About Me

Monday, April 29, 2013

Masalah Saya atau Sayakah Yg Bermasalah?

Hello uols....

I ada dilema sikit ni. But I nak bagitau sikit sebelum I start menceceh lantas menyakitkan hati uols yang entry ini macam ada potensi untuk mengecikkan hati para-para Ibu kat luar sana tu.

Tapi, belajarlah menerima yang manusia lain pun ada pendapat cam lahanat ya uols. Hiks..

Gini cerita nya....

I ni kan secara paksarela kena masuk Persatuan Orang Malaya di Hinglen ni. Kalau ikutkan hati dan mengenangkan sifat sosial I ni kurang, nak nak pulak dgn orang yang I tak berapa berkenan----tak hengennnnn I nak join uols. Bukannya apa, dari pandangan logik, kalaulah uols dok bermastautin kat USA sana, adakah uols nak berkawan dgn orang Italy? Mestilah nak kawan dgn orang USA kann?

Tapi setelah dibebel oleh orang yang lebih banyak makan garam dari I, ye lah ..mengenangkan kita ni, kalau Allah nak tarik nyawa, tengah tengok Eastenders petang karang pun boleh tercekik masa tengah makan kuih simpulan kasih tu lalu membawa maut. Siapakah orang-orang yang nak kita harapkan menyempurnakan jenazah kita, buat tahlil segala? Mrs Beckenham sebelah rumah ke? Takkkk uols. Insaf tau bila pikir bab camni.

So yes, off I went and joined this group of my fellow countrymen/women. Mana yang rajin (or macam dia ajelah yang sangat patriotik lantas tiap-tiap bulan nak buat majlis bertemakan Malaysia ku, tanahair aku..meh kita pi makan maruku) akan jadi sukarelawan lah organise majlis-majlis jumpa-jumpa an ni. I ni pulak, kalau macam dah takde excuse nak elak, I terpaksalah bawak MB1 kan? Dah dia kan penyeri majlis? Kalau I pi sorang, majlis tak selalunya kurang seri tu, dgn kehadiran I, lagilah malap jadik nya. Terpaksa pulak keluaq duit panggil PSY kann? (ohh tetap!)

Diorang ni kan uols...especially ahli-ahli yang terlebih active ni, kebanyakkan nya adalah negarawan kita yang telah berkahwin dgn orang negara ni. Bila dah beranak pinak tu, I rasa, masing2 tu rasa apprehensive lah kot..takut anak masing2 nanti membesar menjadi manusia yang menyerupai sifat ibu atau bapa mereka yang tidak Malaysia tu. Lantas, dari kecik ni lah mesti diajar cakap melayu, makan nasik lemak, mengumpat cara Malaysia (oops) dan sebagainya.

Diorang ni juga....the one with reproducing organ, nampak gaya nya macam freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangat tau. Kalau hari ni diorang buat kuih koci sebab tertiba pulak terindu kat kuih makcik kat simpang rumah diorang kat Taman Paroi Jaya nun, maka FB wall mereka akan dipenuhi cerita kuih koci, komen dari anak laki if the kuih koci menjadi (Kiah, ko hengat diorang nak publish if their kuih Koci jadi bantat lantas dgn laki omputis yang kalau comment tu tak reti nak selindung perasaan sebenar ---your Koh Chee taste like crap---)

I try to be as friendly as I could be. I ni, susah nak commit uols. Orang telephone lagikan I ni tak jawab (dah tu, kau call masa I kat opis) ni kan pulak nak buat janji-janji..date-date makan ni. But like I said...I tried.

Some of them are young mothers. With budak kecik in tow, career tak berapa nak ada...topic yang I selalu nampak dalam wall depa, selain dari kejayaan membuat kari ayam menggunakan yogurt and it still taste like kari ayam mak diorang (ko hengat ko je ke sorang pandai buat kari ayam?!) another topic yang tak lekang dimulut mereka ialah laki dan anak mereka.

