasal Ariana Rose bukan nama sebenar tu. Ye lah...orang dah kahwin ni banyak nya issue dalaman yang mereka lebih suka cerita kat orang and not to the person they are having the masalah with. Nak jumpa counsellor, isk, kalau tak telur dah golek dihujung tanduk takkan mahu nya. Wife think husband like this, this and this. And husband pulak...most times...takdak opinion. Semacam mana you tengok machine defibrillator yang flat bila takde activity dalam jantung etc, camtulah kebanyakan nya puak-puak jantan setelah kahwin bertahun-tahun ni.

Which issue is better eh?

Okaylah..I akan simpan opinion I untuk lain entry. So meh kita cakap cakap couple kat Sweden yang kena tuduh dera anak oleh..anak mereka sendiri tu. Media Malaya ni, mmg la sangat tak sensitive kan...well, in the name of etika lah konon nya, bukan you hear about journalist yang mempertahankan tindakan nya interview bini askar baru mati..err, apa perasaan akak ketika ini??? Nasib baik la akak tu set-set redho kan? Kalau dapat akak yang ada saka rimau and masa tgh interview tu pulak rimau nya tengah naik, haruslah journalist tu akan dicakar.

Thing is...our media publishes every details of the court case. Knowing that sipenuduh yang dah duduk kat sini akan dapat access to cerita-cerita tu. And pulak tu kita ramai ahli psychology terlatih dalam pesbuk dan juga juri-juri pilihan yang sungguh tak filter komen yang bunyi macam bangsat. There should be rule for internet...that is, Internet is not for the Idiot.

Cuba kalau kita yang kena interview kalau lepas kena lempang dgn laki...tak ke ko rasa laki kau tu manusia yang paling laknat dalam muka bumi ni?

Tapi, bab duit dia yang ko sapu beli henbeg, beli itu, beli ini..lupa lah pulak kan kebaikan orang tu.

Then of course, para cendekiawan Islam pesbuk akan kata..ohh this is an insult tu Islam. Apakah? Orang tu kena reman sebab rotan anak nya tak sembahyang, si pereman itu dikatakan tak hormat Islam ye?

Dah. Takde nya pasal orang Negara tu tak respek Islam. Dah memang Negara tu undang2 nya kekanak takleh kena jentik, ko terima je lah ye. Dan, tak payahlah beramai-ramai nak kutuk undang2 Negara tu. Tengok lah Negara kita yang terchenta ni dulu. Kalau orang OKU pun yang dah sah sah tak berduit masih lagi nak dipaksa bayar duit ubat, undang-undang Negara kominih apakah ini, kan?

Diri ni terpanggil jugalah nak memberikan kata-kata especially ternampak geng-geng cerdik pandai kat FB tu yang buat assumption memacam. Weih...syukurilah nikmat kalau anak2 uols tu nak mendengar kata nak ikut sembahyang segala. Ye?

Budak yang nak disuruh sembahyang tu dah 12 umurnya. Pada jaman sekarang ni, umur 12 tahun pun budak fomfuens nya dah boleh pi kawin (sebab dah terlanjur ye..bukan macam jaman nenek moyang kita dedolu) Memang umur melawan lah sangat kannn?

Muka dia pun muka mintak dipelangkung (oops)

Pastu, habis segala details sejarah rotan-merotan membawa bahagia yang dia pi cerita kat pegawai penyiasat tu...maka, children activists yang emo terlebih pulak...kata mereka, abuse (rotan) is a NO NO.

One extreme to the other. Satu parents zap zap...satu parents lagi..ohh takleh rotan...gunakanlah kelembutan softlan gitu.

Kita pun taktau lah apa jadik dalam household tu. Betapa strict mak pak nya. Ada pulak kengkawan family yang tampil nak back up kata..ohh family tu bebaik orang nya.

Pastu, mana yang sworn musuh ketat yang memang menunggu air keruh available untuk terjun mandi, pi lah pulak buat cerita betapa buruk nya perangai makpak bebudak tu. Hangsuah betul neighbour camtu kannn?

Kesimpulannya....I am sure parents themselves nowadays are struggling with kids. Mana nak jaga akhlak anak, akhlak sendiri depan anak2. Like, cemana nak didik anak jadik rajin mandi kalau mak pak nya sendiri allegic dgn air?

Kepada yang sokmo nak merotannnnn anak je kerja nya...I am sure, before aksi penyakitan badan anak-anak berlaku, ada lagi proses berlembut yang boleh kita try dulu. Dan kalau nak rotan sangat pun, pepandailah ambik balik hati anak tu....

Macam aruah Appa I dulu...especially kalau dia terpaksa merotan seisi keluarga sebab bising time orang sembahyang, dan kau sebagai anak yang pendiam tak kacau orang terkena jugak tempias nya, lepas-lepas angina dah reda tu, aruah Appa akan bawak sekawan anak-anak kambing bising ni naik kereta pi pecan PD dan dibelikannya Chikedis sambil mendengar bimbingan agama darinya otw balik rumah tu..lain kali orang sembayang etc etc.. waktu mahgrib etc etc...Abah rotan pasal etc etc...

Secara harmoni dan happy sambil makan Chikedis....ya lahhh Abahhhh. Tak buat lagi Abahhhh.

Tuesday, February 11, 2014

Things People Do For Chenta...

Sure topic ni akan banyak bahagian. Sebab nak list kan menda-menda yang orang sanggup buat sebab chenta, berkoyan-koyan banyak nya.

But I must tell you cerita chenta setan Ariana Rose bukan nama sebenar ekcherli has opened few can of worms. Well, we are talking about worms yang dulu tak nak terbit dari can nya...yakni, bebudak jantan yang dulu tak nampak langsung ataupu tahu akan kewujudan kita..tetiba setelah kita dah cantek macam Syatilla Melvin pujaan Mak Piah, tetiba pulang cacing-cacing dalam tin ini kepanasan nak keluar tin. Babi.

This girl I know at school....syiok dekat satu jejaka ni. Jejaka ni hemsem laaa...dan kami-kami ni dok dekat dgn dia. This girl, si Nabila Huda (mode bawa watak jururawat desa yang kurang mekap) yang I tahu, adalah menaruh hati pada si jantan ni.

But jantan ni ekcherli suka kat orang lain. Hari-hari dia cakap kat kitorang betapa dia syiok kat pompuan geng Kuda tu. You know how men like tu merindukan pulan dilangit sana padahal kita kucing depan mata ni dia taknak pandang langsung.

I know Nabila Huda syiok kat jantan ni. Tanpa dia sedari..nama jantan ni selalu terlepas dari bibir nya...time nak basuh kain, time nak jemur kain..time nak pi pekan. Kalau pi pekan Kangaq tu, nampak je apa beju-baju tergantung kat kedai..you know in the golden days..kedai baju jual baju sangkut kat awnin dalam kedai gitu. So Nabila Huda dgn spontaneous nya akan berkata-kata...ehh, macam T Shirt jantan tu kan, kan, kan?

Kalau satu dua atau lapan kali...it will not la berbau ikan. But kalau 758 kali sehari? Sah sah ko rasa hidup sebelah pasar.

Oleh kerana chenta nya yang mendalam kat jantan ni, she offered herself to jadik posnita kepada jantan ni. As things progress mmg melekat la jantan tu dgn makwe idaman nya atas bantuan Nabila Huda ni.

But I know now that..Nabila Huda buat cenggitu because that is the only way she can get thattt close to that jantan.

I know she menyimpan hati....bila couple tu ada crisis dialah yang tolong selesaikan...agaknya dalam hati membuak-buak rasa...cepatlah clash senang aku nak masuk jarum. But...she got pride.

Nabila Huda and me together went to that Scouse Uni. Bila dia dah ada pakwe baru...tetiba jantan muncul kembali dalam hidups nya. And guess what lah kannnn...

Bila Nabila Huda dah mengubati luka dihati dek centa tak berbalas dan juga getting over her stupidity yang betapa vodoh nya dia dulu buat kerja-kerja amal menolong couple yang takde hasil tu, tetiba jantan ni meluahkan rasa hati.

Ye lah..masa kat Liver Fool sana Nabila Huda kan dah membawak watak ala-ala gadis kota, so adalah ghopa sikit.

I cakap dgn Nabila Huda, you should have told him before...but I also know that at that time, kita fomfuens ni kira jatuh lah standard pi cakap kat jantan yang kita suka kat dia. Pulak tu jantan tu dah hari-hari cakap kat you akan kejelitaan pompuan lain, macam ta sensitips langsung lah dgn perasaan kita wanita ni yang tak suka dengar benda camtu (sebab secara automatic nya akan rasa yang kita ni tak lawa sebab tak nak pun orang tu puji)

Gigih jugak jantan tu menagih chenta Nabila Huda. Tapi atas sebab tak nak lagi jatuh ke lubuk kekecewaan walaupun kecewa tu buatan sendiri, Nabila Huda tak layan la dan stick dgn pakwe baru nya.

Moral dari cerita ini....worms should not be let out. Period.

Wednesday, February 05, 2014

There’s Always Hope. But Beware Of False Security

Ariana Rose bukan nama sebenar yang telah berkekwat tak hengat dengan I dengan tak malunya..telah memprivate message I.

This Ariana Rose, seburuk mana pun perangainya sekarang yakni nak mengebas laki orang atas alasan..terjatuh chenta dan inilah ketentuan (muntah..bunuh..muntah!!!)  adalah seorang yang sangat terpelajar dan adalah certain standard yang nak dijaga nya...maksud I tu...she is not the typical pompuan meghoyan who will shut the world against her just because...the world is against her..gituh. Paham tak? I am struggling too..believe me.

Agaknya dia sedar akan ke defensive an yang tak bertempat nya pada I yang tak tau apa-apa ini (penipooo la sangat..padahal gigih ni I dgn Miley Cyrus ngumpats dia) so, dia mintak mahap la atas kekasaran bahasa nya...katanya. Ke, dia sedar diri lepas I telah menyamakan dirinya dengan roundup?   

Ariana Rose cakap lah..thanks for my concern and she  know it's hard to know what to say. Equally, there's not much she can say in response to that...well her predicament now. But katanya my thoughts and well wishes are appreciated. 
 
I thought it be just that lah kannn. Tak...selepas I jawab, okay lah..takpe...I pun tak suka jugak orang amik tahu hal I (referring to her case lah kann) maka, Ariana Rose pun volunteer lah information dengan banyak nya...
 
