About Me

Thursday, April 18, 2013

Inilah Centaaa....


Kekasih gelap I tu kan..selalu sangsi betapa dalamnya centa I kat dia. Katanya..I ni kurang expressive, bila dia menabur budi-budi centa nya. Katanya, bila dia bagi I barang, I adalah agak emotionless gittew maka dia terasa saperti tidak dihargai.

Entah lah, tatau nak expressive macam mana lagi. Nak lompat guling2 buat sora Pasah Sandak kang..orang kata I meroyan pulak.

So macam ni lah ye. To travel with Air Firaun memerlukan tahap kesabaran yg tinggi kerana drebar nya memang suka melalui area-area angin gelora hingga menggoncangkan kapal siri 777 mereka tu. For a nervous traveller kapal bergoncang sampai bontot pun boleh terangkat dan abang macho dok seat sebelah pun boleh cover muka dengan selimut adalah kesengsaraan yang jitu, okayyyy? Berejam lak tu rasanya.

Ditambah lagi dgn pelayan2 nya yang macam baru lepaih keluar jail jangan kata nak offer air, lalu lalang pun main langgar aje bahu orang tau! Stress sungguh. So, menemani ku disaat-saat getir KUL-BKK-CAI-LHR ialah kuih simpul kasih sebalang yang telah berjaya dimakan dalam tempoh 3 jam secara intensive dan gaya perseorangan.

If this doesn't show love, I don't know what will.




Sent from Samsung Mobile

4 comments:

Mak Piah said...

1)Tak bergegar rahang makan sebalang simpulan kasih tu dalam tempoh 3 jam tu? Hik hik.

2)dapat sebalang jek ke simpulan kasih>??? Kawan dapat dua. * MODE BATU RONSON.

X

Makji Esah said...

Jawapan Satu : Gegaran actually telah mempercepatkan proses pembahaman.

Jawapan Dua : Aku tak mau mengecilkan hatimu...tapi ingat ye, aku tak pernah dapat KURANG darimu. Muahahahaha....

Cik Kiah said...

Lerrrr..tak sempat menjejakkan kaki ke Lawndong kuih ittew..

captainlukman said...

AirFiraun dok fly pun tahu doh guna berdasarkan penglibatan ku dalam menjadi Badut Istana selama di kambing gurun dulu...ewwwwwwwwwww hehehe