Should I say more?

Kisah isteri A - My hubby misti request sambal belacan. Takde sambal belacan tak sah. He is sooooooo into malay food.

Kisah isteri B - (nampak nau taknak kalah dgn isteri A) Husband I pun camtu. Sekarang ni dia dah tak nak dah makan western food. Hari -hariiiiiiiiiiiiiii mintak nasik. Habis diet plan I. (Err, cik Amelia, nasik tu masuk mulut laki ke, mulut you? Kalau dah sendiri pun sama berganding bahu makan nasik, apsal nak salahkan laki lah?)

Kisah isteri C - (ni memang konsep 1st Lady la sangat) Ohh my husband and my kids, so into malay food. I am always outnumbered in the house when come to menu. Mesti nak sambal. Kalau tak pedas, laki I bakar rambut I.

Then the argument (tetaplah manja) is adjourned to laki siapa paling tahan pedas.

The other time is a competition of anak siapa paling makan tak memilih.

Bulan lepas, ada competition anak siapa paling terrer buat magic sampai hilang henbeg/mekap kit mak dia.

Tu belum lagi, masalah2 takperlu yang juga menjadi topic perbincangan semasa ----my daughter/son is turning more into his caucasion family, I am worried. Sampaikan anak dia tak suka makan nasik pun jadi punca stress uols. Tak ke itu juga menunjuk cara halus?

Adalah sekali I pergi ikut diorang lunch. Dalam ramai2 tu, I aje yang datang takde bawak pram okay. Okaylah..tujuan nak datang makan kuehtiau dan say say hello aje and bersosialan lebih kurang. After 2 hours, conversations are mainly around eczema, susu badan and anything that a single woman like me tak tau nak masuk tang mana.

Antara ilmu-ilmu yang I dapat hari tu ialah....kat mana nak beli daun pandan, what type of tepung you must use to make your kuih kosui rasa macam kuih kosui and type of cream a 3 year old boy can use to brush the eczema off.

Okay, I ada gak kawan yang ada laki, ada anak and ada family mertua, biras caras everything. Unless Kiah, Loyar Sabung Ayam, Ani BNS memang specis pelik, is it normal to talk about your laki, your baby at any given conversation?!

Do you just worship your babies macam itu ajelah benda yang boleh dipuji bentuk kejadiannya? Is Prince/Princess the new term of endearment for little kids? (ke aku yang rasa korang tu sebenarnya nak menunjuk anak siapa yang paling pan asian sekali)

Soklan terakhir ----adakah you all rasa I ni yang pelik atau terserlah sifat-sifat irihati I sebab I ni takde laki yang nak di publicised dan anak untuk dipuja-puja?

Kiah...is that why your kids called me 'Aunty Police'?

The next outing is next weekend. Do you all think I should go, padahal I dah cakap kat yang sorang tu I nak pergi (this is before she cascade the invitation to the other mummies) ?

I am in the right mind to tell them...err, I rasa awkward lah.  How inconsiderate to just sidelined me and go on and on about your laki and baby.

Sekian.

16 comments:

Anonymous said...

Salam.

Ya.. Saya boleh faham keadaan itu. Tu sebab, kalau i terjerat dlm perbualan begitu, i ambik pendekatan:

1. Kalau anaknya ada sekali... I akan menakut2kan anaknya or sampai nanges... Pastu i pun angkat punggung pi la mana2...

2. If terpaksa stay...batukan diri dgn main tepon... 2-3 kali kena gitu, diam le dia.

Kaedah biasa yg ckp menyelamatkan diri... He he

Peesha

Makji Esah said...

Ohh gituhhh....rasa-rasanya, akan adakah adegan dipelangkung oleh pram selepas itu?

K T said...

hidup, mak aji!

Dils said...

Oh before I have a kid, I just brought a book. Kena jeling je dengan other mommies yg penuh adab sopan and probably never thought to read a book n front of other while other people are conversing. Tapi I don't care, as I celah je in the conversation if I feels like it while reading my book. Dengan ini, I don't feel awkward or felt my time had been wasted.