Well, she has to say something lah kan to ease her guilty conscience. I taktau lah if she feels guilty ke tak..(pepandai je agak) but memang lumrah lah pada sesiapa yang mengalami episode chenta terhalang, memang akan ada banyak idea for excuses.
 
Ghope nya...Ariana Rose tahu cerita I dengan siamang....well, the time when siamang tidak available nak dijadikan boipren. So, dia cakaplah..you must know how it feels, to fell in love and when nothing is favourable. Ehhh aii...
 
I pulak yang defensive bila dia cakap camtu. I cakap la...apa pulak sama nya predicament you dgn I. Memanglah time tu I single dan Siamang tak officially available...dan walaupun masa tu bininya siamang tengah gigih nak memenangi hati lakinya. I cakap..cerita kita lain lah...
 
You got husband. Tak tahulah apa cerita hidup you but you got husband. Tetiba jumpa MBP yang cam cilanat pulak pi luahkan rasa chenta (well, why now?)
 
Plus...MBP cakap pasal crush masa sekolah. Masa hingus tak berapa nak kering tu dan testosterones baru nak membiak, bukankah mereka bias jatuh chenta kepada sesiapa saja...termasuklah kat si Nelly jahat Little House On The Prairies tu?
 
He obviously got over his crush lah kan..and married the wife now...so, apa perlunya ini semua?
 
Maka Ariana Rose telah mengatakan yang...both of them was at the right place at the right time..dan kununnya dia takdelah nak meruntuhkan romahtangga MBP tu....by kesanggupan nya nak jadik bini no.2...kira okay lah tu.
 
Fookeyyy sangat.
 
Ariana Rose pun share lah sesikit akan janji-janji chenta yang mereka buat bersama...and how MBP takkan mempersiakan bini pertama nya. And that...endorsed it for Ariana Rose yang MBP adalah jantan mulia gitu. Hek elehhhhh mangkuk!
 
Ariana Rose made no mention langsung pasal lakinya...so I cakap lah...you buat la apa you nak buat and I ni bukannlah nak convince you to do otherwise (sempat nipu ni)
 
Ariana Rose kata...taklah...she just want me to tell Miley Cyrus yang not everything is bad. Things happened katanya..like, falling out of love dgn husband and bertemu jodoh dgn orang baru. I cakap ..true. Not bad...but you must understand what Miley Cyrus is thinking...to come out of marriage to pursue this crush tease, is madness. You dah ada family and orang tu dah ada family.
 
Ariana Rose kata...if this things happened 5 years ago pun, probably the end result is still the same. Maybe jodohnya dgn laki nya dah nak habis. Takdir tuhan..bla bla..bla.
 
I pun cakap..okay. Lantas Ariana Rose tanya balik..well, just okay? Okaylah kata I..I nak cakap apa lagi kann...bukannya I tahu pasal hidup dia pun.
 
Ariana Rose pandai pulak nak bermadah helah...katanya..we must live in hope. Doakan lah yang terbaik untuk nya...(aku kah yang kau nak suruh berdoa tu?)
 
Okay...but beware lah of false security ye...sekarang Nampak lah hijau mewangi gitu...besok2?
 
Chenta really make you ngok....kan?
 
 
 
 

Monday, February 03, 2014

Iklan Anak-Anak

Tell me parents...if you starts to flood your social media timeline dgn cerita-cerita bergambar anak-anak you...



i) Adakah you sangat bangga dgn kejayaan anak you yang cinonit tu pandai menyiram bunga? If yes, why? Adakah anak itu sebelum ini mengalami masalah phobia water can tak pun phobia bunga?



ii) Slip result peksa anak you...yang dienlarge cam nak rak kot-kot lah ada palitan tahik hidungs sure akan nampak. Kenapa? Anak you tu memang koma dari darjah satu sampai tingkatan 3..pastu you lah orangnya dok mengajar dia secara telepathy...tup-tup dia sedar, terus gi amik periksa dan dapat result bagus.



Well..to tell you the few.



Let's travel back to time when takde tenets or whatsoever soSIAL media ni. The only time orang iklan kan anak depa is when you visit them. You can either hear good or bad one. When I was little, my parents seems to be in the competition yang anak sapa lagi jahat. One of my auntie came moaning about her son go gunting their maid bajus...only for my mother to top it with my brother use ubat nyamuk to cucuh sofa rumah. Which is more sadist you think?



Some advertisements sangatlah over sampai terpikir la pulak, ko obsess dgn anak kau ke apa? Bak kata kawan I, bersangka baik lah...sebab orang tu agaknya dah takleh beranak so, tu je lah sorang anak nya. Kalau tak  anak sendiri, tak kan nak puji anak Ayappan lak kan?



I think usually, people don't take it too kindly bila kita puji anak melangit ketujuh ni. Alaa...puji sesikit okay lah...but you know lah what I mean kan...anak dara kau buat cupcake ko punya kompang satu taman pesbuk tu, padahal anak orang lain yang belum boleh bercakap pun dah belajar buat cupcake kat nursery.



Do we consciously do that so that viewers would reflect kejayaan anak tu kepada you kah? Like, if you anak is so pengemas, ini menunjukkan yang you itu adalah omak yang effective gitu?

Then you see how some mother psychoanalyse anak nya....buat running commentary yang anak dia camni lah..cam tu lah...of course lah kann..menggunakan credential nya sebagai omak yang hadap anaknya banyak jam jugak, so dia tahu lah kiranya emosi anak dia cemana.


Anak to some...well maybe all parents, is an achievements. When the kid turned out okay, and of course la makpak dah berhompeh puleh, we can't help to feel proud. Dedulu, this was done in our own privacy. Nak cerita lebih2 kat orang takut orang kata kita riak dan juga manalah tahu ada pulak mulut lahabau yang akan doakan anak kita terpeleot.


But now, anak kita buat apa2 pun hatta membasuh pinggan, kita musti amik gambar dan upload, dengan caption2...ohh rajin nya anak ku. Kalau budak tu ngikut apaknya sembahyang, keluarlah caption..semoga anak ku menjadi anak yang solehhhh.


Iklan-iklan bermakna..macama anak masuk Uni ke, okay lah lagi....but kala anak you baru berjaya masak sayur taugeh when she is supposed to , well according to her age lah kann..masal lauk ayam masak merah, tu pun mau tunjuk kat orang ka?


On another hand, kekanak sekarang mmg jadik mangsa exploitasi makpak. Tah dia rela ke tak gambor dia jemur baju di upload dek omak apak nya. Tu belum lagi kekanak yang di exploit dari time existence dia hanyalah pada gegaris biru kat pregnancy test omak nya.


Pastu..gambo ultrasound nya yang di share tanpa consent.


Pastu.. gambo dia muka merah2 baru kena teran dek omak nya...


Tapi kan...sebagai mak kepada kekucings...yang juga selalu menjadi bahan dalam pesbuk dan IG, I pun telah men subject kan anak2 kucing tu sebagai mangsa iklan tak berhemah...malah, I umpat lagi kucings2 tu dalam pesbuk.


Sungguh rendah moral I...hiks.

Friday, January 31, 2014

Pukul Anak Dan Tak Sindir Siapa-Siapa

Wah you all...gigih kan I mem published post-post pekasams I?

Kerja tanpa pressure ni adalah amat mudah sekali. Makna nya...production I akan active bak baru lepas makan senokot kalau takde orang pester-pester suruh update gituh.

Ada kawan I datang melawat I bebaru ni...ye lah..nak hantar besday prezen katanya. Terharu I. Persoalan yang suka ditanya oleh orang kat I ialah..you tak keluar ke? Ye lah...kerja I kan macam dok rumah dopopat jams gitu. Ada masa spare pun nak tido. Tapi tak gak tido...

Kami pun ber soseh lah tentang kengkawan yang dok lah meng iklankan aktiviti sosials mereka dalam pesbuk. Keluar dgn orang tu..keluar dgn orang ini dan menangisi nasib kami yang tak keluar-keluar rumah. But then I cakap dgn my fren...err, ekcherli, dalam pada I jeles tengok orang keluar-keluar, I sendiri tak bermotivasi nak keluar. Ai...camna tu?

Samalah juga dgn mereka-mereka yang sokmo mengomplen yang dirinya tu tak ramai kawan...dan menjelesi kemeriahan kengkawan orang lain...(yakni, kawan orang lain ada seribu, kawan ko adalah 15 gitu..tu pun hit and miss sangat)

But, tetiba pulak you terbaca luahan rasa orang yang kata..things like semenjak dia menceburi bidang menggubah bunga or took up hobby membela ayam kampong, tetiba kengkawan nya yang banyak sebeban tu tetiba dah tinggal dua ke tiga ikat. Kita yang mendengar keluhannnya rasa, misti dia berkawan dgn set-set fairweathers yang hanya nak berkawan dgn dia time-time dia senang dan gumbira saja.

Celaka sungguh kawan yang cenggitu. Kan?

Kadang2 orang dgn tetibanya boleh hilang interest kat kita. Tetiba I tell you. Maybe kita pernahlah buat benda dia tak suka..dan maybe juga ada elemen orang lain bawak mulut pasal kita yang membuatkan kawan kita tu hilang minat kat kita lantas menjauhkan diri.

I pernah jugak lose interest dgn orang...ada tu yang sekali jumpa dah rasa menyampah sambil mengesali apasal la I nak jumpa you sangat. Nampak dalam pesbuk pun rasa menyampah...nak nak dia pulak bangsa yang...orang dah hint berlori-lori, tetap gak dia nak hurung kita macam semut.

Then kita pulak bertakdir kawan dgn orang yang...baik lah jugak yang boleh dibuat friends for life gituh..tapi banyak pulak lah issue dalaman nya dan membuat dia tu kejap ada dan kejap tak ada. Bila ajak jumpa manjang tak dapat dihubungi..tapi dgn orang lain...boleh pulak dia berjimba-jimba happy. So...secara terang nya..you bukanlah kawan pilihan, ye tak? Okay lah..tak pelah kannn.

There's also yang you kena lose off deliberately...well, kalau dah mengguriskan hati sangat, sampai satu family dia pun you tak nak jumpa.

Well, we have our own way to deal with our problems kan? Kadang2 orang rasa problem kita tu kecik, tak perlu lah nak drama-drama bagak..but only we can justify the drama. Sepuluh tahun besok reflect lah balik dan tengok lah if we made good decision ke tidak.

