Sekembalinya I dari trip hujung minggu I, maka orang ittew yang baru hapdate blog nya...terkedek-kedek mintak nafsu serakah nya dipenuhkan. Elehh..hapdate seminggu sekali pun susah, lagi mau demand I hapdate ye? Kalau diikutkan...kerja I lagi stress dari orang yang buat PHD..yang kononnya kata stress, tapi dalam stress2, mereka2 ittew boleh piula pergi berpoya, buat activity lasak dan tak lasak dan banyak lagi.
Tapi...otak I jugak yang dikerah untuk pastikan blog ni ber hapdate sepanjang masa kan? Cisss orang ittew.
Sekarang, kepala hotak I telah kembali tenang. Selepas mendapat wahyu dari Boss supaya pergi ke Wales dan mengenalpasti mayat mangsa terjunan tiruk dari bukit lalu bersepai tulang nya, yang of course saya dengan tiada pilihan lain terpaksa cakap ya lah Boss (kerana didalam file orang itu telah tertulis saya adalah pekerja sosial terakhirnya, NHS ni macam shiall slow update record!)
Okay...meh sini saya nak cerita bab-bab yang paling tak best dalam kerjaya saya yang kononnya pada sesetengah orang adalah kerjaya mulia ni.
1. UGUT. Yu Gi Yu Ti. Bukan yoghurt okay? Saya adalah amat terdedah kepada ugutan-ugutan mereka yang tak centre akalnya. Kalau sekakat ugut2 dari pesakit, itu saya sudah biasa. Nak bunuh, nak kapak..nak mati dan jadi hantu pastu datang cekik saya. Mana yang ber HIV positive tu kemain pandai lagi nak sedekahkan saya virusnya. Dan saya hanya mampu senyum dan mengangguk angguk tanda saya faham ugutan mereka. Selain dari pesakit, tukang2 ugut lain ialah keluarga mereka yang pada kami ni..buat anak pandai..jaganya tak reti. Tapi itu hanya judgement yang dibuat dikala hati tengah sakit. Judgement itu hanya dibuat didalam hati. Tak terkeluar dari mulut. Kalau nak terkeluar pun, pendengarnya mestilah boleh dipercayai. Ketua2 jabatan juga kadang2 suka juga mengugut tapi dalam bentuk yang kurang dramatik seperti, kalau report itu tidak siap, maka tindakan disiplin akan diambil. Camtu. Saya rasa, walaupun mak saya macam kurenggggg aja sayang nya kat saya (ini saya lah rasa tauu) , doa nya juga telah menyelamatkan saya dari macam-macam celaka. Masa mula2 dulu saya mendapat trauma melampau jugak bila kena ugut. Nak nak set-set yang duduk high secured unit macam Broadmoor tu. Sila google apa itu Broadmoor dan siapa artist2 hebat didalam nya, ya? Tetapi lama-kelamaan, ugut-ugutan itu hanya jadi bahan yang perlu direkodkan saja. Ye lah..semua ugutan hatta nak sebat you dengan pembaris pun musti diambil serius. Tapi yang paling saya rasa terancam ialah ugut-ugutan dari drug2 pusher. Ye lah..kebanyak pesakit mental adalah penagih dadah so dengan adanya orang macam saya, business mereka tu macam terancam serta mereka pun bolehlah terancam. Pernah saya dibagi amaran...tapi saya kata, saya hanya buat kerja saya. Saya tak ganggu kerja awak, so tolong hormatkan kerja saya semacam mana saya hormatkan kerja awak (ayat2 macam berani tapi nak keluar angin dah masa tu dek takutnya) Semenjak itu, saya dah jarang kena ugut dgn gangster2 paradise ni. Malah saya ada dengar, ketua gangster pi cakap dgn konco2 nya, jangan kacau saya. Sungguhpun begitu...memandangkan saya telah tua dan tidak seberani dahulu, saya tidaklah berfeeling2 Joan of Arc ke Shamsiah Fakeh lagi. Kalau orang nak mati isap ganja, biaq la dia mati..kan?
