About Me

Saturday, April 06, 2013

Update

Huishhh...lama benau makji kau ni tak hapdate. Malasss la sangat kan, as opposed to fitnah ahli DUN   Kampung Pulau Kucing yang suka kata I ni busy memadu kasih la bagai. Ciss...ko taktau ke aku busy tengok TV cerita melayu dan menambahkan pengetahuan vocab diriku dan mengenali retis-retis baru yang nama mereka pelik-pelik belaka?

Maka,parlimen pun sudah dibubarkan. Ohh..perlukah nak cakap pasal politik dalam blog ni? Pendapat orang macam I ni ada ke orang nak gunapakai? Dengan adanya twitter dan pesbuk, susah betul nak merahsiakan undi, kan?

Tetapi sebagai rakyat Malaysia....juga pesanan kepada manusia atas pagar seperti MC, UNDI lahhhh, jangan tido...UNDI lahhh, jangan diam-diam. Gitu. Cakap bising macam Berahim Ali tapi takpun meregister sebagai pemilih serupalah seperti Nuar Berahim berkempen pasal hapuskan rasuah.

Okay...semalam saya telah membeli card MyRapidKL. Pernah dengar tak? Kepada penyumbang kepada masalah penipisan ozon macam Kiah serta suka memandang rendah orang tak ada kereta macam saya, MyRapidKL card means nothing. Tapi disebabkan card itulah diriku ini dapat berpoya-poya hingga ke menara berkembar. If only commuter kita ada disiplin naik public transport. ----tidak boleh nak disalahkan sepenuhnya kerana mereka tidak diajar. Perlukah belajar? Perlu. Malaysia ini negara membangun...rakyat2 nya tak berapa biasa dengan sistem kenderaan awam yang efficient. Bila kenderaan sudah efficient, orangnya belum lagi. Kalau orang sudah efficient, masakan ada kereta Honda Civic kaler hitam terbalik kat highway DUKE tu. Cepat betul tangan I nak menyumpah dan mempersendakan driver bodo tu, but Kiah said...he/she may have died from the crash. Ye lah...with the drivers propensity to malas pakai safety belt, tidak mustahil orang dalam kereta tu telah mati, takpun mengalami spinal atau brain injury. Lebih kesian if kemalangan kita disebabkan oleh anasir bodoh orang yang sangat feeling dia adalah Lewis Hamilton jadian yang berlumba dimasa orang sibuk nak pi kerja.

Adik yang menjual MyRapidKL tu kat saya sungguhlah memandang sinis bila saya tanya, macammana nak pakai card ni, adik? Haiyooo....perlukah kau berlagak bila kau kerja dalam kaunter sebesar pondok talipon tu? Tapi, I nak cerita yang I sangat bangga membeli card MyRapidKL tu, sebab to me lah...that is the sign for more permanent move. I kan suka Malaysia (ku pilihhh mengundiii ----apa makna kempen ni gua pun tatau) Adakah saya tak rindu negara sejuk serta efficient tempat saya cari makan tu? Sikit-sikit saja lah. I think, we only tend to miss so the thing we no longer have access to. Since I have unlimited access to tempat homputis tu, apa yang nak dirindukan sangat?

Okay, saya juga nak announce yang projek akhirat saya, Loyar Sabung Ayam dan Kiah Gilakucing akan dibuka tak lama lagi. Ohhh....about time kan uols. Lama I tunggu. Banyak betul drama. So for those who have been kind enough to part with your cash to make this happen, this is finally happening. Tapi website pulak rosak macam cilanat I kena balik London betulkan. Ptuihhh.

So, kepada yang ada pesakit nak direferkan kepada pusat pemulihan ni, silalah contact loyar sabung ayam ye.

Nanti saya update lagi. Tetiba pulak line tak clear sebab si empunya aipek sudah bangun. Kan ke berblogging ini rahsia uolsss...hiks.

4 comments:

Anonymous said...

Setelah sekian lama menunggu..akhirnya update jgk..*_+

captainlukman said...

Sebab tu cakap kene kaverrrrrrrrrrrrrr baik. Eh mu delete x history? Ops hehe

Anonymous said...

Untungla hajah dah balik malaysia yg kucintai.. Cuaca kat hingland ni mcm #&$#@!!!

Makji Esah said...

Sudahh..sudahhhh...setiap kali pakai misti dilit tawww.....