We made so many decisions in life...some decisions was deemed necessary and at that time was a good decision to make. Tak kisah lah apa benda nya. What prompted me to write this was...tadi ada orang tanya I..eh,uols tak nak ke berbaik dgn orang2 sekian-sekian?

I said no..sebab tak ada perlu nya. Selama I berkawan dgn orang tu pun, dia dgn terang-terangan nya menyakitkan hati, tidak merespek dan mengata I. But tahan sajalah kannn...but it takes that one last straw lah, so..tutup lah buku. Kalau jumpa..terjumpa yang tak boleh di elak, tegur lah. tapi nak cari dia..nak hulur tangan, tak apa lah.

So, terimalah ansihat lahanat ni. Tak semestinya kita ni kena berbaik-baik semula dgn semua orang yang kita dah tak geng tu. Ada sebab kita tak suka dia...walaupun sebab tu bodoh la ya amat. But maybe, itulah dia. Selagi kita takde rasa benci dan nak menyantau, kira okay lah tu kan?

Welcome February.

Thursday, January 30, 2014

Mari Ngumpat Aksi Pelakon Cerita Melayu

Hey uols..dah dah ngelap ailio (air liur in bahasa Sarawak) tengok Keith Foo.

Disebabkan kehilangan remote control UNIFI, TV I tu dah stuck ke channel 103...so mahu tak mahu terpaksa lah ngadap tah hapa jadah BANANANA and drama-drama melayu yang lain. Ramai betul drama melayu sekarang ni. Orang yang dulu jadik hero heroine now kalau tak jadi apak, jadi atuk.

Tapi ada gak lah casting bufuduhfuh yang tetap gak nak ambik pompuan yang muda rumaja sebagai watak mak-mak. Hek elehhh...message apa yang nak disampaikan tu?

a) mak dia kahwin abis darjah nam dan beranak ditahun depan nya?
b) mak dia makan segala mala product terlajak laris maka ter transform muka bak anak dara?
c) mak yang sama muda dgn anak tu sebenar nya adalah mak tiri.

Tapi, selain dari Jalaluddin Hassan yang dipertikaikan ada eleji dgn kain pelekat dan baju pagoda, I am sure korang pernah tengok aksi-aksi tak perlu tapi pelakon yang melakonnya terasa agak macho serta kena dgn script. Kita ni sebagai manusia yang hidup dialam nyata, adalah rimas menegok nya..rimas tau tak?


AKSI PAKAI BUKAK-PAKAI BUKAK

Uols perasan tak? Rimasss tak? Huishhhh...rasa nak pijak muka pelakon tu tetiba meluap-luap kann? Pelopor aksi ni kalau tak silap I ialah Norman Hakim. Tah hapa nama cerita wayang dia berlakon dan I tertengok. Seriously...unless kalau I mmg nak tengok, lain-lain cerita melayu adalah tertengok sebab dah ada kat dalam TV masa omak I tgk..dan sebagai anak mithali, idoklah sanggup I nak menukar channel mengenangkan TV tu adalah TV dia. Hiks. Norman Hakim ni rasa nya takdelah mengalami masalah penglihatan yang seriyus. Agaknya...dalam kehidupan peribadinya (masa tu) the only contact yang dia ada dgn spek mata ialah Rayban Hitam aje gamak nya. But, wataknya dalam wayang tu memerlukan dia menjadi jantan bermata empat. Wahhhhhh. Asal conflict aje, cabut spek. Asal stress aje cabut spek. Sebagai pemakai spek yang tegar..kita semua tahu yang spek kita tu hanya terpaksa dicabut bila lens nya kena dibersihkan, masa nak mandi and masa nak tido. Masa kita tgh diskus dgn mak pak ka..dgn laki ka..ataupun bergaduh secara seriyus dgn kengkawan...perlukah kita bukak pakai bukak pakai spek? Recently, drama yang ada Rita Rudaini jadik buta tu pun..jantan ber spek tu pun bila muka cembeng ja, bukak spek...gosok rambut tanda stress pun bukak spek. Gaduh dalam telipon pun bukak spek. KO KENAPA????? Please lah. I really hope adalah pelakon-pelakon drama yang baca blog ni dan mengambik iktibar yang aksi tambahan tak ferlu tu adalah mengundang rasa nak baling Molotov cocktails aje kat rumah dia.


AKSI OVER BILA SAKIT

Kena tumbuk sikit, berdarahnya macam boleh mati. Tu belum lagi batuk-batuk kokol yang keluar darah dari mulut macam Noorkumalasari beranak ikut mulut cerita Dukun Lintah (ke?) tu. Pastu tuan atau Puan dokter yang tukang bagitau diagnosis tu pulak...haiyoo...kat boipren orang tu pun dia boleh bagitau. Idok ke nak tanya..err mak pak you mana?  Come on laaa....you smart people in the industry..kata dah ada degree PHD segala...abis tu, tak ke reti buat research sakit sekian-sekian tu macam mana? Sakit jantung..over! Kalau pompuan mengandung yang nak terberanak...haiyo..macam nak terberanak kat situ gak cara dia menjerit nya. Dah la perut besau nya tak even sah sah mengandungkan bantal, kan?


MUMMY I, PAPA YOU...AND GRANDMA SHEILA

Uishh....ekcherli I dah perasan dialog-dialog ni dari zaman drama Kuasatek dulu (uols ingat kan? Alaa....cerita korporat memang diorang la yang borong kannn?) The thing is, life drama is suppose to reflect real-life stories. Dengan tak semena-mena I teringat kat Ahmad Idham mengeluarkan dialog yang mengundang bubur kacang ijau yang I makan lepas lunch tadi untuk keluar balik...katanya Ahmad Idham pada seorang pompuan ini...apa hubungan you dengan PAPA aiii. Gittew katanya. Bukan ke kalau kita cakap dgn orang..kita akan bahasakan parents kita...oii, mak aku panggil kau datang makan rumah. Bersungguh-sungguh betul mereka didalam drama itu nak menunjukkan kemodenan hierarchy keluarga mereka, kan?


MONOLOGUE YANG MELAMPAU

Our actors memang la tak semuanya pi belajar nak menjadi actor tersohor bak Kak Ogy & Erma Petimah, maka expression, enunciations and expressions ala-ala lanun Somalia saja. Malah, lanun Somalia juga bagus dalam membawa watak lanun dgn baik tanpa monologue yang lelebih. Kau boleh tekan perut sambil bermonologue ADUHHH, SAKIT NYA PERUT KIEWWW. Tu belum lagi kau duduk kat playground bebudak dan bermonologue selama satu babak. Makcik onggaji nampak orang kat luar pagar rumah pun ada dialog monologue jugak eh...OHH, SIAPAKAH ITTEW.  Buat air muka concern ataupun expressi tandanya tandatanya tak leh ke?  Kalau yang gangster tu pulak, bukan takat muka cam lahabau nak bunuh orang, boleh monologue lagi..AKU BUNUH KAU..AKU AKAN BUNUH ! Buang masa okayyy?!

Well, if you have more to add...go ahead. Sharing is caring gituh.

Saturday, January 25, 2014

Madu Dan Roundup

Madu is good. Many pengamal perubatan Islam be it yang hardcore mahupun yang berguru secara google akan suggest apa bentuk madu sekali pun.

Kalau batuk, makan sekian-sekian, campur lah madu.

Kalau sakit..makan sekian-sekian, campur lah madu.

Kalau umur dah tak berapa nak panjang, anak2 pun masih mememerlukan orang yang boleh kita percaya...maka cari lah madu...ehh..ni dah lain ni.

Bersempena dengan kempen jangan bagi Ariana Rose bukan nama sebenar menjadi madu kepada tah sesapa pompuan walhal dirinya itu masih lagi mempunyai laki yang sah...dan sebagai kawan yang telah diamanahkan memasukkan kata-kata sensible dalam pala hotak nya, I pun dgn nak tak nak...err why nak tak nak ye?

I dah lama tak jumpa Ariana Rose. We are not that close anyway after I pi UK. Ye lah..dah ada halatuju memasing kan. Disebabkan I tak tahu apa dalam pala hotak orang lain, I like to change I have changed so much that I cannot gel with my old frens anymore.

Pelik sungguh rasanya. Kawan I nan sorang ni puji anak dia melambung siap tunjuk slip result anak dia dalam pesbuk pun I menyampah. Tu belum lagi masuk kata-kata pujian sang emak pada anak daranya yang dah boleh buat cookies compang camping...padahal budak nursery kat UK sana tu dah buat cupcakes pun idok lah penuh timeline omak nya.

To just contact her and kacau hal peribody nya rasa macam intrusive sesangat. Kengkawan rapat Ariana Rose ni dah rasa nak jumpa makpak dukun aje...sebab mati-mati Ariana Rose nak ninggalkan lakinya serta anak-anak sebab nak jadi bini No.2.

I buatlah edisi siasat MBP via pesbuk. Wahhh....bininya shantekkk. Sorry to say, shantekkk lah dari Ariana Rose. Kengkawan I yang lain cakap camtu juga..malah mereka juga dah buat edisi siasat dan edisi MakcikWok tanya geng-geng jantan yang kenal dgn MBP ni. Haram bebudak jantan tu tak tahu menahu pasal MBP nak kahwin kali kedua dgn Ariana Rose.

Maka membuak-buak lah perasaan venci....kat MBP. Ye lah...serious kah dia dgn Ariana Rose?

Ariana Rose dah declare putus kawan dgn geng ketat dia, yang juga sumber berita ini..pasal tu makcik tu dah takleh nak menyebok sangat. I cakap dgn my fren ni..kalau dgn kau pun dia putus kawan, apatah lagi dgn aku yang dia jarang jumpa ni...kan?

Tu lah dia pompuan....bab-bab jantan, bab bab chenta daun pisang...hilang segala semangat girl power. Tapi ye lah..masing2 tengah emo...bila dah bedegis cenggitu, haruslah bergaduh kan?

But I know my fren..si pembawa berita berita ni is hurting. Ariana Rose ni kawan dia dari kecik. Pi sekolah rendah sama...rezeki dapat masuk sekolah asrama pun sama. Dah kahwin beranak pinak pun rumah dekat-dekat. She knows the husband well. To see Ariana Rose mancari penyakit, ala-ala peha kanan pun naik stim juga bila peha kiri kena raba..ops!