Maybe you can try it and kalau tak kena dijemput afterwards tuuu, ahhh, jangan marah komentar ni. Hehe.


SL said...

Tak payah lah nak pi ... Cari a group of new Malaysian friends yang tak sedemikian rupa ... Ada ka?

Anonymous said...

Esah...

Toksah pegi unless u wanna hear potty training or anak sapa yg tak kencing mlm lagi.
ABNS

Makji Esah said...

Dils...kalau buat2 baca buku lagi kuang ajaq ya tak? Trust me, theit type of conversation mmg langsung takde chance i nak masuk celah

SL-- ramai Malaysian yang takde organised group. Lagi happening. Ni kalau nak buang kan..macam luah mati anak bapak segala

Ani, I was in their FB conference chat..belum jumpa lagi dah cakap pasal sakit ibu ngandung...ni besok klw jumpa, tah hapa lah cerita nya

Cik Kiah said...

Esah,
Kitaorg..we have a life. Banyak gi benda interesting nak sembang...for eg who's bonking whom or who's wife pi bantai lakinya etc. What do u expect if the only thing they see or get up to daily is lap bontot anak, bagi anak makan and buat sambal belacan utk laki. Ni kalau join yg those kawin mat saleh. Kalau u join group. Students msian postgrad, conversation will revolve around pi car boot sale, pi stoke beli pinggan mangkuk, FO and cara2 nak bawak keta balik msia.
OMG! U have been too kind by attending all these gatherings. Aku mungkin dah mati idup balik 1000 kali!
bila aunty police nak balik malaya? sila bawak balik handcuff bec i nak ikat budak dua org ni bila naughty.

Anonymous said...

Buat usrah take turn whose house every month. Dlm usrah orng bincang pasal agama. Jemput je ustd2 or anyone who can speak abt islam. That way u wont hv to put up with mommyish conversations.

By the way hv u voted in the embassy?

Jgn cakap je itu ini x kena but never vote. Jgn marah mak aji.

Anonymous said...

Oooo very interesting observation. I think mostly yg kawin matsalleh, but have no education, rasa macam best sgt kawin mat salleh ni. Also kalau anak rupa matsalleh banyak, rasa cantik sgt anak aku. Yes, I belong to this one FB group. most people are supernice, but segolongan still cakap just like what you mentioned.


Makji Esah said...

Anon No.2 - Yes, the supernice one yang buat I serbasalah. The one I really want to keep in touch, the one yang kalau puji puja anak pun, tahu batasan dan sedar akan kebarangkalian yg anak2 mereka akan berpotensi menjadi kanak2 biasa yg setan atau sebaliknya, hence mulut tu amatlah dijaga not to speak out of turn. But yg selalu mengaku open minded ni (sebab laki kaler putih) yang macam tahapa-hapa sikit...

Anonymous said...

Makji,

kebalkan telinga je, focus pada makanan free!!

Macam konsep, takpelah berlaki tak hensem, tak muda, tapi berharta. Malam malam I just pejam mata je demi diri ku ini dipimpin masuk kedai elvavi. NOT!

-cn-

Anonymous said...

askum k.esah,
sekiranya sy nk berhijrah ke uk, adakah 10 ribu ringgit cukup utk memulakn hidup di sana?

Anonymous said...

So mak ji, how your kuey teow kat warung pak lim today? Hahahaha....

ummisara said...

oh cik kiah....tetiba u mentioned stoke pulak....pinggan mangkuk pinggan mangkuk...wakakakakka


mak ji,

kalau u rasa mampu bertahan...join ler...kalau tak...dok umah lagi baik. sekali sekala okay kot join depa tuh semua...kalau selalu u akan sakit jiwa.

DeLancrettLurpak said...

Pilih la.. pilih org yg masak sedap je..tahan telinga for an hour.. pastu leh blah, ahaahahahaha..