2. MANGSA KEADAAN. Ish..so long to eja but I'm sure you will know what mangsa keadaan means. Semenjak kes bersih-bersih tu, saya rasa, keroje saya dah sama macam keroje Pak Polisi. Shiannnn..kena panggil anjing la, itu la ini lah. Ni semua Nuar Berahim la ni kan...pi gunakan words bapak anjing kat Polis tu, hah..dah kena tumbuk. Pastu pandai lah tagih simpati mintak keadilan. Ehh..ni sudah cerita lain. But true. People contacted Social Services. We were given problems. But lepas tu, setelah segala problem ditambahsusahkan oleh keadaan orang, keadaan semasa...maka bila terjadi apa2 yang buruk, kami yang diSALAH kan. Kalau salah sikit, suratkhabar ramai nak report. Bila ada kes pesakit mental pi kapak orang, masyarakat menyalahkan Social Worker, apasal tak sumbat si pesakit tu dalam ward sampai mati. Tapi, anda perlu tahu, pesakit itu mempunyai hak macam orang lain. Kita tak boleh menahannya lebih dari sepatutnya. Dan ward psychiatry bukannya penjara yang ada jaga dua tiga lapis. Tu pasal pesakit mental yang ganas. Kena pulak pesakit mental yang pernah jadi GANAS tapi dah bertobat, pastu dipindahkan ke area2 perumahan. Bila masyarakat pandang serong, maka orang tu sakit balik dan mengamuk, kami jugak yang disalahkan kerana tidak memberitahu jiran tetangga. So, mana yang perlu kami utamakan? Kebajikan orang sakit ke, jiran tetangga yang boleh tahan lahabau juga mulutnya? Cannot win tau..isk. More than often we are in catch 22 situation. Diluah mati bapak mak something like that.
3. TRAUMA MELAMPAU akibat dari bahan bacaan, bahan interview dan kes-kes yang dihadiri. For me, mengenalpasti mayat adalah trauma. Tu satu. Mengenangkan betapa sengsaranya orang yang mati tu sebelum mati and what can be done, adalah trauma juga. Alaa..macam budak yang terjun bangunan UPSI tu laa...dengarnya dah tahu lama dia sakit. Apasal tak bagi bantuan? Apasal dok kata dia dikacau makhluk halus? Kenapa tak section dia sekejap? Pelik sangat ke dengar hallucination? So sampai kesudah I bet, ppl will remember her as the one who 'weird'. Plight nya orang tak tau. Ish....insaf I. Suatu waktu dahulu, saya telah diallocate kes pakcik yang suka kat budak2. Suka yang jenis lain macam tau.Saya terbait dalam proses psychoteraphy dan kaunselling nya. Apa yang yang dengar, telah membuatkan saya rasa nak bunuh dia. Berat badan saya turun dari 68 ke 59kg. Memang saya trauma dan diberi bantuan. Lepas tu kalau ada kes-kes dera, yang banyak sekali bila mangsa jadi mangsa bapak, abang dan pakcik nya. Ni bukan dera main cubit2 ye. Dah la yang sakit tu tak berapa nak betul pastu kena lagi seksaan seksual. Ohh tidak. Menulis pasal nya pun saya rasa seram. But semua ini menginsafkan saya bahawa manusia adalah benda bernyawa yang akan menyakitkan puak nya sendiri. Di Malaysia, saya tahu ramai pesakit mental yang tak beri bantuan, menjadi mangsa jantan2 cilanat. So yang jadi mangsa nak mengadu pun tak reti..dan kalau dia mengadu pun..ada ke orang nak dengar? Free free saja dapat sakit STD lah, HIV lah.
Oleh itu...saya merayulah kepada sesiapa yang ada rasa simpati dalam hati...bantulah mereka2 yang mengalami sakit kecelaruan mental. Your donation will make huge difference in their life.
The entry above provides easy intruction on how to. If you choose the paypal way, click the link. Click link ye, bukan website nya, Bibah oii. If you think paypal is hell of a job, then there's the account no for you to transfer your money to.
The saddest part of their predicament is, pesakit2 mental cuma ada mak bapak yang nak ambil berat. Bila makpak dah tak ada, maka tiadalah orang yang nak ambil tahu.
Cehh..sedih tak ayat I?
No comments:
Post a Comment