So I decided to masuk campur dgn menggunakan mukadimah yang lain yakni..kawan I yang pembawa berita ni. I cakap lah...Millie Cyrus ni risau pasal you. I know it is not my place to say anything sebab I taktau hujung pangkal cerita you. But, friendship is hard to come by...sure Millie Cyrus ada sebab kenapa dia tak suka apa you buat.

Oleh kerana Ariana Rose kan mabuk chenta...tak heranlah kalau dia defensive kannn?

Katanya..mmg I takde hak nak campur hal dia. (ptuihhhh) and dia siap kondem Millie Cyrus lagi dgn kata-kata, Millie Cyrus sebgai kawan, patut menjadi kawan dan memahami perasaan nya. (bangsattt sangat bunyi nya)

Panjang juga kata-kata defensive nya. I hanya mampu jawab...

Okay lah...I nak bagitahu apa I rasa saja. Tak kisahlah kalau you nak buat apa pun...nak jadi bini no berapa-berapa...or pompuan simpanan sekali pun (bleyyy?) Selamat bermadu lah...if ada jodoh you dgn MBP tu. Sometime in life, some people just set out to be a racun to others. In your case, to your kids, your husband and to MBP's wife...and their children too.

Dah. Tak mau campuq dahhhhh.


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, January 22, 2014

Wan Zaleha

I must say....this Wan Leha is a cat. She is not in any way...that beautiful woman on the telly men used to drool over.

I name one of the kittens Wan Zaleha, much to Kiah dismay..sebab katanya, kucing tu akan ngikut namesake nya. Wan Leha the cat, indeed kurus and sedikit backward. Kiah wanted me to rename her Adibah Noor. Ishh..kosser. Takpelah..kuruih kering pun takpelah.  But she has the most beautiful stripe compared to other tabby.

Wan Leha died on Tuesday morning. I found her in such a state on Sunday...a state where she look like she has stricken by stroke. Opf kos, my CAT 999 is Kiah. Kiah dgn rakus nya menggoogle segala VET berdekatan yang bukak dihari minggu.

I took comfort that I have given her a good life until the day they found her dead. She is now somewhere underneath UPM (kalau ikut janji UPM yang nak kebumi kan dia lah kann)

I cried since the day I found her sick. Really sick. Even the day after she died when Kiah called to checked on me (dia kata..tapi I tahu, Kiah tu sebenarnya nak check if I am fit enough to look after cats) I still cried.

Why? Wan Leha is only little, weak and considering I spent more time with her mother yang needy cam tah hapa-hapa...how can I be so sad?

I came back to KL....with an empty heart. I had wanted to forget everything about coming back but I have good friends who always believe and supported me.

The cats came just in time to keep me occupied..to devote my time to. With 7 of them, we entered the big house. The cats was the one who keep me company..day and night.

I am sad because, she didn't make it together with all of us...Asmah, Doc, Alfie, Lulu, Shanana and Andy. All them are very significant to me.

Wan Leha was such a good kitten..til the day she died. I held her like I held a baby...she wet herself on me several times but it didn't matter.

I took her to see Kiah, Little D and Baby X. I told Kiah...how dalam lemah2 si Wan Leha tu...she jumped off her bedungan on my lap to the rubber mat on that passenger seat...and peed. She don't want to be a nuisance and kotorkan kereta Opah nya.

She was so strong on her final day...I thought she is going to make it though her Xray report is saying otherwise.

I was horrible to a cat once many, many years ago. If I had to decide to put Wan Leha to sleep, I think I will have that decision hanging over and hound me forever.

But Wan Leha, like I say....is a very good cat. She went voluntarily.

I am sure, she is thankful to Opah who saves her and her family...

She is thankful to Mak Ngah Kimora yang rajin melayan...

And to Uncle Luke Skywalker..who took her in his car for her final journey.

I will remember Wan Leha....for as long as I can remember her :)

Bye bye sayang.....



Sunday, January 19, 2014

Update

Hmmm.....do people really value their 2nd chance?

Beginik ceritanya...I got invited to a makan makan do..errr, dah group melayu koroje lain takde so makannnnn aje lah kan. 

But since I dah kat KL...I pun ckp la dgn situkang invite tu yg...I takleh nak accept la. But I ckp dgn orang yg invite I tu...if I ada kat sana pun dan akan terlihatkan list who is going nya...maka tidak lah akan I pergi. 

My fren tanya...why? I cakap lah..so and so ada...and as I pernah nampak dan dengar dgn mata kepala sendiri betapa bini bini gengster nya dia...although not directly to me, I akan pikir dua tiga kali gak lah untuk dok semeja and bersosialan dgn dia. 

We often heard about one person who seems to be the igniter of all the arguments,  initiating catfight and regular confrontation.  Mana2 tempat musti ada that one person kannn....kalau dia tak kaki gaduh...dia kaki umpat. Besar betul reputation nya. 

Kadang2 komuniti Melayu luar negara ni kecik je..tapi sebab dek kecik lah maka bosan benar takde benda nak buat lantass. ..bergaduh lah sesama sendiri. 

Kadang2 tu perang punyalah lama sampai sebab apa gaduh pun taktau.

It can be uncomfortable to get caught in a crossfire.  Seriously...bila orang yang you kira agak rapat lah juga..tup tup dia gaduh dgn orang lain yang you kenal lah jugak but not that close gittew, tak banyak sikit..secara telepathy you akan di expect untuk mengambil side.

Okay lah...ekcherli nya nak cakap pasal 2nd chance. Si polan ni dah mempunyai reputasi gajah sebab suka gaduh dgn orang. Pastu tetiba...dia pun muncul di perkampungan baru. Secara automatic nya...eheheheh...kenalah tunjuk perangai baik kannn?

Tak pun...start ngata how the old 'gang'...macam laknat...

Secara psychology nya...the troublemaker selalunya akan sedar akan keterukan perangai nya...but lambat lagilah dia nak own up nya. Dia pun akan turn over a new leaf gittew..tapi takkan ada nya dia nak berubah didalam kampong tempat dia mempunyai reputasi tu.

Ada orang yang cenggini uols...that part of ego dia nak buang tapi kena berubah ditempat baru. Bukan takleh berubah ditempat lama...tempat lama kan penuh dengan kenangan pahit dan berapi dan mangsa kebakaran masih ada disana...so cemana berubah pun, orang tetap akan ingat.

But...kalau dah leopard....leopard jugak la kannn. Some will turn 360 degress and menjadi insan mulia. Some..bila dah terfamilar dan tengok kampong baru adalah aman sentosa, maka api naga yang terpendam adalah gatal nak keluar.

So, bibit-bibit api tu dah la kelihatan...

Then you know that...orang yang jadi mangsa keadaan dgn natural born antagonist is two separate people. Some of us yang jadi innocent bystander je. Terlibat dalam confrontation. Lesson learnt was...dah lah...never get too familiar or don't care too much.

Tapi antagonist ni...pergi sana sini pun..mulut tetap cam cibai jua. Hobi sangat tau...bergaduh gaduh ni. Pastu happy pulak cerita dgn orang reputation dia yang bermulut naga lahar api tu..like..takutlah dikau dgn mulut berapi ku.

Pi lah mabuk sangat kannn. Only a loser advertises winning.

Besok dah takde orang nak kawan dgn you barulah tahu...and still boleh lah iklan bongkak..I taknak lah kawan dgn orang Melayu...org Melayu suka cakap hal orang. Yes, and you are talking about you lah tu kannn bebeh?

Ptuiii sangat.


Sent from Samsung Mobile

Saturday, January 18, 2014

Dulu..Tak kau Nampak Dirikiewww

Hey Uolsss....meh nak cerita pasai Ariana Rose bukan nama sebenar punya kesah chenta.

Ariana Rose ni dedolu satu school dengan I. Dia ni regolong dalam set-set I lah uols, set yang tak dipandang langsung oleh bebudak jantan..tah pe ke masalah nya. Ye lah, kami sedar diri..kami bukanlah Scha Al Yahya yang direbut pelbagai jantans.

Ariana Rose selepas SPM telahpun masuk pusat pengajian tinggi dalam Negara dan membuat matrix gitew. Semasa dia kat tempat itu, dia telah diorat Mamat ni. Lama lah jugak mereka berkawan..susah senang (naik bus Sri Jaya) bersama. Susah is..naik bas Sri Jaya..dan senang, diwaktu mamat tu dah dapat duhet biasiswa dan mampu membeli Yamaha. Centa punya pasal, Ariana Rose dibelikan helmet yang spesel gittew. Kemana Ariana Rose ni nak pergi, Mamat ni lah yang akan menghantar.

Ariana Rose dan Mamat ni memanglah bebidak kamfung anak orang baik-baik dan setelah tamat pengajian dan mengumpul duit bersama setelah bekerja, menikah dan hidup berbahagialah........sehingga Ariana Rose pergi buat Master kat Ostolia nun. Kerana Mamat bekerja gomens, dapatlah Mamat ngikut Ariana Rose pi buat Master selama setahun.

Tapi semasa di Ostolia, tah tahu apakakah maknanya, one of the MA student tu jugak adalah rakan sekolah Ariana Rose yang juga masa tu tengah buat PHD. Dia sudah berbini ye uols dan bini nya ada ngikutnya belajar masa tu.

They spent a lots of time together, enough for the Mat Buat PHD (MBP) me reminisce kisah-kisah jaman sekolah..dimana MBP cakap kat Ariana Rose, dulu kan..I ada crush kat you. Kalau I jadik Ariana Rose, mau keluar pekung telinga I dengar...apa tak nya...kalau ada crush, idok ke masa dulu mahu kau meng invest tenaga membeli writing pad..tak pun sehabis kedekut sengkek pun, pakailah test pad selai dua menulis surat melahirkan rasa suka, kan?

Haram Jadah tak ada!

Ariana Rose yang ketika buat master itu tgh stress...katanya..dan termakanlah pujukan stress nya dan melayan perasaan MBP ni. Wahhh. Dalam 6 bulan jugaklah mereka ada affair sampai Ariana Rose dah habis belajar dan misti balik. Affair mereka ni taklah sampai ke kawasan pembaringan...cuma meluahkan rasa through email dan through coffee-coffee under belajar sesame ptretences.

Pulang saja ke tanahair, Ariana Rose meluahkan rasa kat kawan nya dan oleh kerana Ariana Rose ni yang obviously lah mencarik penyakit, maka ber das-das lah dia kena dgn kawan nya.

Seperti biasa..dalam rumahtangga yang sedia ada...sebaik dan secantik mana pun front nya..i.e. laki ala-ala mithali dengar cakap bini, kadangkala terdengar jua cerita disebalik muka mithali jantan or pompuan tu, ada jugak terlepas cerita-cerita kurang enak seperti...ada affair belakang laki/bini...tak pun, aku tak happy dgn rumahtangga ku disclaimer.

Having heard so many masalah rumahtangga...book cover yang cantik i.e. rumah besar, gaji besar..tak bergaduh besar adalah tidak memadai untuk menjanjikan sang laki or bini tu happy. I for once tak nak betul buat judgement..sebab masalah dalaman hanya orang dalam aje yang tahu...like apa yang tak cukup...dan apa yang terlebih.

Ada orang suka kata...partner berubah lepas kahwin tak macam dulu.

Ada yang kata....they drifted apart sebab sibuk...

Macam-macam. Why some people cannot look at their partner the same way masa bebaru kahwin..I pun tak tau. Patutnya dah makin lama makan garam...dan experience, makin okay lah kan.

But in Ariana Rose case, I pun tak tahu hujung pangkal..ye lah..Mamat the husband mungkinlah secara dasar nya swomi yang baik..tapi kalau berperangai pelik, bini pun kan naik menyampah. Define pelik? Entah...ada kawan I dulu kata dia suspect laki nya Autistic lah sebab kepelikannya..tapi masa chenta, tak perasan kah kau pelik nya perangai dia?1

But ketakpuasan hati I dalam kesah centa mencari penyakit Ariana Rose bukan nama sebenar ni adalah....macam dah jadi trend lah pulak kat budak2 jantan sekolah tepi Bukit Gondol tu meluahkan perasaan kat ex schoolmate dgn ayat shial...dulu I ada crush kat you.

Dulu masa kitorang duduk bawah pokok tanpa diganggu jantan..masa masuk kesatria dan kena masuk semak...takde lah pulak jantan yang nak ajak berborak borak romantic. Mengharapkan aksi romantika tu maybe adalah tinggi, but lovely gesture macam tolong simpankah kuih badak untuk kita..tak pun belikan kami apam balik kat Pekan Kangaq pun memadai. Ni tak..bebudak lawaaaaa je yang dapat habuan kuih -kuih free. macam lah kitorang ni tak reti makan kuih.

Why now? Why not before? Lain lah dulu suka..dan sekarang dah tak sior tu ada gak logic nya...kan? Because we tend to outgrew our 'silly' crushes. Macam siapa yang ada crush dekat Joey Bumiputra Rockers..idok ke rasa nak bunuh diri dek malunya menyimpan napsu kat muka dia yang penuh lopak (walaupun sora sedap) itu?

But do you really fancy someone..and twenty odd years later bila dah berbini dan beranak...terjumpa pompuan yang dulu kau tak tegur tu, tetiba piula nak mencurahkan rasa hati...tak ke babi namanya tu?

Sekarang ni Ariana Rose nak berterus terang dgn lakinya sebab dia nak jadi bini No.2  MBP ittew. I have been given a task to talk her out of it. But knowing their story, bukannya counselling akan Ariana Rose ni dapat...

Kalau uols ada dengar cerita pompuan mati terbakar...maka itu lah dia.

Wednesday, January 15, 2014

Azmin & Anwar

Merasa post bertajuk cam lahanat kan uols?

With this..it widened up risk I akan disaman oleh Orang Party Kubah Ria ni. But I can only wish these duo can just opens up and not think that everything is about them. Seriously.

Nowadays..to have a wrong opinion can be define as membuat fitnah. I can write about the Kangkung and my take on it..but kalau itu pun ada risk untuk disaman, baiklah hidup di Brunei saja..where when many of us puji melambung kata ohhh, that's the real pemimpin etc etc sebab hudud compliant..but for some reason or whatever, obligation doesn't apply to the family members yang terang-terangan hidup ala NEW YORK Times Sq.

But what the duo's getting up to really gets on my nerves tau.

Yang sorang tu...with wealth like air bah kat Kuantan bebaru ni, cuma tak pandai nak surut je...tak habis-habis dgn propah ganda. Pergaduhan adik beradik yang dipersembahkan kat kita jangan cakap lah kan.

Yang sorang tu nak nau jadi PM sebelum dia menutup mata lah agaknya. Nak je I cakap...bang, pergilah ke Kidzania. Jangan kata PM, tukang urut pun boleh.

Having live in other countries...yang agak maju lah jugak...nampak sangat la Politician Malaya ni banyak nau main politik kamfung. Yang menyudu membuta tuli pun ramai lah jugak. Macam orang suruh jilat tahik, kita jilat lah tahik itu dek nak menunjukkan kesetiaan.

Then we have hardcore penyokong yang sikit2 report polis...sikit2 report polis. Haiyaaa la sangat.

Yes..back to this two. Loyalty mengalahkan lovers gitu. What had happened behind closed doors tidaklah kita tahu, but you wonder what is with the obsession, sorang nak jadi EmBee sebab dah berkorban jiwa raga duhet rengget segala...dan sorang lagi, nak jadi PeeEm sebab dulu dah puas jatuhkan Ghaffar Baba, dengan harapan dapat lah jadi next in line...tak sompek maka dipecat. Terus lah buat reformasi reformasi segala.

Apsal dulu masa tengah berkuasa tak nak 'betul' kan keadaan?

There's many more yang betul-betul nak membetulkan keadaan...just let them lah kan? You both have monies...boleh tak tolong blah?

Sunday, January 12, 2014

Psycho Talk....

Uolsss....nak lah diri ini bertanya...awat lah susahnya mak pak nak datang kedepan dgn masalah mental anak-anak?

Adakah mak pak mengalami masalah malu terlampau yang selepas ini, bolehlah dikategorikan sebagai sakit mental jua adanya...ye kah uols maliewww?

Uols....I paham perasaan uols. Semenjak I dengan kengkawan sekapal I bukak pusat rehab untuk pesakit mental ni, I saja dah selalu disindir dgn kata-kata...

a) Ni masa pi kenduri...tahu pulak sedara mara I tu malu taknak cakap depan loyar sabung ayam, first thing bila depa nampak I..padahal dah lama tak jumpa ni...ehh, idup lagi ke kau..belum kena parang lagi? Shialll kan uols...memang shiallls.

b) Kau ni taknak ko caghik kojo lain? Kojo mo onggilo gak nak di ondak an..kau kok samo jadi gilo sok...

Wah wah wah uolssssss....

But you know...that will not deter my spirits. Kalau lah dah tertulis I akan mati diparang ataupun menjadi PSY cho...itu alah rezeki I.

With no intention to sound like a racist, dukacita nya I nak cakap yang, actually kami banyak dapat enquiries dari set-set DoDo Cheng...yang sungguh risau dgn masa depan anak mereka lantas nak dimasukkan ke HELP & HOPE.

Tapi, tujuan kami adalah untuk menolong bangsa sendiri dulu uols, yang sokmo mengomplen betapa susahnya nak dapat bantuan. Bila dah ada facility, tanya lebih kurang..cerita masalah peribadi..pastu senyap sesenyap senyap nya. Bila di follow up...nanti dan nanti katanya..tapi masa mengadu tu, macam lah budak tu diambang bumbung bangunan 15 tingkat sangat teruk nya.

We can't promise we can do wonders...but enough lah dengan mendekatkan pesakit mental ini dgn reality hidup dan mampu menjaga diri serta tak nyusahkan orang sekeliling.

Meh sini I nak tulis testimony sikit...

Nemo telah direfer oleh Dr PSY dari spital spara gomen (eleh..bab mintak diskaun ubat baru ngaku part private..cit!)

Budak ini, marilah kita panggil dia NEMO, nama timangan yg dibagi dek Capt Luke Skywalker ittew. Makan ubat tak nak...hidup selama ni mengabihkan boreh dan menaikkan BP mak abah nya. Ubat yang dia suka nak ambik ialah ubat ganjjjj. Tu hasilnya, bukan saja psychotic tahap shatan malah shatan akan datang menompang dalam badan kalau dok tarik itu aje.

Bila memula jumpa....mak nya compliment I..(uhuk uhukkk) yang dia suka cara I cakap dgn anak nya..yang dulunya mmg tak nak bercakap dgn orang. Macam biasa (dan bagossss) I cakap lah..weihh..itu lah kojo I kannn?

There's up and downs, believe me. Sedara mara I jadi tak nak jengok I langsung dek takutkan NEMO. But perangai orang yang cenggitulah buatkan I lagi kuat hati nak tunjukkan kat orang yang the effect is otherwise. Bukak lah sikit mata hati dan otak ye uols???

To cut the long boring story short, awal minggu lalu, NEMO telah mula bekerja ye uols...dan mak dia kata, betapa tenangnya rupa anak nya (albeit itam melegams) dan dia sungguhlah bersyukur.

Uolsss....selepas mak nya cakap camtu (walaupun sebelum ni mak dia ada lah jugak menyakitkan jiwa kami dek melepas tangan nya) I rasa sungguh happy. I have to tell you..kerja macam I ni tak lah menjanjikan duit yang banyak..in fact, I masih mengharapkan donation orang untuk buat facility ni lagi therapeutic but takpe, good things will come to those who wait gittew, but..satisfaction yang cengginilah yang bervalue lebih dari keta Lamborghini yang dibeli berjuta tapi duduk bawak kain plestik gak sudah nya!

Now I want to ask...kalaulah you all ada anak2 tak pun sedara mara yang hidup nya ala-ala mengabihan boreh, ayam ataupun air melo..yang uols dah habis upaya nak piker apa nak jadi dgn dia bila uols atau mak paknya bila mata dah tertutup lagi, silalah refer kepada kami ye.

All information is confidential. Email saja kami admin@helpnhope.com

Sakit mental ini, inysa Allah ada penyelesaian nya uols. Kalau tak sembuh seperti sediakala bak Adi Putra, dapat jaga diri sendiri pun cukup lah.

I ask that my fellow blogger friends to promote this effort as well. Ingatlah..simpan anak-anak kat rumah lagi memudaratkan.

Sekian uols. Sekian lah Fardhu Kifayah dari kami kat sini yang semakin psycho dgn perangai mak pak.

Wednesday, January 08, 2014

Ariana Rose

Okay, sila salahkan Kiah ye.

Selepas Mr Arrogant dan Mr Playboyak, I macam dah menyampah tau terikat tengok menda-menda yang berlangsung time meghrib ni.

Bukan apa uols, I yang selalu menjadi mangsa tohmahan. The last two series tu, I was with my sisters and depa anak beranak yang tengok. One day, masa cerita tu sedang berlangsung dan minggu tu pulak I dgn chotti chotti semayang dan Amma juga ada kat rumah my sister, terus my Amma kata, jgn lah diajar bebudak ni tengok TV time maghrib.Something in the line that I shouldn't cultivate budaya malas sembahyang kat anak-anak buah I ni.

Wahhhhh.....nak je I jawab, eh, omak diorang yang pasang TV tu. But biasalah..benda-benda mungkar camtu, sebagai wanita tak nutup aurat cam I ni selalu la jadi scapegoat kan? Dulu I pernah belikan topi Union Jack joker yang ada jurai-jurai tu uols untuk anak sepupu I...boleh org sebalah umah dia kata, apalah ko ajar budak tu pakai salib!

Kalau tak ngenangkan omak I bermestautin kat area tu, harus I bakar satu taman perumahan tu uolsss.

So yes. Kiah telah mengarahkan I dgn Piah tengok cerita Ariana Rose tu. Sebabkan dah sekerat jalan...adalah susah I nak paham why certain things happened.

Like, awat lah anak Amy Search tu dgn abang nya macam dengki dgn Tengku Adam Ching Chong Fun tu.

Then of course, Kiah dah brief I yang Ariana Rose tu mangsa rogs Tengku Adam CCF, tapi awat nya bila berjumpa dua orang macam bukan mangsa dan pemangsa rogol? Happyyyyy aje?

This thing abaout rogol dalam TV I accidently watched one stupid bodoh boils movie by one Prof Madya, satu girl boleh kena rogs dua kali (in separate occasions) but haram jadah nya nak pi report polis. Habis-habis teruk pun..dia cakap..KO JANTAN SIAL! Laaa...dah memang jantan yg macam tu mmg sial, perlukah affirmation lagi uols? Gi lah report polis kannn? Merasa masuk jail and kena sebat segala.

Kiah asked me to watch katanya ada kawan nak ngumpat. So that, we can do swot analysis lah kiranya. Gilo takde kerja..tengok drama melayu dan ngumpat secara berjemaah.

Well, Kiah fancy herself as Rose lah kannnn...walaupun dia tu sebenarnya adalah Ziela Jalil yang sokmo stress dan nervous.

Piah...is Sophie. Alaaaa...anak Tan Sri yang dok dihunggah dek Tengku Adam CCF tu kulu kilir. Apa khelas anak Tan Sri tapi jadi pompuan simpanan kan? Apa kelas nya? By saying this...I am not suggesting yang Piah takde kelas..tapi Sophie tu sokmo pose-pose cantik Ella rasa are you enjoice.Catwalk kat hotel 7 bintang je. Tu semua Piah la....Piah kan hidup keluar masuk hotel?

Then of course Jalaluddin Hassan yang kita tak pernah nampak dia tido dgn baju pagoda, malah sembahyang kat rumah pun pakai baju melayu dgn kain pelikat bergosok tau uols.

So yes, there's nothing to complain about Ariana Rose. Sedap betul mata memandang semua pelakonnya. Lagu adalah sedap.

Ariana Rose...tataulah kerja apa, sekejap Nampak macam kerja loyar's opis, pastu macam buat presentation untuk charity do pulak...sekejap kompius suka kat orang tu lah..ni lah...but of courselah, her character adalah serupa macam I ye...so, move over lah Kiah.

So, yes..I am now hooked.

Friday, January 03, 2014

Tegur Menegur Membawa....Benci

Uols....dah menjadi lumrah kann kita semua adakalanya rasa kita ni bagus sikit dari orang lain.

Kalau kita bawak keta secara berhemah, dan nampak pulak mamat motor menyelit nyelit dgn aksi tahik terpalit, maka secara live kita akan mengutuk dirinya. Tu kutuk part 1. 

Kutuk part 2 ialah dalam pesbuk tau uolss...kalau done, boleh dihiasi dgn gambar sekali...seperti yg dilakukan oleh persatuan penduduk Setia Alam...yg siap amik gambar segala mcm misdemeanours untuk menjadi tajuk kutuk. 

Dah kutuk secara direct tu takpe...i.e. Celakanahharommbabikslahanat la mat rempit tu...bila dah masuk kutuk dalam open forum maka secara automatic nya kita rasa kita tahu pulak background si mat rempit tu and siapa mak ayah nya. Betapa mak rempit itu kurang kasih sayang makpak, gepren, kucing etc. 

Masuk lagi...dgn terrer nya...education background mat rempit tu, macam kita tahu pulak dia sekolah mana and berapa dia score dalam SPM nya. Gituhhh tau uolsss....kutuk berhemah sangat..semua area kita cover. 

Kalau Kiah yg dibagi peluang ngutuk, sure akan akan tambah...mat rempit tu ko*ek kecik agak nya.... (macam la dia pernah buat full body check up mat rempits tu)

True kannn? I for one. ..guilty as hell bab bab camni. Tapi setelah sejam dua..I akan beristighfar gitu dan memanjatkan kesyukuran yang keta (pinjam) I tak calar.

Begitulah teruk nya kita manusia...bila diberi peluang mengutuk.

Tapi...perbincangan kita hari ni kan uols...adalah mengenalpasti...siapakah yang layak untuk mengutuk tanpa air lopak tepi jalan tu terpercik ke muka nya bila lori tanah lalu?

Semenjak Muslimah kita dah advance dalam fesyen fesyen tudung malah ada juga tudung versi botingkek dan fesyen kubis bunga, maka pemakaian mereka itu mengundang fashion police yang tak bertauliah tau uols. 

Sebagai pompuan yg tak pakai tudung...I sungguh vangga dgn pompuan yg mampu menutup aurat disamping menjaga akhlak. Macam payah aje kann...mulut nak jaga, perangai nak jaga. ..etc etc sebab bila buruk laku sikit je..benda yg orang nampak dulu is the tudung. Ala...macam hosmet putih I tu. Bila ada kak Wok datang umah weols dan mengumpat...bila org tu balik je...mak putih terus tanya...apasal dia ngumpat? She wears tudung. ..katanya. 

Very hard to keep up with the expectations kan Kiah? Saying which...that should not be an excuse of org yg tak reti ngumpat orang and tak nutup aurat. 

People often look at the kutuks dispenser most times.  Macam kawan I yg ni...okaylah...fesyen sense dia tahap kLcc tau...sebab dia pandai lah komen what baju match what kain..what eye lashes match what blusher gitu.

Sokmo aje dia buat komen fesyen org ni gitu...fesyen org ni gini. Bebaru ni...dia macam sesedap rasa pulak ngutuk fesyen tudung Muslimah. Of cos yg jadi mangsa nya ialah Yuna lah kann...

What's with her turban la...seluar fitting la...menyalahi etika berpakaian dalam Islam lah gitu katanya. Personal pulak I rasa.  

Bukan I nak pertikaikan pendapat dia tau uols...hiks. Kalau dia tu Prof Muhaya ke...or any setazah yang kalau kluar nasihat terus kita rasa nak masuk dalam tempayan dek malu nya...takpe uols...I bley terima. Macam I ni kan suka pakai seluar pendek gituh...so bila kiah tegur...oii ko dah tua..I terima uols. Tapi kalau Piah tegur dgn seluar dia lagi pendek dari I...tak ke I rasa nak bakar muka nya?

This fren of mine..yg dok kutuk fesyen Yuna...pastu buat lagi hujah agama etc ialah.....PONDAN uolsss!  Pondann dok mesjid takpe gak usss...ni pondan active gi partay kertas patung tu. Pastu sokmo hapdate hormon apa dia makan...baju liplap apa dia beli. Ada hati ke nak tegur org pakai tudung tak ngikut piawaian? Orang tak ngata hidup you pun nasib baik.

Seswaiii ke tak uolss....seswai ke takkkk? Dia pun hidup ala ala New York Times Square. ..ada pangkat ke nak tegur aqidah orang?

I facepalm tau...facepalm sangat.


Sent from Samsung Mobile

Tuesday, December 31, 2013

Masalah Yang Kita Misti Bagitau Orang (Ramai)

U
Uolss....bak kata homputis problems halves is a problems solved. 

Termasuk kah problem yang macam ini uolss?

I ni pernah la jugak menjadik pengamal media...so I tau la kenkadang problems yg dipublished dalam sokabar tu adalah problem buatan sendiri....ye lah...dah nama pun sokabar nyamuk kan?

But let say problem ni problem yang tidak palsu...bukan ke hal hal cenggini patut pi ke ruangan tanya doktor tak pun tanya mak bidan etc etc? 

Jangan la jadik macam I ye uolss...perut kucing I boncet sebelah I pi tanya loyar. Cerita specimen tahi kucing kat Doktor Gigi untuk tanya apa sakit. 

Put aside problem zakar di atas...err, nak je I jawab..kalau you punya barang kemas bagak dan menyerupai spec pak Mentari Court. ..apa kata abang gi je ngorat minah Mentari Court?  

Looking at the bigger picture. ..we tend to indiscriminate listeners when sharing problems. Wahh..apa itu? 

Sebagai contoh..problem laki bini....kita kan suka pi bagitau org lain daripada pi bagitau kat si dia yg pencetus problem itu. 

Tak pun..tengok je lah pesbuk...berapa banyak status updates berupa problems yang diwar war kan kat timeline yang berupa masalah peribadi yang sangatlah peribadi? 

Problems yang patut share macam....problem anak ganas tak pulak dia nak tanya pendapat orang...

Adakah sifat sifat kemaluan uhuksss ....seseorang boleh diukur dgn ketidakmaluan nya berkongsi hal dalam kain nya?

Atau...adakah stress memikir problem telah menghakis sifat sifat maliewww?

Is there a difference between mintak pendapat dan meluah perasaan? Meluah perasaan ni selalunya akan mengundang unsolicited advice yang kebanyakkannya akan berbunyi dan...bersifat puaka. Bila meluah perasaan via pesbuk...maka kenalah sedar pesbuk tu adalah tontonan umum so bila ada nasihat atau feedback puaka...toksah lah meghoyan naaa....

So...untuk selamat...gunalah kaedah coverina tanyalah Ustaz yang sering digunakapakai oleh para para bijaksana seperti Kiah dan Piah i.e. masalah sendiri yg di moonlight kan sebagai masalah kawan...

Sebagai contoh....

Salam Ustaz Jenal...
Saya mengesyaki swomi kawan saya ada menyimpan hati pada Pandak Maya Karing...sebab kawan saya terjumpa borang keahlian Kelab Peminat Maya Karing dalam wallet nya. Bila kawan saya tanya suami dia tak ngaku...suami dia kata dia minat Maggie Smiths yang tua tu (sebagai langkah coverina...ye lah MS tu kan dah tua)

Kawan saya bercadang untuk menyantau kedua dua swomi nya dan Pandak Maya Karing. 

Saya nak tolong kawan saya ni..sebab saya geram kat swomi nya. 

Apa pendapat Ustaz dalam hal ini? Psttt....ustaz ada contact bomoh power tak?

Yang benar,
Kiah bukan nama sebenar


Sent from Samsung Mobile

Monday, December 30, 2013

For You The Houlier Than Thou

Chapter (17) sūrat l-isrā (The Night Journey):

Whoever is guided is only guided for [the benefit of] his soul. And whoever errs only errs against it. And no bearer of burdens will bear the burden of another. And never would We punish until We sent a messenger.

Aminnnnn.

Sunday, December 29, 2013

Chenta Itu.....Fill In The Blank

Yes uols...I memang gigihs.

Let's buat update berkonsep #throwback ye hari ni. Tahun ni productivity tak se active tahun lepas but tahun sebelum tahun lepas adalah amat teruk....ye lah, orang galak berchenta kannn?

Soklan nya....masih adakah chenta? Jawap nya ...entah entah. Chenta yang tak direstui kengkawan gitu lah...ada aje halangan. Apakah penting nya influence kengkawan dlm donia chenta kita? 

Penting uolsss. Serupa penting nya dgn minyak RON97 kat kereta kita. Sebabnya..bila kita dilamun chenta...sebelum tunjuk kat makpak, kita perlukan feedback kengkawan dulu. Walaupun tak semestinya kita ambik bulat-bulat...it is very important that taste kita tu di approve oleh kengkawan. 

Tapikan uols..walaupun kita pompuan ni dok lah berkobar bff forever, girl power segala haramzadah...kita adalah kawum yg tak mau dengar cakap kawan dimasa yg sepatutnya.

Jantan...ye dengar pendapat kengkawan..walaupun diorang akan katalah dgn nada coverina yg keputusan itu keputusan mereka sendiri but ekcherli nya...atas saranan dan juga idea export telepathy kengkawan mereka. 

Sebagai contoh....kawan kita ni doklah berchenta dgn Jantan set set Shah Jaszle (ye...he was used blatantly here)....kita sebagai bff dengan rasa kasih dan tanggungjawab serta tak rela diri ini di telephone tatkala kawan tu frust menonggeng...berbuih mulut bak super busa menasihat kawan kita yang seakan dirasuk hantu konek tu...ops!

Tapi...kawan kita pun pulak...tak rela dituduh boipren sendiri sebagai pengkhianat chenta sejati oleh boipren yang telah berjaya mengaburi mata nya dgn bebulu siamang nya.

Opkos jejantaz shialll akan kata...u nak dengar cakap siapa? I ke bff you? Kita ni nak sgt la award gilpren paling mithali...terus terpana gituh.

Alaaa....mcm Serap Moslem la....quoting...saya dah cakap dgn mereka (isteri2 saya) kalau nak bahagia..dengar cakap saya. Ko hado, Piah?!

Then yes...we disregard every wise words completely. 

Yes...that us girls. Let the jantan win. Serap Moslem is happy playing husbands....Shah Jaszle has successfully pulled out a wool from the girl's eyes. 

Then...there's Adis Putrak. Maka kita semua tahu dia adalah jantan paling pemalueww....according to the wife. 

Paling kita tak larat dengar..bila jantan tu pi khabarkan serata alam yang kau itu terpaksa di clash kan kerana suka na makan cakap orang. Pastu jejanz tu boleh pulak kata...kita kengkawan ketat ini adalah jelezzz akan kebahagiaan mereka. 

Jelesss la dgn muka pecah rumah ksu tu. Chetsss!


Sent from Samsung Mobile

Saturday, December 28, 2013

Over 'Inappropriately' Used Phrase....

Hola uolsss yang dikasihi....few more moments to new year (by the time this got publish sure tahun pun dah naik, kan Kiah?)

Tajuk merepet-repet hari ini ialah phrase yang suka di overused oleh orang bagi tujuan berdolak dalik. Err...maksud saya...he or she can just jawab dgn direct nya but prefer to cakap

'Something like that.....'. dan seterusnya dia rasa....oh my powerful vocab.

Yes...enriching vocabulary is good ye Tuan/Puan, tapi kalau hidup ini mudah bak agama Islam kita, kenapalah ramai benar yang suka menyusahkan diri dan lidah mereka ittew?

Dulu ada sorang pompuan yang dok lah pompang pompang kejayaan nya dibumi Malaysia yang indah ni. Tapi dia telah berhijrah secara haroms ke UK. I pun tak tau..katanya, dia dah published banyak buku, ada business besar etc etc..dup dup..tahan dia hangkut anak-anak dan kerja buruh kasaq kat London sinun. Kan ke bagus dia cakap aje...I am here for a better life, gituh. Ye lah..kalau dah ada business juta-juta ria, buat apa ko nak membasuh pinggan kan Malaysia Hall canteen tu kan? Very the sesuatu....

Suatu hari dipagi hari, I pun dapatlah panggilan telepon dari pompuan ni...katanya dia 'tersangkut'kat Heathrow dan mintak I tolong ayat immigration officer tu dengan mengatakan cerita sekian-sekian. Wahhhh....pepagi buta tu uols. Dengan I ni bekerja dgn gomen, uols rasa bijak ke kalau I sama nak menipusss? Nasib baik immigration officer hanya bertanya soklan-soklan yang mampu I jawab..dan fenifoo an Berjaya dilakukan dalam tepon..ye lah, kalau depan2 muka I akan sure fail.

Tup tup, dia muncul dekat rumah I...dan mintak I tolong dia kemaskan barang kat rumah sewanya. I tanya...what happened? Kata nya her entry visa was denied and she got 48 hours to round her things up. I tanya lagi...you got deported? Dia jawab...err something like that lah.

She could just say....YES.

Pastu ada sorang lagi jantan ni. Memang kaki dolak dalik. Dia ni laki orang tapi dia dgn bini nya mmg dah ada masalah rumahtangga. Kata bininya, laki got lain pompuan. Laki tak ngaku. Dalam ramai-ramai manusia dalam London tu, boleh kan I saja yang selalu terserempak dgn dia (the laki) dgn pompuan yang disosek sosek kan ada hubungan sulit dgn dia tu. Masuk kali ke tiga terserempak, I tanya lah that guy...so you are with her now? He jawab...err, something like that. GAMPANG sangat! Cakap je lah ye...kan?!

Seterusnya..penggunaan phrase ini sampai ke kemuncak kemenyampahan yang melampau semalam. I was doing an assessment. Yes...I have to asked a lots of question and analyse patient background as much as I could to understand the situation better and pastu, boleh lah buat rumusan kan?

This parent dok lah menjawab dengan something like that..something like that. Masuk aje soklan ke 8 dengan jawapan yang sama, something like that..I pun terus terbalik kan kertas dan letak pen.

Do you have problem giving me straight answer or you want me to guess what is the problems?

Terus dia diam. I cakaplah balik..uols ni komplen anak banyak masalah..tapi bila nak explain masalah anak dok lah ber guessing game something like that..something like that...like what actually?

Masa sessi kaunselling makpak pun bermula, setelah saya dgn direct nya bercakap...before we can get to the bottom of your child problem, perhaps we should sort yours first?

Moral dari cerita ni....kalau masalah you A, jawab lah A.Mengakulah A. Selesaikanlah A. Tak guna berdolak dalik, menyedapkan jiwa sendiri..lantas menipu emosi dan kesudahnya masalah tu masih lah dok berlegar dalam kepala hotak.

You love your wife? You want your marriage to work?

Mau jawab, YES I do ke..or something like that ?

Go figure eh.

Thursday, December 26, 2013

Boxing Day

Sometimes..you do wonder why....

Kau beriya-iya ni buat press conference, nak bagitahu donia yang Adisputrak tu telah menghantar gambo angry bird nya kat bini kau. By doing that, Kak Selamah mulut p*ntat yang dok kat Jalan Kenari tu daripada tak tahu, dah tahu dah cerita sensasi rumahtangga kau. Maka, bermodal besar lah Kak Selamah tu nak lakukan air Monabik nya sambil pi cakap hal kau sekali kannn?

Kes ni serupalah macam Kiah pi hantar wassap message kat NuarJen...memula kata, I enjoice your concert. Sahut menyahut message last last Kiah startlah hantar gambar barang kemas dia...I mean, cencen yang dia pi beli kat POKONG tadi. maka NuarJen pun tak puas ati, tayang gak barang COPAK dia. Berbalas-balas mesej sampai tak lena tidur laki Kiah dibuatnya...lantas kantoi lah kann (tu la, siapa suruh kau tak mute notification wassap tu?) Pastu, laki Kiah pi report polis lah, melodi lah...selamat pagi dunia lah akan hal ittew. Nak mencari kebenaran katanya.

Bukankah kebenaran yang pasti nya ialah..kalau kau tak makan petai, takkan kentut kau bau petai, gamak nya?  Vodohhhhh sangat tau. Pastu boleh tak Kiah dgn lakinya feelings pi buat report bergandingan bahu...buat muka ayu ayu Kak Ton...pastu pakai kain batik belah tengah yang telah di zoom maut oleh cameraman tu? Apa motip kau, Kiah? Apa motip kau!

Pastu kannn..pastu kannnn....jantan bintang pelem yang agaknya dulu masuk audition Raihan tak dapat, ye lah, muka Henry Gurney manakan dapat nak membimbing anak-anak kejalan soleh dah solehah kann, maka dapatlah dia berlakon cerita sekolah jahat tu. I tell you, memang sejak dari sekolah konben, ada species bebudak fomfuen yang memang suka dirinya mereka dikaitkan dgn ketua kongsi gelap Seri Ampangan tu. Tak pun, samseng pasar. Lagi jahat pakwe kau, lagi mencanak publisiti diri mu. People can either...ehhh, ko tau sapa pakwe si anu-anu tu? Hahhh..pakwe nya kaki gadussss. Kalau pakwe tak ganas pun, the species fomfuen into bad-bad boys ini, is into buaya dan monyet. Jantan tak hensem lagi berwajah Henry Gurney ni, bertukar makwe macam pergi jamban je gamak nya. Minggu lepas dia dgn budak Tunku Durah..pastu, tau tau, gossip terbaru disertai bukti dia pi makan A&W kat tasik sana, dia dah ber kapelan dgn budak KGV pulak. Wahhh....saka jin tanah betul kan?

Tah hapa masalahnya bintang-bintang pelem Malaysia sekarang..tak tahulah if this is tuntutan media, maka mereka macam terpaksa je (or sukaaa) bagitahu donia who they're going out with. Pastu gaduh dalam twit-twit macam orang footballer Taman Rashibah Indah tu. Yang sorang ni, jatuh chenta dgn pelakon seksayyy katanya. Baru kawan seminggu dgn Pak Haji jadian tu, terus kata ..okaylah, nanti I akan order tudung Fareeda gituh. Dah adalah list dalam kepala nya kat sapa lah nanti nak disedekahkan baju-baju brand tengkorak dia tu. Yelah..dah pakai tudung, macam mana lah tudung tu nak di mecing kan dgn gambar langsuir berdarah kannn?

Ye, kena gak bagitahu dgn melodi dan Utusan Malaysia ni yang dia nak kawin dgn pompuan tu padahal baru 3 hari hantar friend request. Kau ada, Kiah? Ko hadooo?!

Pastu kannnn....pastu kannnn...err, I terpaksalah clash dgn dia..sebab Mak Ngah I tak soka. Gituh. Gituh uols. Prompted you back tu jaman-jaman sekolah bila hubungan centa dgn janji nak sehidup semati hanya bertahan paling kuat pun 3 minggu, pastu clash.

Apakah alas an nak clash masa tu, may I ask? Ye lah..I ni dulu jgn kan kata ketua samseng, budak terencat akal pun tak mo kat I masa sekolah tau. Sedihhh kan? But besides me are all them girls yang cantik aje sikit dari badak, dah ada koleksi pakwe gitu. Apakah silap nya I masa tu, tuhan aje yang tahu.

You often heard that..bila orang bercerai...they will announce, ohh this separation is amicable. We are still in in good terms. Cemana tu uols? Kalau in good terms, apa kejadah ko nak bercerai nya?

Pastu, kalau yang dah clash tapi tak sempat nak buat declaration...kalau ada yang genteleman tu, akan cakap lah..kami tak serasi etc etc. But gambo istagram masa bebaru kawan menunjukkan keserasian tahap permanian berhadas gitu. mana yang tak gentleman macam Pijjy Pop akan menyalahkan kuasa seherrr... dimana dia terlupa dia ada gilpren yang di gilpreni nya selama bertahun-tahun, lantas bila jumpa fomfuens lain, terus kata I am available let's mingle. Gituh.

Pastu, bila dah tergadahkan uols...sangguplah balik menjilat ludah perisa oren tu balik ke gilpren lama yang ditinggalkan nya tanpa notis (konon dia kena sihir) dan buat announcement, yes..we are back together and saya akan pinang dia.

Tapi, cakap saya nak pinang dia tu..cakap kat reporter je la pun...yang patutnya info pi bagi kat mak pak pompuan tu haram nak dibuat nya.

Jantan apakah itu ya'lll?

Seriously, some men (some ye..some) got nerves! While we like to applaud thinking on his feet punya style yakni....bila kena asak reporter,  AdisPutra Ababa akan kata, saya ni manusia biasa, bukannya nabi..yang tak lekang dari membuang keshilapannnn gittew, tak kah terpikir yang tu semua jawapan vodoh?

Then budak jantan tu...ohh mahapkan lah kekhilapan saya...saya mengong dalam missi mencari isteri. Pastu cakap putau belit la sangat...dgn coverina yang paling tak larat...saya tak pernah kata dia tu kekasih saya? Eh?

Tu cerita artist ye uols? Semalam masa I baca sokabar bintang, maka adalah sessi interview Datuk ni, yang dah Berjaya ada public listed kompeni gitew. Katanya...to succeed, you have to be ruthless. Maka bila ditanya apakah makna kata-kata nya..boleh dia pi bagi contoh dia kahwin empat! Katanya he can marry because he is ruthless...so kiranya, perasaan bini idoklah dia nak ambik kira ye?

Seriously, what's in the mind sometimes...can make you cringe.

And still, there's women out there who thinks that these kind of men is to die for. Go die lah!

Happy Boxing Day ye anak-anak.... :)

Tuesday, December 24, 2013

Somebody That Is Not You

Hello y'all. Busy ke aiiii? Tak uols...tak sangat. Pasal tu boleh update ye.

Macam biasa laaa..bila tahun dah dekat nak habis ni macam-macam declarations kita boleh baca kat pesbuk la...instageraham la...twittwit laaa...tentang analisa sepanjang tahun takpun cadangan azam baru masing-masing. 

Ada yang berterima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki pasal dia dikurniakan macam2 benda antaranya...anak yg dapat straight A's...(this is after the numerous statuses about the result) dapat pi holiday...dapat habiskan sebulan puasa tanpa halangan katanya (inadvertently hinting her menses irregularities dia tak sedar) kasih sayang swomi yang bertambah-tambah katanyaa...dan macam-macam lah rezeki yang jatuh keatas riba nya. 

Bila kita baca...tak tau nak menyampah ke nak rasa happy. Tengok orang lah kan. If kawan tu set yg sokmo dirundung malang and we know it, kita pun happy tengok dia bahagia. Ye tak? 

Tapi kalau kawan tu set yg dapat perfume sebotol hadiah Valentine gi iklan, dapat kek sepotong dari swomi pun iklan...dapat durian runtuh masa buat laundry swomi pun iklannn....agak2 apakah perasaan kita everytime menengok status update nya tu?

Adalah seorang pompuan penipu patologi ni....memang pemurah dgn iklan tentang dirinya. Dia makan kat mana...holiday kat mana..project hidupnya apa...macam2 lah. Thanks to pesbuk lah kannn...iklan iklan diri tu semuanya free. Imagine takdak pesbuk...tak ke haru nak bayar iklan dalam sokabar?

I am sure bila supplies dah terlampau banyak...ada ke punca demand nya? Makna...kalau dok menunjuk aje..adakah kebenarannya?

Macam...punyalah pompuan ni nak tunjuk betapa loving nya laki dia kat dia...dia upload gambar bunga Rose merah and habaq kat donia yg lakinya kasi. But who knows...opis dia ada opening and banyak supplier bagi bouquet bunga ka apa...dia rembat bawak balik. Pastu tunjuk kat kengkawan...
Or...breakfast in bed yang kononnya laki dia buat....unless dia ada tunjukkan bukti bergambar laki dia bawak mai tray atas riba dia, maka susahlah kita nak percaya kannn? Elehh..tah-tah, Nasik lemak beli kat PETRONAS, pastu taruk atas pinggan cantik2..taruk atas dulang..place it on yr riba atas katih..pastu..zapp amik gambar dah haplod, dengan caption...breakfast in bed by Encik Swomi.

Pastu adalah 2,3 ekor kawan ketat (takpun lebih kurang aje gilo nya) yang dok like-like dgn ucapan..ohh suweettttt nya. Ptuii..ptuiii..ptuiii sangat rasanya kan?

Then masuklah pulak self-acclaimed successful businessman/woman ni. Kejap launch project ni..kejap launch project tu..well, unless dia tu jutawan MLM yang job descriptionnya diwajibkan menunjuk-nunjuk kat serata alam, do we honestly think people got time for social media dalam mengejar tender, buat kerja, main golf etc etc...benda yang biasanya dibuat oleh businessman/women yang genuine?

Siapakah kita yang sebenarnya? Pelahap sangat dengan attention kah yang kena tunjuk menunjuk ni tak pun..memang kita ni dilahirkan set-set exhibitionist?

Ada pulak yang set-set terang lagi bersuluh...(bodoh nya) yang pi lah hapdate status dia pi partay cam nak pengsan meriah nya, selfie kiri kanan tak sedaq diri..pastu besok nya pi update..don't feel well. Tak ke memang dah terserlah yang ko tu hangover dari partay binatang semalam nya?

Then this exercise freak (kononnya) yang dok semedang check in kat gym...pastu menjelang lunch time perkhabaran berapa pinggan lauk pauk serta air berkalori sama banyak dengan dosa pun terbit. Pastu caption menyesal..arghhh..there goes my diet!

I must say that 8 out 10 si pengiklan-pengiklan berhemah dalam pesbuk tu idoklah bahagia seperti yang di war-war kan. This friend I know, tatau lah apa yang nak ditunjuk nya, dapat benda baru aje kata hadiah dari sang laki, telepon hilang pagi nya..petang keluar gambar phone baru, dengan caption..thanks darling, padahal sokmo bagitahu kita kengkawannya betapa mereka laki bini pokai cam nak rak!

Okay lah...asalkan mereka bahagia..siapakah kita (yang takde banyak benda nak ditunjuk ni) untuk mempertikaikan ke happy an mereka itu kannn? Itu pesbuk account mereka...kata mereka, sukati mak ai la. Pastu mereka sure kata kita jeles..kerana kita tak happening cam mereka.

Iskkk..iskkk.

Tapi, apa-apa pun...makcik sorang ni lagi best. Status update nya berbunyi...(dgn gambar dia menadah tangan kelangit tak pun sambil ber posing depan kedai Ferrari)

Syukur Allah, dikurniakan rezeki....

1. Dah booking rumah lapan tingkat, bayar down payment 3 juta cash
2. Pergi KLCC terbeli rantai kapal rega 18 juta..so, niat pi umrah terpaksa ditangguhkan..sighhh (katanya)
3. Dah order beg dengan baju direct from Donatella. Kasut rekaan Manolo tu hari dah lunyai pakai angkat kotak meggi pi Kuantan.

Good things coming my way (katanya) Semoga tahun 2014 lebih berkat...

Humble sungguh makcik ni kannnn uols? Terharu kita membaca nya....rasa nak pijak ipad kita!



Sent from Samsung Mobile